Anda di halaman 1dari 20

PERTUMBUHAN

&
PERKEMBANGAN
NUR HIDAYAH BINTI MANSOR
CHAN TUNG TUNG
TAN SHEE YING
DATO LIANG ANAK SERUJI
KONSEP PERTUMBUHAN
• Karl E. Garrison : Perkembangan individu
dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan
otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar.
• Atan Long : Perubahan yang dapat diukur dari
satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari
semasa ke semasa.
• D.S Wright &Ann Taylor : Pertambahan dalam
pelbagai sifat luaran seseorang (sifat jasmani –
saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain)
APA ITU PERTUMBUHAN?
• Perubahan bersifat kuantitatif (perubahan saiz
dan struktur dalam aspek fizikal, mental untuk
mencapai kemuncak bila individu matang. )
• Kuantiti perubahan dapat dilihat dengan nyata
atau dapat diukur berdasarkan peringkat-
peringkat pertumbuhan melalui teknik
antropometrik.
• Porter merumuskan bahawa kadar pertumbuhan
fizikal adalah pengasas perihal maju atau
lembabnya seseorang kanak-kanak, tetapi
pendapat ini ditentang oleh Franz Voaf.
CIRI-CIRI PERTUMBUHAN
• Suatu keutuhan dan fenomena pertumbuhan
serta perubahan itu berterusan dan berkualiti.
• Suatu proses yang lengkap dan sempurna.
• Perubahan dapat diukur dan dilihat dengan jelas.
• Pertumbuhan mengikut corak tertentu atau
mempunyai arah tertentu berdasarkan proses
kematangan yang dialami.
• Pertumbuhan seseorang mengikut proses
kematangan.
• Perubahan dalam pertumbuhan dapat dilihat
dengan nyata seperti tinggi, berat, kadar
bentuk badan dan pertumbuhan organ
dalaman.
• Struktur mendahului fungsi: struktur
kumpulan otot akan menjadi lengkap sebelum
digunakan.
• Peringkat pertumbuhan adalah sama bagi
semua individu tetapi kadar berlainan.
KONSEP PERKEMBANGAN
• Crow &Crow : Perubahan secara kualitif serta
cenderung ke arah yang lebih baik dari segi
pemikiran, rohani, moral dan sosial.
• Karl G. Garrison : Perkembangan terhasil
daripada tindakan yang saling berkaitan
antara perkembangan jasmani dan
pembelajaran. Semua perkembangan adalah
mengikut urutan semula jadi dan bersifat
sejagat.
• D. S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah
perubahan berlaku dalam warisan hayat.
• Charls Darwin : Jika sistem saraf sesuatu
organisma kompleks, maka masa yang
diperlukan untuk matang adalah lama.
APA ITU PERKEMBANGAN
• Proses yang berterusan dan lahir hingga
kematangan dan akhir hayat atau proses individu
mencapau kematangan secara berterusan.
• Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur
secara kuantitatif tetapi dapat dilihat
perubahannya sengan membuat perbandingan
sebelumnya.
• Berlaku secara cepat dan sukar
diramal, contohnya warna rambut berubah dari
hitam kepada putih (uban).
• Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor
utama mempengaruhi perkembangan individu
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial (JERIS ).
• Dianggap sebagai perubahan tingkah laku
mental.
CIRI –CIRI PERKEMBANGAN
• Susunan perkembangan adalah serupa,
berperaturan dan dapat diramal bagi semua ahli
dalam sesuatu jenis. Knak-kanak berkembang
secara berperingkat.
• Perkembangan berlaku mengikut kadar yang
berlainan.
• Perkembangan berlaku daripada keadaan
menyeluruh kepada keadaan tertentu.
• Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur
secara tetap tetapi dapat dilihat dari perubahan
sifat.
• Proses perkembangan berterusan dari
permulaan hingga akhir hayat melebihi
peringkat kematangan.
• Perkembangan timbul dari tindakan yang
saling berkaitan antara pertumbuhan jasmani
dan pembelajaran.
• Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan
persekitaran.
Perbezaan Pertumbuhan dan
Perkembangan Dari Aspek JERIS
Pertumbuhan Aspek Perkembangan
Tinggi, saiz, berat, Kemahiran
pertumbuhan gigi, Jasmani menggunakan
urat daging, saraf anggota
Perasaan gembira,
riang, suka, duka, Emosi Memahami perasaan
cemburu, marah, dan menguasai
takut, sayang perasaan

Bertambah dan Kemahiran


berkembang Mental menggunakan
keupayaan berfikir bahasa , perkataan,
termasuk perkara angka, pemikiran
yang subjektif serta ingatan
Luaskan pergaulan dan Timbul kesedaran
perhubungan dalam disiplin, timbul
keluarga, jiran, rakan dan Sosial perasaan dan
masyarakat penyesuaian rakan

-Boleh dilihat perubahan -Sukar dilihat


-Capai kemuncak apabila -Berterusan dari lahir
tiba kematangan Umum sehingga ke akhir hayat
-Perubahan tingkah laku -Perubahan pemikiran
fizikal -Tidak boleh diukur
-Boleh diukur mengikut perubahannya
peringkat atau masa
Prinsip Pertumbuhan dan
Perkembangan
• Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari
umum ke khusus.
– Contoh perkembangan ialah apabila bayi menangis
dan kemudiannya berfokus kepada sebab yang
khusus, seperti lapar atau ketidakselesaan fizikal.
• Pertumbuhan dan perkembangan berlaku pada
kadar yang berbeza
– Contoh pertumbuhan ialah pencapaian ketinggian
seseorang berbeza pada umur yang sama.
• Pertumbuhan dan perkembangan mengikut
tertib
– Contoh, bayi duduk sebelum berjalan, bayi
mulakan percakapan bayi sebelum bercakap

• Pertumbuhan dan perkembangan berlaku


secara beransur-ansur
– Contoh, dalam permainan badminton, murid yang
tidak dapat melakukan servis dengan
betul, akhirnya dapat juga menguasai kemahiran
tersebut walaupun ia mengambil masa
Kepentingan Seorang Guru
Mempelajari Dan Memahami
Proses Perkembangan
Manusia/Kanak -Kanak
Kepentingan Seorang Guru Mempelajari Dan Memahami
Proses Perkembangan Manusia/kanak-kanak

• Penting dalam proses pegajaran dan pembelajaran


untuk perancangan kurikulum

• Senang untuk mencipta teknik mengajar kepada semua


pelajar dalam pelbagai peringkat perkembangan

• guru lebih memahami perkembangan konsep yang


dicapai oleh kanak-kanak dalam berbagai umur

• guru mengetahui jenis minat yang mungkin dibentuk


oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk
memberi dorongan agar penyertaan murid-murid yang
berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah
• dapat menyediakan isi pelajaran dan objektif yang
sesuai dengan keupayan, mental, jasmani dan emosi
pelajar.
• menyediakan sumber pengajaran-pembelajaran yang
dapat menarik minat pelajar, disamping menjadi lebih
bermakna dan menyeronokkan.
• menyediakan pelajaran yang bermula daripada senang
kepada susah, umum kepada khusus dan konkrit
kepada abstrak.
• menggunakan strategi pengajaran-pembelajaran yang
sesuai dengan perkembangan mental, jasmani dan
emosi pelajar.
• memotivasi dan membimbing pelajar untuk
mengaplikasikan kandungan pembelajaran hasil
daripada pemahaman konsep yang telah dipelajari

Anda mungkin juga menyukai