Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat.

Secara amnya, Internet ialah rangkaian komputer yang berhubung


menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah
sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan
menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet
switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar
dinamakan Internet. Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan internet
kepada masyarakat.

Kebaikan 1:
Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan
teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran
rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa
sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau
bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga
menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.

Kebaikan 2:
Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua
pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui
internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta
pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan
penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet
yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan
sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga
membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan.

Kebaikan 3:
Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi
antarabangsa. Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet.
Pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan
adanya internet. Pelbagai pembedahan dan diagnosis dimungkinkan
melalui internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan politik pula dapat
dimungkinkan dengan telekonferens. Ini memudahkan sesuatu urusan
komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu
tempat. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan
dengan adanya kemudahan internet. Internet ini memberi faedah kepada
pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka tanpa
menjejakkan kaki ke menara gading.
Kebaikan 4:
Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana
pembayaran bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat
dilakukan dengan mudah. Hubungan dengan agensi-agensi kerajaan
dan badan-badan pendidikan antarabangsa untuk memohon kemasukan
ke kursus pengajian atau peluang kerja dapat dibuat melalui internet.
Urusan menerusi internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga
dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan
dengan mudah.

Keburukan 1:
Walau bagaimanapun, internet juga memudaratkan manusia jika
disalahgunakan. Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh
dan mengganggu seperti `hacking’ yang kini banyak berlaku. Laman-
laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu.
Keselamatan negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan
melalui rangkaian antarabangsa. Beberapa tahun kebelakangan inn, pusat
keselamatan negara Amerika Syarikat, Pentagon diceroboh oleh seorang
kanak-kanak berusia dua belas tahun. Ini memudaratkan aspek
keselamatan negara dan dunia.

Keburukan 2:
Selain itu, virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak
kebelakangan ini juga disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus
komputer yang dicipta boleh mengakibatkan data-data dalam komputer
hilang dan ada juga virus yang mengakibatkan kerosakan komputer. Ini
akan mengakibatkan sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh
kerana sistem dan data-data mereka terganggu.

Keburukan 3:
Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet.
Seseorang yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin
komputer untuk tempoh masa yang lama. Ini akan membawa masalah
kesihatan seperti penyakit mata, sakit tulang belakang dan sebagainya.

Kesimpulan:
Kesimpulannya, internet mempunyai banyak kebaikan dan
keburukan. Para pengguna perlu memahami kegunaan internet dan
memastikan is digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan
pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda
memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara
ini.

Anda mungkin juga menyukai