Anda di halaman 1dari 4

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

A. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

1. Mengawal disiplin pelajar.


2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada
pelajar dan pengawas junior.
3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian
arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
5. Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
7. Memimpin rakan-rakan pelajar.
8. Mencegah kes jenayah di sekolah.
9. Menghormati guru.
10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam
bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan
dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki
keadaan.
15. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba
sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
16. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan
teguran kepada mereka yang bersalah.
17. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai
panduan masa hadapan.
18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat
tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
19. Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin,
pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian
lagu Negaraku pada setiap pagi dan selepas waktu rehat

UNIT DISIPLIN SKSR


B. BESAR TUGASPENGAWAS & KETUA KELAS

1. Bertindak sebagai PENDEDAH


2. Bertindak sebagai PEMBIMBING
3. Bertindak sebagai BADAN PERUNDING
4. Bertindak sebagai MOTIVATOR/PENDORONG
5. Bertindak sebagai PERANCANG
6. Bertindak sebagai ROLE MODEL

C. Perincian Tugas KECIL Pengawas di sekolah

1. Pintu Pagar
2. Di Kantin
3. Perhimpunan Sekolah
4. Di kelas
5. Di Koperasi
6. Majlis Perasmian/Perayaan

D. Prosedur Bertugas Di Pintu Pagar Sekolah

1. Kawalan di Pintu Pagar sekolah secara berkumpulan sama ada di


hadapan atau di belakang kawasan sekolah.

 Masa
 Dekati pelajar yang dikesan melakukan kesalahan secara berhemah
 Panggil namanya
 Tegur dengan cara yang baik
 Tanya perkara yang menyebabkan pelajar lewat (Sekiranya lewat) Cth.
Boleh awal sikit ke sekolah
 Sekiranya baru kali pertama-nasihatkan sahaja
 Sekiranya kesalahan yang berulang acapkali-catatkan dalam buku rekod
kawalan

UNIT DISIPLIN SKSR


2. Catat dalam Rekod kawalan berkaitan kesalahan pelajar berkaitan:

 Kesalahan Lewat ke sekolah


 Tidak memakai topi keledar
 Seluar saiz tidak menepati ukuran
 Tidak memakai lencana-perempuan
 Tidak memakai tali leher
 Rambut panjang
 Tidak memakai stoking
 Pastikan masuk ke kawasan sekolah dengan basikal yang dibawa dan
disusun dengan teratur

3. Prosedur Bertugas Di Kantin dan koperasi sekolah Sekolah

 Kaunter membeli-pastikan pelajar beratur mengikut saluran tertentu


 Meja makan lelaki /perempuan
 Duduk bersopan, lepas makan minta masukkan dalam bekas yang
disediakan
 Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising ketika makan
 Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya, sekali sekali senyum dan
jeling
 Tegur kesalahan secara berhemah
 Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
 Beritahu secara baik
 Sekiranya pelajar degil juga –perhatikan sahaja pada masa yang sama
kesan namanya.
 Catat dalam buku laporan

4. Perincian Tugas Pengawas SekolahProsedur Bertugar Di Dewan/


Majlis Rasmi sekolah

 Berada dalam kedudukan masing


 Tidak berkumpul dalam kelompok pengawas sahaja
 Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising

UNIT DISIPLIN SKSR


 Beri isyarat jangan bising
 Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya
 Tegur kesalahan secara berhemah
 Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
 Sekiranya pelajar degil juga-perhatikan sahaja pada masa yang sama
kesan namanya.
 Catat dalam buku laporan

UNIT DISIPLIN SKSR

Anda mungkin juga menyukai