Anda di halaman 1dari 5

HBHE2203_SEM SEPT08/F_AH

BAHAGIAN A
ARAHAN

Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan tekanan dan nyatakan
SATU cara untuk mengurangkan tekanan.
(2)

2. Amalan penyediaan makanan yang mengutamakan kebersihan dapat


mengelakkan kejadian keracunan makanan. Nyatakan EMPAT ciri
seorang penyedia makanan yang sihat.
(2)

3. Pengurusan kesihatan diri yang baik akan menjamin tahap kesihatan yang
sempurna. Nyatakan EMPAT aspek pengurusan diri yang harus diberi
perhatian.
(2)

4. Nyatakan TIGA kandungan pendidikan kesihatan keluarga.


(2)

5. Memahami sistem pembiakan adalah penting untuk tujuan kesihatan.


Apakah fungsi saluran fallopian pada sistem pembiakan wanita dan
kelenjar prostat dalam sistem pembiakan lelaki?
(2)

6. Perubahan menjadi dewasa akan jelas kelihatan selepas berlakunya akil


baligh. Nyatakan EMPAT perubahan ketara pada lelaki yang berlaku
selepas akil baligh.
(2)

1…
HBHE2203_SEM SEPT08/F_AH

7. Tabiat merokok adalah satu amalan yang merosakkan tubuh badan.


Nyatakan EMPAT panduan untuk berhenti merokok.
(2)

8. Apakah yang dimaksudkan dengan delekuen juvanil?


(2)

9. Apakah yang dimaksudkan dengan etnosentrisme dan apakah kesan


pengamalan sikap etnosentrisme dalam masyarakat?
(2)

10. Kebiasaannya bayi yang menjangkau umur satu tahun mengalami


pertumbuhan gigi yang ketara sebanyak enam batang. Apakah langkah
penjagaan ke atas bayi yang perlu dilakukan pada tahap ini?
(2)

2…
HBHE2203_SEM SEPT08/F_AH

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN Markah
1. (a) Dalam aspek penjagaan kesihatan diri, pengurusan pemakanan yang
sihat sangat diberi perhatian kerana ia menyumbang kepada
kesihatan secara menyeluruh. Bincangkan amalan pengurusan
pemakanan dengan menyatakan contoh amalan pemakanan yang
sihat dan tidak sihat. ( 12 )

(b) Pengurusan berat badan juga termasuk dalam penekanan penjagaan


kesihatan diri. Mengapakah aspek ini penting dalam kesihatan
secara menyeluruh. (8)
(Jumlah: 20)

2. (a) Terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan dalam


menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan keluarga.
Bincangkan dengan jelas TIGA bentuk pendekatan yang diamalkan
di Malaysia untuk tujuan penyampaian pendidikan kesihatan
keluarga. ( 14 )

(b) Dalam salah satu pendekatan yang dikemukakan, pembahagiannya


adalah pendekatan integrasi dan pendekatan bersepadu. Bezakan
dengan jelas antara kedua pendekatan ini dengan memberikan
contoh yang mudah difahami. (6)
(Jumlah: 20)

3…
HBHE2203_SEM SEPT08/F_AH

3. Perubahan emosi dan sosial dalam perkembangan dan pertumbuhan


manusia boleh dibahagikan kepada 3 peringkat.
(a) Apakah TIGA peringkat pembahagian perubahan emosi tersebut ( 10 )
dan nyatakan ciri-ciri dalam setiap peringkat itu.

(b) Apakah TIGA peringkat pembahagian perubahan sosial tersebut


dan nyatakan ciri-ciri dalam setiap peringkat itu. ( 10 )
(Jumlah: 20)

4. (a) Konsep keluarga bahagia adalah sangat subjektif dan sukar


dijelaskan kerana ia merujuk kepada kepuasan individu. Walau
bagaimanapun konsep keluarga bahagia boleh dilihat dari dua
perspektif utama iaitu perspektif islam dan perspektif sivil. Jelaskan
apakah yang dikira sebagai keluarga bahagia dari kedua-dua
perspektif ini. ( 10 )

(b) Seperti yang kita ketahui, setiap individu dalam keluarga


mempunyai tugas, kepentingan dan peranan masing-masing.
Bincangkan apakah peranan-peranan ini dan bagaimana peranan ini
boleh menyumbang kepada keluarga bahagia dan sebaliknya.
( 10 )
(Jumlah: 20)

4…
HBHE2203_SEM SEPT08/F_AH

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN Markah
1. Keruntuhan rumahtangga semakin menjadi fenomena yang bukan luar
biasa di negara kita. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada
berlakunya keruntuhan rumahtangga.

Bincangkan isu keruntuhan rumahtangga dalam skop penghayatan konsep


kekeluargaan dan konflik peranan dan tanggungjawab. Bagaimana
perundangan yang diamalkan di Malaysia dapat membantu menangani
masalah ini. Sekiranya tidak dapat dibendung, bagaimana perundangan
memainkan peranannya?
(Jumlah: 20)

2. Keluarga boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu keluarga nuklear,


keluarga extended dan keluarga poligami. Setiap jenis keluarga ini
mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Bincangkan
mengenai kelebihan dan kelemahan jenis-jenis keluarga ini
(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai