Anda di halaman 1dari 2

PANTUN ISTIMEWA HARI RAYA AIDILFITRI

Sayangi diri, sayangi keluarga ( AAA )


Patuhi PKP jangan ingkari
Masa sihat,boleh tertawa ( UKA )
Kalau terjangkit, menyesal sendiri

Selesai sudah kita berpuasa ( NAH )


Menempuh segala dugaan yang ada
Bersuka ria biarlah berpada ( NSMA )
Semoga bencana tidak menimpa

Adik tersayang segak bergaya ( HLMG )


Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya ( WBA )
Bermaaf maafan riang gembira

Pelita indah lagi berseri ( NAS )


Menjadi hiasan di Aidilfitri
Video dikirim pengganti diri ( NSM )
Tanda ingatan tak layu di hati

Ramadan kini meninggalkan kita ( HAT )


Syawal datang kita raikan
Ampun maaf segala dipinta ( NWMY )
Salah silap harap dimaafkan

Indahnya langit kerana awan ( NAAT )


Indahnya laut kerana kebiruan
Indahnya Ramadan kerana keinsafan ( FSI )
Indahnya Syawal kerana kemaafan

Inilah hari yang dinanti ( SB )


Bergema takbir di pagi hari
Tiba Syawal riangnya hati ( NKA )
Kembali fitrah mensucikan diri

1 Syawal rai kemenangan ( KM )


Umat Islam saling berkunjungan
Tahmid bertakbir erti ketenangan ( SBS )
Bagi insan penuh kekurangan

Disisir andam dengan cekap ( SFMN )


Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap ( MAK )
Kita menyambut Hari Raya
Biar amarah disunting senyum ( NAM )
Ibarat pekerti disulam kasih
Harap dihalal makan dan minum ( IBY )
Ibarat rezeki tidak disisih

Aidilfitri hari kemaafan ( MBJ )


Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan jadikan amalan ( MSMH
Mengikat tali keakraban

Sungai disusur sehari – hari ( IBA )


Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari ( ABJ )
Salah silap harap maafkan

Berkain songket berbaju kebaya ( NHMY )


Cantik dipakai seri pengantin
Hari Raya disambut dengan gembira
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Nota ..( Wording Sahaja )


Salam Lebaran daripada seluruh warga Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Tanjung Lumpur

p / s:
Soundtrack : Lagu Selamat Berhari Raya By Rahimah Rahim
Pakaian guru semasa rakaman : Baju raya
Suasana semasa rakaman : Berhari raya .. contoh .. bakar lemang, gantung langsir, anyam
ketupat.. dan lain-lain.
Gunakan intonasi dan gaya yang menarik ...

Yang Diamanahkan :

Norhafizah Mat Yasin


PENGARAH PROGRAM HARI RAYA 2020

Anda mungkin juga menyukai