Anda di halaman 1dari 11

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR

MATEMATIK TAHUN 2
DISEDIAKAN OLEH : SURIAH BINTI
ARBI
NO.MATRIK : D20102046744
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Pengajaran Makro)

Tarikh                                       :  20  Oktober 2011

Masa                                         :  0730 – 0800

Kelas                                        :  2D

Bilangan pelajar                         :  31 orang

Mata Pelajaran                          :  Matematik

Bidang                                      :  Sukatan dan Geometri

Tajuk                                        :   Ruang

Hasil  pembelajaran                   :   Murid-murid dibimbing untuk:

                                                   13.1      Mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D)

Objektif pelajaran                      :  Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini,
                                                   murid-murid dapat:

                                                  a)  Mengenal pasti bentuk tiga dimensi berdasarkan 


                                                       huraian.

Pengetahuan Sedia Ada            :1.    Murid telah mengenal pasti istilah yang berkaitan   

                                                      dengan ruang (bentuk, permukaan rata,

                                                      permukaan melengkung)        

Nilai                                          :  Bekerjasama, yakin diri.

Bahan Bantu Mengajar               :  Bongkah 3D, Lembaran kerja.

Langkah pengajaran  :

Set Induksi

1.         Guru meminta murid menunjukkan permukaan atas, tepi dan bucu meja.

2.         Murid merasai dan membuat pemerhatian pada meja masing-masing.

3.         Murid-murid diminta berbincang berdasarkan aktiviti yang dilakukan.

            Cadangan komunikasi:

                      i.        Cuba kamu rasa permukaan atas, tepi dan bucu meja kamu dengan tapak tangan.

                     ii.        Apa yang kamu rasa?


Langkah 1

1.         Perkukuhkan kemahiran murid dengan menjalankan aktiviti berikut:

i.          Guru meletakkan sekumpulan bongkah 3D di hadapan murid dan membimbing murid menyatakan ciri-

ciri bongkah tersebut.

ii.          Bersoal jawab secara lisan bagi meninjau kefahaman murid tentang ciri-ciri yang ada pada bongkah-

bongkah 3D.

iii.         Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk melabelkan ciri-ciri bentuk 3D.

iv.         Penyemakan dilakukan bersama-sama.

            Cadangan komunikasi:

                        a)         Sebutkan ciri-ciri pada bongkah ini:

         Kubus

         Kon

         Silinder

         Piramid

         Sfera

         Kuboid

b)         Labelkan ciri-ciri pada bentuk 3D.

Langkah 2

1.         Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan kecil.

2.         Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 bongkah 3D.

3.         Murid-murid diminta membilang permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap

bongkah yang dibekalkan.

                        Cadangan komunikasi:

                             a)         Sila bergerak ke dalam kumpulan masing-masing.

b)         Perhatikan setiap bongkah 3D dalam kumpulan masing- masing dan lengkapkan jadual yang

diedarkan.

Langkah 3
1.         Guru mengedarkan Lembaran Kerja dan minta murid menyelesaikannya.

2.         Penyemakan dilakukan bersama-sama.

Penutup:

1.        Guru membimbing murid membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang


           dijalankan.

2.         Guru memurnikan lagi rumusan yang dibuat oleh murid dan menegaskan
bentuk-bentuk 3D dapat dikenal pasti melalui huraian ciri-ciri yang ada padanya.

REFLEKSI:

Kekuatan:

Kelebihan dan kekuatan dapat dikesan dalam menjalankan tugasan makro pengajaran ialah yang pertama
ketegasan dan kelantangan suara dalam menyampaikan isi pelajaran.  Suara yang lantang akan memudahkan
murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru.  Di
samping itu, penggunaan nada suara tinggi dan rendah serta ada intonasi merupakan bonus bagi saya untuk
menarik perhatian murid.  Apabila kelantangan dan ketegasan saya berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran
menyebabkan murid lebih tertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. 
Ketegasan yang saya pamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan membuatkan murid
hormat kepada saya.  Sebagai contoh, pada awal pengajaran saya mengambil masa 2 minit untuk menegur sikap
murid yang suka berpindah tempat duduk.  Murid tersebut berpindah duduk pada kumpulan murid yang gemar
bercakap.  Perbuatan mereka ini boleh mendatangkan masalah disiplin dan menyebabkan suasana bising. 
Tindakan yang saya ambil, menunjukkan ketegasan dan sikap prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling.

Seterusnya, tulisan saya yang jelas di papan tulis juga membantu pemahaman murid tentang apa yang
disampaikan oleh guru.  Di sini saya telah menggunakan sebaik mungkin ruang di papan tulis.  Kejelasan dalam
memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenal pati dalam penyampaian pelajaran.  Kejelasan
penyampaian memainkan peranan dalam menentukan kefahaman murid.  hal ini sangat berkaitan dengan
tindakan susulan murid.  Contohnya, ketika saya meminta beberapa orang mrid melabelkan bahagian pada
lukisan  bentuk 3 Dimensi.  Murid dapat melabelkan bahagian tersebut dengan istilah yang telah diperkenalkan. 
Aktiviti secara berkumpulan juga dapat dilaksanakan mengikut arahan.  Semua murid dapat bekerjasaman
dalam menghasilkan tugasan yang diberi.  arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya
melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan.  Tindakan susulan oleh murid yang tepat
menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan dengan isi pelajaran.

Kelemahan: 

Kelemahan dan kekurangan yang ketara sekali dapat dikenal pasti dalam pelaksanaan tugasan makro ini ialah
ketepatan mengikut masa yang ditetapkan.  Ketepatan masa sangat penting bagi memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.  Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan
pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah
pengajaran tidak seiring.  Contohnya, aktiviti penutup tidak sempat dirakam kerana masa 30 minit yang
diperuntukkan telah tamat.  Namun demikian, aktiviti penutup telah dijalankan di luar rakaman.  Masa yang
tidak mencukupi disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang
lebih diambil untuk menjalankan sesuatu langkah.  Di sini saya telah mengambil masa yang lebih untuk sesi
penerangan dan bersoal jawab dengan murid.

Tindakan saya yang menggesa murid dalam menyiapkan lembaran yang diberi juga merupakan kelemahan
dalam pengajaran saya.  Apabila saya melihat kembali rakaman yang dibuat, tidak sepatutnya saya menggesa
murid menyiapkan tugasan dengan cepat.  Hal ini boleh menimbulkan tekanan kepada murid dalam menyiapkan
tugasan yang diberi.  Jadi tugasan yang dihasilkan tidak menepati kehendak soalan.  Namun saya dapati tugasan
yang dibuat oleh murid  memuaskan hati dan mereka memberikan jawapan yang tepat walaupun ada beberapa
orang murid masih lemah kefahamannya tentang kemahiran yang diajar.  Pada sesi p&p yang akan datang, saya
harus sentiasa berhati-hati dengan segala tindakan yang saya buat agar pengajaran saya berjalan dengan lancar
dan mengikut segala perancangan yang dibuat.

Kelemahan terakhir yang saya nampak dalam rakaman video pengajaran adalah perbuatan saya yang
membetulkan jawapan murid dengan hanya mempamerkan hasil tugasan kumpulan sepintas lalu sahaja. 
Sepatutnya hasil kerja kumpulan dipamerkan di papan tulis dan meminta wakil setiap kumpulan melaporkan
hasil dapatan kumpulan mereka sendiri.  Sekiranya perkara seumpama ini dilakukan, saya rasa p&p akan lebih
menarik dan idea murid dapat dikembangkan lagi.

Langkah Mengatasi:

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu dan
kualiti pengajaran pada masa akan datang.  Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran
makro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah memfokuskan kepada strategi pemusatan murid.  Di sini
saya perlu mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid. 
Strategi yang dirancang hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran bilik darjah. 
Kebolehan guru mempelbagaikan strategi pengajaran mampu menarik minat murid dan sesi p&p akan
berlangsung dengan jayanya.

Selain itu, saya harus berusaha untuk merancang pengajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan semua
murid. Saya harus membina objektif yang bersesuaian dengan kumpulan cerdas dan kumpulan lemah.  Hal ini
menunjukkan hak pembelajaran dapat dikecapi oleh semua murid.  Begitu juga dengan aktiviti p&p.  Aktiviti
yang dirancang harus mengambil kira tahap kebolehan, minat dan kecenderungan murid.  Ini menjadikan sesi
p&p lebih menarik dan bermakna untuk semua murid.  Objektif pengajaran dan pembelajaran yang dihasratkan
akan tercapai. Di sini saya mesti peka dengan kehendak dan keperluan murid agar semua murid mendapat
layanan yang adil dan saksama.
Video pengajaran Mikro Cikgu Suriah Bt. Arbi

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Pengajaran Mikro)

Tarikh                                       :  27 September 2011

Masa                                        :  0700 – 0800

Kelas                                        :  2D

Bilangan pelajar                         :  31 orang

Mata Pelajaran                          :  Matematik

Bidang                                      :  Sukatan dan Geometri

Tajuk                                        :  Timbangan Berat

Hasil  pembelajaran                   :  Murid-murid dibimbing untuk:

                                                   11.1   Mengenal unit gram dan unit kilogram

Objektif pelajaran                      :  Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini,
                                                       murid-murid dapat :

                                                      a) mengenal unit gram dan unit kilogram dengan 


                                                          memerhatikan senggatan pada alat penimbang.

                                                      b) mengenal jisim dalam unit gram dan unitkilogram

Pengetahuan Sedia Ada            :  1. Murid telah mengenal pasti istilah yang berkaitan
                                                     dengan timbangan berat (berat, ringan, lebih berat, lebih ringan)

Nilai                                          :  Bekerjasama, yakin diri.


Bahan Bantu Mengajar               :  Alat penimbang, sayur-sayuran, sampel makanan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

                      i.        Set induksi

ii.        Aktiviti    :demonstrasi, bersoal jawab – pengunaan bahan bantu  

        mengajar – penggunaan papan hitam – pengukuhan

  iii.        Penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran

Pelaksanaan P&P:

Langkah / Isi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


Pelajaran

1.     Guru mempamerkan dua jenis alat penimbang bagi


unit gram dan unit kilogram.
Langkah 1:
2.     Murid-murid dibimbing untuk mengenal pasti objek-
(Penyampaian Isi objek yang boleh ditimbang menggunakan alat
Pelajaran) penimbangntersebut dan menyatakan sebabnya.

3.     Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan aktiviti


yang dijalankan.
Nilai:
(10 minit)

-Yakin diri.

Masa Pelaksanaan aktiviti


Minit 1-4      Guru mempamerkan alat penimbang di hadapan kelas.

     Bersoal jawab dengan murid tentang kegunaan alat penimbang.

     Guru menerangkan unit yang terdapat pada kedua-dua alat penimbang tersebut.

     Guru meminta murid menyatakan contoh objek ataupun barangan yang boleh
ditimbang menggunakan alat penimbang yang dipamerkan.
    

Minit 5-10 Guru menunjukkan demontrasi menimbang objek ataupun barangan menggunakan
alat penimbang.
Contoh barangan/ objek yang ditimbang: sayuran, buahan, bekas pensel guru, beg
sekolah murid dan seorang murid lelaki.

     Murid-murid dibimbing untuk menyatakan berat sesuatu barangan / objek.

     Bagi mengukuhkan kefahaman murid, guru menyoal murid berkaitan dengan
aktiviti yang telah dijalankan.

REFLEKSI:

KEKUATAN

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran mikro ialah pertama,
penggunaan bahan bantu mengajar maujud yang sesuai dalam langkah 1 mampu menarik minat murid dan
banyak membantu saya menyampaikan isi pelajaran dengan baik.  Bahan bantu mengajar yang saya guna ialah
alat penimbang, buahan dan sayuran mudah mereka jumpai dan biasa digunakan oleh murid.  Murid-murid
begitu teruja melihat bahan-bahan yang yang saya bawa.  Mereka tertanya-tanya apakah kegunaan bahan
tersebut kerana bagi mereka biasanya mereka melihat bahan-bahan seperti sayur hanya dimasak oleh ibu
mereka.  Kedua, ketegasan dan kelantangan suara. Suara saya yang lantang akan memudahkan murid
mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya. 

Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan sesuatu. Apabila
kelantangan dan ketegasan guru berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran, menyebabkan murid-murid lebih
tertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.  Ketegasan yang saya
pamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan membuatkan murid hormat kepada saya. 
Seterusnya, kejelasan dalam memberi arahan merupakan kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. 
Contohnya, ketika saya mengaju soalan dan meminta beberapa orang murid untuk menjadi model dalam
pengajaran saya.  Soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik dan arahan yang diberikan dapat
diikuti dengan mudah.  Kejelasan penyampaian memainkan peranan penting dalam kefahaman murid.  Hal ini
sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid.  Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan
keberkesanan pengajaran.

KELEMAHAN

Kelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan pengajaran mikro ini ialah strategi yang saya
gunakan pada langkah 1 lebih kepada pemusatan guru.  Contohnya, saya sendiri melakukan aktiviti menimbang
objek menggunakan alat penimbang.  Adalah lebih baik sekiranya saya meminta murid melakukan aktiviti ini
manakala tugas saya sebagai fasilitator dan merumuskan apa yang telah dilakukan oleh murid.
Seterusnya, teknik penyoalan yang saya gunakan adakalanya mengelirukan murid.  Apabila menyoal murid
sepatutnya saya mengemukakan soalan secara kelas terlebih dahulu sebelum memanggil nama murid untuk
menjawab soalan secara individu.  Hal ini menyebabkan murid kurang bersedia menjawab soalan guru. 
Kelemahan seterusnya dalam p&p saya ialah penggunaan bahasa yang digunakan ketika menyampaikan isi
pelajaran agak tinggi dan kurang sesuai dengan tahap murid tahun dua.  Contohnya ketika saya menyebut berat
sebiji betik.  “Berat sebiji betik lebih kurang 1.4 kg.  Sepatutnya saya menyebut berat betik itu tepat pada
nombor bulat tanpa melibatkan nombor perpuluhan.  Hal ini menyebabkan murid keliru dengan istilah/ bahasa
yang digunakan.

LANGKAH MENGATASI

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu dan
kualiti pengajaran pada masa akan datang.  Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran
mikro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah memfokuskan kepada strategi pemusatan murid.  Di sini
saya perlu mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid. 
Strategi yang dirancang hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran bilik darjah. 
Kebolehan guru mempelbagaikan strategi pengajaran mampu menarik minat murid dan sesi p&p akan
berlangsung dengan jayanya.

Guru mestilah peka dengan kehendak dan keperluan murid.  Layanan yang diberikan kepada murid hendaklah
adil dan saksama.  Hal ini menyebabkan semua murid terasa dihargai dan minat mereka belajar terus dapat
dipupuk. Selain itu, penambahbaikan harus dibuat dari aspek bahasa dan istilah yang digunakan dalam
penyampaian ilmu.  Di sini saya harus sentiasa berhati-hati dan beringat tentang istilah yang digunakan harus
sesuai dengan tahap kebolehan dan umur murid.  Penggunaan istilah/ bahasa sangat penting dalam sesi p&p. 
Video yang saya gunakan sebagai BBM 

"Pak Wa Pak Wa Laga Wa"

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                                       :  27 Jun  2011

Masa                                        :  0700 – 0800

Kelas                                        :  2D

Bilangan pelajar                         :  31 orang

Mata Pelajaran                          :  Matematik

Bidang                                      :  Nombor

Tajuk                                        :  Pendaraban Menggunakan Sifir Darab 2,3,4 dan 5

Hasil  pembelajaran                   :  Murid-murid dibimbing untuk:

1.4     Memahami darab adalah penambahan berulang

(Sifir darab 2, 3, 4, dan 5)

Objektif pelajaran                      :  Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat :
                                                  a) mendarab dua 1-digit nombor menggunakan 
                                                      sifir 2,3,4, dan 5.

Pengetahuan Sedia Ada            :  1. Murid telah mengenal pasti istilah penambahan 


                                                      berulang dan bagaimana mencari hasil tambah.

Nilai                                          :  Berani mencuba, yakin diri.

Bahan Bantu Mengajar               :  Video Bijak Sifir, Jadual Sifir (2,3,4,dan 5).
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

                       i.        Set induksi

   ii.        Aktiviti    :tayangan video, penerangan,bersoal jawab – penggunaan 

                                bahan mengajar – penggunaan papan hitam – pengukuhan

   iii.        Penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran

Refleksi:

Daripada aktiviti yang dijalankan saya dapati pengajajaran untuk kemahiran ini menyeronokkan.  murid-murid
begitu teruja dengan tayangan video yang digunakan.  Video yang ditayangkan dapat menarik perhatian murid
dan seterusnya memudahkan ingatan murid tentang sifir dengan turut sama menyanyikan lagu Pak Wa Pak Wa
Laga Wa.  Ternyata gabungan nyanyian dan grafik yang menarik mampu memudahkan pengajaran saya dan
menjurus kepada pencapaian objektif.  Selain itu, teknik soal jawab dan latih tubi yang digunakan dalam sesi
p&p ini dapat mengekalkan pemahaman murid tentang kemahiran yang diajar.  Walaupun video yang digunakan
menjadi daya tarikan dalam sesi p&p ini namun ada beberapa orang murid dilihat kurang berminat dengan
tayangan tersebut.  Mereka dilihat lebih suka melihat mulut kawan yang menyanyikan lagu tersebut dan berada
dalam dunia ciptaan mereka sendiri.  Di sini saya membuat kesimpulan bahawa mereka tidak tahu kandungan
video tersebut dan ini menjadikan mereka tidak berminat untuk turut serta dalam aktiviti melihat tayangan
video.  Apabila selesai melihat tayangan video tersebut, saya meneruskan sesi p&p dengan penerangan tentang
video tersebut dan cara penggunaan maklumat yang disampaikan.  Saya dapati kumpulan murid yang tidak
berminat dengan video tadi, mengangguk-angguk kepala tanda mereka faham.  Saya berpuas hati kerana
kumpulan murid ini mendapat input daripada penerangan yang saya beri.  Benarlah kata orang, senjata utama
guru dalam menyampaikan pelajaran adalah suara dan teknik yang digunakan.  Di samping itu, penggunaan latih
tubi juga berkesan dalam pengajaran matematik.  Saya lihat murid-murid begitu selesa dengan latihan yang
diberi dan mereka dapat menjawab dengan pantas dan tepat.  Saya berharap agar prestasi pembelajaran mereka
kekal seperti ini dan terus meningkat menuju kecemerlangan.

Anda mungkin juga menyukai