Anda di halaman 1dari 14

Aduiiiii! Camner aaah aku nak buat ni.

Makin aku nak lupa makin kuat ingatan aku kat mamat
ni. Ish, tak leh jadi ni. Aku dah cuba tapi tak leh. Aku pun tak tau lah cam ner aku leh sangkut
kat mamat ni. Nak kater hensem tak gak. Setakat manis ader kot (kalo yer dia manis).
Everyday aku akan nampak muka dia. Member-member semuanyer kuang ajau gelak kat aku.
"kuhik kuhik...tak pernah aku tengok ko tetiba menjiwang Erin oi."selamber jer Tini gelak kat
aku. Tu aah pasal aku malas nak citer kat dia ni.

NAsib baik makcik yang lagi 3 orang tu tak der. Klao tak gerenti hitz nyer diorang gelak.
"hah.. Gelak aah! biar satu kolej tau." aku buat-buat merajuk. Lagi kuat gelakk Tini kat aku.
"Wei! selama ni tak pernah camni. Sejak biler ni pandai menjiwang ko tu. Kalo orang lain kau
tak heran. Ni ko yang jiwang. Masuk air aper ko ni" memang nak kena mak cik sorang ni. Aku
geram sungguh dia kater aku masuk air. Ader ker patut. "Maner aku nak tau yang at last aku
leh sangkut kat mamat ni. Tu aaah sangkutkan lagi kau ngan dia . Dah aku pun tersimpan skit
perasaan kat dia."aku dah mula nak bising kat Tini. "Tapi janji ko tak bagi tau kat gundala 3
orang tu aaa. Nanti kau ...."Aku bagi amaran kat Tini.
Maunyer tak. Kang geranti tergolek segala semut ader kat muka bumi ni biler dengo diorang
gelak.

"Sejak biler ko leh sangkut ni?" Soal Tini bila keadaan dah reda skit. "Ntah. Biler aku tengok
dia ngan awex tu, aku jadi cam jeles ko tau dak. Aku rase cam nak marah jer kat dia." Aku
cuba bercerita lagi kat Tini. "Aku try lupakan dia. Tapi korang tu sabit kan aku lagi ngan dia.
Maunyer aku leh lupa. Pastu tiap-tiap ari lak nampak dia. Aaarggg giler sat aku ni. "Aku dah
mula nak jerit.
Cam biasa aku gi kelas lambat. Dah tunggu puteri berempat tu bersiap dah sekian. Nasib baik
aku ni pantas bertindak. "Hai! Semekom Rin, gi kelas ker?" Rase cam nak gugur rambut aku
dengau soklan dia. "Tak aah. Nak gi berkebun kat belakang tu!"" Faizal senyum cam kucing
gatal kat aku. "Pandai ayang bergurau pagi-pagi ni eek". Isk! Aku dah la tersangkut kat dia.
Sajer jer nak buat aku lagi sangkut. "Aku gi kelas dulu aah" Aku blah laju jer. Nak kejar Tini,
Ina, Angah ngan Dida yang dah jalan kat depan tu tinggalkan aku kat belakang.

Aku ngantuk giler sebenornyer ni. Mata aku dah kronik sangat dah. NAsib Pn. Azah tak sampai
lagi leh aku merehatkan mata aku yang kronik ni. "Wei! pepagi dah belayar. Aper ni Rin. Tak
ranggi langsung!" sergah angah. "Pasal la kat korang. Aku dah kronik sangat ni" Aku malas
nak layan diorang. "Dah aah pagi-pagi jumpa yang tersayang" perghh menghiris sungguh
kata-kata Tini kat aku. "Aper korang ni. Masuk air ker. Sayang kat saper aku ni. maner ader"
Aku masih pejamkan mata. Malas sangat nak layan. Kang lagi dilayan lagi panjang citer.
"Aleh! buat kerapu tak tau lak plak eek. Ngan saper aah lagi. Ngan ayang ko tu lah." Selamber
badak jer Rina tu. Kuhik.. Kuhikk. Kuhiikkkk. Diorang gelak kat aku. Bulat jap mata ku yang
sepet ni. "Jangan aah camtu. Kater ,member yer tak. Aku maner ader ape-ape la ngan dia.
Bukan korang tak tau kau camner . PUit. tak dapat aah ngan dia." Aku cuba nak nafikan.
Diorang gelak lagi kat aku. "Yer aaah. Kalo tiap ari sekondeng dia pastu borak ngan dia.
Takkan tak der aper-aper" Angah kenen aku. " Aku nak tanyer skit kat korang ni. Dah berapa
lamer korang kenal aku ni. seminit ker tiga hari?" Aku menyoal mereka. "Alah Erin, sejak biler
takleh gurau ni. Yer aah. Kitorang kenal ko dah tiga saat." Dida menjawab dengan muka cam
katak kat longkang hostel.
" Erin!" Jerit Tini kat koridor. "Cepat aah. Jatt lalu da. Perghhhh.." Aku malas nak amik pot.
Aku dah janji ngan diri aku kaloleh aku tyak nak tengok dia dah. Ader rahsia yang
tersimpan........

Ah ! pasal lak aku nak gi tengok dia" aku menjawab selamber.


"Sejak biler ni. Biasanyer ko berlari nak tengok dia. Ke korang gaduh ni?" Soal Tini.
" Maner ader gaduh. Kan aku dah kater yang aku dah tak der feel lah nak tengok dia.
Perasaan lak plak si Jatt tu nanti. Budget hensem sangat." Aku dah malas layan meknah 4
orang tu.
Aku masuk ke bilik. Langsir bilik aku selak sikit jer. Janji nampak aah.
" Kat mulut kater tak nak ye tak. Dalam hati nak jugak". Dida senyum sinis. Aku buat buduh
jer. Kang lagi dilayan lagi memacam diorang pekenakan aku.
" Rina, tu ko nyer laki balik dari bandar" tersenyuk Rina apabila terlihat Amir yang sedang
menjinjing plastik The store. Memborong la tu agaknyer.
----------------------------------------
Petang tu , aku, Rina dan Tini lepak kat koridor depan bilik . Angah dengan Dida keluar ke
bandar beli stok makan dan barang keperlua. Nasib aah turn diorang kena gi beli. Punyer lah
best nyer. Angin petang sejuk segar bertiup sepoi-sepoi bahasa.
" Camner ni. Minggu depan nak hantar assignment En. Jeff. Dah la tak siap lagi" Rina
Bersuara dengan nada risau.
"Lex aah Rina. Cam takl biasa lak buat kerja last minute." Tini menjawab tanpa sebarang
rasa.
" Haah. Yelah. Dah la kertas projek untuk aktiviti department tak siap lagi. Nak buat kertas
kerja lagi nak buat assignment lagi. Maner nak kejar beb."
" Alah. Setau aku sikit jer lagi kertas kerja tu. Cuma nak print jer kan. Lex aah" aku mencelah
setelah melihat Rina masih lagi risau.
" Bukannyer korang tak tau perangai E. Amri tu. Dah lah cerewet. Kang silap sikit kang dah
kena buat semula." Rina masih dengan kerisauannyer.
" Erin, tu!" muncung jer mulut Tini menjuih ke satu arah.
Aku dan Rina memandang. Mereka berdua tersenyum makna. Aku buat tak nampak. Malas
aku tengok muka Faizal tu. Kang tambah sakit jer hati aku.
"Ait. Biasanyer tersenyum. Ni buat muka kerengga lak." Tini senyum-senyum kat aku.
" Biarlah dia tu. Bukan ade ape pun." aku menjawab.
" Memang la korang tak der ape-aper. Tapi satu dah tau pasal citer korang seperti ditiup
angin. Piuh. Jauh jer terbangnyer citer tu. sedangkan hanya silap faham jer" Rina masih lagi
senyum kat aku.
" Tu aaah. Dulu tak tersebar citer korang berdua, sibuk dok gelak-gelak, bergurau sampai
masuk bab cintan cintun lah. Kalo dah tiap ari orang dengar macam tu korang cakap, sape
yang tak percaya. Memang la diorang ingat ye ye jer korang bercinta" Panjang syarahan Tini
kat aku.
" Ye la. Aku tau aku salah. Tapi, Jatt salah gak. Saper suruh dia gatal gurau cam tu. Bukan tak
tau aku ni. Kalo dah gurau tu ngan sesape jer aku masuk" aku cuba membela diri.
Nak buat cam ner ye tak. Kalo dari dulu aku tau camni jadinyer, tobat aku tak nak bergurau
keluar perkataan yang jiwang camtu. Dah lah tu. Masalahnyer skang ni aku pun dah
tersangkut skit kat si Faizal tu. Adussssss. Aku tak tau nak buat aper sekarang ni. Berdoa jer
la semoga aku dapat lupakan dia.

----------------------------------------

" Hai ayang. Lamer tak jumper. Rindu la pulak ayang kat ayang" pergghhhh ayat Faizal kat
aku.
Malu beb muka aku. Dah la tengah orang ramai dia cakap camtu. Ada pelajar yang lalu lalang
depan library pendang pastu senyum-senyum siput kat kitorang.
" Ader jer kat sini. Ko tu yang lama hilang." Aku jawab acuh tak acuh.
Rase cam nak blah jer. Dah la aku sorang-sorang. Meknah 4 orang tu gi computer lab. Aku jer
kena gi library cari buku rujukan nak buat assignment pn. Mardiah.
" Naper ni. Lain macam jer cakap dengan ayang. Ker dah ader orang lain ni?" Faizal masih
berbunga dengan aku.
Malu gile aku. Mamat ni memang aah nak kena.
" Wei Jatt, Jangan aaah nak cakap style camtu. Malu aah aku kat orang ramai ni. Giler aper
ko. Dah-dah la berdrama nyer." aku tinggi kan sikit suara.
" La. PAsal la kat diorang tu. Kita bukannyer kacau diorang. Alang-alang dah tersebar citer.
Apa salahnyer kalo kita berlakon depan diorang" muka dia selamber monyet jer jawab cam tu.

" Malas aaah layan ko. Aku nak gi pinjam buku ni. Ok la. Bye" aku mintak diri nak blahh.
" Ape ni yang. Cepat nyer. Tak ilang lagi rindu ni.OK la nanti malam ayang call eee" dia
melepaskan aku bila nampak perubahan kat muka aku yang dah naik merah nak marah.
Laju jer aku masuk library cari buku.
" Hai Shazrin. Takkan sekejap jer berdating ngan bf. lamer aah sikit. Abang Lan tak kacau
nyer." Abang Lan brother yang jaga library menegur aku sambil tersenyum.
" Ala. Nak jumper lama-lama buat abang Lan. Nanti boring la plak." aku menjawab acuh tak
acuh. Segera aku menuju ke rak buku bahagian komputer untuk mencari buku.

----------------------------------------

Dari jauh aku nampak Paly n the gang berlari dalam hujan. Terlompat-lompat seronok dapat
mandi hujan. "Tak matang langsung". Bisik hati aku.
"Aleh. Budget budak IT matang. maner ader yang matang. semuanyer perangai cam bebudak"
hati aku dok berkata lagi. Aku senyum jer la membenarkan kata-kata tersebut. Dah memang
betul.
" Wei, senyum aper tu" sergah Dida. Ntah dari maner dia datang aku pun tak tau.
" Tu!" aku juih mulut aku ke arah Paly ngan kengkawannyer.
" Ko nak join diorang ker?" soal Dida
" Bertuah la kalo aku nak join diorang. Tetiba jer aku sesorang pompuan main hujan. Kang tak
pasal orang kater aku ni masuk air." aku jawab selamber.
Tersengih Dida dengar jawapan aku.
"Rin, aku tanyer sikit leh tak?" ssoal Dida. Cam tak biasa jer ngan aku. Ntah bila pandai
mintak kebenaran nak tanyer kat aku.
"Ape nyer?" aku pandang Dida.
"Erk... cam ner nak cakap aaa." Dida mengerut muka sambil menggaru kepala. Tak tau la aku
kepala dia gatal ker tak.
" ko jangan marah yek" Dida pandang muka kau mintak simpati.
"Bakpernyer aku nak marah ko. Cakap jer la"
Dida pandang aku mmacam budak kecik mintak belon.
" Semalam aku ternampak Jatt ngan Kak Mimi kat bandar. Jalan berdua."
" hmm Pasal tu jer ker. Lantak dia la nak keluar ngan saper. Nak buat aper aku marah. Aper
la ko ni." aku buat muka selamber.
Aku dulik aper. Memang aku pernah dengar yang diorang tu daer affair. Tu la pasal aku malas
dah nak beria-ria ngan Faizal tu. Takut nanti ader yang jeles. Mampuih aku. Tak ke naya jer
nanti kalo meletus perang semata-mata disebabkan si Faizal aku. Tak mau lah aku. Dida
masih berdiri cam tunggul kayu melihat reaksi aku.
" Nape nyer ko ni Dida. Cam kena sampuk jer tengok aku." aku menyoalnya.
" Ko tak jeles ke Rin?" soalnyer setelah kemabli ke alam nyata.
"Nak jeles ape nyer. dia tu bukannyer laki aku. Lainla kalo dia ade ape-ape ngan aku.Ni
member jer la."
Dida pandang aku tak puas hati. "aper la ko ni Rin. Cam tak der perasaan jer", muncung Dida.

" Maner yang lain?" soal aku mengubah topik. Malas aku nak citer pasal Faizal.
"Ader tu tidur semuanye". Jawab Dida.

----------------------------------------
" Wei Erin! Tipon ko bunyi la" Jerit Tini. "Tolong ah angkat. Aku mandi ni" aku jawab dari
dalam bilik air. " Assalamualaikum,"
"waalaikumusalam, Erin ader tak?" soal suara tersebut.
"Erin mandi. Leh call dia kejap lagi tak?"
"Ni sape ni?" soal Tini lagi.
" Jatt lah ni. Tini kan. Aper la tak cam suara aku." jawab Faizal. Tini tersenyum sumbing.
" Ok la. sekejap lagi aku call dia ee"
"ok"
----------------------------------------

"Ape hal tipon aku ni?" soal ku .


"Hai. Tak leh ker kalo boyfriend tipon awex dia" jawabnyer selamber.
"Biler masa lak aku jadi awex ko ni.. Bukannyer tak leh. Tapi kang tak der yang marah ker.
Saya malas dah kena marah. Cukup sekali" jawab ku berjela.
"Siapa nak marah? Boyfriend awak ker?"
" Aku maner ader boyfriend. Dah kater ko boyfriend aku ye tak. Ke ko nak marah aku?"
" Maner leh marah awak. Rindu aaah",
Bebulu kuku aku dengar dia cakap cam tu.
" Yela. Rindu sangat. Ko ni masuk air ker tetiba jer ." soal ku heran.
" La. Rindu pun tak leh",
" Cakap jer lah terus. Aku bz ni. Banyak kije akunak siapkan" aku dah mula bosan. Ntah sejak
bile aku reti bosan ngan mamt ni. Aku pun tak tau.
"Keluar esok jom",
" Sorry aah. Aku bz for 2 or 3 weeks la. Banyak kije nak siapkan. Ajak jer lah orang lain."
" Boleh la. Ade hal ni. Leh aaa",
" Ko ni degil la. Dah aku kater tak leh. takleh la maknenyer. ko tau tak assignment aku
berlambak. ngan paperwork lagi yang nak kena siap bab ader projek baru"
" Ye lah nak buat cam nerkan orang dah tak sudi. Janji semester break nanti kita keluar aa",
"Ah pasal lak aku nak janji ngan ko"
"Kenapa ko ni. Cakap macam aku ni ader buat salah kat ko jer. Ker aku ada buat salah?"
"tak der tapi dah ko tu yang degil. aku bz skang ni sorry la. Lain kali la kao ader rezeki" aku
kendurkan sikit suara.
" Tak per la. Nak buat camner. Dah awex orang ader pangkat ye tak. Bz memanjang la." ada
nada merajuk dihujung talian.
" Lah. jangan la merajuk"
" Tak. Tak per lah. Aku nak gi makan lak. ok bye."
" bye"
" good nite sweet heart. Assalamualaikum"
"Waalaikumusalam"
Kesian lak kat Faizal aku layan dia cam tu. Bukan dia ader buat salah pun kat aku. Tapi tu lah.
Aku dah janji nak lupa kan dai. Nak buang perasaan yang dah mula nak try bertapak kat hati
aku ni. Giler...

"Tiap kali aku masuk kedai ni mesti nampak muka ko,"


Mamat maner tau selamber jer mulut dia.
"Pasal la kat ko. Aku nyer pasal la kalau nak masuk mana-mana kedai. Kang kalo tak nampak
kau kang ko gak yang rindu kat aku"
"Alah, kalo yer aku nak rindu kat ko"
Mamat tu mencebik mulut kat aku.
"Dah tu, kalo tak rindu takkan ko selalu nampak aku tiap kali aku masuk"
direct jer aku kenakan mamat tu. Kawan yang kat sebelah tu tersengeh jer cam kucing gatal
kat aku.

"ko kenal ker saper budak tu tadi Rin?"


soal Dida setelah kami keluar dari kedai.
"Maner aku nak kenal. Aku dah ler jenis malas nak berkenalan"
"Abih tu camner ko leh cakap selamber jer ngan dia. Tpikan member kat sebelah dia tukan
boleh tahan gak ee,"
Dida senyum semacam kata ku. Aku jeling jer lah. Malas nak menggatal!!!

---------------------------------------------------------------------------------

Punyer la bosan tunggu meknah berempat tu siapkan diri. Kalah Miss malaysia kalau melawa.
Aku rasa dah dekat sejam aku tunggu kat chairrock ni.
Nasib baik hari dah petang, redup sikit.
'Assalamualaikum"
Eh mamat ni. Tetiba jer. Rasa cam kenal.
"Waalaikum salam"
"Leh duduk tak?"
bersopan gak dia ni.
"Duduk la kalau rasa tak malu"
Senyum lagi dia ni.
"Saya Faizal. Student AD department"
Faizal menghulurkan tangan nak bersalam. Aku sambut jerla. Kalau tak sambut kang malu
dia.
"Erin"
aku jawab pendek.
"Aku nak kawan ngan ko leh tak"
Aku cuba memusingkan kembali ingatan aku. Perghh. Baru ingat. Ni member mamt yang
sound aku ari tu.
"Tak kisah"

##########################

Lamunan aku terhenti bila disergah oleh tini.


"Ingat saper ni. Mesti Kat Jatt ni kan."
"maner ader. Nak buat aper ingat kat dia. Ni aku tengah pikir cam ner nak siapkan
assignment En. Jeff ni"
aku berdalih. Malas nak ngaku kang kena perli lak plak.
"Tu ah pasal. Aku pun pening nak solvekan study case yang dia bagi ari tu"
sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin koridor.
"Yang lain maner?"
" Tido la aper lagi aktiviti yang menarik di petang hari"
Jawab Tini .
"Jatt call tadi. Dia kata nanti malam dia call balik"
Tini memecahkan kesunyian setelah beberapa seketika terdiam. Aku memandang Tini dengan
wajah yang tidak dapat dibaca.
" Dia tanyer naper ko cam taknak layan dia cam biasa."
aku mengangkat kening sedikit.
"Abih ko jawab aper?"
"Aku jawab ntah jer la. Dia tanyer lagi ko dah ader yg lain ker tetiba sejuk cam air batu"
Aku tersenyum sinis. Giler, ader ker. Tak dapat aaaaah aku nak pikir mender camtu.
"Malam nanti kalo dia call ko jawab aa. Kater la kau gi tempat lain"
"Bakpernyer ko jadi camni. Tetiba jer malas layan dia."
Tini menyoal tidak faham.
"Suatu hari nanti ko akan faham gak Tini."

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------

Dalam dewan kuliah agak bising dengan suara pelajar. Sementara menunggu Pn. Rozita
masuk , ada yang membuat ulangkaji sedikit dan ada yang berborak kosong .
"Ina, kertas kerja nak gi panjat gunung nanti dah siap belum?"
soal Hairi dari meja bawah.
"Sikit lagi la. Ko ni nak cepat jer. Tolong aku tidak jugak."
"Alah mender senang pun nak aku juga ke yang tolong?'
"Ye lah. Dah ko tu pun AJK Reakreasi. NI tak, aku jer yang buat sorang pastu ko tau bising
jer"
Rungut Rina dengan panjang lebar.
"O.K la aku tolong ko petang nanti. tunggu kat chairrock belakang block c. Kul 4.30 petang"
Hairul seperti memberi arahan. Rina hanaya memuncungkan mulutnya.
"Tak puas ati lagi ker mak enon oiiit"
Angah bersuara bila melihat muka Rina yang dah macam sambal cencalok tu.
"Maunyer tak. Tau bising jer."
"Kan dia dah nak tolong tu petang nanti."
Sampuk Dida. Aku hanya menjadi permerhati. Malas sanagt nak layan orang merajuk ni.
"Ye lah. Aku senyum la ni."

-----------------------------------

"Saya nak kamu semua hantar model ERD selewat-lewatnya jam 4.30 petang esok"
Arah Pn. Rozita.
"Lah, Puan, cepatnya"
Bantah Amir. Bulat mata Pn. Rozita memandang ke arah Amir. Tersenyum sumbing Amir bila
ditenung sebegitu. Yang lain hanya mendiamkan diri. Faham sangat kalo
Pn. Rozita dah buat keputusan jgn dibantah.
"Saya dah bagi kerja ni dekat nak dua minggukan. Takkan tak siap lagi.?"
merah padam mukanya menahan marah.
"Kamu ni main jer tau. Cuba belajar serius sikit. Ni tidak. Kalao main, bercinta , merewang
boleh. Tapi siapkan kerja saya tak boleh"
Panjang bebel Pn. Rozita. Kemudian menyambung kembali
"Apa-apahal pun saya nak esok. No excuse, faham!!!!'
Kami hanya menganggukkan kepala. Tidak mahu mendengar beblannya lagi.
"O.K. Hari ini kita belajar bagaimana nak guna model-model tersebut dalam pembinaan
database"
Pn. Rozita memulakan pengajarannya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------

Pening kepala aku nak buat model ERD ni. Bukan senang nak buat nak cari atribute lagi,
kekangan lagi, ape lagi tau. Aku tengok Tini, Dida, Angah
dan Rina masih kusyuk buat kerja. Diam semacam jer, kalo tidak, bilik cam ada konsert jer.
"Wei Erin...."
aku memandang ke arah Angah.
"Tu tipon ko bunyi. Aperda, berangan jer, telefon sendiri bunyi pun tak perasan"
Aku garu kepala sambil senyum. Yang lain memandang ke arah aku.
" Hello, Assalamualaikum"
Aku memulakan kata.
"Waalaikumsalam. Apa khabar Rin?"
"Baik. Syam macam mana?"
Soal ku. Memang setiap sebulan sekali Azrisyam akan menghubungi aku.
"Alhamdullilah. Study cam maner? Ok ker?"
"OK. Syam balik Malaysia ker?"
"Tak. Dok sini sampai final nanti baru Syam balik."
"Hmmm"
"Naper? Nak pesan Syam beli apa-apa ker?"
soal Syam.
"Tak ah. Sajer jer tanya kan. Nanti kata tak amik berat lak"
"Syam tak kisah. Ganggu Erin ker?"
"Tak der ahh. Baru jer ingat nak stop kejap buat kerja. Kira ok la Syam call tak der aa tension
sangatkan"
"Ye ker? Tak balik kampung ke minggu ni?"
"Tak lah. Banyak kerja. Lagi dua minggu baru balik",
jawabku panjang. Sambungku
"Napernye? Syam nak pesan apa-apa ke kat umi ngan walid?"
"Tak der la. Kalau Syam nak pesan, Syam call diorang sendiri. Tak nak susahkan Erin."
Terbayang wajah Azrisyam. Raut muka yang tenang.
"Ok lah Rin. Nanti kalau Syam senang Syam call Erin lagi eeek"
"Hmmmm. Ok."
ringkas je jawapan ku.
"Take care yourself. Study elok-elok."
"Insya Allah. Syam pun jaga diri eeeek"
"Kalau balik kampung nanti kem salam kat mak ngan abah ye.Insya Allah, habis jer nanti
Syam balik. Kita leh settlekan masalah kita"
"Yelah. study elok-elok yer."
"Assalamualikum"
"Waalaikumsalam"
Sememangnya Azrisyam seorang yang mengambil berat dan baik. Aku tau tanggungjawab
aku di mana. Walaupun ianya tanpa rela.

Rakan-rakan yang lain memandang kat aku. Apa yang aku leh buat, senyum jer la.
"Senyum memanjang. Saper Syam tu?"
Dida cuba mencungkil. Aku memberi jelingan mengada.
"Member aku aah. Sibuk apa hal. Buat jer la kerja tu."
Aku menjawab acuh tak acuh.
"Kerek eeek. Tanya pun tak leh skang ni."Dida masih tak puas hati ngan jawapan aku.
"Lah, member la. Tak caya sudah. Dia study kat oversea."
"Ye ker member. Rasa akula kan, selalu gak dia call ko. takkan member jer"
Tini pula pasang perangkap.
"Kitorang kawan baik. Rumah dia dekat jer ngan rumah aku."
"Ye sangat la tu. KAlau abis jer cakap sengeh-sengeh"
"Ikut ko lah. Dia tadi call aku pun bab nak tanya aku balik Puchong ke tak. Dia ada mender
nak pesan kat parents dia. Tu jeer'
Angah menjuihkan bibir macam tak caya. Nak buat cam ner. Benda yang personal tak leh aah
nak bagi tau kat ramai orang.
"Alah, Nanti sampai masa korang tau jugak saper dia."
Semuanya memandang kau dengan kehairanan apabila mendengar ayat terakhir aku tadi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------
"Naper ni Erin. Cam tak nak kawan ngan Jatt jer?"
Soal Faizal memandang ke arah muka aku. Otakku buzy berfikir camner nak cakap. Tapi
akurasa belum sampai waktunyer nak bagi tau dia.
"Maner ader. rasenyer cam biasa jer. Akhir-akhir ni aku bz sikitla. Ngan nak siapkan
assignment lagi, nak siapkan kertas kerja untuk program department
kitorang lagi"
jawabku beralasan. Memang betul pun aku sibuk nagn kerja tu. tapi ada juga hal lain.
"Dengar citer dapat awex. Tak bagi tau pun kat aku"
Aku menukar topik lain. Faizal memandang aku kehairanan.
"Maner dapat citer mengarut ni. Jatt maner ader awex. Saper la nak kat kau ni."
dia merendah diri. kekononnya tak der peminat ye tak.
"Alah yang ko bawak keluar last week tu saper? Tak ngaku lagi ker?"
Aku tersenyum ke arahnya. Berkerut dahinya seolah mengingatkan sesuatu.
"Ooooooooooooo....."
" O bulat"
memotong ayat Faizal yang belum habis. Dia tersenyum.
"Pandai ayang aku ni bergurau eek"
aku hanya mencebik kan bibir.
"Itu kawan jer la. Maner ader apa-apa. Jeles ker?'
Soalnya tersenyum sambil mengenyitkan mata.
"Tak kuasa aku nak jeles. Bukan laki aku pun..'
Dia cuba tenung aku. Segera aku mengalihkan pandangan. Boleh gugur paru-paru aku ni
beb!!!
"Ye sangat la kawan kalo dah jalan berdua, pimpin tanagn lagi. Tak baik ko mainkan pompuan
Jatt"
Senyum lagi dia tu. M
"Pompuan ni lain sikit. Sensitif. Kalo dah rase cam ader bagi perhatian kat diorang, mula la
sangkut"
aku memberi nasihat seprti seorang pakar.
"Kalo betul kawan , takkan mesra semacam."
Faizal hanya mendiamkan diri. Matanya memandang ke tempat lain.
"Dia tu kawan jer. Aku tak der rasa lebih kat dia. Tapi tak tau la kalo dia feeling lak"
jawabnya perlahan cam bersalah. Aku memandang kearahnya.
"Actually, aku dah sangkut kat satu awex ni. Tapi aku masih mencari kepastian dari dia Rin,"
luah Faizal. Aku cuba menjadi pendengar sesetia mungkin.
"Dia macam merpati. dekat senang, tapi nak tangkap susah. Tau-tau dia dah terbang."
"Dia dah ader special kot"
Aku serkap jarang. Dia memandang aku semacam.
"se tau aku dia takder special. Dia ni bukan jenis yang mudah feeling-feeling ni,"
"Dah tu. Cuba la cakap kat dia,"
"Aku takut kehilangan dia. Dia betul-betul bawa makna dalam hidup aku."
Mata faizal seperti ada suatu rahsia yang besar.
"Kalo susah nak berdepan, call dia tak pun tulis surat tak pun send jer e-mail kat dia.
Sekarang kan dah modsen"
Dia pandang aku minta pengertian.
"Susah. Sejak akhir-akhir ni dia macam cuba menjarakkan hubungan kami. Aku pun tak tau
maner silapnya."
Terpusing gak hidung aku bila dengar masalah cinta orang ni. Aku mana la ada pengalaman
bercinta. Nak nasihatkan orang, huh penatla.
"Siapa dia? Kot-kot aku leh tolong?"
Aku cuba mencungkil dari Faizal.
"Nanti ko tau juga Rin."

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------

Adoi!!!!!!!!!!!!!!!! penatnya lah. Akhirnya sipa juga projek pembangunan sistem yang kitorang
buat. Kira berjaya la. Boleh la nak runkan
sistem yang kitorang buat tu. Memula tu memang la ada sangkut gak. tapi berkat kesabaran,
akhirnya siap dah. Esok leh hantar. Ish tak sabar rasanya
nak tunjuk kat En. Jeff.
"Senyum sornag jer. Tak nak pun kongsi ngan kitorang"
Dida menepuk belakangku. Terkejut gak aku.
"Maunyer tak. Projek dah siap beb. Berjaya lagi haaa"
"Tu pun sebab aku terer"
Sampuk Nasrul.
"Aleh, perasan sendiri. AKu yang bayak buat tau"
tini tak puas hati.
"Korang ni gaduh jer. Aku yang siapkan, sibuk nak masuk nama"
Aku bersuara.
"Kaki la ko buat. kita buat da"
Angah cuba meleraikan gurauan yang mungkin mencetuskan pertengkaran. Bukan dia tak tau.
Sepanjang menyiapkan projek tersebut, mereka terpaksa
bersabar dengan kerenah ahli kumpulan yang kadangkala emosi tak tentu. Apa taknya, nak
siapkan dah la macam apa tau. Kekadang tu projek yang tengah dibina
hilang camtu jer. Maunya tak emosi. Nasib baik ada backup. Tiap kali siap satu bahagian,
mereka segera save untuk menyelamatkan projek daripada hilang.
"Esok kita keluar nak. Celebrate kejayaan kia"
Ikram memberi cadangan. Yang lain memandang antara satu sama lain.
"Aku belanja"
pantas Ikram bersuara. dia faham maksud sahabatnya itu. Mmemang dah jadi kebiasaan dia
yang akan mengeluarkan wang. Dia tak lokek walaupun boleh dikategorikan berada.
Menyombong pun tak. Itu sifatnya yang membuatkan rakan-rakannya senang berkawan
dengannya.

Hanya tinggal lagi dua semester aku akan graduate. Insya Allah aku kana cuba mengekalkan
keputusan
peperiksaan. Satu semester belajar di kampus dan semester terakhir nanti kami akan buat
practical.
Sayang rasanya nak tinggalkan kolej ni. Banyak kenangan suka duka bersama raka-rakan
seangkatan. Mengaharungi
perit getir dalam mencari sedikit ilmu untuk bekalan hidup.
"Ko aku tengok rajin termenung kenapa Rinn?"
Soal Tini. Aku hanya memandang sambil tersenyum.
"Tak de apa la. Aku cuma cuba membayangkan bagaimana kita nanti bila dah kerja nanti."
"Ye ke ni?"
"Ye aah. Abih ko ingat aku layan blues ker?"
Tini senyum. Memang manis pun dia ni. Tinggi pun boleh tahan. Ada gaya model. Aku rasala,
kalau dai jadi
model, gerenti laku. Tapi dia tak nak. Katanya model tu menempah tiket awal ke neraka. Buka
aurat tayang kata
mereka yang bukan muhrim. Dedah benda yang tak sepatutnya didedah. Walaupun lumayan
pendapatan kalau jdi model.
Apa guna kalau akhirat nanti terseksa. Betul gak kan kata-kata Tini.
"Maner nak tau. Sejak ada peminat ni ko tu rajin sangat layan blues"
Dia ketawa. Aku sengaja menjegilkan mata.
"Ntah sape ade peminat tau. Sesedap dia jer kata kat aku. Insuran mana ko amik untuk mulut
ko tu"
"Aku amik insuran AIA la. Baru dapat banyak duit."
"Erin!!!!!!!!!!!!!!!!"
Kami mengalihkan pandangan kesuara tersebut. Saper lagila kalo bukan Rina yang memang
suka menjerit cam tu.
"Apa hal ko jerit cam tu?"
Soal Tini kehairanan. Tercungap-cungap nafas Rina.
"Kalo ye pun hulur kan la air yang ade kat meja tu"
dalam lelahnya berkata. Tini bangkit dari duduk kami ke mej adi dala bilik. Sebentar kemudian
membawa segelas
air kosong ke koridor, tempat kami sellau melepak.
"Jatt kem salam"
"Lagi?"
Soal ku. Rina memandang ke arah ku.
"Tu jer la. Aku terserempak ngan dia tadi kat depan library."
"Hmmmmm. Tu jer ker. Aku ingatkan kenapa ko lari macam ribut."
kata ku.
"Ingatkan kena bising dek Hairul lagi ko tu"
"Isk maner ader"
Laju jer Rina menjawab.
"Dida maner?"
soalnya.
"Ngan Angah gi cc"
Jawab Tini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------

"Erin, Jatt call"


Dida menghulurkan telefon ke arah ku. Aku memandang kosong ke arah telefon.
"Amik la"
"Malas aah. Cakap kat dia aku dah tido ker iron bajuker"
"Erin........."
Dida memaksa. Mukanya cam tak puas hati. Aku menyambut telefon dengan malas.
'Assalamualaikum"
aku memberi salam
"Waalaikumsalam. HAi sayang buat aper tu"
Isk geli aih aku dengor. Walaupun bergoyang gak hati aku ni bila dengar dia cakap camtu.
"Tak de ape. Ape hal tipon ni?"
"Naper tak leh ker?"
"Bukan tak leh. Sajer jer nak tau"
"Ingat tak leh tadi."
Diam seketika.
"Rindu aah"
"Eh gatalnya ko ari ni ape hal?"
soalku hairan sikap dia.
"Ala, ayang rindu la kat ayang. Dah tiga hari tak yanag tak nampak ayang"
aku mula meloya denagr kalo ader orang cakap camtu.
"Tak leh cakap cam biasaker? berayang-ayang. Geli aah"
Faizal ketawa mendengar kata-kata ku.
"nak romantik pun tak leh. Penat la kau bercinta ngan ko"
"Sape suruh. Lain kali cari lain"
"Dah yang lain tak nak. Ko jer yang nak kat aku"
Cam tau jer mamat ni yang aku sangkut kat dia.
"Ntah bila tau aku nak kat dia."
"ye ker"
"Ok la. Straight to the point la. Ko nak aper Jatt"
"jom keluar makan malam ni. kat maplay cam biasa"
"sekarang ker?"
"Yela. Abih tu bila lagi?"
"Malas lah"
"Erin..... boleh lah"
"Aku ada kerja la"
Aku berdalih. Namun dia masih tak putus asa.
"Jangan la cam ni. kata member ye tak. Tak pun jadi laki ko"
"Ape ko merepek ni"
"Leh la"
Faizal merayu lagi.
"Yelah"
Aku memberi persetujuan.
"Tapi ko sorang jer tau. Jangan ajak yang lain."
"Naper lak?"
Soal hairan.Selalunya dia tak pernah bagi pesan macam tu kat aku kalau kami keluar
bersama.
"Aku ader hal la nak cakap"
"Ok. Give me 15 minutes. Aku nak bersiap."
"OK. Untuk ayang, ayang sanggup buat aper jer"
" Jangan nak menggatal eeee"
Terdengar ketawa dari hujung talian.

-------------------
"ape hal?"
"La baru sampai dah tanya. Tak sabar la ko ni."
Aku pandang muka dia . Hilang gak rindu tapi......
"Aku harap ko tak marah kat aku kalo aku bagi tau sesuatu."
Faizal bersuara setelah selesai mengorder makanan. Aku pandang dengan hairan.
"Bakpernyer aku nak marah kat ko."
"Yelah. Msner tau kot-kot ko terasa ker"
"Ko bukannya baru kenal aku kan Jatt. Aku rasa ko dah faham dengan aku"
Faizal menarik nafas panjang. Cuba mengumpul kekuatan untuk bersuara.
"Pasal kita"
Isk mamat ni. Cakap jerla terus. Jangan la sangkut-sangkut, macam ada kayu je tak bagi
suara tu lalu.
"Aku suka kat ko"
Laju je tangannya memegang tangan aku. Terkejut semut aku bila dia buat cam tu. Aku
pandang muka dia macam tak caya
jer apa yang dia cakap. Perlahan-lahan aku tarik tangan aku. Mana leh pegang-pegang,
bukannya bini dia.
"Aku suka kat ko juga. Nak heran apa"
saje je aku buat tak faham. Faizal cuba merenung mata aku. Aku alih pandangan ke tempat
lain. Terdengar keluhan kecil
dari mulutnya.
"Tapi aku suka lain...."
"Lain apa?"
aku memotong kata-katanya. Kalau boleh aku tak nak dengar apa yang dia nak luahkan. Aku
takut, itu sebenarnya.
"Macam mana aku nak cakap bagi ko faham aaa."
Aku tunduk pandang ke lantai. Baik aku buat cam ni daripada makan diri sendiri kaibatnya.
"Aku dah jatuh hati kat ko. Sudi tak jadi suri aku untuk selama-lamanya?"
Perlahan terdengar suara Faizal meluahkan perasaannya. Aku dah cuba sedaya upaya untuk
mengelakkan diri dari masalah camni.
Aku tak nak nanti orang kata aku memainkan perasaan orang lain. AKu juga tak nak
melakukan sesuatu di luar kemampuan aku.
"Aku tak bersedia lagi Jatt. Maafkan aku"
aku bersuara setelah lama mendiamkan diri untukmencari ayat yang sesuai.
"Aku akan tunggu sampai bila-bila pun Erin,"
"Jangan Jatt."
Aku tak sanggup berhadapan dengan keadaan yang sebegini.
"Tapi kenapa Rin? Takkan tak de walau sekelumit pun kat hati ko perasaan kat aku"
Faizal mencari pengertian.
"Mesti ada kan. KIta kawan dah lama. Aku tau ko cam ner"
'Bagi lah kau ruang untuk berfikir, untuk mencari jawapan. Tapi yang pastinya, bukan
sekarang"
"Boleh ko bagi aku reason kenapa ko tak leh terima aku. Aku ni jahat ke apa ke"
"Tolong jangan paksa aku Jatt. Nanti suatau hari nanti koakan tau juga kenapa"
"Atau ko ada orang lain?"
Soalnya. Aku hanya mediamkan diri. Mana mungkin aku boleh menarima dirimu Jatt walaupun
perasaan itu sudah mula bertapak.
"Don't force me ok. Aku memang tak boleh untuk semetara ni atau mungkin untuk selama-
lamanya"
"ok. Aku akan tunggu jawapan dari ko. Ambil lah banyak mana pun masa yang ko nak. Aku
akan tunggu Rin"
Serius mukanya ketika aku pandang ke arahnya. aduh. Pusang kepala aku cam ner nak bagi
alasan lagi.
"Kalau ada jodoh dan rezeki takkan ke mana Jatt. Kita kawan macam biasa lagi bagus pada
aku"
Aku cuba kendur kan sedikit keadaan yang agk tegang. Tegang dengan perasaan kami.
"Lebih baik berkawan kerana jika keadaan berubah,ianya takkan meyakitkan hati."
"Aku tau aku tak leh nak paksa ko. Tapi cuba la ko bagi aku jawapan positif. Aku mengharap
pada ko."
"Jangan mengharap atau cuba membayangkan sesuatu yang belum tentu hak kita Jatt. Nanti
sakit diri sendiri"
"Aku tak kisah Rin. Aku akan berusaha ko aan jadi milik aku suatau hari nanti."
Kata-katanya yang penuh dengan pengharapan. Mana mungkin kau boleh terima. Ya Allah,
tolonglah hamba_Mu ini.
"Jangan meletakkan harapan pada aku. Aku tak berani nak bagi harapan dan mengharap pada
ko"
Faizal menyapu mukanya dengan kedua-dua belah tangan nya. Nampak ada riak kecewa. Tapi
apa yang aku mampu buat, berserah pada
tuhan. Mungkin silap au sendiri tak pernah menceritakan rahsia yang telah lama aku simpan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------

Ketika aku balik ke bilik mereka semua sedang berborak. Biasala kalo dah namanya pompuan
kalau tak bergosip tak sah, ye tak.
Rancak sungguh mereka berbual. Apa topik pun aku tak tau. Kejap lagi la joint diorang.
Segera aku ke bilik air cuci muka bagi
rasa segar sikit. HIlang sedikit ketegangan.
"Ait... monyok jer balik dari jumpa buah hati"
Rina senyum sinis kat aku.
"Mana ada. Penat la. Karut tul mamat tu."
aku menjawab malas.
"Kenapanya?"
Soal Tini hairan. Semuanya memasang telinga untuk mendengar cerita.
"tak der apa la."
Malas untuk aku bercerita apa yang berlaku tadi.
"Apa ni. Kata memberr ye tak Cerita pun tak nak. Kemut aah ko"
Angah tak puas hati.
"Yelah. AKu citer la ni kat korang"
Aku terpaksa mengalah. Daripada A sampai Z apa yang terjaditadi aku cerita kat diorang.
Mula-mula tu diorang senyum la pastu bila
sampai part aku tolak Jatt semuanya ternganga.
"Bodoh la ko Rin. Kalau aku jadi ko, aku terima jer"
Amboi mulut Dida, memang tak sayang.
"Apa yang tak cukup lagi kat Jatt tu. Aku rasa boleh kata perfect juga dia tu"
Dida menambah. Kalau diorang di tempat aku, dioranga kan tau juga macam mana seksanya
bila aku buat keputusan macam tu.
'korang tak faham. Korang tak tau banyak hal"
Aku bersuara.
"Apa yang kitorang tak paham? Apa yang kitorang tak tau? rasanya segala rahsia kita kongsi
bersama"
Agak keras suara Rina.
"Nanti korang tau juga suatu hari nanti"
'Dari dulu ko cakap camtu. Ko berahsia apa ngan kami ni?"
Soal Angah.
"Nantilah aku cerita. Masalah yang takkan selesai"
"tak baik ko buat Jatt cam tu"
Dida pula menyampuk.
"Biar perit sekarang jangan masa depan nanti. Aku tak nak bagi dan letak harapan pada
benda yang belum pasti"
"Betul cakap Erin tu"
Tini membela tindakan aku.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------
Aku sampai dirumah jam 4.30 petang. Punya la seronok siot. Rindu kat bilik aku. Waktu aku
sampai mak dan abah tak de
kat rumah. Keluar beli barang. Aku menyelongkar dapur. Lapar gilaaa.
"Apa la Acik ni. Kalau dah makan tu tak tengok kiri kanan. Punyalah gelojoh"
sergah Imel sambil menepuk belakang ku.
"Aku lapar la."
"Ye sangat la tu."
"Ye la. dari pagi kau tak makan."
jawab ku tanpa melihat ke wajahnya.
"Acik, cuti ni kita gi Cameron Highlands nak?"
Soalnya, dalam makna lain paksa aku pergi la tu.
"Nak buat apa ?"
"LA, kita gi bercuti la"
Sampuk Arees. Ntah bila dia ada kat dapur pun aku tak perasan.
"Jom la Cik. Lama dah kitorang tak gi bercuti. Acik drive ee"
sambung Arees lagi.
"Aku ke?"
soal ku bodoh.
"Yelah. Abis tu saper lagi. Takkan Imel kot"
Imel mejawab.
"Korang dah tanya abah ngan mak lum?"
"Belum lagi. Acik la bagi tau"
Pujuk Arees.
"Aku lagi. Abih tu korang kira jadi mandur la ye?"
aku tak puas hati.
"Leh la Cik. Kalau Acik mintak senang sikit dapat"
Arees buat muka tiga kupang "
"Yelah"
---------------------------------------------
Macam-macam soalan yang keluar dari mulut abah dan mak sebelum mereka meberi
kebenaran kepada kami.
"Mak pergi berapa hari?"
Soal mak lagi setelah hampir sejam memujuk.
"Tiga empat hari je mak."
Pantas Arees menjawab sambil mulutnya mengunyah kuih popia.
"Bila nak perginya?"
Abah pula menyoal.
"Lusa kot"
Jawab Imel.
"Hah, kamu tu Erin, tak balik rumah Syam ker?"
soal abah kepada ku. Aku diam kejap nak cari jawapan.
"Lepas balik nanti la baru pergi jumpa walid dan umi"
"La, kenapa pulak lambat sangat . Pergi jumpa mereka dulu baru pergi"
komen mak. Aku hanya tunduk.
"Hmm. Yelah esok Erin pergi rumah sana."
jawabku.
"Kita kena tangguh bercuti ker Acik?"
Soal Arees macam tak puas hati.
"Alah, acik pergi sana dua hari jer"
"Hmm. Oklah tu"
Balas Imel.
"Hari tu Syam ada call. Dia kirim salam kat mak ngan abah.'
"Bila dia nak balik?"
soal abah.
"Lepas dia dapat dia punya Master la bah."
"lama lagi ker?"
Soal mak pula.
"Pertengahan tahun depan"
pusang kepala kau bila soal Syam bangkit sebenarnya.

##############################################
Seronoknya lah dapat bercuti macam ni. Boleh gak releas tension. Asyik terperap denagn
buku,
dengan komputernya, dengan assignment, macam lagi la yang buat aku pening. Kali ni kurang
sikit
ketegangan. Hanya dua semester aku nak abiskan ijazah ni. Pastu hidup baru aku akan
menjelma.
Azrisyam pula hanya tinggal satu semester. Terkenang aku peristiwa lima tahun lepas.

@@@@@@@@@@@

Malam tu aku dah tak dapat menangis lagi dah. Kalau menangis pun tak guna. Abah dah buat
keputusan.
"Bukan abah saja nak paksa Erin. Tapi ini untuk masa depan Erin juga"
Abah memperthankan keputusannya.
"Syam tu pun bukannya orang lain. Anak Uncle Osman. Baik juga budak tu"
Mak bersetuju dengan pendapat Abah. Along dan Angah mendiamkan diri. Merka dah cuba
untuk membantah.
Tetapi Abah masih tak nak merubah fikiran.
"Tapi mak, abah, Erin muda lagi . Spm pun tak abis lagi. Mana boleh"
Aku masih cuba untuk membantah.
"Alah bukannya susah. Habis Spm kamu boleh sambung belajar tak pun ikut Syam balik
Amerika"
Mudah abah menjawab.
"Jangan la macam ni. Tolong jangan paksa Erin. Kalau boleh Erin balik akli ni nak rehat kan
fikiran nak
jawab Spm dua minggu lagi. Tapi mende lain yang Erin dapat"
Abah memandang tepat ke muka ku.
"ini keputusan abah dan mak. LAgi pun kami dah berjanji nak satu kan kamu berdua sejak
kamu kecil lagi."
muktamad keputusan abah. Aku diam tak terkata apa.
Pada mulanya keluarga Uncle Osman datang untuk berbincang pertunangan kami sahaja.
Setelah berbincang lama
mereka mengambil keputusan supaya kami nikah gantung. Senang sungguh mereka membuat
keputusan.

Malam penagantin kami tidak seperti pengantin lain. Malam itu aku dan Syam membuat
perjanjian. Kami bebas
untuk membuat perancangan hidup sendiri. Aku rela dibebaskan kiranya Azrisyam mempunyai
gadis lin. Dan Azrisyam
juga akan membebaskan aku kiranya aku mempunyai orang lain. Semua keputusan hidup
kami akan terjawab apabila aku
tamat belajar. Azrisyam akan tamat pelajarannya awal daripada ku. Ini bermakna dia akan
cuba untuk menadapatkan
kerja dan mengumpul wang sebanyak mungkin. Sekiranya kami serasi, kami akan terus
bersama dan sebaliknya. Itu adalah
keputusan kami. Malam itu Syam tidur di bawah beralaskan toto dan kau di atas katil.

Selepas selesai sedikit majlis kesyukuran, aku bersiap untuk pulang ke hostel kerana aku
bersekolah di Jb dan Syam bersiap
mengambil flightnya pulang ke Amerika untuk meneruskan pelajarannya di Ohio Universiti.
Ketika itu dia hanya ada dua
semester untuk menghabiskan ijazahnya dan akan terus menyambung membuat master di
universiti yang sama. Aku masih terkial-kial
membuat persiapan menghadapi Spm. Segala apa yang terjadi tidak aku khabarkan kepada
sesiapa termasuk rakan baikku yang kini masih
belajar bersama ku di kolej. pihak sekolah juga tida aku maklum kan kerana bimbang kana di
buang sekolah kerana mengikut peraturan
sekiranya seseorang pelajar telah berkahwin akan dibuang sekolah. Mana mungkin aku aku
berani mengambil risiko sebegitu. Sehingga
Tini, Angah, Dida dan Rina tidak tahu status sebenar.

Aku takut untuk memberi tahu kepada mereka. Takut sekiranya aku dan Syam berpisah.
Biarlah ianya menjadi rahsia diri ku. Dan kerana
hal inilah aku tidak dapat menerima Faizal walaupun aku mengaku pada diriku yang kau dah
sangkut kat dia. Tapi aku masih sedar status
aku sebagai seorang isteri. Biarpun syam meberi kebebasan, tapi mana mungkin seorang
isteri mencurangi suaminya. Walau di mulut ya,
tetapi dalam agama, ianya tetap tidak boleh. Tetapi aku tak menyesal kerana sekurang-
kurangnya aku pernah juga merasa jatuh cinta.
Hanya setahun sahaja aku perlu menunggu untuk terus bersama Syam atau perhubungan
kami akan berakhir. Aku hanya berserah. Ntahlahh.

Anda mungkin juga menyukai