Anda di halaman 1dari 7

Tutorial Minggu Ke -3. ( Wafda, Hasmeen ,Alya).

1. Waqi'iyyah (Realiti)
 Waq’iyyah bermaksud ajaran Islam bersifat praktikal dan realistik iaitu bersesuaian
dengan realiti kehidupan manusia. Ajaran Islam sentiasa seiring dengan
kenyataan hidup manusia.

 Dalam menetapkan sesuatu hukum atau peraturan, Islam sentiasa mengambil


kira realiti semasa, setempat dan adat yang diamalkan. Umpamanya, jika sesuatu
masyarakat telah mengamalkan sesuatu adat atau budaya tertentu dalam
menjalankan aktiviti ekonomi atau perniagaan antara mereka, dan adat itu pula
tidak mendatangkan sebarang keburukan dan tidak bertentangan dengan prinsip-
prinsip Islam, maka ia diiktiraf dan diterima dalam Islam.

 Selain itu, dalam memerintahkan ketaatan manusia kepada hukum-hukumnya,


Islam tidak membebankan manusia dengan hukuman yang tidak realistik sehingga
manusia tidak mampu menunaikannya.

 Misalnya, Islam tidak memerintahkan manusia untuk beribadat sepanjang masa


sehingga mengabaikan kerja-kerja harian untuk mencari rezeki bagi menampung
keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Malah, kerja-kerja harian ini jika
dilakukan dengan betul dan memenuhi syarat-syaratnya, turut dianggap sebagai
ibadat dan pelakunya diberi pahala yang banyak.

 Islam merupakan agama yang sangat mementingkan keadilan. Namun begitu,
pada masa yang sama, Islam mengiktiraf bahawa dalam realiti kehidupan manusia
di alam ini terdapat perbezaan, baik dari segi jantina, keupayaan fizikal dan
mental, taraf ekonomi dan lain-lain. Dengan itu, dalam menunaikan keadilan
ekonomi umpamanya, Islam tidak menuntut agar harta kekayaan dibahagikan
sama rata antara manusia. Hal ini kerana realitinya, manusia tidak sama dari segi
keupayaan fizikal, mental, kreativiti, kerajinan, tanggungjawab dan lain-lain. Oleh
itu, anugerah dan habuan ekonomi juga berbeza-beza berdasarkan perbezaan
setiap individu dari segi usaha dan kesungguhan, kerajinan, kreativiti,
tanggungjawab yang dipikul dan lain-lain
2. Inqilabiyyah (Merubah).
 Islam merubah dan menguasai keseluruhannya
 meliputi semua jaran yang dibawa oleh nabi dahulu
 islam sahaja yang Allah redha untuk dizahirkan sebagai satu -satu sistem atau
peraturan hidup terbaik untuk manusia
 inqilabiyyah juga menegakkan islam di atas keruntuhan jahiliyyah. Ini bermakna
islam tidak boleh bekomproni dengan jahiliyyah atau kufur. Perubahan total aitu
dengan mencabut atau meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan atau
menegakkkan islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu.
 Definisi ijtihad: sama maksud engan mujahadah yang bermaksud kesungguhan
dan usaha keras
 Dalil dasar ijtihad: “dan kami tidak mengutus rasul-rasul sebelum kami
(Muhammad), melainkan dalam kalangan orang lelaki yang kami wahyukan
kepada mereka. Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang yang mempunyai
pengetahuan jika kamu tidak mengetahuinya.” (an-nahli 16:43 dan al-anbiya’ 21:7)
 Menurut yusuf al qadrawi syarat untuk menjadi mujtahid:
1. memahami alquran dan sebab-sebab turunnya ayat alquran, ayat-ayat
nasikh dan mansukh
2. memahami hadis dan sebab-sebab hadis muncul serta memahami hadia=s
nasikh dan Mansukh
3. mengetahui pengetahuan yang mendalam dalam Bahasa arab
4. mengetahui tempat-tempat ijmak
5. mengetahui usul fiqah
6. mengetahui maksud-maksud syariat
7. bersifat adil dan bertaqwa
 kedudukan: ijtihad menduduki jawatan sebagai sumber hukum islam selepas
alquran dan hadis
 fungsi ijtihad: menetapi sesuatu hukun yang dalil dan hukumnya tidak ditemukan
secara jelas dalam al-quran mahupun hadis, amnakal masalah yang jelas
hukumnya tidak boleh diijtihad lagi
 kelebihan ijtihad:
1. dapat mengetahui seseuatu hukum dan menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapi oleh umat islam
2. dapat menyesuaikan hukum berdasarkan perubahan zaman, waktu dan
keadaan
3. menetapkan fatwa

3. Prinsip Hukum Syariat: (Wajib / Sunat / Harus / Makruh / Haram / Syubhah / Sah /
Batal)
a. HALAL
 Bermaksud sesuatu yang dibolehkan (tidak berdosa) memakai, memakan, atau
mengerjakannya setelah ada pengesahan (sah) menurut syarak.

Firman Allah SWT:

Makanlah daripada yang baik (halal) dan kerjakanlah amalan soleh.

– Surah al-Mu’minun ayat 51

Allah SWT memerintahkan kita makan dan minum daripada bahan-bahan yang baik iaitu


halal, suci lagi bersih sebelum melakukan ibadat dan amalan soleh lain.

 Disamping itu, binatang yang boleh dimakan seperti kambing, ayam dan lembu perlu
disembelih terlebih dahulu sebelum dimakan, sesuai dengan tuntutan Islam.

b. HARAM:
 Bermaksud sesuatu yang diberi pahala apabila meninggalkan dan berdosa apabila
mengerjakannya di sisi syarak.
 Hukum ini berlawanan dengan halal.

Terdapat hadis yang meriwayatkan daripada Nabi SAW:

Tidak akan masuk ke dalam Syurga daging dan darah yang tumbuh daripada (sumber) yang
haram. Nerakalah lebih utama baginya

— Hadis riwayat Ibnu Hibban

 Antara makanan atau minuman yang haram ialah daging babi, arak dan sebagainya.


 Disamping itu, Islam juga menetapkan supaya kita menjauhi perbuatan-perbuatan
haram seperti:
-Memakan harta anak yatim
-Menilik nasib
-Bergaul bebas lelaki dan wanita yang bukan mahram
-Berjudi
-Membuka aurat (kecuali yang diharuskan oleh syarak)

… dan amalan-amalan lain yang dilarang.

c. WAJIB
 Bermaksud sesuatu yang diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa
meninggalkannya.
 Contohnya amalan solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadan dan sebagainya.

Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya solat (sembahyang) itu merupakan kewajipan yang telah ditetapkan atas
orang Mukmin dan (Mukminah).

— Surah an-Nisa’ ayat 103

d. SUNAT
 Bermaksud sesuatu yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak
berdosa apabila meninggalkannya.
 Contohnya, solat sunat, bersedekah, puasa sunat dan sebagainya.
 Amalan-amalan sunat ini merupakan amalan tambahan atau sokongan untuk
menampung mana-mana kekurangan dalam ibadat wajib yang kurang sempurna.
 Di akhirat kelak, apabila setiap insan dihadapkan ke muka pengadilan Allah, setiap
amalan wajib akan dinilai kesempurnaannya.
 Jika kurang sempurna, maka ditanya pula tentang amalan-amalan sunat seperti solat
sunat dan puasa sunat untuk menampalkan kekurangan pada amalan yang wajib.

E. MAKRUH

 Makruh bermaksud Sesuatu amalan yang diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak


berdosa apabila mengerjakannya.
 Amalan makruh seperti memakan makanan yang berbau seperti bawang mentah,
petai dan segala makanan yang menyebabkan mulut berbau busuk sehingga
mengganggu jemaah lain dalam solat juga dikira makruh.
 Nabi SAW sendiri menggemari amalan-amalan sunat dan membenci perbuatan
makruh yang mendekati haram.
 Ibadat seperti solat yang dilakukan pada waktu-waktu yang tidak digalakkan adalah
makruh seperti ketika matahari berada tegak di atas langit, terbit dan juga ketika
terbenam.

F. HARUS

 Maksud harus adalah sesuatu amalan yang tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak


berdosa apabila meninggalkannya seperti bersiar-siar, makan, minum dan
sebagainya.

G. SAH

 Maksud sah adalah sesuatu amalan yang cukup rukun dan sempurna syaratnya


menurut syarak.
 Contohnya syarat sah solat adalah suci daripada hadas besar dan hadas kecil.
 Amalan-amalan sama ada yang wajib ataupun yang sunat apabila tidak cukup rukun
atau syaratnya dianggap batal atau tidak sah.
Ia tidak akan diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah dan dianggap sia-sia sahaja.
Hal ini menampakkan kejahilan seseorang itu dalam melaksanakan amal ibadahnya.

H.  BATAL

 Maksud batal adalah sesuatu amalan yang tidak cukup rukun dan syaratnya menurut
syarak.
 Contohnya, solat akan batal jika bergerak berturut-turut sebanyak tiga kali

4.Prinsip Hukum Tauhid: (Wajib / Mustahil / Harus)

a. WAJIB

u Suatu hukum ditentukan melalui akal bahawa perkara itu wajib atau tidak boleh.
Hukum wajib dalam ilmu tauhid ditentukan oleh akal terlebih dahulu tanpa didahului
penyelidikan atau dalil.
Contoh :

1. 99 Nama Allah

2. Allah mempunyai 20 sifat

B. MUSTAHIL

 Mustahil dalam ilmu tauhid adalah berlawanan dari wajib. Mustahil merupakan
keadaan di mana akal tidak dapat menerima kebenaran sesuatu perkara. Dalam erti
kata lain, Mustahil adalah keadaan yang tidak masuk akal.

Contoh :

 Mustahil bumi berbentuk segi tiga

 Mustahil Allah boleh mati

C. HARUS

 Akal kita dapat menentukan atau menghukum bahawa sesuatu benda atau sesuatu
zat itu boleh demikian keadaannya atau boleh juga tidak demikian.

Contoh :

Jika melihat langit gelap, mungkin akan turun hujan dan mungkin tidak akan turun hujan.

5. Kedudukan Perkara Furuk Dalam Islam

 Furu’ dalam bahasa Arab bererti cabang, dahan, ranting atau bagian.

Dalam ilmu ushul fiqh furu’ diertikan hukum keagamaan yang tidak berpokok, yang
berdasarkan hukum dasar

Kepentingan kedudukan Furuk dalam Islam

 Mempunyai garis panduan atau ketetepan tentang suatu amalan yang dilakukan
mengikut mazhab masing-masing

 Menjadikan agama Islam suatu yang dinamik, di mana ia sesuai dalam apa jua
keadaan dan juga masa

 Mengelakkan daripada perselisihan faham antara dua atau lebih pihak tentang suatu
percanggahan kepercayaan tentang sesuatu amalan
Contoh Perkara Furuk

 Menggerakkan jari telunjuk ketika bertasyahhud

-Terdapat pihak yang mendakwa yang sunat hanyalah menggerakkan jari telunjuk ketika
bertasyahhud secara berterusan sehingga salam dan selesai solatnya. Manakala tidak
menggerakkan sedemikian adalah tidak sunat kata mereka. Pendapat ini adalah pendapat
yang kurang teliti mengenai hukum.

 Dari Ibn Zubair berkata :

“Sesungguhnya Rasullulah S.A.W mengisyaratkan dengan jari telunjuknya. Baginda tidak


menggerakkannya dan tidak melampaui pandangan baginda atas syaratnya.”

 Dari Ibn Umar :

“Adalah Rasullullah s.a.w apabila duduk dalam tasyahhud, Baginda s.a.w meletakkan
tangan kanannya di atas paha kanannya dan menyimpulkan (menggenggam jari jemarinya
seperti nombor), mengisyaratkan (mengangkat) dengan jari telunjuknya”.

Hadith tersebut menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan “menggerakkan jari” ialah
dengan “mengisyaratkan jari tanpa berterusan menggerakkannya”.

 Menurut mazhab Syafi’e, sunat mengangkat jari telunjuk ketika mengucap kalimah
“illallah”, dan terus diangkat tanpa menggerak-gerakkan sehingga berdiri (untuk
tahiyyat awal) dan sehingga mengucapkan salam dalam tahiyyat akhir dengan
membengkokkan sedikit jari telunjuk.

 Jumhur ulama Syafie menyatakan makruh menggerak-gerakkan telunjuk waktu


tasyahhud.

Anda mungkin juga menyukai