Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGETUA KOLEJ TUJUH BELAS

SEMPENA MAJLIS BERSAMA PENGETUA KOLEJ TUJUH BELAS


MINGGU PERKASA PUTRA SESI 2013/2014 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

1 SEPTEMBER 2013
DEWAN KULIAH UTAMA, FPSK

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Yang Dihormati Encik Mohamad Mustafa bin Abu Talib Jalany, Pengurus Kolej Tujuh
Belas, Encik Mohd Khairul Jusoh, Penolong Pengurus Kolej Tujuh Belas, Staf-staf
Kolej Tujuh Belas, Felo-felo, Majlis Tertinggi Mahasiswa, Fasilitator Universiti dan
Pembantu Kolej dan Yang dialu-alukan, Pelajar Baharu Kolej Tujuh Belas Semester
Pertama sesi 2013/2014, Selamat Datang ke Kolej Tujuh Belas dan Universiti Putra
Malaysia.

Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah


dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul pada malam ini di Majlis
Bersama Pengetua Kolej sempena Minggu Perkasa Putra sesi 2013/2014.
Sesungguhnya majlis pada malam ini memberi kesempatan yang baik untuk kita
sama-sama mengenali Kolej Tujuh Belas dengan lebih dekat dalam menjayakan
misi mencemerlangkan akademik dan sahsiah pelajar serta menjadikan Minggu
Perkasa Putra sebagai persediaan dalam urusan pengenalan universiti, fakulti, kolej
dan sepanjang pengajian anda di sini.

Para hadirin sekalian, sedikit pengenalan mengenai Kolej Tujuh Belas,

Kolej Tujuh Belas bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran


dan infrastruktur yang kondusif kepada pelajar malah perlu melengkapkan para
pelajar dengan kemahiran insaniah yang tinggi dan diberi perhatian khususnya
dalam aspek kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, keusahawanan, etika dan
moral, pemikiran yang kritis dan kerja berpasukan melalui program-program yang
dijalankan serta bermanfaat.

Kolej Tujuh Belas telah ditubuhkan pada tahun 2006 bagi menampung keperluan
universiti dalam menyediakan kemudahan penginapan yang kondusif serta selesa
kerana saban tahun angka pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian
Tinggi semakin meningkat.

Kolej Tujuh Belas menempatkan pelajar Perubatan, Sains Bioperubatan,


Keselamatan, Pekerjaan dan Persekitaran, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti,
Dietetik, Kejururawatan di bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan
menempatkan pelajar Perubatan Veterinar di bawah Fakulti Perubatan Veterinar.
Kolej Tujuh Belas mempunyai empat buah blok dan boleh memuatkan kapasiti
sehingga 2000 orang penghuni dimana Kolej Tujuh Belas adalah kolej yang paling
ramai penghuni berbanding kolej-kolej lain yang terdapat di UPM.

Justeru itu, bagi mencapai objektif untuk mencemerlangkan akademik dan sahsiah
pelajar bukanlah suatu perkara yang mudah malah memerlukan fokus dan perhatian
yang sewajarnya. Namun, saya menaruh harapan semua ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya sekiranya kita semua dapat bekerjasama memberi komitmen,
kekuatan dan usaha dalam melonjakkan nama Kolej Tujuh Belas di persada
Universiti Putra Malaysia.

Sebagai mengakhiri ucapan saya pada malam ini, saya ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi terima kasih kepada Pihak Pengurusan Kolej, Felo-felo, Majlis
Tertinggi Mahasiswa, Fasilitator Universiti dan Pembantu Kolej serta semua pihak
yang terlibat atas segala sokongan dan kerjasama dalam menjayakan majlis pada
malam ini. Semoga semangat kerjasama ini dapat dipertingkatkan pada masa
hadapan. Kepada semua pelajar baharu, ambillah peluang di sepanjang Minggu
Perkasa Putra ini untuk mengenali Universiti Putra Malaysia dengan lebih mendalam
untuk dijadikan panduan sepanjang anda semua bergelar mahasiswa dan
mahasiswi serta menambah semangat kecintaan kepada universiti. Semoga anda
semua mampu menjadi seorang pelajar yang berdedikasi dan seterusnya
membimbing diri kearah pembangunan sahsiah dan akademik.

Tahniah sekali lagi kepada anda semua kerana telah berjaya melanjutkan pelajaran
dan diharapkan supaya anda terus bersemangat dan gemilang sepanjang sesi
pembelajaran di Universiti Putra Malaysia. Jadikanlah setiap masa yang ada di
universiti untuk menambah ilmu semaksimum mungkin termasuk melengkapkan diri
dengan kemahiran insaniah agar anda bergraduat sebagai graduan yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai