PENGENALAN
Manusia memanglah makhluk yang membikin sejarah. Namun sejarah itu tidaklah dibikin di
dalam vakum. Ia dibikin di dalam suatu konteks atau gelanggang yang dipanggil ruang dan
persekitaran. Ruang dan persekitaran ini merujuk secara khusus dan langsung kepada planet
Bumi. Ruang dan persekitaran ini diungkapkan sebagai geografi. Di dalam bendungan ruang
dan persekitaran geografi inilah manusia melangsungkan kehidupan mereka saban hari
sebagai makhluk sosial. Sejarah adalah hasil jalinan dan akumulasi kehidupan harian yang
dibikin di dalam bendungan ruang dan persekitaran geografi planet Bumi. Justru itu
kehidupan manusia bukan sekadar terjalin di dalam matriks masa, tetapi juga di dalam
matriks ruang dan persekitaran. Dengan kata lain, sejarah adalah harungan kehidupan
manusia di dalam matriks ruang-masa (space-time).
Kerana itu tidaklah memadai jika olahan kehidupan manusia hanya ditatar dari
dimensi masa sahaja. Dimensi ruang dan persekitaran geografi perlu diketahui dan difahami
kerana sejauhmana ruang dan persekitaran geografi diketahui dan difahami menentukan
sejauhmana ianya dikuasai ; dan bagaimana ruang dan persekitaran geografi dikuasai oleh
masyarakat yang mendiami dan mengolahnya menentukan pula corak sejarah tamadun
yang dibikin oleh masyarakat tersebut.
Dengan kata lain, pendidikan warga yang mengabaikan dimensi ruang dan
persekitaran geografi adalah pendidikan yang pincang.
Geografi kehidupan adalah merujuk kepada ruang dan persekitaran planet Bumi.
Ruang geografi mencakupi elemen kestrukturan ruang seperti arah, jarak, letakan (lokasi),
1
permukaan, dan kawasan. Ia juga meliputi elemen proses ruang seperti keterpisahan,
ketersampaian, mobiliti (pergerakan), pengangkutan dan perhubungan. Kesemua elemen
struktur dan proses ruang ini wujud dan berlaku pada beberapa skala geografi yang berbeza
seperti skala lokal, skala wilayah, skala nasional, skala rantau dan skala global. Jalinan
interaksi antara struktur dan proses ruang ini membentuk apa yang diistilahkan sebagai
keruangan (spatiality) kehidupan manusia .
Dengan kata lain keruangan adalah mod terimplikasinya ruang fizikal dalam
pembikinan dan perjalanan kehidupan manusia di planet Bumi ini. Manusia mengolah
kehidupannya di muka Bumi ini dengan menggunakan ruang. Tanpa ruang, tanpa geo,
masyarakat tidak dapat wujud.
Persekitaran geografi pula mencakupi seluruh elemen fizikal dan material yang
membentuk dan mencirikan planet Bumi sebagai tempat kediaman manusia. Bumi adalah
sebuah sfera dan bukan suatu bintik seperti kepala jarum peniti. Ia merupakan planet
terrestrial (mempunyai permukaaan pejal) ketiga dari matahari dengan keluasan
510,072,000 km2. . Ia dicirikan oleh sifat-sifat biosfera, atmosfera, litosfera, hidrosfera yang
tertentu. Ia merupakan tempat kediaman bagi jutaan spesies hidupan, termasuklah manusia
sebagai spesies paling dominan. Sumber galian dan hasilan biosferanya membekalkan
sumberalam yang digunakan umat manusia untuk menampung kehidupan mereka. Umat
manusia yang kini berjumlah lebih 7 bilion ini tergolong kepada hampir 200 negara
berdaulat yang berinteraksi menerusi pelbagai kegiatan diplomasi, perjalanan, perdagangan
dan ketenteraan.
Meskipun membekalkan sumber kehidupan, fitrah alam sekitar fizikal planet Bumi ini
mengenakan kekangan tertentu kepada aktiviti kehidupan manusia. Antaranya ialah
taburan sumberalam yang tidak sekata yang sering membawa kepada wujudnya cabaran
dan konflik dalam kelangsungan hidup manusia di planet Bumi ini. Selain daripada itu,
elemen dan komponen alam sekitar fizikal planet Bumi ini mempunyai fitrah dan hukum
alamiahnya sendiri yang boleh membawa kepada wujudnya pelbagai impak negatif kepada
kehidupan manusia sekiranya tidak dipatuhi. Dengan sains dan teknologi manusia boleh
mempengaruhi dan menundukkan sebahagian kekangan ini tetapi masih terpaksa
menaggung risiko impak negatif. Dengan kata lain, sejarah tamadun manusia pada
hakikatnya adalah natijah dari interaksi mereka dengan (dan bukan bebas dari)
determinisme alam sekitar fizikal planet Bumi ini.
Geografi kehidupan adalah adunan keruangan dan persekitaran fizikal planet Bumi.
Di dalam kerangka adunan ruang-alam sekitar inilah masyarakat manusia melangsungkan
kehidupan harian mereka. Himpunan kehidupan harian yang diharung di dalam kerangka
adunan ruang-alam sekitar inilah yang membentuk sejarah tamadun masyarakat.
Gempa bumi besar dan tsunami melanda Sumatera utara pada 26 Disember 2004.
Akibatnya beberapa ruang geografi kehidupan telah musnah bersama dengan lebih 30,000
2
penduduk asalnya. Banda Aceh sendiri boleh dikatakan telah luput dari peta dunia
termasuklah kampung Gleebruk di baratdaya bandar tersebut (Gambar 1) :
Pekan Leupueng di Kabupaten Aceh Besar, dekat Banda Aceh musnah sama sekali.
Seramai 200 hingga 700 daripada 10,000 penduduk pekan ini terselamat. Namun,
masyarakat yang selama ini mentakrifkan Leupueng telah tiada.
Begitu juga dengan pekan Teunom di Aceh Barat. Seluruh geografi pekan ini punah.
Yang tinggal cuma beberapa cebisan bangunan. Seramai 8,000 daripada 18,000 penduduk
pekan ini kehilangan nyawa. Namun 10,000 manusia yang terselamat itu tidak lagi
mempunyai Teunom untuk meneruskan kehidupan biasa mereka sebagai masyarakt
Teunom.
Begitu juga dengan pekan Meulaboh yang musnah hampir keseluruhan geografinya.
Tsunami meragut 40,000 nyawa dan meninggalkan 80,000 mereka yang terselamat tanpa
ruang kehidupan asal mereka.
Nasib yang sama menimpa pekan Calang di mana kemusnahan geografi dapat dilihat
sejauh dua kilometer dari garis pantai . Bukit bukaunya juga turut dihanyutkan tsunami.
Hanya sekitar 30 peratus daripada 12,000 penghuni pekan ini terselamat . Menteri
Kebajikan Alwi Shihab dilaporkan sebagai berkata pekan ini akan di’letakkan’ semula di
kawasan pedalaman. Kalau demikian, pekan dipedalaman ini adalah geografi baru;
3
walaupun nama Calang dikekalkan namun masyarakat yang pernah mewujudkan Calang
seperti sebelum ini telah tiada. Calang baru hanya mewakili masyarakt baru, masyarakat
pasca-tsunami 2004. Masyarakat dan sejarah tamadun asal Calang telah berkubur bersama
geografi kehidupan asal pra-tsunami 2004.
------------------
Negara yang hari ini dikenali sebagai Israel sebenarnya pernah wujud sejak SM
11sebagai Kerajaan Israel (Rajah 1). Bagaimanapun kerajaan asal ini telah beberapa kali
ditawan oleh beberapa kuasa luar yang membawa kepada berseleraknya penduduk Yahudi
di luar Eretz Israel, fenomena yang dikenali sebagai Diaspora Yahudi.
Selepas peristiwa Holocaust penindasan terhadap bangsa Yahudi telah tiada lagi ;
sebaliknya diikuti dengan penajaan penubuhan Negara Israel moden. Sebenarnya sebelum
itupun ramai dalam kalangan masyarakat Yahudi yang bercita-cita kembali ke bumi Israel .
Malah impian kembali ke bumi Zion ini terakam di dalam kitab suci mereka sebagai tema
penting dalam sistem kepercayaan Zionisme , suatu gerakan menegakkan negara Israel di
bumi Israel. Mendasari gerakan ini ialah perasaan bangsa Yahudi bahawa Diaspora
menyekat pertumbuhan sepenuhnya kehidupan nasional Yahudi.
Gelombang pertama migrasi kembali (Aliyah) ke Zion berlaku pada TM 1881 apabila
orang Yahudi melarikan diri dari pogrom di Eropah Timur. Gelombang kedua (1904–14),
bermula selepas program Kishinev membawa kembali 40,000 penduduk Yahudi ke Palestin.
Gelombang ketiga (1919–1923) dan keempat (1924–1929) menambah seramai 100,000
penduduk Yahudi ke Palestin. Akhirnya gelombang kelima ekoran kebangkitan Nazisme dan
meningkatnya penindasan terhadap Yahudi pada TM 1930an menyaksikan kemasukan
kembali seramai suku juta Yahudi ke Palestin. Inilah punca pemberontakan Arab 1936–
5
1939 yang membawa kepada Kertas Putih sekatan British terhadap imigrasi Yahudi ke
Palestin pada 1939. Menjelang akhir Perang Dunia Kedua penduduk Yahudi membentuk
33% daripada jumlah penduduk Palestin.
Sekarang ini bilangan penduduk Yahudi yang terbesar seperti pada TM 2010 ialah di
negara Israel modern sendiri (5,703,700), diikuti oleh Amerika Syarikat (5,275,000), Perancis
(483,500), K (375,000), United Kingdom (292,000), Russia (205,000), Argentina (182,300),
dan Jerman (119,000). Terdapat juga ramai penduduk Yahudi di Timur Tengah dan utara
Afrika terutamanya di Iran, Turki, Moroko, Tunisia, dan Yemen. Hari ini negara Israel adalah
sebuah demokrasi berparlimen di Timur Tengah di tenggara Laut Mediterranean
disempadani oleh Lubnan di utara, Syria di timur laut, Jordan dan Tebing Barat di timur,
Mesir dan Jaluran Gaza di barat daya, dan Teluk Aqaba di Laut Merah di selatan.
Dengan memperolehi semula bumi asalnya negara Israel modern telah wujud.
Bagaimanapun kewujudan kali ini bererti kesanggupan untuk wujud bersama-sama negara
Palestin. Ini kerana bumi Israel moden adalah juga bumi Palestin. Malangnya Israel modern
memilih untuk mengutuhkan geopolitiknya dengan melancarkan program pembangunan
dan perluasan petempatan baru Yahudi dengan menggugat dan menyisihkan hak rakyat
Palestin untuk hidup di bumi yang sama. Ini tentunya telah mencetuskan tentangan dari
rakyat Palestin. Jadi atas nama memastikan suasana selamat bagi rakyatnya kerajaan Israel
telah membina lingkaran tembuk segregasi (Rajah 2, Gambar 2).
Gambar 2. Memanipulasi keruangan kehidupan: Tembok segregasi binaan kerajaaan Israel yang
menyekat dan menyukarkan mobiliti penduduk Palestin
6
Rajah 2. Perluasan petempatan penduduk Israel dan lingkaran tembok segregasi
Tembok segregasi ialah tembok pemisah setinggi 8 meter (26 kaki) yang
masih dalam proses pembinaan. Apabila siap nanti panjangnya berjumlah kilometres (430
batu). Ianya dibina keseluruhannya di Tebing Barat dan sebahagiannya di sepanjang Garisan
Gencatan Senjata 1949 (dikenali juga sebagai Garis Hijau) yang memisahkan Israel dengan
Tebing Barat. Sehingga 2012, sepanjang 439.7 km (62.1%) tembok pemisah ini telah siap
dibina , 56.6 km (8%) masih dalam pembinaan dan 211.7 km (29.9%) masih belum dibina.
Bagaimanapun, alasan keselamatan ini boleh disanggah. Menurut Laporan Shin Beit,
sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang diterbitkan pada awal 2005, bilangan serangan
pemberontak Palestin sudah pun banyak berkurangan sejak 2005 ekoran daripada gerakan
tentera dan risikan Israel semata-mata.
7
Sebenarnya lingkaran tembok pemisah ini telah melepasi Garis Hijau (sempadan
negara Israel mengikut garis gencatan senjata) sehingga banyak memasuki kawasan
Palestin. Kerana itu tembok pemisah ini merupakan percubaan tidak sah Israel untuk
mengambil tanah Palestin atas alasan menjaga keselamatan mereka . Dalam laporannya
pada 2009, Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan bahawa lingkaran tembok pemisah ini telah
berjaya merampas 9.5% lagi keluasan Tebing Barat milik Palestin. Tanah yang terletak di
antara tembok dan Garis Hijau merupakan antara tanah yang tersubur di tebing Barat yang
merupakan tempat kediaman bagi 49,400 penduduk Palestin di 38 perkampungan dan
bandar.
-------------------------
Kes pembinaan loji memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Malaysia menampilkan
satu lagi contoh bagaimana ruang dimanipulasi untuk menangani cabaran tertentu dalam
kehidupan.
8
Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil
daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang
nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan
nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan
menggunakan bahan tiruan. Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97%
permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa
yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan
kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan
eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara
mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli
mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.
Lynas Corporation, Ltd. ialah sebuah syarikat perlombongan nadir bumi (rare earths)
Australia yang tersenarai di Bursa Saham Australia . Ia mempunyai dua operasi: satu berupa
loji dan konsentrasi perlombongan di Mount Weld, Western Australia, dan satu lagi kilang
penapis nadir bumi terbesar di dunia yang dikenali sebagai Lynas Advanced Material Plant
(LAMP) di Gebeng, dekat Kuantan, Pahang, Malaysia (Rajah 3). Kilang ini akan berupaya
menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari
tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada Malaysia
kerana tidak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini. Permintaan
untuk bahan ini dijangka tidak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik
memerlukan bahan ini. Oleh itu pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia
merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara.
Lokasi Lynas Corporation, Ltd. di Gebeng ini telah dipilih kerana tapak ini
mempunyai segala sumber yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti penapisan pada kos
yang lebih rendah daripada di Australia Barat . Tambahan pula kerajaan Malaysia telah
9
memberikan taraf perintis yang bererti ia terkecuali daripada cukai selama 12 tahun. LAMP
dijadualkan memulakan operasi pada 2012.
Gambar 3. Ribuan rakyat Malaysia memprotes kehadiran kilang menapis nadir bumi Lynas
Kandungan bahan radiaktif Thorium dari concentrate nadir bumi yang diproses untuk
dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan. Ini bererti
dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan oleh LAMP di Gebeng itu, sisa
buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah
sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan
setahun. Lokasi LAMP adalah terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok
dengan kepadatan penduduk seramai 16,700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di
Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan
melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di
Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800
hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650
ribu orang.
Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan
penempatan penduduk. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai
untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua. Nilai hartanah akan
merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan
dan di Kemaman. Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti
Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka
10
terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan
pekerja mereka. Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat
untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi. Sektor
pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.
Bagaimanapun, Lynas (Malaysia) Sdn Bhd. telah diberi lesen operasi sementara pada 19
Disember 2012 meskipun persatuan Save Malaysia Stop Lynas telah mengemukakan rayuan
bantahan atas alasan syarikat itu tidak mempunyai rancangan pengurusan sisa toksik jangka
panjang yang sempurna. Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta
Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup
ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun.
Tarikh 3 Julai 2013 menandakan genap 10 bulan Lynas diberi TOL. Antara syarat-syarat
yang dikeluarkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom – AELB (Atomic Energy Licensing
Board) – semasa tempoh TOL, sisa buangan hendaklah dibawa keluar dari negara, dan
setelah 10 bulan pihak Lynas wajib menyatakan tempat lokasi Pusat Pelupusan Kekal
(Permanent Disposable Facility – PDF) sisa buangan toksik dan radioaktif -nya. Sehingga kini,
Lynas yang telah pun beroperasi dan dipercayai sudah menghasilkan sisa buangan, tidak
memberi berita mengenai proses membawa keluar sisa buangannya. Ini menunjukkan
tiadanya ketelusan tentang proses membawa keluar sisa buangan tersebut.
Hanya pada 22 Julai 2013, pihak kerajaan mengumumkan melalui media akan tempat
PDF tersebut, iaitu di Gebeng. Kenyataan ini menimbulkan kebimbangan kerana – Gebeng
terdedah kepada musim tengkujuh tahunan, dan ini boleh menyebabkan peresapan
(leeching) sisa buangan ke sumber air bawah tanah, sungai dan sebagainya. Ia boleh
mengundang krisis kesihatan penduduk sekitar. Penjelasan yang komprehensif mengenai
keselamatan PDF di Gebeng masih belum dikemukakan oleh pihak berwajib.
Pihak berwajib juga tidak memberikan penjelasan yang meyakinkan tentang bagaimana
proses kitar semula akan dilakukan dan tahap keselamatan produk kitar semula tersebut.
Konsep melumpuhkan (immobilization) bahan radioaktif pada produk kitar semula sisa
11
buangan mengundang pelbagai lagi persoalan. Sebagai contoh, memandangkan jangka
hayat bahan radioaktif daripada sisa buangan mencecah berbilion tahu siapakah yang boleh
menjamin bahawa bahan radioaktif pada produk kitar semula itu akan kekal lumpuh pada
jangka masa yang begitu lama?. Isu-isu lain yang masih kabur termasuklah kebertanggung-
jawaban (accountibility) dan kos apabila Lynas tidak lagi beroperasi di Gebeng, dan
ketelusan pihak kerajaan mengenainya.
Sungai Klang mengalir melalui Kuala Lumpur dan Selangor ke Selat Melaka. Panjang
sungai ini kira-kira 120 kilometer dan menyalirkan lembangan seluas 1,288 kilometer
persegi (Rajah 4). Sungai Klang mempunyai 11 cawang sungai utama yang bersambung
dengan Sungai Gombak. Aktiviti kehidupan lebih 4 juta penduduk di lembah Klang
menyebabkan sungai ini tercemar dan pembangunan pesat telah menyempitkan sebahagian
sungai.
Sungai Klang ketika ini berada di kelas III dan IV iaitu dalam kategori tercemar menurut
klasifikasi Jabatan Alam Sekitar (Rajah 5, Gambar 4 dan 5). Kadar sampah di Sungai Klang
(Gambar 4) yang dicatatkan pada 2012 ialah 77,000 tan setahun. Dengan projek River of Life
(RoL) yang dilancarkan pada bulan Julai 2011,kadar sampah ini dijangka telah dapat
mengurangkan sebanyak 50,000 tan setahun melalui pelbagai langkah termasuk
pemasangan perangkap sampah selain program kesedaran awam
(http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/01/kepesatan-
pembangunan-punca-sg-klang-tercemar/).
12
Rajah 5. Kualiti air Sungai Klang
13
Gambar 4. Kualiti air Sungai Klang di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur
---------
Bermula 13 Jun 2013 jerubu telah melanda beberapa negara Asia tenggara termasuk Brunei,
Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand (Gambar 6) . Menjelang 21 Jun di
Brunei Belait mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Standard ( PSI) setinggi (98), diikuti oleh
Temburong (94), dan Tutong (92). Bacaan PSI di Dumai, Indonesia mencecah 492. Di
Malaysia Melaka mencatatkan bacaan PSI sebanyak 137, Muar 746, Pelabuhan Klang 487,
Port Dickson 335. Singapura mencatakant bacaan 401. Di selatan Thailand Narathiwat
mencatatkan bacaan 129. Semua bacaan ini bukan saja melangkaui paras rendah dan
14
Gambar 6. Rakaman satelait NASA yang menunjukkan liputan jerebu di nusantara
sederhana ( PSI 0-51) tetapi juga merupakan paras terburuk yang pernah di alami sebelum
ini (Gambar 7,8). Pada 25 Jun President Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono memohon
maaf secara rasmi kepada Malaysia dan Singapura sehingga demi mengelakkan terjejasnya
hubungan baik dengan Singapura.
Minyak sawit memang merupakan komoditi eksport utama Malaysia dan Indonesia.
kedua-dua Negara ini menghasilkan sekitar 45 juta tons setahun atau 85 peratus keluaran
minyak sawit dunia (Risk.net). Pada harga USD750 se tan industri ini menyumbangkan USD
42.3 billion kepada ekonomi Malaysia dan Indonesia pada 2012 dan punca pendapatan
kepada 4.5 juta penduduk mereka ( World Wide Fund for Nature Singapore).
Bagaimanapun, proses penanaman pokok sawit kini semakin menjadi isu kerana
melibatkan teknik pembakaran hutan destruktif yang mengakibatkan kejadian jerebu seperti
yang berlaku pada bulan Jun 2013. Teknik tradisional tebang-dan-bakar (slash-and-burn)
dikatakan berkesan dalam meningkatkan kesuburan ladang; tetapi apabila ianya dilakukan
di kawasan tanah gambut yang mudah terbakar seperti di Sumatera maka kebakaran hutan
16
boleh merebak di bawah tanah dan menyukarkan kerja pemadamannya. Industri ini kini
digesa agar menggunakan teknik penyediaan kawasan tanaman yang lebih lestari
memandangkan terdapat teknik mesra alam yang cuma meningkatkan kos pengeluaran
sekitar satu peratus saja (http://www.ibtimes.com/indonesia-claims-sumatra-forest-fires-
caused-errant-slash-burn-farming-malaysian-singapore-palm-oil).
-----------
Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah
meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian
mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain (Rajah 7) .
Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim
berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja. Suhu bumi
meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis,
iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal
beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan
ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat
akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak. Secara
bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada
atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi
seperti itu.
Sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/File:Projected_change_in_annual_mean_surface_air_temperature_from_the_late_20th_
century_to_the_middle_21st_century,_based_on_SRES_emissions_scenario_A1B.png
Rajah 7. Unjuran perubahan min tahunan suhu permukaan dari akhir abad ke 20 hingga
pertengahan abad 21
17
Dengan peningkatan paras laut Kesan pemanasan global ialah pencairan salji dan ais
dunia yang seterusnya akan membawa kepada peningkatan paras laut setinggi 7.0 meter.
Dengan peningkatan paras laut seperti ini kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan
Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita
akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih
banyak kejadian banjir.
Kajian Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) yang ditubuhkan pada
1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon
dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18 (Rajah
8). Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida.
Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat
dibendung lagi.
Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak
berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat
daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi
perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005. Menjelang 2099 kadarnya dijangka
meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan.
Kerana kehidupan manusia di planet Bumi ini adalah kehidupan yang berfitrahkan
keruangan dengan segala implikasinya, maka menatar kebijaksanaan geografi tentunya
merupakan suatu keperluan dan tuntutan. Maksud kebijaksanaan ini bukanlah setakat
mengetahui tentang fakta-fakta keruangan hidup seperti lokasi, arah, jarak, kejauhan,
ketersampaian dan fakta-fakta persekitaran seperti sumber alam, bencana alam, dan kualiti
alam sekitar, tetapi juga cukup mengerti akan implikasi-implikasi penting dan fundamental
dari fakta keruangan dan persekitaran sehingga berupaya mengemudi dan mengurus
18
kehidupan dengan lebih baik lagi. Dengan kata lain, penataran kebijaksanaan geografi
adalah penataran kecerdikan geografi yang menuntut anjakan keadaan pendikan warga
daripada sekadar bersifat ‘geographically informed’ (bermaklumat geografi) kepada
‘geographically literate’ ( celik geografi) dan ‘geographically sensitised’ (peka geografi).
Wajar dan peri pentingnya penataran kebijaksanaan geografi dapat dilihat dari trend
hakikat yang semakin membimbangkan seperti menurunnya pengetahuan warga mengenai
fakta-fakta asas geografi ( contoh: jika telah ke New York ertinya telah ke Amerika Syarikat;
jika ke Kelantan ertinya mengarah ke pantai timur Semenanjung) , dan rendahnya tahap
kesedaran mereka terhadap isu-isu alam sekitar (contoh: hanya 3 daripada 10 rakyat
Malaysia dianggarkan prihatin kepada isu-isu alam sekitar).
KESIMPULAN
RUJUKAN
http://en.wikipedia.org/wiki/2013_Southeast_Asian_haze
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/01/kepesatan-
pembangunan-punca-sg-klang-tercemar/
http://www.ibtimes.com/indonesia-claims-sumatra-forest-fires-caused-errant-slash-burn-
farming-malaysian-singapore-palm-oil)
Stephanie Sta Maria of fz.com | The Edge Malaysia – Sun, Sep 16, 2012
http://my.news.yahoo.com/australian-mp-lynas-prohibited-importing-022124021.html
19
World Wide Fund for Nature Singapore
20