Anda di halaman 1dari 5

KATA BANTU

Kata Bantu terbahagi kepada dua kumpulan.


1. Kata Bantu Aspek
 Kata yang menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa.
Contoh:
Sudah berlaku - sudah, telah, pernah
Sedang berlaku - sedang, masih
Belum berlaku - belum, akan
 Kata bantu hadir sebelum kata kerja.
 Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir bersama-sama. Contoh:
belum pernah
masih belum
telah pernah
masih sedang
sudah pernah
2. Kata Bantu Ragam
 Kata yang menerangkan ragam yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan seseorang itu.
Contoh:
Mesti melakukan - mesti, harus
Hendak melakukan - hendak, mahu
Berkeupayaan melakukan - boleh, dapat
 Kata bantu aspek juga boleh hadir secara berderetan dengan kata bantu ragam, sama ada
mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh:
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam
sedang hendak
masih belum
belum boleh
belum hendak
akan dapat
Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek
harus sudah
harus telah
mesti akan
mesti sudah
mesti telah
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Masa menjawab soalan itu __________ tamat.


A sudah
B lalu
C mesti
D sedang

2. Salmiah __________ tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu.


A sudah
B sedang
C pernah
D masih

3. Chef Nizam ___________ mengangkat kek dari ketuhar.


A sedang
B masih
C telah
D mesti

4. Encik Ahmad ___________ melawat jirannya di hospital.


A dapat
B hendak
C boleh
D harus

5. Amir Izzat __________ mandi ketika saya ke rumahnya.


A mesti
B harus
C mahu
D sedang
6. Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.
A sedang
B harus
C akan
D telah

7. Siapakah yang ___________ dipersalahkan dalam kejadian ini?


A dapat
B mesti
C harus
D sudah

8. Kamu ___________ pandai memujuk hatinya yang luka itu.


A mesti
B sedang
C sudah
D akan

9. Pasukan sekolah Syafiq ________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam.
A harus
B akan
C telah
D mesti

10. Cikgu Kalsom ___________ ke Pulau Tioman pada hujung minggu hadapan.
A belum
B akan
C telah
D pernah
KATA BANTU

PERKAR KETERANGAN
A
Kata Kata bantu ialah kata yang bertugas untuk membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan
Bantu frasa sendi nama yang bermaksud sebagai kata kerja untuk menimbulkan makna-makna
tambahan dari segi masa atau ragam. Terdapat dues jenis kata bantu, iaitu:-

                    i)    Kata bantu aspek                                           ii)  Kata bantu ragam

Kata Kata bantu aspek merupakan kata bantu yang menerangkan sesuatu perbuatan dari segi
Bantu masa sesuatu kata kerja dilakukan sama ada belum berlaku, sedang berlaku atau sudah
Aspek berlaku. Antara kata bantu ialah:-

sudah dilakukan sudah, telah, pernah


sedang dilakukan sedang, masih
akan dilakukan belum, akan
 Contoh:-
1   Bas yang ditunggu itu relah tiba.
2   Saya pernah ke pulau itu tahun talu.
3   Saya sudah menyiapkan kerja yang diberikan oleh cikgu itu.
4   Kami sedang merancang langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut-
5   Peristiwa ngeri itu masih segar dalam ingatan saya-
6   Kami belum bercadang untuk mclawat tempat itu.
    7   Kami akan ke sana jika diberi peluang.
Terdapat juga keadaan yang membolehkan kata bantu aspek tertentu yang hadir
bersama-sama dalam sesuatu ayat. Antara contoh kata bantu aspek tersebut ialah:

belum  pernah sudah  pernah masih  belum


telah  pernah masih  sedang
Contoh penggunaan kata bantu aspek berpasangan:
1   Kami belum pernah didenda seperti ini.
2   Saya sudah pernah  menghadiri majlis sedemikian.
3   Perbincangan itu masih belum mencapai sebarang keputusan.
4   Kerajaan masih sedang mencari jalan untuk membebaskan pars tebusan itu.
   5   Kami telah pernah berunding dengan beliau bagi mengatasi masalah itu.
                               
Kata Kata bantu ragam ialah kata yang menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan
Bantu perbuatan yang dilakukan seperti:-
Ragam
hendak mahu harus mesti boleh dapat

Contoh penggunaan kata bantu ragam dalam ayat ialah:


1   Emak dan ayah hendak  ke pejabat.
2   Adik bongsu saya mahu bersekolah di sekolah ini nanti.
3   Jika kamu tekun, kamu pasti dapat  menyelesaikan masalah tersebut.
4   Jika tidak hujan, mereka mesti akan datang.
5   Kamu boleh  duduk jika menyiapkan semua kerja tersebut.
   6   Kita harus  mencuba sebelum menyerah kalah.
Kata Peringatan:
Bantu Kata bantu ragam boleh  dan dapat  perlulah digunakan dengan berhati-hati kerana kedua-
Ragam duanya mempunyai maksud yang berbeza.

Boleh digunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keizinan.


Dapat digunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keupayaan atau kemampuan.

Contoh:
1   Mereka yang berumur di bawah 18 tahun tidak boleh menyertainya.
      2  Kamu boleh masuk selepas mendapat kebenaran secara bertulis daripada
Pengetua.
3   Walaupun soalan itu susah, namun saya dapat menjawabnya.
     4   Kotak itu tidak dapat  diangkat olehnya.

LATIHAN PENGUKUHAN

Pilih kata bantu yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.
1   Negara kita (pemah, sedang) menuju ke status negara maju menjelang 2020.
2   Adik saya (masih, sedang) kecil dan (masih, belum) bersekolah.
3   Barang-barang yang dijual di situ (telah, masih) habis.
4   Ayah berharap agar kamu (akan, telah) lulus dalam ujian itu nanti.
5   Malaysia (pemah, akan) dijajah oleh beberapa kuasa asing.
6   Lampu di dalam dewan itu (telah, masih) dipadam olehnya.
7   Ibunya (akan, telah) berlepas ke luar negara pada hujung minggu ini.
8   Walaupun sudah tua, penglihatan datuk (masih, telah) baik.
9   Kami (masih, pemah) menolongnya menyelesaikan masalah keluarganya dahulu.
 10   Walaupun (akan, belum) bersekolah, adik sudah pandai membaca buku cerita.
 11   Kebanyakan pelajar tidak (dapat, boleh) menjawab soalan itu kerana terlalu sukar.
 12   Pelajar yang sudah menghantar buku latihan ( dapat, boleh ) duduk sekarang.
 13  Kamu (mesti, boleh) makan ubat ini jika mendapat kebenaran daripada doktor.
 14  Kita (harus, dapat) menolong orang lain yang berada dalam kesusahan.
 15 Jika saya mempunyai wang sudah tentu says juga (dapat, boleh) membeli peralatan itu.

B.   Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan kata bantu yang diberikan di tempat yang
betul.

1   Dia belajar untuk hidup bermasyarakat. (mahu)


2   Semua pelajar menyerahkan laporan kemajuan pada minggu hadapan. (mesti)
3   Bayi itu walaupun sudah berusia dua tahun namun dia dapat berjalan. (masih belum)
4   Nenek tidak makan bush jambu batu itu kerana tiada gigi. (dapat)
5   Kamu membantu orang itu bagi meringankan masalahnya. (harus)
6   Ayah saya menjadi Pengetua di sekolah itu. (pernah)
7   Orang yang merokok pasti menerima kesan buruk daripada perbuatannya. (akan)
8   Encik Ghani menonton filem bersama dengan keluarganya. (sedang)
9   Kebanyakan pelajar membeli buku itu dari kedai koperasi sekolah. (telah)
10 Zalina tidak pergi ke sekolah kerana ketinggalan bas sekolah. (dapat)                         

Anda mungkin juga menyukai