Anda di halaman 1dari 2

Perkahwinan wujudkan ketenangan dan terlindung daripada melakukan perkara negatif.

Setiap pasangan perlu memiliki keimanan, peka tanggungjawab dan sentiasa


muhasabah selesaikan sengketa secara baik. Ikuti kupasan tajuk '40 Ayat al-Quran
Untuk Panduan Keluarga bersama Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin dalam slot
Pesona D'Zahra di IKIMfm.

Hidup berpasangan adalah fitrah kehidupan dan Allah SWT menciptakan manusia
berpasang-pasangan kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain, sekali
gus mewujudkan perasaan kasih sayang (mawaddah wa rahmah).

Menyambung tajuk '40 Ayat al-Quran Untuk Panduan Keluarga' dalam


rancangan Pesona D' Zahra di IKIMfm, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin
menghuraikan makna terkandung dalam yang dipetik dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Di antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan
Allah adalah Dia menciptakan daripada sejenismu pasangan supaya (kamu) masing-
masing memperoleh ketenteraman daripadanya (pasangan), dan dijadikannya di antara
kamu mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah al-Rum ayat 21)

Jika diperhatikan, antara tiga kata kunci dalam perkahwinan digariskan dalam ayat itu
ialah 'litaskunu ilaiha' yang membawa maksud orang yang berkahwin berasa terlindung
dan dapat menjalani hidup dengan aman dan tenteram.

Dapatlah difahami, dasar pernikahan adalah ketenangan yang daripadanya hubungan


diharamkan antara lelaki dan perempuan menjadi halal selepas akad pernikahan. Ia
menghubungkan dua keluarga berbeza dengan tali persaudaraan dan persahabatan.

Menurut Muhammad, mengekalkan ketenangan dalam rumah tangga satu cabaran


yang sangat hebat dan perlu digalas sebaik mungkin. Ketenangan dalam rumah tangga
tidak akan wujud tanpa berusaha ke arahnya.

Umpamanya, suami yang mempunyai kuasa mutlak dalam keluarga seharusnya lebih
bertolak ansur dan memahami keadaan isterinya untuk menempuh arus kehidupan
zaman serba moden ini. Tekanan kerja dan kos kehidupan semakin mencabar.

Laksana amal soleh

Bagaimanapun, ia bukanlah alasan mengabaikan tanggungjawab dan layanan kepada


pasangan. Ada tiga syarat bagi mengekalkan momentum ketenangan dalam rumah
tangga dan yang pertama, memiliki keimanan mantap.

Suami isteri yang beriman akan melaksanakan amal soleh dalam mengemudi bahtera
rumah tangga sehingga lahirlah kehidupan tenang.
Beriman merujuk mereka yang percaya, patuh kepada suruhan dan meninggalkan
segala larangan-Nya serta berjaya membentuk sifat kehambaan terhadap Allah SWT.

Dengan demikian, hati akan bersih daripada sifat mazmumah seperti takbur, dengki,
ujub dan suka membanggakan diri. Selanjutnya, ia akan menimbulkan keyakinan
bahawa segala sesuatu itu tiada memiliki daya dan upaya kecuali dengan pertolongan
Allah SWT.

Seterusnya, kedua-dua pihak perlu peka dengan tanggungjawab masing-masing. Jika


suami dan isteri menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya, tentu tidak akan
berlaku pertelingkahan.

Suami perlu menjalankan tanggungjawab dengan berkesan termasuk memberikan


nafkah keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Berdosa bagi
suami yang menahan nafkah terhadap orang di bawah tanggungannya.

Selain itu, suami perlu berani dan tegas membuat keputusan dan memastikan seluruh
ahli keluarga dijaga dan dibimbing sebaiknya mengikut jalan yang diredai Allah SWT.

Selesai sengketa dengan baik

Kehidupan berumah tangga banyak dugaan seperti tidak sefahaman, sikap angkuh
pasangan, campur tangan keluarga, penyakit, kewangan dan gagal menjalankan
tanggungjawab menjadi antara puncanya.

Justeru, dalam usaha mengekalkan ketenangan, Islam menyarankan permasalahan


rumah tangga diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Jika ada persengketaan, suami
isteri perlu bermuhasabah untuk mencari punca berlaku krisis.

Keikhlasan penting kerana manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Justeru pasangan suami isteri disyariatkan untuk saling mengingati antara satu sama
lain dengan memberikan teguran secara beradab.

Anda mungkin juga menyukai