Anda di halaman 1dari 3

Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-
punca pengangguran dalam kalangan siswazah dan kesan-kesan pengangguran. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengangguran merupakan salah satu permasalahan sosioekonomi yang masih


lagi membelenggu negara ini. Setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah menamatkan
pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan harapan menggunung untuk
mendapatkan kerjaya yang setimpal; namun, tidak semuanya bernasib baik.
Berdasarkan Statistik Perburuhan dan Sumber Manusia 2008, jumlah pendaftar baharu
yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja ialah 174,355 orang iaitu seramai 40,356
orang (23.1 peratus) memiliki ijazah, manakala 35,832 orang (20.6 peratus) merupakan
pemegang diploma.

Sikap terlalu memilih kerjaya menyebabkan peningkatan masalah


pengangguran dalam kalangan siswazah. Hal ini menjadikan siswazah sanggup
menunggu pekerjaan yang eksklusif dan bergaji tinggi. Keadaan ini bertambah buruk
apabila siswazah mempunyai interpretasi terlalu tinggi terhadap prasarana kerja seperti
kredibiliti syarikat, fleksibiliti waktu bekerja, jarak, infrastruktur dan sistem pengangkutan
yang baik. Ada juga sesetengah siswazah yang tidak optimistik dalam memilih bidang
kerjaya. Mereka beranggapan demikian kerana kurang yakin dengan kemampuan diri
dan kelulusan yang dimilikinya.

Isu pengangguran dalam kalangan siswazah juga dikaitkan dengan sikap


majikan yang sangsi terhadap kebolehan siswazah memandangkan mereka tidak
mempunyai pengalaman bekerja. Majikan sanggup menawarkan kerja kepada
golongan yang tidak berpendidikan tinggi dengan alasan mengurangkan kos
upah.Sesetengah majikan melihat pengalaman dan kemahiran bekerja lebih penting
berbanding dengan taraf pendidikan. Kebanyakan siswazah tidak mempunyai
kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk membolehkan mereka berdepan
dengan pasaran kerja yang semakin kompetetif dan sengit. Siswazah IPT tempatan
sekarang juga tidak mempunyai kekuatan penguasaan bahasa kedua seperti bahasa
Inggeris, Mandarin dan sebagainya.

Siswazah baharu sukar diserap ke alam pekerjaan kerana tiada kekosongan


jawatan. Hal ini disebabkan terdapat penjawat awam yang melanjutkan pelajaran demi
meningkatkan mobiliti sosial. Di samping itu, IPT didakwa kurang menawarkan kursus
yang dikehendaki oleh pasaran kerja. Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan siswazah
akhirnya mencuba nasib dalam bidang yang tidak sesuai dengan kelulusan dan
kemahiran mereka. Sementara itu, pembangunan teknologi tinggi yang mula
mengambil alih tugas manusia dalam sektor pengeluaran dan kemasukan pakar asing
dari luar negara untuk bekerja di Malaysia tambah memburukkan keadaan. Siswazah
perlu menilai potensi diri sebelum berusaha mendapatkan sesuatu pekerjaan.

Konklusinya, pengangguran pasti dapat diatasi jika siswazah melengkapkan diri


dengan pelbagai kemahiran dan meningkatkan kualiti diri yang dapat menyakinkan
panel temu duga untuk jawatan yang dipohon.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“ Dilema Pengangguran Siswazah,”
Dewan Masyarakat, Oktober 2009)
Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
kewujudan masalah kemiskinan dan usaha-usaha untuk membasmi masalah tersebut.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Malaysia merupakan antara negara yang membangun dengan pesat di rantau


ini. Menjelang tahun 2020, negara ini akan mencapai tahap negara maju yang
setanding dengan negara-negara lain. Namun kemiskinan di negara ini tidak dapat
diatasi dengan sepenuhnya. Kemiskinan di negara ini telah berakar umbi sejak zaman
penjajah. Kebanyakan masyarakat yang miskin tinggal di kawasan pedalaman dan
kurang kemudahan asas. Kerajaan sebenarnya memberikan komitmen yang tinggi
untuk membasmi kemiskinan ini dengan menjalankan pelbagai usaha agar matlamat
menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2020 tercapai.

Masalah kemiskinan wujud disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah


rata-rata masyarakat di kawasan pedalaman mendapat peluang pendidikan yang amat
terhad. Di sesetengah kawasan juga tidak terdapat kemudahan asas untuk bersekolah
atau tidak terdapat kemudahan pengangkutan untuk membawa murid-murid ke sekolah.
Akhirnya berlakulah masalah keciciran dan ramai kanak-kanak yang tidak dapat
dibekalkan dengan ilmu serta kemahiran untuk hidup selesa. Kesannya mereka masih
mewarisi pekerjaan yang dilakukan secara turun-menurun tanpa sebarang perubahan
dan seterusnya mewarisi kemiskinan tersebut. Selain itu, mereka yang miskin kurang
terdedah kepada rancangan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan. Peluang-
peluang pembangunan hanya dinikmati oleh golongan tertentu sahaja yang akhirnya
menjarakkan lagi jurang antara yang kaya dengan yang miskin.

Kebanyakan golongan miskin ini masih bergantung kepada sektor pertanian dan
perikanan secara kecil-kecilan. Usaha-usaha mereka masih bersifat tradisional dan
hasil usaha mereka kurang produktif. Sehingga kini masih terdapat golongan miskin
yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Sistem pembahagian
tanah secara pusaka mengehadkan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh mereka.
Meskipun kerajaan kini menjadikan sektor pertanian sebagai satu industri namun
disebabkan oleh kekurangan modal dan kekangan kemahiran menjadikan rakyat yang
miskin kekal dalam kancah kemiskinan tersebut.

Seterusnya, sikap tidak mahu berusaha lebih dan menyerahkan kepada nasib
semata-mata, ibarat kata pepatah mengharapkan yang bulat datang bergolek dan yang
pipih datang melayang perlu diubah dalam diri setiap insan agar kemiskinan ini tidak
terus mengekang kehidupan mereka. Mereka harus berani merebut peluang-peluang
yang telah disediakan oleh kerajaan. Sikap mudah berpuas hati dengan apa-apa yang
dimiliki juga perlu dihindari supaya mereka juga dapat menikmati pembangunan yang
dicapai oleh negara kini. Kerajaan telah memberikan banyak kemudahan dan bantuan
untuk membantu golongan yang miskin ini. Peluang-peluang pekerjaan dalam bidang
perniagaan yang disediakan oleh pihak berkuasa mampu mengatasi masalah
kemiskinan ini. Selain itu, pihak berkuasa juga perlu memastikan bahawa peluang-
peluang yang disediakan ini tidak hanya dibolot oleh pihak tertentu sahaja sehingga
golongan yang sepatutnya menerima bantuan berputih mata.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


“Usaha Menangani Kemiskinan”, Majalah Gemala 2008)

Anda mungkin juga menyukai