Anda di halaman 1dari 1

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Ya Allah, Engkaulah Penguasa Langit dan Bumi…

Ya Allah,kami merafakkan kesyukuran di atas keizinanMu untuk kami meneruskan


perjuangan hidup pada hari ini dengan penuh kenikmatan dan kesejahteraan. Kami juga
bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami sehingga
dapat menyempurnakan tugasan dan amanah kami, sebagai pendidik dengan jayanya pada
hari ini.

Ya Allah Tuhan Yang Memudahkan Segala Urusan…

Justeru, kurniakanlah kami kecintaan, keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh
iltizam dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan. Kurniakanlah kepada kami kesatuan
hati, kesatuan fikiran dan bersama-sama bergerak sederap sebagai satu pasukan. Jadikanlah
kerja kami sebagai suatu ibadah seperti mana kerja para Nabi dan RasulMu. Jadikanlah ianya
sebagai usaha untuk kami menuainya di akhirat nanti.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Maha Penyayang…

Kurniakanlah kami kekuatan dan kesatuan seperti Ashabul Kahfi sehingga kami mampu
menunaikan segala tanggungjawab dan amanah menerusi kerja berpasukan seterusnya dapat
mencurahkan segala ilmu dan bakti kepada anak-anak didik kami dengan penuh keikhlasan,
ketelusan dan kejujuran. Suburkanlah hati-hati kami dengan ilmu dan hidayahMu, saling
berbaik sangka , berlapang dada, bantu membantu dan sokong menyokong rakan
seperjuangan kami sehingga terlaksana segala visi dan misi kami.

‫ وفي األخرة حسنة‬, ‫ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة‬


‫وقنا عذاب النار‬
‫وصلى هللا على محمد وعلى ءاله وصحبه وسلم‬
‫والحمدهلل رب العالمين‬

Anda mungkin juga menyukai