Anda di halaman 1dari 20

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE (FEL)

HBEF1503

MASYARAKAT DAN TAMADUN

SEMESTER MEI 2019

NAMA : CHONG MEI KUAN

MATRIK NUMBER : 860502595260002

SEMESTER : MEI 2019

LEARNING CENTER : BATU PAHAT, JOHOR

EMAIL : meganjanice@hotmail.com

PHONE NUMBER : 017-7044404


1|Page

Bil Perkara Halaman


1 Pengenalan 2-3
2 Definisi Pencemaran Alam Sekitar Oleh Sistem 4–5
Pengeluaran Makanan.
3 Bentuk-Bentuk Pencemaran Alam Sekitar 6–8
Yang Disebabkan Oleh Aktiviti Sistem
Pengeluaran Makanan Yang Dijalankan
4 Tindakan-Tindakan Yang Perlu Diambil Oleh 9 - 10
Penduduk Setempat
5 Kesimpulan 11 - 12
6 Laporan 13 - 18
7 Rujukan 19

ISI KANDUNGAN
2|Page

Pengenalan

Berdasarkan Malaysia Terkini yang bertarikh 30 Jun 2017, artikel ini


menyatakan tentang Pencemaran Kumbahan Babi.

Cerita tentang pencemaran daripada penternakan babi di negara ini telah lama
dilaporkan dan berulang-ulang sama ada dari segi pencemaran bau, air dan
pencemaran bahan kimia yang memberikan kesan kepada manusia dan hidupan lain
terutama organisma akuatik.

Penternakan babi di negara ini sangat sensitif dengan budaya dan agama
terutama majoriti masyarakat Malaysia adalah orang Melayu dan beragama Islam.
Penternak babi pula majoritinya dari keturunan Cina dan tinggal di bandar atau di
pinggir bandar.

Pembangunan pesat perbandaran dan kawasan perumahan juga memberi


tekanan kepada pengusaha penternakan babi dan masyarakat sekitarnya. Pengusaha
penternakan babi terpaksa meneruskan aktiviti mereka walaupun pembangunan terus
menghimpit mereka kerana aktiviti ini adalah sebagai sumber pendapatan.

Masalahnya kes pencemaran sungai berpunca daripada penternakan babi


sudah banyak dilaporkan sejak dahulu seperti di Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai
Sepang di Selangor, Sungai Baru (Melaka) dan beberapa tempat lagi di Johor, Pulau
Pinang dan Perak. Kerajaan pernah memberi amaran pada tahun 2014 kepada 542
pengusaha ladang ternakan babi di Semenanjung Malaysia supaya meningkatkan
tahap kebersihan ladang dan kandang masing-masing dan mengambil tindakan
sewajarnya terutama dalam mengawal penyakit berisiko tinggi seperti Japanese
Encephalitis (JE).

Selalunya apabila babi yang banyak diternak dalam kawasan yang sempit akan
diberikan antibiotik berterusan bagi menghalang jangkitan organisma pembawa
penyakit. Amalan ini akan menggalakkan kuman lebih kerintangannya terhadap
antibiotik.

Semua agensi berkaitan perlu bekerjasama dan membincangkan isu


pencemaran babi ini agar tidak terus menimbulkan tekanan kepada rakyat setempat,
sensitiviti budaya dan agama serta kesihatan alam sekitar yang memberikan
3|Page

perkhidmatan kepada semua pihak. Dengan pernyataan di atas ini, tugasan ini akan
memberikan maklumt lanjut tentang punca, kesan-kesan pencemaran dan cara
mengatasinya.
4|Page

Definisi Pencemaran Alam Sekitar Oleh Sistem Pengeluaran Makanan

Kandungan logam berat seperti zink (Zn) dan tembaga (Cu) yang dicampur
dalam makanan babi juga dilaporkan tinggi dalam efluen mencemar persekitaran
akuatik dan memberikan kesan keracunan kepada hidupan air.Di samping pencemaran
bahan kimia, air kumbahan daripada kandang babi juga mempunyai kandungan
bakteria yang tinggi.

Selain bau yang mengganggu keselesaan penduduk dan penyakit yang ditakuti
membawa maut, penternakan babi juga memberikan kesan yang teruk kepada alam
sekitar.

Fenomena pengayaan nutrien disebabkan oleh kelebihan nitrogen dan fosfat


dalam persekitaran akuatik dan menyebabkan pertumbuhan tumbuhan di permukaan
seperti alga disebut sebagai eutrofikasi.

Selalu kita lihat permukaan air sungai atau kolam mempunyai banyak alga
apabila paras nitrogen dan fosforus tinggi. Di samping paras nitrogen dan fosforus
tinggi dalam ekosistem akuatik di kawasan efluen penternakan babi, permintaan
oksigen biologi (BOD) dan permintaan oksigen kimia (COD), ammonia, pepejal
terampai dan bahan organik juga turut meningkat.

Keadaan ini menyebabkan kawasan berair berkenaan berwarna hitam, bau


yang busuk dan tiada organisma akuatik yang boleh hidup. Peningkatan nilai BOD
dan COD adalah hasil daripada peningkatan pelepasan bahan organik dari aktiviti
ladang penternakan babi.

Kedua-dua BOD dan COD ini merupakan parameter penting bagi mengukur
pencemaran air yang merupakan asas kepada jangkaan oksigen yang diperlukan dan
karbon dioksida dihasilkan bagi proses biologi normal dalam ekosistem akuatik.

Oleh kerana industri penternakan babi bukanlah suatu yang baharu dan
masalah penternakan babi ini juga merupakan isu global kerana permintaannya yang
tinggi dan amalan penternakan dalam populasi yang padat, maka sudah tentu
teknologi berkaitan sudah ada di pasaran. Sudah pasti ada teknologi bagi mengawal
5|Page

efluen utama seperti nutrient N, P dan logam berat. Gas utama seperti ammonia, bau
busuk dan metana yang menjadi masalah kepada masyarakat dan kesan rumah hijau
mestilah dikawal.

Penyelidikan, pemantauan dan kawalan aktif mestilah dijalankan secara


berterusan. Sejauh mana pemahaman ahli sains terlibat dalam pengurusan pemakanan
babi, sistem fisiologinya dan pengurusan efluen dilaksanakan oleh penternak perlu
dilihat dengan lebih dekat lagi agar ilmu yang ada pada peringkat penyelidik
diamalkan serta dikuatkuasakan. Dalam hal ini kerjasama agensi kerajaan dan
penternak terlibat sangat diperlukan.

Sejarah Sungai Sepang menunjukkan pencemaran Cu dan Zn yang sangat


tinggi dalam sedimen permukaan sungai berhampiran aktiviti penternakan babi, antara
60 hingga 70 peratus sumber Cu dan Zn adalah daripada aktiviti manusia yang mana
pada masa itu aktiviti manusia yang aktif adalah penternakan babi sekitar Bulit
Pelanduk.

Maklumat pencemaran Sungai Sepang dicemari aktiviti penternakan babi telah


mendapat liputan luas akhbar tempatan.Kajian pada tahun 2004 selepas penghapusan
besar-besaran penternakan babi disebabkan jangkitan virus nipah, didapati paras Cu
dan Zn turun mendadak dan memberikan kehidupan kepada Sungai Sepang terutama
kawasan hutan bakau dan menarik aktiviti pelancongan dan rekreasi sungai.

Setiap peringkat proses penternakan babi perlu diberikan rawatan atau


manipulasi bagi menyelesaikan masalah umum dan khusus. Antaranya adalah lokasi,
jarak dari kawasan penempatan, saiz populasi babi ternakan, pengurusan efluen
kandang babi dan stor simpanan najis babi, manipulasi makanan dan aktiviti
penternakan babi yang terlindung dan tertutup.

Isu bau mungkin boleh diselesaikan melalui kaedah mekanikal, biologi dan
kimia yang melibatkan pengudaraan, tindak balas kimia dan mikroorganisma.
Pengurangan bau, ammonia, hidrogen sulfida dan debu juga memerlukan teknologi
terbaharu.
6|Page

Bentuk-Bentuk Pencemaran Alam Sekitar Yang Disebabkan Oleh


Aktiviti Sistem Pengeluaran Makanan Yang Dijalankan

i. Pencemaran air

Pembuangan bahan enap cemar atau sisa industri ke dalam sumber-


sumber air menyebabkan pencemaran sumber air permukaan. Sisa-sisa
industri yang dibuang dari kilang memproses akan menyebabkan kandungan
BOD dalam sungai meningkat, air menjadi keruh, air berubah warna, berbau
busuk, beracun dan bertoksik.

Selain itu, berlaku juga pencemaran air laut yang boleh mendatangkan
pelbagai masalah kepada manusia. Malah bukan manusia sahaja yang
terganggu dengan masalah ini tetapi haiwan juga. Pencemaran air laut ini telah
menyebabkan hidupan laut seperti ikan, sotong dan udang mati. Pencemaran
air laut ini berlaku kerana pembuangan sisa toksik dan pembuangan minyak
hitam segelintir manusia. Sering juga kita degar pencemaran air laut juga
boleh berlaku disebabkan tumpahan minyak akibat kebocoran kapal tangki
minyak.

ii. Penjejasan kesihatan manusia

Kawasan kandang di sini juga tidak diselenggara dengan baik


menyebabkan kampung ini terdedah kepada ancaman pencemaran dan kesan
kotoran najis babi yang serius. Kalangan penduduk terbabit bimbang Virus
Nipah mungkin menjangkiti mereka jika masalah ini dibiarkan. Mendatangkan
penyakit bawaan. Sebagai contoh, akan wujudnya virus H1N1. Ini sangat
membahayakan kesihatan para penduduk yang berada di kawasan itu dan akan
membawa maut.

iii. Pencemaran bau


Sikap segelintir penduduk yang memelihara babi berhampiran pagar
sekolah seperti di Paya Mengkuang, Meraka juga menganggu keselesaan
warga sekolah. Bau busuk najis babi memang mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran terutamanya di waktu pagi.
7|Page

iv. Pencemaran Sungai

Antara pencemaran alam sekitar yang selalu terjadi ialah pencemaran


air sungai. Pencemaran air sungai berlaku disebabkan ada pihak yang tidak
bertanggungjawab membuangan bahan-bahan yang kotor ke dalam sungai
seperti sisa toksik dari kilang dan sampah sarap yang dibuang oleh orang
ramai ke dalam sungai. Sesungguhnya, air sungai yang kotor ini boleh
menjejaskan kesihatan masyarakat jika ia digunakan sebagai keperluan harian
seperti air minuman dan untuk mandi.

v. Pencemaran Udara

Pencemaran udara juga merupakan satu lagi jenis pencemaran alam


sekitar. Pencemaran udara berlaku apabila asap dikeluarkan oleh kenderaa
seperti motosikal, kereta dan lori. Pencemaran udara juga boleh terjadi akibat
aktiviti pembakaran hutan untuk tujuan pertanian. Pencemaran udara ini boleh
menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti sesak nafas.

vi. Pencemaran Daratan


 Di samping itu, berlaku juga pencemaran daratan yang boleh
memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Pencemaran daratan ini berlaku
akibat perbuatan segelintir manusia melakukan aktiviti pembalakan di hutan
tanpa perancangan rapi. Pencemaran daratan juga berlaku apabila ada pihak
yang rakus untuk meratakan tanah di kawasan tanah tinggi untuk membina
bangunan atau lebuh raya tanpa membuat perancangan rapi. Akibatnya
berlaku masalah banjir lumpur sehingga menyebabkan air sungai menjadi
kotor serta busuk.

vii. Pencemaran Bunyi


Satu lagi jenis pencemaran alam sekitar adalah pencemaran bunyi.
Pencemaran bunyi berlaku kerana sesetengah kenderaan mengeluarkan bunyi
kuat yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Antara kenderaan yang
mengeluarkan bunyi yang kuat ialah kapal terbang, motosikal dan lori.Kesan
8|Page

negatif pencemaran bunyi ini akan menyebabkan gegendang telinga kita


menjadi rosak seterunya mengakibatkan masalah pendengaran kepada kita.

Pencemaran alam sekitar ini mendatangkan banyak kesan buruk kepada


kehidupan manusia dan haiwan. Semua pihak hendaklah bekerjasama mengatasi
masalah ini. Sesungguhnya alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita
lebih sihat.
9|Page

Tindakan-Tindakan Yang Perlu Diambil Oleh Penduduk


Setempat

i. Sistem Penternakan Tertutup


Kebanyakkan penternak babi masih berdegil kerana menggunakan sistem
penternakan terbuka dengan alasan sistem penternakan tertutup memerlukan
pelaburan kos yang lebih tinggi.
Memang pelaburan agak tinggi tetapi ini untuk masa depan agar gangguan
lalat dan masalah bau tidak mengganggu ketenteraman awam, tempoh itu juga
selaras dengan arahan kerajaan Persekutuan yang turut mengarahkan penternak
khinzir menukar sistem penternakan dari sistem terbuka kepada sistem tertutup di
seluruh negara sebelum Disember 2021. Kandang yang keseluruhan bahagiannya
bertutup rapat kecuali dua bahagian untuk udara keluar dan masuk dan
pengudaraannya untuk tujuan mengawal suhu dan kelembapan

Bagi yang beroperasi secara sah pula, penduduk setempat patut menasihatkan
pengusaha ini agar menukar kaedah sistem terbuka kepada tertutup bagi mengatasi
masalah lalat berterusan yang boleh menjejaskan industri pelancongan dan kehidupan
masyarakat setempat, kaedah ini dapat mengelakkan pembiakan lalat yang banyak di
ladang ternakan babi.

ii. Sistem Saliran


Penduduk setempat juga memastikan tempat menternak babi disediakan
dengan sistem saliran (perparitan) yang lengkap supaya air dan najis ternakan dapat
dialirkan dengan sempurna. Sistem saliran yang tidak sempurna akan menyulitkan
kerja-kerja mencuci kandang. Air dan najis yang bertakung akan menggalakkan
pembiakan parasit dan seterusnya menjejaskan prestasi ternakan.

iii. Palung Makanan


Palung makanan untuk babi dibina di tepi kandang kurungan supaya pemberian
makanan mudah dijalankan. Palung makanan yang sesuai adalah yang berukuran 61cm
(24 inci) lebar dan 45cm (18 inci) tinggi. Seekor babi memerlukan 15cm (6 inci) ruang
makanan.
10 | P a g e

iv. Lantai

Penduduk setempat perlu memastikan lantai simen di bahagian tempat


makanan perlu ditinggikan sedikit supaya air, najis dan makanan yang terbuang dapat
dibersihkan dengan mudah disamping mengelakkan kawasan kandang menjadi
lembab dan berbecak. Antara bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk membina
tempat/palung makanan ialah konkrit dan tong polyetelene yang dipotong melintang.

v. Kolam takungan najis


Kolam takungan najis untuk sisa buangan/kumbahan fidlot perlu disediakan
untuk mengelakkan najis dari kawasan fidlot mencemari sungai, mata air dan kawasan
persekitaran. Dengan adanya kolam takungan ini, kesemua najis yang dihasilkan
dapat dikumpulkan setempat. Saiz kolam takungan najis bergantung pada bilangan
ternakan yang dipelihara dan kegunaannya.

vi. Tanaman pokok

Tanaman pokok di keliling kawasan ternakan babi dan ladang ternakan yang
tertutup adalah antara kaedah yang boleh membantu.
11 | P a g e

Kesimpulan

Ternakan babi di Malaysia adalah merupakan satu cabang sektor ternakan di


negara ini yang dijalankan secara komersial dengan tertakluk kepada kawalan. Walau
pun ternakan babi atau khinzir ini sangat sensitif dengan orang Islam di Malaysia dan
sering juga menjadi isu dalam masyarakat Malaysia tetapi ternakan ini masih terus di
laksanakan oleh penternak dengan populasi sebanyak 1.711 juta pada tahun 2010.
Maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Verterinar juga menunjukkan sebanyak
1.844 juta ekor babi telah di sembelih di rumah sembelihan diseluruh negara (Dari
mana lebihan yang disembelih itu?). Rekod juga menunjukkan pengeluaran daging
babi tempatan adalah sebanyak 254,000 metrik dengan nilai pengeluaran sebanyak
RM 1.682 juta pada tahun 2010. Rekod JPV juga menunjukkan penggunaan daging
babi di Malaysia adalah sebanyak 230,110 metrik tan setahun. Artikel ini dalam
"Anim Agro Technology" saya akan membincangan sektor ternakan babi di Malaysia
dan beberapa isu yang berkaitan dengan ternakan tersebut di Malaysia.

Ternakan babi sering menimbulkan banyak masalah kepada alam sekitar


dimana najis dan sistem buangan air kumbahan menjadi ancaman kepada kualiti air.
Kawasan Kg Paya Mengkuang di Masjid Tanah dari dulu memelihara banyak juta
ekor babi dan menyebabkan air di Kuala Sungai Tuang menjadi tercemar dan berbau
busuk. Aktiviti ternakan tersebut masih berterusan sehingga kini dengan sebanyak
51,216 ekor direkodkan pada tahun 2010. Walau pun banyak komplen diajukan
kepada penternak-penternak tersebut tetapi belum banyak perubahan. Pada masa
sekarang pun pada awal pagi jika kita ke Pantai Teluk Gong di Masjid tanah akan
dapat bau busuk dari aktiviti ternakan tersebut.

Populasi ternakan paliing ketara sangat berkurangan akibat kes serangan Virus
Nipah (Virus JE) yang meragut banyak nyawa di kawasan ternakan Bukit Pelandok
Negeri Sembilan beberapa tahun dulu. Akibatnya kerajaan mungkin telah
menguatkuasakan kaedah penternakan babi sehingga air kumbahan darli kandang babi
mesti memenuhi piawaian atau standard bersih sebelum di lepaskan kedalam sungai
atau parit. Kes Virus Nipah atau Virus JE ini telah membuka mata di seluruh dunia
bahawa ternakan babi memang merbahaya dan mengancam nyawa manusia jika tidak
di urus dengan baik. Populasi babi mesti dikawal oleh kerajaan seperti di beberapa
12 | P a g e

negara maju dimana ternakan ini memang tidak dibenarkan lagi dipelihara sesuka
hati.

Sistem ternakan tertutup dan miden seperti di negara maju walaupun


memerlukan kos yang tinggi perlu diwujudkan di Malaysia. Ini menjamin tidak ada
pencemaran bau, air kumbahan dan isu-isu tempatan yang akan timbul.

Industri ternakan babi perlu dikaji semula cara dan kaedah perlaksanaannya di
Malaysia dengan aktiviti penguatkuasaan akta ternakan agar tidak banyak masaalah
timbul di masa akan datang. Hanya Terengganu sahaja negeri yang bebas daripada
ternakan babi di Malaysia dan diucapkan tahniah kepada rakyat negeri Terengganu
iaitu 'Negeri Bebas Babi (NBB)' daru dulu, kini dan selamanya agaknya. Kepada
negeri yang banyak ternakan babi perlu di buat pemantauan rapi agak tidak
menggangu kesejahteraan penduduk tempatan dari pelbagai isu yang berkaitan
dengan ternakan tersebut.
13 | P a g e

LAPORAN
14 | P a g e

Laporan Pencemaran Kumbahan Babi


1.0 Pengenalan
Penternakan babi di negara ini sangat sensitif dengan budaya dan agama
terutama majoriti masyarakat Malaysia adalah orang Melayu dan beragama Islam.
Penternak babi pula majoritinya dari keturunan Cina dan tinggal di bandar atau di
pinggir bandar.

Masalahnya kes pencemaran sungai berpunca daripada penternakan babi


sudah banyak dilaporkan sejak dahulu seperti di Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai
Sepang di Selangor, Sungai Baru (Melaka) dan beberapa tempat lagi di Johor, Pulau
Pinang dan Perak. Kerajaan pernah memberi amaran pada tahun 2014 kepada 542
pengusaha ladang ternakan babi di Semenanjung Malaysia supaya meningkatkan
tahap kebersihan ladang dan kandang masing-masing dan mengambil tindakan
sewajarnya terutama dalam mengawal penyakit berisiko tinggi seperti Japanese
Encephalitis (JE).

Selalunya apabila babi yang banyak diternak dalam kawasan yang sempit akan
diberikan antibiotik berterusan bagi menghalang jangkitan organisma pembawa
penyakit. Amalan ini akan menggalakkan kuman lebih kerintangannya terhadap
antibiotik.

Semua agensi berkaitan perlu bekerjasama dan membincangkan isu


pencemaran babi ini agar tidak terus menimbulkan tekanan kepada rakyat setempat,
sensitiviti budaya dan agama serta kesihatan alam sekitar yang memberikan
perkhidmatan kepada semua pihak. Dengan pernyataan di atas ini, tugasan ini akan
memberikan maklumt lanjut tentang punca, kesan-kesan pencemaran dan cara
mengatasinya.

2.0 Definisi Pencemaran Alam Sekitar Oleh Sistem Pengeluaran Makanan.


Kandungan logam berat seperti zink (Zn) dan tembaga (Cu) yang dicampur
dalam makanan babi juga dilaporkan tinggi dalam efluen mencemar persekitaran
akuatik dan memberikan kesan keracunan kepada hidupan air.Di samping pencemaran
15 | P a g e

bahan kimia, air kumbahan daripada kandang babi juga mempunyai kandungan
bakteria yang tinggi.

Selain bau yang mengganggu keselesaan penduduk dan penyakit yang ditakuti
membawa maut, penternakan babi juga memberikan kesan yang teruk kepada alam
sekitar.

Fenomena pengayaan nutrien disebabkan oleh kelebihan nitrogen dan fosfat


dalam persekitaran akuatik dan menyebabkan pertumbuhan tumbuhan di permukaan
seperti alga disebut sebagai eutrofikasi.

Keadaan ini menyebabkan kawasan berair berkenaan berwarna hitam, bau


yang busuk dan tiada organisma akuatik yang boleh hidup. Peningkatan nilai BOD
dan COD adalah hasil daripada peningkatan pelepasan bahan organik dari aktiviti
ladang penternakan babi.

3.0 Bentuk-Bentuk Pencemaran Alam Sekitar Yang Disebabkan Oleh Aktiviti


Sistem Pengeluaran Makanan Yang Dijalankan
Pembuangan bahan enap cemar atau sisa industri ke dalam sumber-sumber air
menyebabkan pencemaran sumber air permukaan. Sisa-sisa industri yang dibuang dari
kilang memproses akan menyebabkan kandungan BOD dalam sungai meningkat, air
menjadi keruh, air berubah warna, berbau busuk, beracun dan bertoksik.

Kawasan kandang di sini juga tidak diselenggara dengan baik menyebabkan


kampung ini terdedah kepada ancaman pencemaran dan kesan kotoran najis babi yang
serius. Kalangan penduduk terbabit bimbang Virus Nipah mungkin menjangkiti
mereka jika masalah ini dibiarkan. Mendatangkan penyakit bawaan. Sebagai contoh,
akan wujudnya virus H1N1. Ini sangat membahayakan kesihatan para penduduk yang
berada di kawasan itu.

Sikap segelintir penduduk yang memelihara babi berhampiran pagar sekolah


seperti di Paya Mengkuang,Melaka juga menganggu keselesaan warga sekolah. Bau
16 | P a g e

busuk najis babi memang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran


terutamanya di waktu pagi.
Antara pencemaran alam sekitar yang selalu terjadi ialah pencemaran air
sungai. Pencemaran air sungai berlaku disebabkan ada pihak yang tidak
bertanggungjawab membuangan  bahan-bahan yang kotor ke dalam sungai seperti sisa
toksik dari kilang dan sampah sarap yang dibuang oleh orang ramai ke dalam sungai.
Sesungguhnya, air sungai yang kotor ini boleh menjejaskan kesihatan masyarakat jika
ia digunakan sebagai keperluan harian seperti air minuman dan untuk mandi.
Pencemaran udara juga merupakan satu lagi jenis pencemaran alam sekitar.
Pencemaran udara berlaku apabila asap dikeluarkan oleh kenderaa seperti motosikal,
kereta dan lori. Pencemaran udara juga boleh terjadi akibat aktiviti pembakaran hutan
untuk tujuan pertanian. Pencemaran udara ini boleh menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan seperti sesak nafas.
 Di samping itu, berlaku juga pencemaran daratan yang boleh memberikan
kesan buruk kepada alam sekitar. Pencemaran daratan ini berlaku akibat perbuatan
segelintir manusia melakukan aktiviti pembalakan di hutan tanpa perancangan rapi.
Pencemaran daratan juga berlaku apabila ada pihak yang rakus untuk meratakan tanah
di kawasan tanah tinggi untuk membina bangunan atau lebuh raya tanpa membuat
perancangan rapi. Akibatnya berlaku masalah banjir lumpur sehingga menyebabkan
air sungai menjadi kotor serta busuk.

Antara kenderaan yang mengeluarkan bunyi yang kuat ialah kapal terbang,
motosikal dan lori.Kesan negatif pencemaran bunyi ini akan menyebabkan gegendang
telinga kita menjadi rosak seterunya mengakibatkan masalah pendengaran kepada
kita.

4.0 Tindakan-Tindakan Yang Perlu Diambil Oleh Penduduk Setempat


Kebanyakkan penternak babi masih berdegil kerana menggunakan sistem
penternakan terbuka dengan alasan sistem penternakan tertutup memerlukan
pelaburan kos yang lebih tinggi.Bagi yang beroperasi secara sah pula, penduduk
setempat patut menasihatkan pengusaha ini agar menukar kaedah sistem terbuka
kepada tertutup bagi mengatasi masalah lalat berterusan yang boleh menjejaskan
17 | P a g e

industri pelancongan dan kehidupan masyarakat setempat, kaedah ini dapat


mengelakkan pembiakan lalat yang banyak di ladang ternakan babi.

Penduduk setempat juga memastikan tempat menternak babi disediakan


dengan sistem saliran (perparitan) yang lengkap supaya air dan najis ternakan dapat

dialirkan dengan sempurna. Sistem saliran yang tidak sempurna akan menyulitkan
kerja-kerja mencuci kandang. Air dan najis yang bertakung akan menggalakkan
pembiakan parasit dan seterusnya menjejaskan prestasi ternakan.
Palung makanan untuk babi dibina di tepi kandang kurungan supaya pemberian
makanan mudah dijalankan. Palung makanan yang sesuai adalah yang berukuran 61cm
(24 inci) lebar dan 45cm (18 inci) tinggi. Seekor babi memerlukan 15cm (6 inci) ruang
makanan.

Penduduk setempat perlu memastikan lantai simen di bahagian tempat


makanan perlu ditinggikan sedikit supaya air, najis dan makanan yang terbuang dapat
dibersihkan dengan mudah disamping mengelakkan kawasan kandang menjadi
lembab dan berbecak. Antara bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk membina
tempat/palung makanan ialah konkrit dan tong polyetelene yang dipotong melintang.

Kolam takungan najis untuk sisa buangan/kumbahan fidlot perlu disediakan


untuk mengelakkan najis dari kawasan fidlot mencemari sungai, mata air dan kawasan
persekitaran. Dengan adanya kolam takungan ini, kesemua najis yang dihasilkan
dapat dikumpulkan setempat. Saiz kolam takungan najis bergantung pada bilangan
ternakan yang dipelihara dan kegunaannya.

Tanaman pokok di keliling kawasan ternakan babi dan ladang ternakan yang
tertutup adalah antara kaedah yang boleh membantu.

Kesimpulan

Sistem ternakan tertutup dan miden seperti di negara maju walaupun


memerlukan kos yang tinggi perlu diwujudkan di Malaysia. Ini menjamin tidak ada
pencemaran bau, air kumbahan dan isu-isu tempatan yang akan timbul.
18 | P a g e

Ternakan babi sering menimbulkan banyak masalah kepada alam sekitar


dimana najis dan sistem buangan air kumbahan menjadi ancaman kepada kualiti air.

Kawasan Kg Paya Mengkuang di Masjid Tanah dari dulu memelihara banyak juta
ekor babi dan menyebabkan air di Kuala Sungai Tuang menjadi tercemar dan berbau
busuk. Aktiviti ternakan tersebut masih berterusan sehingga kini dengan sebanyak
51,216 ekor direkodkan pada tahun 2010. Walau pun banyak komplen diajukan
kepada penternak-penternak tersebut tetapi belum banyak perubahan. Pada masa
sekarang pun pada awal pagi jika kita ke Pantai Teluk Gong di Masjid tanah akan
dapat bau busuk dari aktiviti ternakan tersebut.

Populasi ternakan paliing ketara sangat berkurangan akibat kes serangan Virus
Nipah (Virus JE) yang meragut banyak nyawa di kawasan ternakan Bukit Pelandok
Negeri Sembilan beberapa tahun dulu. Akibatnya kerajaan mungkin telah
menguatkuasakan kaedah penternakan babi sehingga air kumbahan darli kandang babi
mesti memenuhi piawaian atau standard bersih sebelum di lepaskan kedalam sungai
atau parit. Kes Virus Nipah atau Virus JE ini telah membuka mata di seluruh dunia
bahawa ternakan babi memang merbahaya dan mengancam nyawa manusia jika tidak
di urus dengan baik. Populasi babi mesti dikawal oleh kerajaan seperti di beberapa
negara maju dimana ternakan ini memang tidak dibenarkan lagi dipelihara sesuka
hati.
19 | P a g e

Rujukan

1.Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) [Akta 647]

2. Penyakit Wajib Lapor, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian


Dan Industri Asas Tani, 2008

3. MS 1480:2007 Hazard Analysis And Critical Control Point (HACCP). Department


of Standards Malaysia, 2006

4. MS 2027:2006 Malaysian Standards Good Animal Husbandry Practice (GAHP).


Department of Standards Malaysia, 2006

5. Buku Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT). Jabatan Perkhidmatan Haiwan,


2005 Edisi kedua

6. Guide for Good Agriculture Practice (GAP). Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani, 2005

7. Amalan Perternakan Baik (GAHP/APB). Jabatan Perkhidmatan Haiwan, 2005

8. Protokol-protokol Kawalan Penyakit Haiwan Kebangsaan, Jabatan Perkhidmatan


Haiwan, Kementerian Pertanian Malaysia, 2003

Anda mungkin juga menyukai