Anda di halaman 1dari 8

Cara menggunakan Chromebook

Chromebook tak sama macam laptop Windows yang biasa, sebab Chromebook adalah di bawah
Google. Jadi, adik mesti ada Google account (atau Gmail) untuk mula gunakan Chromebook.

Langkah 1
 Bila adik on Chromebook, akan keluar arahan “Sign in to your Chromebook” (Log masuk
ke Chromebook anda)
 Sekiranya dah ada Google account atau Gmail, terus masukkan email dan password
 Sekiranya belum pernah ada Gmail, tekan “more options” (pilihan lain)
 Kemudian tekan pada “Create account” (bina akaun)

Langkah 2
 Masukkan nama adik di bahagian “First Name”
 Masukkan nama ayah di bahagian “Last Name”
 Tekan “Next”
Langkah 3
 Masukkan bulan lahir di “Month”, tarikh lahir di “Day” dan tahun lahir di “Year”.
Sekiranya adik belum berumur 13 tahun, minta tolong Mak/ Ayah isi maklumat email.
Atau, gunakan tahun lahir 2009 dan ke atas.
 Masukkan jantina di bahagian “Gender”. Pilih male untuk lelaki, female untuk perempuan
 Tekan “Next”

Langkah 4

 Cipta nama email pilihan (cuba gabungan nama dan tarikh lahir)
 Contoh dalam gambar: ali.siti315@gmail.com
 Kalau keluar warna merah, maksudnya nama email dah digunakan orang lain. Cuba
kombinasi nama dan nombor yang lain dan mudah ingat
 PASTIKAN ADIK CATAT EMAIL YANG DIPILIH SUPAYA TAK LUPA!
 Tekan “Next” sekiranya Google tak keluarkan nota amaran atau warna merah pada email
yang dah dipilih tadi.
Langkah 5

 Cipta “Password” atau kata laluan yang mudah diingat.


 Password mesti ada 8 karakter termasuk gabungan huruf besar, huruf kecil dan nombor
 Contoh: A12345678S
 PASTIKAN ADIK CATAT PASSWORD YANG DIPILIH SUPAYA TAK LUPA!
 Tekan “Next”

Langkah 6

 Masukkan nombor telefon adik sekiranya ada. Kalau tak ada, masukkan nombor telefon
Mak/ Ayah
 Pastikan ada bendera Malaysia di tepi bahagian nombor telefon
 Kenapa perlu nombor telefon? Kalau adik terlupa email & password, boleh reset melalui
nombor telefon
 Pastikan telefon ada bersama adik semasa adik daftarkan akaun ini
 Tekan “Enter” pada keyboard
Langkah 7

 Google akan terus hantar kod 6-nombor pada nombor telefon yang telah didaftarkan melalui
SMS
 Masukkan kod nombor tu di ruangan di bawah dan kemudian tekan “Next”

Langkah 8

 Apabila selesai, Google akan keluar seperti gambar di bawah


 Tekan “No thanks”
Langkah 9

 Kemudian akan keluar seperti gambar di bawah


 Tekan “Continue”

Langkah 10

 Apabila keluar gambar di bawah, tekan “Do it later”


Langkah 11

 Apabila keluar gambar di bawah, tekan “Done”

Langkah 12

SIAP!!
Pastikan adik hafal email dan password sebab adik kena masukkan maklumat yang sama setiap kali
nak masuk Chromebook guna email tadi.

Nanti bila adik on Chromebook, nama adik akan keluar macam dekat bawah. Jadi masukkan
password yang betul untuk akses Chromebook.
Cara sambung kepada internet

1. Klik pada bahagian paling bawah & paling kanan


2. Klik logo Internet/ Wi-Fi
3. Pilih dan sambung kepada internet telefon/ internet rumah dengan menggunakan
“Password”
Cara buat kerja dalam Google
Disebabkan Google berbeza dengan Microsoft, jadi adik kena buat kerja dalam Google Docs.
Fungsinya sama macam Microsoft, cuma setiap kerja akan terus disimpan dalam Google.

1. Klik logo biru “Docs” pada bahagian bawah screen


2. Tekan pada symbol + yang tertulis “Blank” untuk mulakan kerja pada fail yang baru

Sekiranya adik nak buat kerja dalam Excel atau PowerPoint, klik pada symbol garis tiga melintang
pada bahagian paling atas dan paling kiri pada skrin.

Pilih sama ada nak guna Docs (macam Words), Sheets (macam Excel) atau Slides (macam
PowerPoint).

Anda mungkin juga menyukai