Anda di halaman 1dari 17
FALSAFAH, LOGIK, TEORI NILAI DAN ETIKA MELAYU SUATU PENGENALAN OLEH HASHIM BIN HAJI MUSA, Ph.D. ISBN 983-2085-27-6 & gflesgalédnedles| AKADEMI PENGAJIAN MELAYU 001 JENIS-JENIS ILMU PENGETAHUAN MANUSIA JENIS | KEADAAN | PARADIGMA] KAEDAH ANGGOTA, OBJEK PEMIKIRAN | KAJIAN PENGUKURAN +t Imbasan | Empirikal Imbasan Pengalaman Deria, cerapan pancaindera Sains | Emprikal Positivistis | Eksperimen ‘Akal, bukti empirikal saintifik dan logikal Falsafah | Abstrak, Logika Renungan, Akal, bukti logikal logikal pentaakulan, dan Rasional hujahan rasional Mistik | Abstrak, Mistikal. Latinan Hati kalbu, fransedental | supralogikal | jasmaniah dan | rasa, iman, rohaniah, ilham, | yakin kasyat, wahyu (Cipadan dengan tambahan daripada Dr. Ahmad Tafsir, 1997:15) Tlmu atau pengctahuan imbasan ialah pengetahuan yang diperolehi manusia melalui tanggapan pancainderanya secara sepintas lalu atau sckali imbas yang merupakan satu imbasan atau “impression” yang terbentuk di dalam fikirannya secara sepintas lalu dan bersifat sementara dengan pengukuran kebenarannya berasaskan deria/pancaindera semata-mata, Iimu sains jalah pengajian tentang objek yang empirikal/zahiriah yang berdasarkan penelitian dan eksperimen yang logikal dan empirikal dengan nilai kebenarannya diukur berasaskan akal dengan bukti yang empirikal dan logikal. Iimu falsafah ialah ilmu yang mengkaji dan meneliti objek yang abstrak dan logikal yang merupakan hakikat benda-benda dan kejadian di dalam alam semesta ini yang dilihat dan dihuraikan secara holistik atau menyeluruh berdasarkan paradigma borfikir logika dengan kaedah renungan, pentaakulan dan hujahan yang logikal dan rasional dengan nilai kebonarannya diukur berasaskan akal yang rasional. Timu mistik ialah ilmu tentang objek yang abstrak dan atau transendental yang berdasarkan paradigma pemikiran yang mistikal dan supralogikal, melalui kaedah latihan yang bersifat jasmani dan rohani dan juga melalui ilham, kasyaf dan wahyu, dengan nilai kebenarannya berasaskan pengukuran rasa kalbu atau hati, 3. Bidang-Bidang Kajian Ilmu Falsafah Objek yang dikaji oleh ilmu falsafah ialah apa yang ada dan juga apa yang mungkin ada di dalam alam semesta atau seluruh kewujudan ini. Objektit atau matlamat ilmu falsafah pula adalah untuk menemukan hakikat kebenaran bagi apa yang ada itu. Oleh itu falsafah berminat untuk mengetahui dan menghuraikan tiga perkara tentang objek kajiannya itu, iaitu: a) bagaimana ilmu pengetahuan tentang apa yang ada dan mungkin ada dalam alam semesta dan seluruh kewujudan ini diperolehi yang dikaji dalam epistemologi, dan bagaimana ilmu pengetahuan itu diungkap, dihujah dan disampaikan secara teratur dan berkonsekuen yang dicakupi oleh logika, b) —_apakah esansi, hakikat dan zat dan bagaimana keadaan wujud bagi apa yang ada dan mungkin ada itu; ini dinamakan teori metafizika, dan c) apakah manfaat, kegunaan dan fungsinya apa yang ada dan mungkin ada itu, ini dinamakan teori aksiologi atau teori nilai. Dalam sejarah perkembangannya, pelbagai alirah faslafah telah muncul. Perbezaan aliran iti disebabkan oleh sudut pandangan semesta, nilai dan kepercayaan yang beberbeza-beza di kalangan pendukungnya. Antara aliran-aliran falsafah yang utama adalah rasionalisme, empirisisme (materialisme. positivisme, empirisisme logikal), idealisme, eksistensialisme, pragmatisme, realise, dan lain-lain, Secara ringkas aliran-aliran itu boleh didefinisikan seperti berikut: (1) Rasionalisme: aliran falsafah yang selalunya dikaitkan dengan Rene Descartes (1596-1650), Spinoza (1632-77) dan Leibniz (1646-1716), yang menyatakan bahawa segala ilmu pengetahuan tentang alam diperolehi melalui operasi fakulti akal (Latin:ratio=akal) dan bukan melalui pengalaman semata-mata dan juga bukan melalui rasa atau hati kalbu. Rasionalisme yang ekstrim berpegang kepada otoriti/ kewibawaan akal dengan pendirian bahawa sesuatu yang tidak boleh dicapai oleh fakulti akal adalah tidak wujud, dan segala kejadian dalam alam ini merupakan gejala alam semula jadi yang biasa bukan daripada kuasa luar biasa (Tuhan), dan kepercayaan agama dan ctika mulia merupakan bentuk-bentuk aspirasi dan gerak hati suci insan bukan berpunca daripada petunjuk otoriti_ yang Kudus (Tuhan). (2) (3) (4) Empirisisme: aliran yang dikaitkan dengan John Locke (1632- 1704), David Hume (1711-76) dan John Stuart Mill 1806-73), yang berpendapat bahawa ilmu pengetahuan itu diasaskan atau diperolehi melalui pengalaman, iaitu dikatikan dengan perkara-peraka yang boleh diinderai dan dialami, Masalah yang besarnya ialah menghuraikan hakikat bahawa sesetengah ilmu yang dimiliki manusia seperti tentang ruang, masa, scbab-musabab, dan juga pengertian logik, matematik dan etik tidak scluruhnya diperolehi melalui pengalaman tctapi melalui pengertian yang lebih bersifat fitrah (innate) atau hadir secara anugerah (hudur/ a priori). Emprisisme seterusnya meningkat kepada positivisme (dikaitkan dengan Comte (1798-1857), Herbert Spencer (1820-1903) yang menganggap semua pengetahuan semestinya selaras dengan penemuan sains dan menolak yang berasaskan tahyul, wahyu, ilham, agama dan juga metafizik, dan pengetahuan demikian bermaksud untuk kemajuan positif bagi manusia. Scterusnya aliran ini meningkat pula kepada positivisme logikal atau empirisisme logikal (dikaitkan dengan Carnap (1891-1970), A. J. Ayer (1910-89), dil.) yang menekankan kacdah sains pasti seperti logik, matematik, geometri dan sebagainya dalam penghuraian dan penghujahannya. Aliran ini disanggah olch golongan agama, Maxist-Lenin, feminis dil. kerana berfahaman atcis (mulhid), elitis, androsentrik (kelelakian), dll. Tdealisme: pandangan yang berpunca dari Plato dan mula- mula digunakan oleh Leibniz, yang berpendirian bahawa ide/ fikiran atau representasi/gambaran akal merupakan hakikat wujud yang sebenar, wujud empiri atau zahiriah ini berpunca dan bergantung kepada wujud dalam bentuk fikiran itu, dan tidak boleh wujud bersendirian. Eksistensialisme: pandangan yang dikaitkan dengan Kiekergaard (1813-1855), yang mempelopori fahaman cksistensialisme agama Kristian), Nietzsche (1844-1900), Husserl dan muridnya yang masyhur Heidegger (1889-1976), Jean-Paul Sartre (1905-1980), Albert Camus (1913-1960) dan Jain-lain, Aliran ini walaupun banyak kepelbagaiannya, secara umumnya menekankan pengalaman/penghidupan sebenar manusia yang menjadi fokus segala pemikiran dan pertimbangan dan menolak idealisme, rasionalisme dan sebagainya. Mercka juga menekankan keutamaan, hak dan tanggungjawab individu dan menolak keutamaan dan hak masyarakat atau kumpulan mengatasi individu, Kiekergaard menolak konsep “herd” (gembalaan/jemaah) dan menekankan hak individu untuk bergiat, berjuang dan meningkatkan diri dalam kegiatan agama, Nietzsche menolak agama dan menganggapnya sebagai warisan daripada mentaliti perhambaan yang menekankan kescrupaan dan kesepunyaan dalam jemaah supaya wujud kescimbangan dan kebajikan bersama dan mengorbankan kecemerlangan dan kemajuan individu yang dengan itu melahirkan mediokriti dan kelembapan. Sartre menekankan kepentingan kebebasan individu untuk memilih tanpa penekanan dan dominasi orang lain. (5) Pragmatisme: Aliran ini dikaitkan dengan Peirce (1839- 1914), William James (1842-1910), dan John Dewey (1859- 1952) yang berpendapat bahawa kegunaan, kelebihan dan manfaat yang praktikal sebagai hasil bagi sesuatu fikiran, kegiatan dan perbuatan itulah yang menentukan nilai dan kebenaran dan kebaikannya. Sesuatu yang praktikal dan membawa hasil yang bermanfaat, itulah yang mempunyai nilai dan kebenaran yang tinggi. Namun aliran pragmatisme yang ekstrim boleh mewajarkan sebarang langkah, kacdah dan strategi digunakan, asalkan ianya mendatangkan hasil yang baik, yang dengan itu boleh mengorbankan sebarang prinsip dan ideal, bahkan prinsip dan idealnya ialah keberuntungan dan keberhasilan pada akhirnya (the end justifies the means). (6) — Realisme: Aliran ini menegaskan bahawa benda-benda yang dialami pancaindera dalam alam ini adalah benar dan wujud secara tersendiri dan bebas daripada pengkonsepsian akal fikiran kita, akal harus menerima sesuatu perkara yang ada dan wujud itu secara objektif dan realistik seperti adanya. Latihan L Buat takrif kerja bagi falsafah dan terangkan mengapa kita perlu satu takrif kerja. Huraikan maksud “kaedah kajian falsafah ialah secara Tenungan dan pentaakulan” dan perbezaannya dengan kajian sains, 3. Terangakan maksud objektif falsafah ialah “merumuskan sifat dan kandungan alam semesta dilihat secara kescluruhan sebagai satu kesatuan”, 4. Huraikan maksud “data dan objek kajian falsafah ialah yang diambil daripada semua aspek alam semesta”. 5. Huraikan secara ringkas perbezaan antara aliran-aliran falsafah rationalisme, emprisisme, idealisme, eksistensialisme, pragmatisme, dan realisme. 4, Takrif epistemologi dan ilmu pengetahuan 4.1 Epistemologi berasal daripada bahasa Yunani iaitu episteme bermakna “pengetahuan” dan logos bermkna “imu, kajian”; oleh itu epistemologi bermakna kajian tentang ilmu pengetahuan, Imu ditakrif secara umum sebagai keadaan atau sifat mengetahui, mengenali, mengecami, memahami, mengingati dan mengerti sesuatu perkara, benda, suasana, kejadian, dan kelakuan; dan juga sebagai himpunan daripada apa yang diketahui, dimengerti, ditemui dan ditanggapi itu. Himpunan daripada yang diilmui dan diketahui itu boleh dinamakan sebagai pengetahuan. Oleh itu ilmu pengetahuan mencakupi kedua-dua aspek itu; iaitu ilmu sebagai sifat mengctahui dan pengetahuan scbagai himpunan daripada apa yang dikctahui. Maklumat (infomation) asalnya bermakna fakta, perkara, berita yang umum untuk pemakluman umum (iaitu untuk pengetahuan umum), tetapi kini apabila dikaitkan dengan teknologi maklumat, ianya bermaksud ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang/disiplin, yang disimpan, dirakam dan disebarkan (stored and communicated knowledge). IImu pula ialah sifat mengetahui/mengerti yang dimiliki manusia (dan tentu sekali Tuhan sebagai Yang Maha Berilmu), dan dengan itu manusia dan Tuhan sahaja yang diistilahkan sebagai berilmu. Komputer dan buku walaupun mengandungi dan mencatatkan pelbagai ilmu, tidak boleh diistilahkan sebaga berilmu, kerana ilmu membawa kepada kepandaian, penilaian, keyakinan, penerimaan, pendirian, pemutusan, pembangunan, kemajuan dan kebijaksanaan (boleh disamakan dengan konsep knowing). Semuanya merupakan sifat manusia bukan mesin. Manakala pengetahuan atau knowledge merupakan himpunan daripada apa yang diilmui oleh manusia, dan seterusnya dicatat, dianalisis, dikelas dan di golongkan ke dalam pelbagai bidang/disiplin ilmu, (accumulated, analysed, organised, classified and recorded knowledge). Mengerti/memahami sesuatu ialah keadaan memperolehi makna tentang perkara itu iaitu dengan cara menggunakan dalil-dalil berasaskan inderaan, hujahan, ilham dan laporan seperti yang akan diterangkan selanjutnya. 4.2 Makna Makna ialah gambaran akal yang memberi pengenalan tentang kedudukan dan tugas scsuatu perkara dalam sesuatu sistem yang diperolehi apabila hubungan perkara itu dengan yang lain-lain dalam sistem itu dapat dijelaskan dan difahami. Makna juga boleh dianggap sebagai rujukan atau denotasi bagi sebarang tanda atau simbol yang bolch terdiri daripada pelbagai jenis misalnya warna, bentuk, gerak geri, bunyi dan lain-lain termasuklah bahasa. 4.3 Sistem Sistem ialah pemeringkatan sekumpulan clemen atau unsur yang berkaitan antara satu sama lain, yang diorganisasikan (disusun mengikut keutamaan kepentingannya) untuk memenuhi sesuatu matlamat atau objektif tertentu. Satu contoh proses memperolchi ilmu ialah ilmu tentang insan. Pemerolehan ilmu tentang insan ialah mengetahui dan mengerti makna seorang insan jaitu tentang kedudukan dan tugasnya dalam semua alam persekitaran kchidupannya iaitu persekitaran sosialnya (keluarga, komuniti, masyarakat, negara dan seluruh umat manusia), persckitaran spatio-temporal atau alam fizikalnya (fauna, flora, alam jagat raya) dan persekitaran metafizikalnya (wujud psikologis atau rohaniah (akal, ratio, intelektus, nafs, hati (qalbu)), wujud malakut (alam Malaikat), alam akhirat, wujud Khalik atau Pencipta). Latihan 1. Huraikan bagaimana ilmu faslafah borbeza dengan ilmu-ilmu yang Jain. 2. Mengapa ada pelbagai cabang dan disiplin ilmu pengetahuan 3. Bincangkan persamaan dan perbezaan konsep-konsep maklumat, ilmu dan pengetahuan, 4. Bincangkan konsep-konsep ilmu, makna dan sistem dan perkaitan antara ketiga-ketiga itu 5. Saluran pemerolehan ilmu Saluran bermakna jalan atau laluan yang menjadi pengalir atau pembawa sesuatu perkara daripada sumbernya kepada penerimanya. Sumber ilmu terletak atau datangnya daripada luar akal manusia yang merupkan pencrimanya; iaitu pengilmuan ditakrifkan sebagai tercapainya akal kepada makna ataupun tibanya makna kepada akal (lihat S.M.N. al-Attas, 1988, Islam and The Philosophy of Science:28). Iimu diperolehi manusia melalui empat saluran iaitu pancaindera yang sempurna (deria), hujahan yag waras, intuisi atau ilham, dan laporan yang benar. Berikut ini diterankgan empat saluran itu secara terperinci a) b) Pancaindera yang sempurna (sound senses), iaitu melalui lima deria penglihatan, pendengaran, pembauan, pengecapan dan penyentuhan, maka sesuatu perkara dalam alam zahiriah ini dapat dirasai dan dikesani, namun yang mentafsir dan memahaminya ialah fakulti-fakulti akal dalaman iaitu daya perlambangan (representasi akal) tentang objek Iuaran itu, daya pengukurannya (estimation), daya ingatannya (recollection) dan daya imaginasinya yang dengan itu membawa kepada pengenalan terhadap makna (kedudukan dan fungsi) objek itu yang dengan itu membawa pula kepada pengertian terhadapnya; iaitu kita mengerti tentang perkara itu; ilmu yang diperolehi demikian dinamakan ilmu deria, hujahan yang waras atau logikal iaitu pendalilan yang teratur dan bersisitem (proper and systematic reasoning) berdasarkan dua organ minda manusia jaitu, i) fikiran atau rasio yang mentafsir dan mensistemkan kejadian dalam alam semesta ini ke dalam satu susunan huraian yang dapat difahami dan diterima umum sebagai berselaras dengan hukum alam yang benar-benar berlaku secara nyata atau yang mungkin berlaku secara potensi, misalnya adanya seekor binatang yang berkaki empat kerana terdapat kesan tapaknya di atas tanah yang masih basah dengan jejaknya walupun binatang itu sendiri tidak dapat dikesan dengan pancaindera; 10 °) ilmu yang diperolehi demikian dinamakan ilmu rasional, dan ii) akal atau intelek iaitu satu unsur rohaniah yang bertempat dalam organ rohaniah yang dinamakan sebagai hati atau kalbu yang boleh menanggapi, memahami dan mengkonsepi kejadian dan kewujudan yang bersifat transendental iaitu merentasi alam nyata atau alam deria yang tidak tercakup olch hukum alam tabii, misalnya adanya Tuhan kerana adanya alam dan segala hidupan, benda dan objek di dalamnya yang kejadian dan operasinya dikawal dengan tapi oleh satu sistem hukum yang sangat cekap, teratur dan serba mendasari serta merentasi segala-segalanya yang menunjukkan adanya satu punca pengawalan daripada satu kuasa luar biasa yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Yang Maha Hidup, Maha Melihat, dan Maha Mendengar, yang walaupun Ia menjadikan alam ini tetapi Ia bukan sebahagian daripada alam ini dan tentu sekali berbeza daripadanya, oleh itu tidak tercakup oleh elemen ruang dan waktu yang mengawal alam ini; organ akal atau intclek yang bertempat di dalam hati ini berkaitan pula dengan satu lagi unsur rohaniah yang juga bertempat di hati iaitu intuisi, yang merupakan satu lagi saluran pemerolchan ilmu pengetahuan. Imu yang dipeolchi melalui akal intelek dinamakan sebagai ilmu intelektual, intuisi atau ilham ialah unsur rohaniah yang bertempat di hati yang dapat menanggapi dan mengerti secara terus dan spontan makna sesuatu perkara melalui kemerescpan ke dalam hatinya yang tidak boleh diperolchi melalui fikiran dan akalnya; instuisi terbahagi kepada dua, iaitu i) intuisi pada tahap kesedaran manusia biasa yang berkaitan dengan pengertian tentang kejadian alam tabii ini, misalnya apabila scorang ahli sains menemui satu hukum alam tertentu secara terus dan spontan yang sebelum itu fikiran dan akalnya melalui eksperimen, penyelidikan dan penghujahan tidak berjaya menjumpainya; intuisi demikian tidak lain daripada hasil proses pencantuman dan penemuan apa-apa yang ditanggapi sccara berpisahan oleh proses penghujahan yang tidak dapat dipertautkan paduan maknanya; keupayaan instuisi demikian bersclaras dengan latar belakang latihan, pengalaman, disiplin diri dan kekuatan daya fikir dan pengalamannya dan juga bersclaras dengan masalah terkhusus yang dibadapinya pada sesuatu waktu di mana kaedah pendalilan tidak dapat mempernyatakan maknanya, uu namun intuisi pada peringkat rendah ini hanya membawa pengertian kepada satu juzuk atau satu scrpihan daripada raliti atau alam kewujudan bukan keseleruhannya, dan ii) instuisi pada tahap manusia istimewa iaitu merupakan kesedaran dan pemahaman tentang alam dan kewujudan yang tinggi yang merentasi alam zahiriah ini yang membawa keapda pemahaman tentang keseluruhan realiti atau alam kewujudan, yang terhkusus kepada manusia yang menjalani kehidupannya dalam kebenaran agama berasaskan kebaktian kepada Tuhan secara ikhlas (jujur), khusu’ (penuh ingatan) dan tawaddu’ (penuh kerendahan hati), iaitu para Rasul dan wali-wali Allah, d) — Japoran yang benar berdasarkan autoriti yang sah (valid) dan absah (legitimate) yang melibatkan dua jenis laporan: i) laporan melalui perkhabaran daripada autoriti yang sah (valid) iaitu dibenar dan disahkan oleh majoriti manusia melalui tahap-tahap yang berurutan dan bersambungan yang akal tidak dapat menerima bahawa kesemua manusia itu telah bersetuju untuk mengemukakan sesuatu yang tidak benar secara beramai-ramai, namun autoriti yang demikian yang termasuklah para abli sains, bijak pandai dan ketua- ketua masyarakat boleh dinilai kewibawaan mereka dari segi sifat, watak peribadi dan ilmu mereka berdasarkan pendalilan dan pengalaman yang waras, dan ii) laporan yang benar daripada autoriti yang absah (legitimate) dari segi agama iaitu Pesuruh-Pesuruh Tuhan (Rasul) yang mencetuskan laporan itu yang juga diterima secara persetujuan umum oleh manusia yang kebenarannya adalah secara semestinya (necessarily valid) dan mutlak (absolute) kerana mengikut Islam ianya berpunca daripada autoriti yang tertinggi iaitu Perkataan Allah (Qur'an) yang kebenarannya juga boleh dibuktikan melalui penghujahan berdasarkan asas fikiran/ ratio dan juga akal/intelek, dan absah juga berdasarkan sifat, akhlak dan watak peribadi para Rasul yang luhur, suci, mulia yang dibuktikan tidak pernak berbohong dan khianat, yang amanah, jujur, saksama dan adil, seperti yang dimithali oleh peribadi Rsulullah s.w.a. 6. Hubungan makna dengan ilmu dan tahap-tahap pengilmuan 6.1 Hubungan makna dan ilmu adalah amat erat sekali iaitu ilmu 12 mengandungi unit-unit makna yang bertautan antara satu sama lain sehinggalah terbentuknya ilmu. 6.2 Tahap-tahap pengilmuan atau proses pemeresapan ilmu ke dalam pengertian, ialah; a) b) °) d) pengertian imbasan iaitu ilmu yang paling asas atau awal yang dicetuskan oleh tanggapan pancaindera secara sepintas lalu, yang membentuk satu tanggapan dan pengertian yang sekali imbas dan sepintas lalu (oleh itu belum stabil dan mantap) tentang sesuatu perkara, Tahap ini akan meningkat kepada tahap yang kedua, iaitu satu pengkonsepsian apabila ilmu iaitu tanggapan dan pengertian tentang sesuatu perkara itu menjadi lebih tekal dan stabil (kerana diperkukuhkan oleh pengalaman yang berulang kali) yang selalunya didukung oleh satu istilah/ perkataan atau ungkapan tertentu, Tahap pengilmuan ini akan meningkat pula ke tahap yang ketiga, iaitu satu penegasan atau proposisi iaitu apabila konsep-konsep itu disusun dalan satu pernyataan atau penegasan yang selalunya didukung oleh satu ayat atau beberapa ayat; penegasan atau proposisi itu boleh berbentuk satu pendapat, pemutusan (judgement) atau satu hipotesis atau teori apabila ia merujuk kepada satu andaian (assumption) tentang dasar perjalanan, keadaan, sifat, dan kedudukan sesuatu perkara, benda, pelakuan dan kejadian dalam alam ini. Tahap pengilmuan ini akhirnya akan meningkat ke tahap yang keempat, iaitu: satu hukum alam iaitu apabila pengertian dan penegasan itu berselaras dengan kejadian dalam alam ini secara berterusan dan berkekalan sclagi alam ini wujud dalam keadaan yang ada sckarang, misalnya benda yang berat akan jatuh ke bawah atau tenggelam di dalam air, api membakar, pisau memotong, dil. Namun hukum alam ini boleh berubah apabila kcadaan dan sifat alam ini berubah dan memperolehi sifat yang lain, misalnya di dalam al-Qur’an dinyatakan bahawa apabila Kiamat berlaku bukit dan gunung yang berat itu akan berterbangan seperti kapas berterbangan di udara mengisyaratkan pertukaran hukum tarikan graviti yang menyebabkan benda-benda kehilangan beratnya dan hanyut dengan tidak menentu. Selain daripada itu di dalam al- Qur’an juga ada disebut beberapa kejadian yang bertentangan dengan hukum alam, misalnya kelahiran Nabi Isa (Jesus) oleh ibunya Mariam tanpa bapa (Qur'an, 3:45- 47), percakapan Nabi Isa semasa bayi (Q, 3:46), Nabi Ibrahim tidak terbakar di dalam api (Q, 21:68-69), tongkat kayu Nabi Musa menjelma sebagai seekor ular besar (Q, 7:107), pembelahan laut untuk Nabi Musa dan kaumnya menyeberanginya dengan sclamat, manakala Fir‘aum dan kaumnya ditenggelamkan (Q, 2:50), dan lain-lain lagi. Kejadian ini menunjukkan satu lagi hukum yang mengatasi hukum alam, iaitu hukum Qudratullah iaitu kekuasaan Tuhan yang mengatasi hukum alam yang sebenarnya merupakan sunnatullah atau perbuatan Tuhan yang biasa menurut hukum alam yang biasa (normal action of God in the realm of nature). Apabila hukum Qudratullah berlaku maka kuasa Tuhan secara langsung mengatasi hukum alam yang biasa, seperti yang berlaku dalam peristiwa Nabi Ibrahim dilontarkan ke dalam api dan Tuhan memerintah terus kepada api (maksudnya) “Kami berkata “Wahai api, jadikan kamu sejuk dan sejahtera kepada Ibrahim” (Q, 21:69) 7. Batasan pelbagai tahap ilmu pengetahuan Iimu yang diperolehi melalui pancaindcra iaitu ilmu deria (sensual knowledge) terhad kepada benda atau perkara yang hanya boleh ditanggapi oleh pancaindera. Perkara atau benda yang di luar daripada tanggapan pancaindera tidak akan diperolehi melalui saluran ini, misalnya sesuatu yang terlalu jauh atau terlalu halus/seni atau yang mempunyai gelombang cahaya yang di luar daya tanggapan sinaran mata seperti warna “ultra-violet”, tidak akan ditanggapi mata, sesuatu yang terlalu nyaring seperti wisel anjing, atau terlalu kasar iaitu gelombang suaranya di luar tanggapan gegendang tclinga, tidak akan ditanggapi telinga, dan sebagainya. Namun ilmu deria ini boleh menipukan, sama ada tertipu kerana keterhadan ruang litup ilmunya atau keterhadan kelemahan deria itu sendiri. Contohnya “hujan” berasaskan ilmu deria berpunca dari langit, dan berpandukan ilmu deria yang digugati ketegangan emosi fatamorgana disangkanya air. Tmu yang berasaskan hujahan rasionalistik yang berpandukan eksperimen sains yang berdasarkan hukum alam yang zahiriah, juga ada 4 hadnya iaitu terhad kepada fenomena yang dapat dikesan oleh alat sains, benda seperti cekerwala yang terlalu jauh di angkasa lepas atau benda yang terlalu seni tidak akan diketahui jika di luar tangkapan alat pengesan, dan hasil perolehannya juga terhad iaitu merupakan serpihan daripada keseluruhan alam jagat raya, misalnya kejadian “hujan” melalui ilmu sains, dihuraikan sebagai air yang datang dari bumi melalui proses pengewapan yang naik ke angkasa dan bergumpal dalam bentuk awan yang akhirnnya akan turun ke bumi dalam bentuk hujan, Tetapi apakah kedudukan hujan dalam seluruh sistem kejadian alam semesta? Jawapannya akan diperolchi melalui hujahan secara akaliah atau intelektual iaitu berdasarkan kacdah falsafah yang melahirkan ilmu falsafah. Imu falsafah seperti yang ditegas terdahulu ialah ilmu yang diperolehi melalui proses penyclidikan (inquiry) secara renungan dan pentaakulan (reflective and reasoning) dengan menggunakan organ intelck untuk merumuskan sifat, kandungan dan kewujudan alam semesta dilihat secara keseluruhan (holistic) sabagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data yang diambil daripada scmua aspek sains (misalnya sains tabii, sains pasti, sains kemanusiaan dan kemasyarakatan). Berdasarkan kajian ilmu falsafah seperti yang dinyatakan terdahulu, kejadian hujan misalnya didapati sebagai satu fenomena yang paling penting dalam seluruh sistem ekologi bumi; iaitu hujan ialah sumber segala kehidupan di daratan, kerana darinya sungai akan mengalir, mata air akan muncul, tanah dan tumbuban akan disirami, daratan akan disejukkan, kehidupan fauna, flora dan manusia akan dimungkinkan, kekotoran akan dibersihkan melalui penyiraman, penyulingan dan pengewapan, kehilangan air bumi ke angkasa lepas disekat (jika tidak air yang naik ke udara akibat pengewapan akan lari ke angaksa lepas sehingga pada satu masa nanti semua air akan hilang daripada bumi ini). Selain daripada itu hujan juga besar peranannya dalam mempengaruhi keadaan jiwa, hati sanubari, intelck dan juga emosi serta perasaan manusia. Namun ilmu faslafah juga ada hadnya iaitu terhad kepada kemampuan akal manjangkau dan memikirkannya, sesuatu yang tidak terjangkau olch daya fikir manusia adalah di luar ilmu falsafah. Keadaan wujud, sifat dan perbuatan Allah, keadaan wujud dan sifat makhluk- makhluk yang berada dalam alam ghaibiah, kebangkitan, kehidupan, penghisaban dan pembalasan pada hari akhirat, kesemuanya merupakan ilmu yang di luar daya fikir manusia, Oleh itu menurut Islam untuk memperolehi jenis ilmu itu maka satu asas ilmu yang lain diperlukan iaitu ilmu wahyu yang datang daripada Tuhan Pencipta yang disampaikan sama ada melalui perantaraan Malaikat Jibra’il a.s. kepada para Rasul a.s. 15 ataupun melalui penurunan ilmu itu secara langsung ke dalam hati para Rasul itu. Namun ilmu wahyu itu tidak semestinya terhad kepada jenis ilmu itu sahaja, ia juga boleh mencakupi jenis-jenis ilmu deria, ilmu rasionalistik dan ilmu falsafah. Latihan lL Bincangakan proses memperolehi ilmu tentang perkara-perkara berikut: (@)_— sekolah (i) - kematian (iii) bapa Terangkan mengapa adanya saluran ilmu pengetahuan dalam hubungannya dengan proses memperolehi ilmu pengtahuan. Huraikan mengapa terdapat empat saluran ilmu pengetahuan dan terangkan perbezaan-perbezaaan yang utama di antara keempat- empat itu. Huraian pancaindera sebagai saluran ilmu pengetahuan dan terangkan pelbagai masalah yang berkaitan sctiap panca indera itu daalam proses memperolchi ilmu pengctahuan. Bincangkan hujahan sccara rasional dan intelcktual dalam proses meperolehi ilmu pengetahuan. Bincangkan intuisi sebagai saluran ilmu pengetahuan dan bahaskan pendapat yang menolak intuisi sebagai saluran ilmu pengetahuan, Bincangkan laporan yang benar sebagai saluran ilmu pengetahuan dengan mengambil kira bahawa kebanyakan ilmu pengetahuan kini diperolehi melalui saluran laporan. Buat huraian yang lengkap tentang persamaan dan perbezaan antara tahap-tahap pengilmuan dan berikan contoh-contoh yang sesuai sebagai bukti pemerolehan ilmu itu. Huraikan konsep batasan bagi setiap tahap ilmu pengetahuan bagi manusia. 8. Epistemologi Melayu Epistemologi seperti yang dinyatakan terdahulu, ialah satu cabang daripada ilmu falsafah yang mengkaji ilmu pengetahuan dari segi pentakrifannya, penubuhan jenis-jenisnya, penentuan sumber-sumber dan saluran-salurannya, dan pengenalpastian had dan batasannya. Epistemologi dalam sesuatu masyarakat dapat dilakukan dengan cara mengesan dan menyorot ungkapan, istilah dan kosa kata yang digunakan dalam masyarakat dalam pelbagi genre pengucapan yang menjadi wahana dan pendukung bagi scgala konsep dan gagasan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan, pemikiran, kebijaksanaan, kepintaran dan keupayaan intelek (geniuses) masyarakat itu, di samping menganalisis esci, tulisan dan tradisi persuratan dan kepustakaannya yang berkaitan dengan bidang itu. Epistemologi sesuatu masyarakat diwarnai oleh pandangan semesta atau weltanschauung masyarakat itu yang ditentukan oleh nilai agama, kepercayaan, pegangan hidup dan kebudayaan masyarakat itu, Dengan demikian epistemologi masyarakat-masyarakat yang tergolong dalam persckitaran budaya dan tamadun yang berbeza-beza mungkin berbeza antara sama lain, Oleh itu epistemologi Melayu ialah satu bidang kajian tentang kacdah mentakrif ilmu pengetahuan yang dipegang oleh masyarakat Melayu, penubuhan jenis-jenis ilmu pengetahuan, penentuan sumber- sumbernya dan juga had serta batasan setiap jenisnya, dengan mengkaji, meneliti dan menganalisis khazanah kesusastcraan, persuratan, pengucapan dan pengungkapan dalam bentuk prosa dan puisi, iaitu_ yang tertulis dan juga dalam bentuk lisan, yang tersurat maupun yang tersirat yang ada dalam masyarakat Melayu dalam pelbagai genre, yang diwarnai oleh pandangan dunia atau weltanschauung masyarakat Melayu. Ada dua pendekatan dalam penubuhan epistemologi Melayu. Pertama pendekatan etnografi iaitu menganalisis dan menubuhkan konsep ilmu pengetahuan yang ditanggapi dan dipegang oleh orang Melayu seperti yang terkandung dalam khazanah kesusasteraan bertulis dan lisan, prosa dan puisi, pantun, syair, peribahasa, mantra, cerita rakyat dan pelbagai bentuk kepustakaan Melayu. Dalam kajian demikian usaha penilaian dan pengesahan tidak terlibat; iaitu ciri-ciri kebenaran, kepalsuan, kesahihan dan keabsahan tidak dipenting dan diutamakan. Apa yang dipentingkan ialah penganalisisan, penbuhan dan penghuraian konsep ilmu pengetahuan 17 masyarakat Melayu seperti yang dijelmakan olch bentuk-bentuk pengucapan dan pengungkapan Melayu itu. Pendekatan yang kedua ialah penubuhan konscp ilmu pengetahaun dan pemikiran yang dipegang olch orang Melayu iaitu melalui kaedah yang pertama itu tetapi melakukan penilaian, penyaringan, pemilihan dan pengenalspastian dari segi kebenaran, kepalsuan, kesahihan dan keabsahan ke atasnya berdasarkan autoriti ilmu dalam tradisi barat dan Islam. Ungkapan dan istilah dalam masyarakat Melayu yang mendukung konsep-konsep tentang ilmu pengetahuan boleh digalurkan mengikut tahap-tahap sejarah peradabannya iaitu bermula daripada zaman praHindu-Budha, zaman Hindu-Budha, zaman Islam dan zaman moden- Barat. iaitu seperti berikut: PraHindu Hindu-Budha Islam Moden-Barat Dir, semangat jiwa, nyawa, atma | nafs, roh | Spiritspiritual, psikik Kepala, hati Budi, pancaindera | akal, kalbu *| Intelek, rasio, minda Kenal, tahu, lihat, | rasa, deria iimu, arif | Kognitif, persepsi, nyata. tilk, telah konsepsi % Kaitan antara ilmu yang benar dengan destini manusia Usaha mencari ilmu yang benar amat penting kepada manusia kerana ada pertalian secara langsung dengan pengenalan tentang dirinya dalam alam persckitarannya, dan juga pengenalan tentang nasib masa hadapannya iaitu destininya yang muktamad dan kekal. Imu yang benar akan membimbing seseorang untuk meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya yang betul dan wajar termasuklah tempat letak dirinya sendiri dalam alam persekitarannya dan juga dalam seluruh sistem kewujudan. Dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul dan wajar akan membawa kepada keharmonian, kesaksamaan dan keadialan. Keadilan akan membawa kepada ketenteraman, keamananan, kesejahteraan dan kebahgiaan, Kezaliman, ketidakadilan dan kekacakkuan timbul akibat daripada ketidakupayaan meletakkan sesuatu pada 18 tempatnya yang betul dan wajar, dan dengan itu tidak berupaya mengambil sesuatu keputusan dan tindakan yang adil dan sakasama. Jadi kezaliman timbul sebagai akibat daripada ketiadaan ilmu yang benar yang akan membawa kepada autoriti yang tidak sah dan tidak absah. Timu yang tidak benar atau palsu akan membawa kepada kekaburan dan ketaksaan terutama sekali untuk mengenali hakikat diri sendiri. ‘Tanpa mengenali hakikat diri sendiri dengan tepat, maka hilanglah keupayaan untuk bertindak secara saksama, adil dan wajar terhadap sebarang perkara yang lain yang wujud atau berlaku dan berinteraksi dengan dirinya dalam persekitarannya, Ini akan menjejas dengan dahsyatnya masa hadapan dan destininya, kerana pada prinsipnya destininya itu ditentukan oleh cara bagaimanan dia mengenali hakikat dirinya dan tempat letak dirinya sendiri dan segala sesuatu yang lain, supaya dengan demikian dia akan dapat mengambil sebarang tindakan yang tepat dan wajar terhadap persekitaran alam semestanya dan kewujudan selurunya, Latihan: 1. Terangkan mengapa terdapat sistem epistemologi yang berbeza- beza anatara satu masyarakat manusia dengan masyarakat manusia yang lain. 2. Huraikan keadah pemerolehan epistemologi Melayu, dan terangkan mengapakan kaedah-kaedah itu digunakan dan apakah ada kaedah- kaedah yang lain, 3. Huraikan mengapa terdapat hubungan yang rapat antara pemerolehan ilmu yang benar dengan nasib masa depan manusia atau destininya yang muktamad. 10. Konsep kebenaran ilmu Dalam tradisi ilmu Barat konsep kebenaran ilmu merupakan satu masalah yang berpanjangan kerana ketiadaan konsep kebenaran yang muktamad (final) dan mutlak (absolute). Kebcnaran bagi mereka adalah relatif; senantiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman, suasana dan keadaan semasa dalam sesebuah masyarakat, kerana yang menetapkan nilai kebenaran ialah masyarakatnya yang turut berubah berdasarkan 19

Anda mungkin juga menyukai