Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KOTA PUTERI

JALAN BAYAN,BANDAR BARU KOTA PUTERI


81750 MASAI, JOHOR .
` TEL : 07- 3881720
FAKS : 07-3881720
Rujukan Kami: JBA1085.KOKO/700-3/3/3
Tarikh : 28 Disember 2016

Kepada :

Guru Besar,
SK Seri Kota Puteri,
81750 Masai,
Johor Darul Takzim.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN DAN KELULUSAN PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM BULAN


SABIT MERAH MALAYSIA

Perkara di atas dirujuk.

2. Saya,Pn. Zafrina Binti Ismail berdasarkan peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh
21 Mei 1998 P.U.(A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130,Akta Pendidikan 1996 dengan
ini memohon untuk menubuhkan Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia SK Seri Kota
Puteri,Masai mulai 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017.

3. Bersama-sama ini disertakan:


3.1 Draf Perlembagaan
3.2 Draf Aktiviti Asas
3.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja

4. Kerjasama daripada pihak puan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan
terima kasih.

Sekian,terima kasih.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

___________________
(PN ZAFRINA BINTI ISMAIL)
Guru Penasihat PBSM,
SK Seri Kota Puteri,
Masai Johor.
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KOTA PUTERI
JALAN BAYAN,BANDAR BARU KOTA PUTERI
81750 MASAI, JOHOR .
` TEL : 07- 3881720
FAKS : 07-3881720
Rujukan Kami : JBA1085/700-1/2
Tarikh : 1 Januari 2016

PN MIMI AISHAH BT ZAKARIA


SK Seri Kota Puteri,
81750 Masai Johor.

Tuan,

KELULUSAN PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM

Adalah dengan hormatnya,merujuk surat yang bernombor rujukan JBA1085.KOKO/700-


3/3/4 bertarikh 28 Disember 2015

2. Berdasarkan peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 P.U.(A) 196,
yang berkait dengan Seksyen 130,Akta Pendidikan 1996 dengan kuasa yang diberikan
kepada saya sukacita dimaklumkan permohonan puan untuk menubuhkan Unit Beruniform
Pergerakan Puteri Islam SK Seri Kota Puteri, Masai mulai 1 Januari 2017 hingga 31
Disember 2017 adalah DILULUSKAN berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017.

3. Semoga puan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian ,terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

_______________________
(MOHD SENIN BIN KASSIM)
Guru Besar
SK Seri Kota Puteri

Merangkap Penolong Pendaftar Persatuan Sekolah.

s.k 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. GPK Kokurikulum
3. Fail Unit Beruniform

Anda mungkin juga menyukai