Anda di halaman 1dari 3

-Malah hasil penulisan dan karyanya yang bersifat sedemikian, terdapat

beberapa sejarawan mula kritik karya Hall. Buktinya:


-Menurut Manuel Sarkisyanz, beliau mengatakan bahawa penulisan Hall yang
berkaitan hubungan Burma-Britain pada abad ke-19 adalah sangat tebal ataupun
penuh dengan tradisi imperial British sahaja sehingga Manual Sarkiyanz ini
gagal melihat dari segi perspektif Burma kerana karya Hall ini lebih berpihak
kepada British.
-Sehinggakan Hall sanggup menyalahkan pihak Burma sebagai bodoh dan
bongkak dalam mengendalikan hubungan antarabangsa sehingga menyebabkan
Burma ini dijajah sepenuhnya pada tahun 1885, sepatutnya Hall seharusnya
bersifat professional dan adil dalam menghasilkan karya nya.
-Bukan itu saja, Tambahan pula, Hall juga turut mengatakan bahawa raja
tempatan tidak berguna dan menyalahkan Raja Bagyidaw sebagai punca kepada
nasib buruk yang dialami oleh Burma.
-Oleh itu, dengan jelas kita dapat melihat bahawa meskipun kajian D.G.E Hall
ini banyak dijadikan panduan ramai sejarawan namun yang menduka citakan
adalah terdapat karyanya sengaja melebih-lebihkan sebelah pihak sahaja dan
memasukkan unsur yang tidak tepat.
Kesimpulan.
-Daniel George Edward Hall (D.G.E. Hall) sememangnya terkenal sebagai
seorang sejarawan profesional khususnya dalam pengajian Asia Tenggara
selepas Perang Dunia Kedua.
-Jadi Semasa perkhidmatan beliau dalam dunia sejarah Asia Tenggara ini, sudah
pasti beliau antara nama besar yang banyak memberi sumbangan penting
kepada pengajian Asia Tenggara ini, misalnya:
-D.G.E.Hall telah bertanggungjawab dalam memantapkan kukurikulum
sejarah Asia Tenggara
-Menjadi pelopor dalam memperkembangkan penulisan sejarah Asia
Tenggara sebagai satu displin ilmu dan melahirkan ahli sejarah yang
terkenal seperti Hugh Tinker, C.D Cowan dan O.W. Wolters
- Jadi semasa beliau terlibat dalam sejarah Asia Tenggara, beliau juga banyak
menerbit beberapa karya/penyelidikan antaranya seperti:
*1955: A History of Southeast Asia
*1950: Burma London
*1927: English Relations with Burma,1587-1686 Journal of the Burma
Research Society
*1928: Early English Intercourse With Burma
Meskipun terdapat penyelidikan atau karyanya yang dihasilkan sebelum Perang
Dunia Kedua, hasil karya-karya nya ini masihlah dijadikan sebagai satu
panduan kepada banyak institusi pengajian khususnya kepada institusi
pengajian di rantau Asia ini.
-Namun demikian, kajian yang dibuat Hall ini masih terdapat kelemahan
tertentu antaranya:
-D.G.E. Hall ini menghasilkan sebuah karya yang mengelirukan misalnya
dari segi pencetakan hasil karya yang sama dikeluarkan terlampau banyak
sehinggakan ramai ahli sejarah mula keliru untuk menganalisis fakta-fakta
yang terdapat dalam karya tersebut
-Penulisan karyanya adalah secara tidak menyeluruh, iaitu beliau tidak
memasukkan beberapa fakta-fakta penting di dalam karyanya
sehinggakan timbul rasa kurang senang terhadap sejarawan-sejarawan
lain.
-Kajian dan penulisan Hall ini bersifat berat sebelah dan tidak tepat
dengan fakta yang diberikan.
- Pengajaran: Sebagai seorang penuntut ilmu sejarah, kita hendaklah
menghayati peristiwa sejarah itu secara menyeluruh dan mengikut fakta-fakta
yang tepat serta jangan sesekali kita bersifat berat sebelah dalam menghasilkan
sesuatu penyelidikan atupun karya kerana keadaan sebegini lah yang mampu
membuatkan nilai serta kualiti dalam ilmu sejarah ini akan terhakis.

Anda mungkin juga menyukai