Anda di halaman 1dari 4

Simbol-simbol muzik

Bentuk muka yang berbentuk


geometri (bulat) dan garisan
yang kemas

Gambar 1 menunjukkan lukisan kanak-kanak lelaki yang dilukis di atas lantai. Pada pendapat
saya, tema yang terdapat dalam hasil lukisan kanak-kanak tersebut adalah kehidupan. Hal ini
kerana, apa yang dapat saya lihat dalam karya adalah persepsi kanak-kanak tersebut tentang
gambaran kehidupannya terhadap sesuatu peristiwa, suasana dan pengalaman. Hal benda
yang dipilih pula adalah berkaitan dengan emosi serta pengalaman yang pernah dirasainya.
Secara amnya lukisan ini dilukis atas faktor persekitaran dan pengalaman kanak-kanak
tersebut. Lukisan tersebut menggambarkan imej figura yang berbaju putih yang
berkemungkinan imej ibunya. Budak lelaki tersebut juga merupakan anak yatim yang ketiadaan
ibu. Oleh disebabkan hal yang demikian kanak-kanak tersebut baring di sebelah lukisan itu
apabila hendak tidur bagi mengubati rindu terhadap ibunya. Dengan melukis beliau dapat
mengekspresikan perasaan sedih dan rindu seterusnya menjadi sebagai salah satu terapi seni
buat dirinya. Dari aspek hal benda, dapat dilihat simbol-simbol muzik pada sebelah kiri figura
tersebut. Dapat ditafsirkan bentuk-bentuk tersebut menyampaikan mesej tentang pengalaman
beliau bahawa ibunya akan mendodoikannya dengan nyanyian apabila hendak tidur. Rupa dan
bentuk yang dilukis dengan kemas serta mempunyai simbol-simbol ini menandakan bahawa
kanak-kanak ini sudah mencapai tahap umur antara 7 hingga 9 tahun yang boleh
menggambarkan bentuk-bentuk geometri.
Mimik muka
tersenyum

Garisan halus,
melengkung dan tidak
kemas

Gambar rajah 2 menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan baring di atas lantai yang
mempunyai imej figura lukisannya . Lukisan tersebut menunjukkan seorang wanita yang
berkemungkinan gambaran imej ibu kepada kanak-kanak tersebut. Seterusnya, mimik muka
figura tersebut yang tersenyum menyampaikan mesej bahawa ibunya baik dan kasih
kepadanya. Dari perspektif psikologi, lukisan ini menyampaikan mesej tentang kehidupannya
sebagai seorang anak yatim yang merindui ibunya. Oleh hal yang demikian, anak kecil tersebut
melukis imej ibunya dan baring disitu seolah-olah dia sedang tidur di atas pangkuan ibunya.

Jika diteliti dari aspek unsur seni, dapat dilihat unsur garisan dan ruang diberikan perhatian.
Garisan yang digunakan adalah garisan halus yang lurus dan melengkung. Garisan halus dapat
dilihat dilukis untuk bahagian badan dan melengkung bagi lukisan mulut yang tersenyum.
Garisan lurus, nipis dan melengkung yang dilukis dengan tidak begitu sempurna adalah
disebabkan kekuatan otot-otot yang belum begitu matang pada peringkat umur kanak-kanak ini
untuk memberikan tekanan kepada alat yang dipegangnya iaitu kapur. Walau bagaimanapun,
garisan yang kurang kemas tersebut masih lagi dapat menghasilkan rupa dan dapat ditafsir
oleh pemerhati. Dapat dirumuskan bahawa kanak-kanak tersebut berumur antara 4 hingga 7
tahun.
Gambar yang ketiga ini adalah berdasarkan lukisan kanak-kanak yang ingin menyampaikan
kisah kehidupannya. Lukisan ini menggambarkan suasana tidak tenteram dan huru-hara yang
memaparkan sebuah peperangan yang berlaku di negara yang didiaminya. Suasana yang
digambarkannya seolah-olah berlaku di kawasan perumahannya kerana persekitaran tersebut
mempunyai subjek dan rupa bentuk rumah.

Kelihatan imej jentera perang dan helikopter tentera yang menyerang negara tersebut. Jika
diperhatikan warna jentera dan helikopter tersebut berwarna hijau yang merupakan tema warna
bagi tentera perang.

Terdapat juga imej figura yang dilukis terbaring di bahagian kiri lukisan ini. Figura tersebut juga
dilukis dengan kesan berwarna merah di badan mereka. Perkara ini dapat ditafsirkan bahawa
imej tersebut merupakan manusia yang mati dibunuh oleh tentera dan bergelimpangan di
kawasan tersebut.

Dari aspek mimik muka pula, lukisan tersebut menggambarkan ekspresi marah, garang dan
sedih pada wajah-wajah figura yang dilukisnya. Wajah figura yang memegang senjata pada
bahagian kanan lukisan tersebut memaparkan reaksi marah kerana garisan halus dan tajam
digunakannya untuk melukis kening dan mata. Penggunaan garisan melengkung sebagai mulut
terdapat pada imej figura yang lain yang menimbulkan mimik muka yang sedih.
Suasana yang timbul dalam lukisan tersebut juga adalah suram. Hal ini adalah kerana
penggunaan warna yang tidak begitu menonjol dan ton yang gelap terdapat pada latar tempat
lukisan tersebut. Contohnya, di bahagian atas terdapatnya awan dengan ton warna biru gelap
manakala gunung dan matahari diwarnakan menggunakan warna jingga gelap. Penjelmaan
titik-titik berwarna biru yang melambangkan hujan memberi kesan timbulnya kesedihan dan
suasana suram.

Anda mungkin juga menyukai