Anda di halaman 1dari 8

ISI KANDUNGAN

i.
1.0 DEFINISI GAYA HIDUP SIHAT

1.1 DEFINISI FAHAMAN SAYA


Gaya hidup sihat menurut World Health Organization (WHO) adalah cara hidup yang
mengurangkan risiko sakit atau mati awal. Tidak semua penyakit boleh dicegah, tetapi
sebahagian besar kematian, terutamanya dari penyakit jantung koronari dan kanser paru-paru,
boleh dielakkan. Kajian-kajian saintifik telah mengenal pasti beberapa jenis tingkah laku yang
menyumbang kepada pembangunan penyakit-penyakit yang tidak menular dan kematian awal.
Kesihatan bukan sahaja mengelakkan penyakit. Ia juga mengenai kesejahteraan fizikal, mental
dan sosial. Apabila gaya hidup sihat digunakan, model peranan yang lebih positif diberikan
kepada orang lain dalam keluarga, terutamanya kanak-kanak.

1.2 TAKRIFAN RAKAN LAIN

Pengamalan gaya hidup sihat adalah sangat penting dalam menjalani kehidupan
seharian kita. Seseorang itu mengamalkan gaya hidup yang sihat bertujuan untuk
meningkatkan dan menjamin kesihatan mereka dalam keadaan yang baik dan sihat.Hal ini
kerana,gaya hidup sihat menunjukkan seseorang itu menjalankan tatacara dan aktiviti yang aktif
dan cergas sekaligus menaikkan mutu kesihatan dan kecergasan dirinya. Gaya hidup sihat
ditakrifkan sebagai satu proses atau amalan kesihatan  ke  arah perubahan  hidup yang
memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan pemakanan yang seimbang,
bersenam, mengawal tekanan atau stres, dan yang paling penting adalah menghindar diri
daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko.Manakala  menurut  Persatuan  Kesihatan
Sedunia  (WHO,  1946)  pula mentakrifkan perkataan sihat sebagai “Suatu keadaan sempurna
dari segi fizikal,mental,dan sosial dan tidak hanya ketika sakit.Kesihatan juga membawa erti
kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif”. Menurut kajian Lyons dan
Langille (2001), konsep gaya hidup sihat dikategorikan sebagai satu kehidupan yang seimbang
di mana seseorang membuat satu pilihan dengan bijak. Walau bagaimanapun, segala pilihan ini
dipengaruhi beberapa faktor. Mereka juga menerangkan bahawa gaya hidup yang sihat adalah
suatu amalan untuk mengurangkan masalah kesihatan, pemulihan, mengurangkan tekanan
hidup dan meningkatkan mutu kehidupan.

i.
1.3 PERSAMAAN DAN PERBANDINGAN DEFINISI

PERSAMAAN PERBEZAAN
1. Definisi gaya hidup sihat saya adalah
menurut WHO cara hidup yang
mengurangkan risiko sakit atau mati awal
manakala rakan saya definisinya menurut
WHO adalah “Suatu keadaan sempurna dari
segi fizikal,mental,dan sosial dan tidak
hanya ketika sakit.

i.
2.0 CIRI-CIRI GAYA HIDUP SIHAT
2.1 FAHAMAN SAYA

Ciri-ciri gaya hidup sihat (GHS) salah satunya ialah amalan pemakanan yang
seimbang. Selain memilih makanan harian berasaskan Piramid Makanan,
pemakanan harian mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama –
sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam). Pemilihan makanan harian
juga termasuklah makanan yang rendah gula, garam dan lemak. Ciri yang
kedua ialah tidak merokok. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali
ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-
paru, emfisima, penyakit jantung dan angin ahmar. Merokok boleh
menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok
mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh
menyebabkan kanser (karsinogenik). Seterusnya, melakukan aktiviti fizikal.
Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan
tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan
bersukan.Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan
meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan
darah tinggi, diabetes dan sakit sendi. Lakukan aktiviti fizikal sekurang-
kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang
hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali) 3 kali seminggu. Akhir sekali,
menangani stres dengan bijak. Kemarahan adalah satu masalah utama emosi
akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau
tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada
kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.

2.1 FAHAMAN RAKAN LAIN


 Penting untuk kita semua mengetahui ciri-ciri gaya hidup sihat sebelum memulakan amalan
tersebut terlebih dahulu. Ciri pertama dalam pengamalan gaya hidup sihat ialah mengamalkan
pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang adalah amat
penting bagi memberikan kesihatan yang baik.Memang enak memakan apa yang sedap, 
tetapi kita mestilah memikirkan tentang khasiat dan mutu kebersihan makanan tersebut terlebih
dahulu. Contoh yang paling mudah untuk memastikan keseimbangan dalam pemakanan kita
adalah dengan makan mengikut kadar yang dijelaskan dalan piramid makanan.
 
  Ciri gaya hidup sihat yang seterusnya ialah mengamalkan senaman.Bak kata pepatah yang
biasa kita dengar, otak yang cerdas lahir daripada tubuh badan yang sihat.Kecergasan badan
dapat menjamin kecerdasan otak.Hal ini penting kerana,otak adalah organ yang mengawal
semua perlakuan dan tingkah laku kita.Jika fungsi otak dapat berjalan dengan baik maka kita
tidak perlu risau dalam melakukan sesuatu. Justeru,senaman perlu dilakukan lebih kurang 30

i.
minit dalam sehari dan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu seperti berjoging,berjalan atau
memadai dengan mendaki tingkat bangunan dengan menggunakan tangga.
 
  Seterusnya,menjauhi dan tidak merokok adalah salah satu daripada ciri-ciri gaya hidup
sihat.Merokok amatlah berbahaya kerana membuka banyak peluang untuk seseorang itu
menghidap suatu penyakit yang bahaya.Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia
menunjukkan bahawa merokok adalah  faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan
menyebabkan 10% hingga 12% kematian di Malaysia. Malangnya 50% golongan lelaki di
Malaysia adalah perokok. Antara penyakit berbahaya akibat perbuatan merokok ialah serangan
jantung,kanser paru-paru,kanser mulut,dan banyak lagi.Bahan–bahan yang terkandung dalam
rokok adalah penyebab utama seseorang itu terdedah dengan penyakit ini seperti karbon
monoksida,tar,nikotina,dan aseton.Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menjauhi
diri kita daripada terjebak dengan amalan buruk ini.
 
  Selain itu, mendapatkan tidur yang berkualiti ialah ciri gaya hidup sihat. Tidur adalah penting
untuk merehatkan dan menyegarkan badan serta otak. Mendapatkan tidur yang cukup dan
berkualiti sememangnya penting bagi kesihatan yang baik. Kajian menunjukkan bahawa tidur
malam yang baik boleh mempertingkatkan pembelajaran dan kemahiran menyelesaikan
masalah. Tidur juga membantu kita untuk memberi tumpuan,membuat keputusan dan menjadi
kreatif. Sebagai manusia biasa,kita memerlukan tidur yang cukup pada setiap malam iaitu
sekitar 7 hingga 9 jam.Namun begitu,masa tidur yang efektif adalah berbeza untuk setiap orang
bergantung kepada jenis pekerjaan.peringkat umurdan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang
itu.Dengan itu,kita perlulah mendapat tidur yang berkualiti dalam mengamalkan gaya hidup
yang sihat.

   Akhir sekali,ciri gaya hidup sihat yang perlu diamalkan oleh seseoranh ialah bijak dalam
menangani stres.Stres adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam
sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan harian manusia. Stres merangkumi beban,
tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya.Antara bahaya
stres jika tidak diuruskan dengan baik ialah sukar fokus ketika belajar,insomnia,serangan
jantung,emosi tidak stabil,sistem penghadaman terganggu,dan banyak lagi. Bahayanya stres ini
ia bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita, malahan orang sekeliling seperti
keluarga dan kawan rapat kita juga boleh terkena tempiasnya.Banyak cara yng boleh dilakukan
untuk menangani stres seperti berlatih mengawal emosi,buang sifat-sifat negatif dalam
diri,berkawan dengan rakan yang baik,dan menguatkan hubungan dengan Tuhan bagi yang
beragama.Oleh itu,kita mestilah bijak dalam mengurus stres supaya pengamaln gaya hidup
sihat dapat diteruskan dan bertambah baik dari masa ke masa.

2.2 PERSAMAAN DAN PERBANDINGAN CIRI-CIRI

i.
PERSAMAAN PERBEZAAN
1.Mengamalkan pemakanan yang seimbang. 1.
2. Menjauhi dan tidak merokok
3. Menangani stres dengan bijak.
4.

i.
RUJUKAN

i.

Anda mungkin juga menyukai