Anda di halaman 1dari 7

RBT1054 - ASAS PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN

TUGASAN KELAS 12 APRIL 2021 (RBT1, RBT2, RBT3 & RBT4)


TOPIK 7: STRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN
Arahan: Jawab semua soalan.
1. Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan memulakan sendiri sesebuah

perniagaan.

a) Definasi Start-up
Merupakan syarikat yang baru dibina. Ia adalah proses di mana usahawan membuka
perniagaan baru dari mula lagi. Sebahagian dari perniagaan ini dibuka kerana:

 Banyak usahawan memulakan perniagaan baru untuk diri mereka sendiri.


 Selalunya usahawan menggunakan perbelanjaan sendiri yang diperolehi dari
wang simpanan sendiri atau meminjam dari pihak lain.
 Usahawan yang memulakan perniagaan dari mula, perlu mempunyai banyak
pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan minat terhadap bidang yang
mereka ceburi.
 Perniagaan yang bermula dari awal selalunya terlibat di dalam hasil ciptaan
produk atau perkhidmatan baru.

b) Fasa Start-up
Semua pelaburan baru perlu menghadapi tiga fasa iaitu:

 Fasa Prestart-up
Bermula dari sekadar idea dan akhirnya menjadi jalan untuk membuka
perniagaan

 Fasa Start-up
Mula memperkenalkan aktiviti penjualan dan akhirnya membuka suatu
perniagaan yang konkrit

 Fasa Poststartup
Ia akan tamat apabila perniagaan tersebut ditutup atau bungkus atau
usahawan tidak mempunyai kawalan terhadap perjalanan entiti perniagaan
tersebut
Walau bagaimanapun, fokus utama untuk pembangunan pelaburan hanya semasa
fasa prestart-up dan fasa start-up. Pada kedua-dua fasa ini, lima faktor kritikal yang
perlu diambil kira untuk dikaji terhadap pelaburan baru adalah:

1. Pelaburan haruslah tunggal (uniqueness)


2. Saiz pelaburan permulaan (start-up)
3. Jangkaan penjualan dan keuntungan selaku pelaburan bergerak di dalam fasa
start-up
4. Kesediaan produk pada kedua-dua fasa (prestartup & startup)
5. Kesediaan pengguna pada kedua-dua fasa

i. Huraikan 2 alasan seseorang usahawan memulakan sendiri sesebuah


perniagaan. Sila beri contoh yang relevan dalam huraian anda.

Kebiasaannya pilihan peniaga di Malaysia ini adalah dengan memilih pendaftaran bagi
Milikan Tunggal atau boleh di kategorikan sebagai Enterprise. Tahap pertama dalam
pendaftaran perniagaan di Malaysia. Kategori Enterprise tidak hanya terhad kepada Milikan
tunggal, perkongsian juga boleh di kategorikan bawah kategori ini. Fee pendaftaran sangat
rendah dan proses pendaftarannya lebih mudah. Terdapat pilihan lain dalam kategori
pendaftaran atau bahasa yang tepatnya penubuhan syarikat iaitu PLT , Sdn Bhd dan
Berhad. Walaubagaimanapon artikal pada kali ini hanya berkongsi proses pendaftaran
perniagaan kategori Enterprise.

Bagi milikan tunggal peniaga boleh gunakan nama sendiri untuk di daftarkan dan
digunakan sebagai tanda nama perniagaan ataupon menggunakan nama trade. Iaitu nama
yang di cipta untuk tanda nama perniagaan yang di usahakan. Contoh nama sendiri adalah
Ali bin Abu, manakala nama trade contohnya Kedai Dobi Ali.

Bagi seorang peniaga yang bercita-cita untuk kembangkan perniagaan sedia ada harus
gunakan nama trade, kapasiti dari segi penjenamaan lebih meluas dan banyak pilihan yang
sorang peniaga ada untuk kembangkan lagi perniagaan sedia ada. Untuk mencipta nama
bukan satu proses yang mudah, kerana nama yang kita hendak pakai harus ada ciri-ciri
yang jarang-jarang orang gunakan sebagai nama perniagaan. Contoh mudah peniaga selalu
letak perkataan RICH dalam nama perniagaan mereka yang mana perkataan ini sangat
popular di gunakan sebagai sebahagian nama perniagaan. Proses memperkenalkan jenama
tanda nama perniagaan anda harus di mulakan seawal anda berniaga. Dan nilai akan
meningkat seiring dengan usia perniagaan dan penguasaan pasaran.

ii. Nyatakan 3 kelebihan serta kelemahan dalam memulakan sendiri

sesebuah perniagaan.

Kelebihan Kelemahan
1. Bebas membuat keputusan 1. Ia memerlukan banyak masa,
sendiri seperti persoalan bila, wang dan usaha yang gigih
macam mana dan jenis produk untuk mencari lokasi strategik,
atau perkhidmatan mendapatkan lesen, membeli
mesin, mencari pembekal baru,
upah dan melatih pekerja baru
untuk menjalankan aktiviti
pengiklanan
2. Berpeluang menggunakan satu 2. Pada peringkat permulaan
idea dan mengembangkan idea pelaburan, usahawan akan
sendiri dengan mengikut emosi memperoleh keuntungan yang
pengguna. minima atau kerugian kerana
kos pembelanjaan yang tinggi
semasa memulakan perniagaan

3. Bebas untuk memilih lokasi, 3. Tiada rekod sejarah perniagaan


kilang, peralatan, produk atau yang membolehkan usahawan
perkhidmatan, pekerja, meramalkan penjualan,
pembekal dan bank. Peluang pembelanjaan dan keuntungan.
seperti ini boleh menentukan
kejayaan di dalam pelaburan

2. Jelaskan apa yang dimaksudkan mengambil alih sesebuah perniagaan.


Membeli perniagaan sedia ada atau mendapatkan sama ada saham atau kesemua
aset kepunyaan syarikat atau perniagaan tersebut. Membeli syarikat yang telah mapan
(kukuh) akan mengurangkan kerja berbanding dengan memulakan perniagaan dari mula.
Menurut pandangan pakar peniagaan, membeli perniagaan yang telah mapan merupakan
cara yang paling selamat dan efektif untuk usahawan berkecimpung dalam perniagaan.
Bagaimana pun, kita harus menggunakan banyak masa dan usaha untuk mencari
perniagaan yang sesuai untuk kita. Dengan membeli syarikat sedia ada, ia membolehkan
syarikat mengembang dan menyediakan peluang untuk memasuki pasaran baru.

iii. Huraikan 2 alasan seseorang usahawan mengambil alih sesebuah

perniagaan.

(i) Peluang Perniagaan


 Anda boleh melihat peluang perniagaan dengan membaca iklan,
berbincang mengenai peluang dengan broker perniagaan dan
memeriksa dari sumber industri. Perlu menahan diri dari godaan
membeli perniagaan yang nampaknya bagus pada pandangan
pertama; berhenti dahulu (step back) dan lihat objektif syarikat
tersebut.
 Buat temujanji dengan penjual perniagaan atau broker untuk
permulaan pengenalan mengenai peluang yang ada. Mereka
sepatutnya menyediakan secara ringkas laporan kewangan,
sejarah, harga dan sebab perniagaan tersebut dijual. Ini
membolehkan anda mengetahui mengenai perniagaan tersebut dan
sudah berapa lama perniagaan hendak dijual.

(ii) Meninjau Kembali Keupayaan Mencapai Sasaran


Keupayaan mencapai sasaran mesti dihalusi untuk menentukan bagaimana ia
telah diuruskan dan dijaga. Untuk perniagaan berasaskan perkhidmatan, berjumpa
dengan para pekerja dan pengguna. Sediakan ‘checklist’ terhadap maklumat yang
dikehendaki, ini termasuk:

 Akaun kewangan yang lengkap mengenai operasi, termasuk semua


pulangan cukai pendapatan dan cukai jualan sekurang-kurangnya
untuk tiga tahun.
 Senaraikan semua aset yang akan dipindah milik kepada pemilik
baru, termasuk pecahan untuk semua inventori yang sama seperti
perkiraan yang terakhir dahulu.

iv. Nyatakan 3 kelebihan serta kelemahan dalam usaha mengambil alih

sesebuah perniagaan.

Kelebihan Membeli Syarikat Sedia Ada

1. Perlaksanaan Segera (Immediate Operations) – sebahagian


kerja asas telah dilakukan untuk memulakan perniagaan.

2. Mudah memperolehi pinjaman (Easier financing) – mudah


untuk memperolehi pinjaman kerana syarikat tersebut telah mempunyai rekod
pencapaian.

3. Aliran Wang Tunai Pantas (Quick cash flow) – inventori dan


senarai pemiutang yang sedia ada boleh menghasilkan pendapatan pada hari
pertama perniagaan diambil alih.

Kelemahan Membeli Syarikat Sedia Ada

4. Harga (cost) – anda selalunya perlu melabur sejumlah wang yang banyak
sebagai pendahuluan dan kena membuat bajet untuk bayaran khidmat pakar
seperti peguam (solicitors), pengukur (surveyor), akauntan dan sebagainya.
5. Sekiranya perniagaan tersebut terkebelakang (neglected), anda terpa
ksa melabur lebih daripada harga belian syarikat untuk memastikan kejayaan
syarikat tersebut.
6. Perjanjian Tunggakan (Outstanding Contracts) – Anda perlu menghormati atau
berunding semula mana-mana perjanjian atau kontrak yang telah ditangani oleh
pemilik yang lama.
3. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan istilah francais, francaisor dan

francaisi.

Franchise merupakan aturan (perjanjian) di mana pemilik asal membenarkan tanda


perniagaan (trademark), nama perniagaan atau hak cipta milik mereka untuk digunakan dan
dijual barangan atau perkhidmatan

Nyatakan 4 kelebihan perniagaan francais kepada francaisor

(a) Kelebihan Franchising


 Latihan dan Asuhan/panduan (Training & Guidance)Kelebihan pembelian francais
jika dibandingkan dengan memulakan perniagaan baru atau membeli perniagaan
sedia ada adalah latihan dan panduan yang akan diberikan kepada pembeli francais.

 Jenama yang sudah terkenal (Brand-Name Appeal)Individu yang membeli


franchise nasional yang telah dikenali, terutama yang besar dan ternama akan
mempunyai peluang yang sangat baik untuk berjaya. Orang lebih suka membeli
produk atau perkhidmatan dari franchise nasional daripada membeli kedai yang
kurang dikenali jenamanya.
 Bukti-bukti kejayaan (Proven Track Record) – Franchisor yang sedia ada telah
terbukti berjaya. Sebagai sebuah organisasi, mereka telah berada dipasaran
sekurang-kurangnya 5 tahun sehingga 10 tahun dan mempunyai lebih dari 50 buah
kedai (francais). Oleh itu, sudah terbukti kejayaannya apabila semua kedai
melapurkan laporan kewangan yang memberansangkan.

 Bantuan Kewangan – Franchise ada pelaburan yang baik kerana franchisor boleh
membantu bakal pemilik untuk memperolehi bantuan kewangan untuk menjalankan
operasi perniagaan. Malah terdapat franchisors yang mengeluarkan modal mereka
dan hanya perlu membayar setelah operasi perniagaan telah berjalan dengan baik.
Dengan kata lain, membeli franchise adalah satu cara yang baik untuk memperolehi
bantuan kewangan

ii. Nyatakan 2 kelebihan & kelemahan perniagaan francais kepada

francaisi.

(i) Yuran Franchise


Tidak ada yang percuma di dunia ini. Semakin berjaya franchiser, maka
yuran semakin tinggi. Yuran franchise nasional boleh mencecah RM 5K
sehingga RM100K. Franchise yang kecil mungkin mengenakan bayaran
yang murah. Pembeli juga harus mengeluarkan modal untuk bangunan dan
produk untuk disimpan. Franchise perlu membayar royalti yang berterusan
mengikut hasil jualan pada kadar 5 sehingga 12%. Selalunya franchise
perlu ada 25 sehingga 50% wang tunai sebagai permulaan perniagaan dan
bakinya boleh dipinjam dari organisasi tersebut. Kos untuk francishing
termasuklah perbelanjaan:

 Yuran franchising
 Insuran
 Membuka produk inventori
 Perbaikan reka bentuk dan penyewaan (remodelling &
leasehold)
 Bayaran utiliti, gaji, hutang servis
 Bayaran penyimpan kira-kira dan akaun, yuran guaman dan
para profesional
 Lesen kerajaan setempat dan negeri
 Permit dan sijil kebenaran

(ii) Dikawal oleh Franchisor (Franchisor Control)


Dalam sebuah organisasi yang besar, syarikat mengawal semua aktiviti
para pekerja. Situasi yang sama juga berlaku pada syarikat kecil. Sekiranya
individu membuka syarikat perniagaan sendiri, ia berkuasa penuh untuk
menjalankan segala aktiviti yang ingin dilakukan. Franchisor mengawal
operasi untuk memastikan keseragaman boleh dicapai. Sekiranya
usahawan tidak mengikut arahan, lesen franchise tidak akan disambung
semula selepas tamat kontrak.

Anda mungkin juga menyukai