Anda di halaman 1dari 5

Lufi Si Duyung

Di sebuah lautan luas, tinggal sekumpulan ikan duyung yang hidup


aman damai bersama ikan-ikan lautan.
Lufi, Mimi dan Zory sentiasa bermain bersama-sama, namun Lufi lebih
suka membantu mereka yang dalam kesusahan daripada berbual
kosong.

Lufi : Mimi, jom kita bersiar-siar. Mana tahu ada yang


memerlukan
bantuan kita.
Mimi : Baiklah, jomm.

Tiba-tiba mereka telah terserempak dengan Zory, Mimi telah berbual


sesuatu dengan Zory.
----------------------------------------------------------------------
Mimi : Hai Zory, awak tau tak… pst psst..pstt..
Zory : ya ..ya.. betul.. pstss… psstt psst..
Lufi : Mimi, saya pergi dahulu ye.
Mimi : Baik Lufi, awak jalan dulu ye.. saya ada hal nak berbual
dengan
Zory.
Lufi : Okay
----------------------------------------------------------------------
Lufi meneruskan perjalanannya sehinggalah dia tiba di suatu kawasan
yang sunyi namun kelihatan seperti ada penghuni baru disitu.
Lufi : Hello.. ada sesiapa di sini?
Shakey : (Tembakan laser)
Berani kau dating tempat aku, nahas kau.
Lufi : Maafkan saya, saya hanya tumpang lalu di kawasan ini.
Tiada niat
untuk mengganggu encik. Saya Lufi, encik ni siapa ya?
Shakey : Ahhh… Aku Shakey.. akulah jerung yang paling berkuasa di
kawasan
ini. Pergi kau dari sini dan jangan berani datang lagi.
Lufi : Maafkan saya , saya pergi dahulu. Selamat Berkenalan.
----------------------------------------------------------------------
Shakey menghalau Lufi dari situ dengan angkuhnya. Lufi sedikitpun
tidak menyimpan perasaan dendam mahupun marah dengan layanan
Shakey kepadanya. Lufi malah merasa gembira kerana mempunyai jiran
baharu. Lufi meneruskan perjalanannya dalam mencari mereka yang
berada di dalam kesusahan. Tiba-tiba ia terdengar….
----------------------------------------------------------------------
Jellow : Aduh…. Tolong aku… sakitnya… aduhhhh…
Lufi : Eh..eh.. seperti ada yang meminta tolong..
Oh.. Cik jellow, kenapa dengan kamu.. ada apa yang boleh
saya
bantu?
Jellow : Tolong aku.. Lufii.. aku sudah tersangkut di sini sejak pagi
tadi..
tolong selamatkan aku… sakitnya.. arghh…
Lufi : Sabar ye Cik Jellow…saya akan bantu awak..
Jellow : Terima kasih Lufi… kau memang baik hati…
---------------------------------------------------------------------
Selang beberapa hari kemudian, sedang Lufi berenang di laut
berdekatan dengan pesisir pantai. Ia terdengar satu suara yang menjerit
meminta tolong dari kejauhan. Lufi dengan segera bergegas ke pesisiran
pantai, untuk melihat apa yang berlaku.

Shakey : Lepaskan aku.. tolong.. tolongg…


Lufi : Eh .. itu suara Shakey, nampaknya dia perlukan bantuanku..
Shakey : Siapa tu.. tolong aku..lepaskan aku..
Tanpa melengahkan masa, Lufi segera membantu Shakey melepaskan
diri daripada menjadi habuan makan malam sang lanun
----------------------------------------------------------------------
Lufi : Shakey, ayuh pergi dari sini sebelum lanun itu bangun dari
tidurnya.
Shakey :Terima kasih Lufi, aku tak sangka kau akan membantu aku
walaupun aku melayan kau dengan kasar.
Lufi : Shakey, kitakan berjiran. Saya pasti akan menolong awak
tak kira
apa keadaan pun yang berlaku.

Shakey sangat bersyukur mempunyai sahabat yang baik seperti Lufi.


Shakey juga berasa insaf atas perbuatannya dahulu dan berjanji untuk
tidak menjadi sombong lagi.
----------------------------------------------------------------------
Secara tanpa sedar, Lufi dan beberapa penduduk lautan telah diadili
oleh ibu Duyung Maria untuk diberikan Anugerah Penduduk Terbaik.
Semua penduduk lautan telah berkumpul di Astaka Ria untuk
pengumuman penyerahan Anugerah Penduduk Terbaik.
Maria :Dengar ini semua penduduk lautan. Hari ini saya ingin
mengumumkan
pemenang bagi Anugerah Penduduk Terbaik. Anugerah ini
dipilih
berdasarkan sikap dan tingkah laku terpuji yang dilakukan
oleh
setiap warga lautan selama dua bulan ini telah dinilai oleh
juri
misteri. Oleh itu…keputusannya… Anugerah Penduduk
terbaik jatuh
kepada… Lufiiii..
---------------------------------------------------------------------
Lufi : Terima kasih semua, di atas penghargaan ini, tetapi saya
bukan lah
selayaknya untuk Anugerah ini. Saya ingin menyerahkan
anugerah
ini kepada Shakey. Beliau telah banyak berubah dan menjadi
lebih
baik.

Shakey : Lufi… terimalah anugerah itu kerana indah bahasa dan baik
budimu
perlu dijadikan contoh kepada seluruh penduduk lautan.
Kami amat
berbangga dengan sikapmu itu.
----------------------------------------------------------------------
Mereka semua akhirnya telah berkawan baik dan masing-masing telah
mengamalkan budaya berbudi bahasa dan bersopan santun. Benarlah
jika kita baik budi dan indah tutur bahasa pasti disayangi dan dibalas
dengan kebaikan.

Sekian…

Anda mungkin juga menyukai