Anda di halaman 1dari 1

Komunikasi memainkan peranan yang penting membantu murid membina hubung kait antara

pengalaman tidak formal dengan bahasa matematik. Komunikasi dapat menolong murid membuat
hubung kait antara fizikal, grafik, gambar, perwakilan dan simbol dengan idea
matematik. Guru matematik memberi peluang kepada murid untuk
berinteraksi dengan murid lain bagi membina pengetahuan dan mempelajari
daripada rakan tentang cara mereka berfikir (m/s 108). Murid yang belajar
dalam kumpulan kecil, dapat berbincang dan menyelesaikan masalah serta
mengaitkan bahasa matematik yang mereka faham dengan kurang faham.
Murid dapat mempelajari antara satu sama lain dan membuat refleksi semasa
mereka berkomunikasi. Dengan ini , guru dapat mengetahui tentang muridnya
dengan lebih baik dan dapat membuat keputusab tantang perancangan
pengajaran. Guru boleh menggalakkan komunikasi dalam bilik darjah dengan
menyoal atau memberikan masalah untuk diselesaikan oleh pelajar.
Penyelesaian masalah boleh dijalankan dalam kumpulan kecil atau
berpasangan. Aktiviti sedemikian dapat menggalakkan pelajar berkomunikasi
antara satu dengan yang lain (m/s 109). Guru haruslah memainkan peranan
sebagai fasilitator untuk menggalakkan pelajar menyatakan idea mereka
supaya mereka memahami kandungan Matematik itu sendiri (m/s 110). Guru
perlu menggunakan kemahiran yang ada pada seseorang pelajar (m/s 117).
Kemahiran membaca, mengira, mendengar, menganalisa, mentafsir dan
menilai idea matematik merupakan kemahiran yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Keupayaan guru untuk mengenali
kebolehan setiap pelajarnya merupakan satu kelebihan yang mampu
menjadikan komunikasi matematik lebih berkesan. Aktiviti yang dirancang
perlulah suatu aktiviti yang mampu menggalakkan pelajar untuk memikirkan
konsep dan pengetahuan matematik. Kemahiran menyoal guru mampu
mencipta komunikasi dua hala dan merancakkan suasana pembelajaran.
Kesimpulannya, seseorang guru juga perlulah memastikan setiap pelajar
memahami sepenuhnya dan berkemampuan menyampaikan sesuatu idea
matematik itu berkesan sama ada secara lisan atau bertulis. (ms 122).

Anda mungkin juga menyukai