Anda di halaman 1dari 5

KHUTBAH JUM‘AT

TAJUK: “HARGAI NIKMAT KESELAMATAN DAN KEAMANAN”


TARIKH: 02 APRIL 2021 / 19 SYAABAN 1442
َ ‫َ ُ ه‬
: ‫ّلِل القا َئ َل‬
َ َ ‫ٱلحمد‬
َ ُ َ ۡ ُّ ُ َ ُ ۡ َ ۡ ُ ُ َ َ َٰٓ َ ْ ُ ۡ ُ ُ َ َٰ َ ْ ٓ ُ ۡ َ ۡ َ َ ْ ُ َ َ َ ‫ذ‬
٨٢ ‫ٱَّلِين ءامنوا ولم يلبِسوا إِيمنهم بِظل ٍم أولئِك لهم ٱۡلمن وهم مهتدون‬
(Surah al-An’am : ayat 82)

ُ َ ‫ۡو َأشۡ َه ُد َۡأ َن ُۡم َح َم ًد‬،


ۡ.‫اۡعبۡ ُد ُۡهوۡ َو َر ُسول ُۡهو‬ َ ‫يك َۡل ُۡه‬ ُ ‫َأشۡ َه ُد َۡأنۡ َ ّۡلۡإ َل ـۡ َهۡإ ََّل‬
َ ‫ۡهللا َۡوحۡ َد ُۡه ۡ ََّل َۡشر‬
َ
‫و‬ ِ ‫و‬ ِ ِ
َ
ُ ‫ىۡآل ِه َۡوأصۡ َحاب ِۡهﮮ ۡ َو َمنۡتب َع‬ َ َ ‫اۡم َح َمد َۡو‬ َ َ َ ۡ ۡ‫ۡصل َۡو َسلم‬ َ
ۡ‫مۡب ِإحۡ َس ٍان‬
ِ ‫ه‬ ِ ِ ِ ‫ل‬ ‫ع‬ ٍ ُ ‫ن‬ ‫د‬
ِِ‫ي‬ َ
‫ىۡس‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ِ ِ
َ ‫م‬َ ‫ه‬ُ ‫الل‬
َۡ.‫ىۡي ۡومۡالدين‬ َ ‫إ َل‬
ِ ِ ِ
َ
ۡ .‫مۡمسۡ ِل ُمون‬ ُّ ‫ۡوََّل َۡت ُم ُوت َنۡإ ََّل َۡو َأ ُنت‬،
َ ‫ۡح َق ُۡت َقات ۡهﮮ‬
ِِ
َ ‫ۡا َت ُق‬،‫ۡف َياۡع َب َادۡهللا‬،
َ ‫واۡهللا‬ ِ ِ
َ ُ َ ََ
‫أماۡبعۡد‬
ِ
SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH 
Bertaqwalah kepada Allah  dengan melaksanakan segala perintah-Nya
dan menjauhi segala tegahan-Nya. Bersamalah kita menjaga diri,
keluarga dan masyarakat daripada segala perkara yang membawa
musibah. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk
“HARGAI NIKMAT KESELAMATAN DAN KEAMANAN”.

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,
Golongan yang menjaga keselamatan dan keamanan negara mempunyai
jasa yang sangat besar kepada masyarakat sejak sekian lama. Mereka
mempertahankan tanah air sehingga ada yang sanggup mengorban jiwa
raga. Marilah kita imbau kembali peristiwa menyayat hati yang terpahat
dalam sejarah negara kita. Antaranya tragedi yang berlaku di Bukit
Kepong pada tahun 1950, konfrontasi Malaysia-Indonesia pada tahun
1964, pencerobohan sempadan negara di Lahad Datu dan ancaman
dalaman sehingga terjadinya rusuhan kaum pada 13 Mei 1963.

Setiap peristiwa yang berlaku memberikan keinsafan dan mengajar kita


agar sentiasa menghargai nilai keamanan. Keamanan adalah nikmat
yang perlu dijaga dan dipelihara dengan cara menghindarkan sebarang
provokasi. Terdapat segelintir golongan yang iri hati cuba menyalakan api
perpecahan dan permusuhan. Namun, dengan kematangan rakyat
Malaysia yang tidak mudah melenting dengan kontroversi, setiap
pertelingkahan yang boleh menimbulkan huru-hara dapat dielakkan
daripada terus merebak.

SIDANG JUM‘AT YANG BERBAHAGIA,


Islam adalah agama yang menganjurkan keamanan dan mengutamakan
perdamaian. Dalam perlembagaan negara jelas menyatakan bahawa
agama Islam ialah agama persekutuan dan tidak boleh sama sekali
dipertikaikan kedudukannya. Namun, terdapat segelintir golongan yang
tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda tertentu terus-menerus
berusaha mencari peluang untuk memburuk-burukkan agama ini. Lebih
mendukacitakan lagi, ada dalam kalangan orang Islam yang turut

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


menyokong dan menyertai golongan tersebut. Ingatlah! Jangan sesekali
kita sanggup mengejar laba yang sedikit sehingga menggadaikan agama
dan menggugat keamanan negara.

Kita juga perlu sedar bahawa sebahagian besar keamanan yang dinikmati
sehingga kini adalah daripada penat lelah, usaha perjuangan dan
kehebatan pasukan keselamatan negara. Mereka sentiasa dalam
keadaan siap-siaga mempertahankan negara daripada sebarang
kemungkinan. Bukan sekadar itu, mereka juga sedia mengorbankan jiwa
raga demi menegakkan negara yang berdaulat ini.

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH 


Sumbangan besar anggota keselamatan dan pertahanan sebagai
anggota barisan hadapan pada saat kecemasan amat wajar dihargai.
Amat mustahil kepincangan sesuatu bangsa dapat mewujudkan negara
yang aman dan bertamadun. Kita boleh lihat keadaan bangsa yang
menjadi pelarian pada hari ini, seperti di Syria dan bangsa Rohingya.
Mereka terpaksa berhempas pulas mencari kehidupan yang sempurna.
Tambah menyedihkan lagi mereka ialah saudara seiman dengan kita.
Oleh yang demikian, marilah kita hargai dan syukuri nikmat keselamatan
dan keamanan negara yang dikecapi pada saat ini.

Antara faktor sesebuah negara menjadi teguh dan disegani ialah


keupayaan negara itu membariskan pasukan keselamatan yang mantap
serta canggih dari segi persenjataan. Dengan demikian, perkara utama
yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika menegakkan kerajaan Islam
pertama di Madinah ialah membentuk pasukan pertahanan yang ampuh.

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


Proses menyediakan pasukan pertahanan yang kuat, profesional dan
berwibawa memerlukan persedian serta persiapan yang rapi. Hal ini juga
bukan bermakna dengan datangnya musuh barulah sesebuah negara itu
bertungkus-lumus mempersiapkan pasukan keselamatan dan pertahanan
yang diperlukan.

Firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat 60:


‫َ ُ ذ ذ‬ َ ُ ۡ ُ ۡ َۡ َ َ ‫ذ‬ ُ ُ ۡ َ َ ۡ ‫ذ‬ ُ َ ْ ُّ َ َ
ِ‫اط ٱۡلي ِل ترهِبون بِهِۦ عدو ٱَّلل‬ ِ ‫وأعِدوا لهم ما ٱستطعتم مِن قوة ٖ ومِن رِب‬
ۡ َ ‫ٱَّلل َي ۡعلَ ُم ُه ۡ ۚۡم َو َما تُن ِف ُقوا ْ مِن‬ َ ََُۡ َ ۡ ُ
ُ ‫ون ُه ُم ذ‬ َ ‫اخر‬َ ََ ۡ ُ ‫َ َ ُ ذ‬
‫َش ٖء‬ ‫ين مِن دون ِ ِهم َل تعلم‬ ِ ‫وعدوكم وء‬
َ ُ َ ۡ ُ َ ۡ ُ ََ ۡ ُ َۡ ‫ذ َُ ذ‬ َ ‫ِف‬
٦٠ ‫يل ٱَّللِ يوف إَِلكم وأنتم َل تظلمون‬ ِ ِ ‫ب‬‫س‬ ِ
Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh
yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan
daripada jenis pasukan berkuda yang lengkap dan bersedia, untuk
menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh lain yang
kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah lebih mengetahuinya. Apa
sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan
balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

SIDANG JUM‘AT YANG BERBAHAGIA,


Bersempena dengan sambutan Peringatan Hari Polis kali ke-214 pada 25
Mac dan Hari Ulang Tahun Angkatan Pertahanan Awam (HUTPA)
Malaysia kali ke-69, marilah kita memperbanyakkan syukur kepada Allah
 atas nikmat keselamatan dan keamanan yang dikurniakan. Dengan
nikmat tersebut, kita diberikan peluang dan ruang untuk menunaikan
ibadah di rumah Allah  ini.

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


Justeru, khatib berpesan kepada diri dan merayu kepada semua lapisan
masyarakat, patuhilah segala SOP yang telah ditetapkan. Pematuhan ini
penting demi mengelakkan sebarang fitnah dan tomahan kepada institusi
masjid yang kita sayangi. Semoga usaha yang kita lakukan ini mendapat
rahmat Allah  seterusnya mampu menghindarkan penularan wabak
yang melanda.

َ َ َ ُ ‫َََ َ َ ه‬ َ َ ُ ُ ََ ُ َ َ َ
‫ات‬ َ ‫ ونفع َني و َإياكم َبما َف َيه َمن اۡلي‬،‫بارك هللا َلي ولكم َفي القرء َان الع َظ َيم‬
َ ُ ُ َ ُ َ ُ ‫َ ُ َ ََ ُ ه ُ ُ َ ه‬ ََ
‫ أقول قو َلي‬،‫ َوتق هب َل َم َني و َمنكم َتالوته َإنه هو الس َميع الع َليم‬،‫الذك َرال َح َك َيم‬
َ ‫و‬
َ
َ ُ َ َ ُ َ َ ُ ۤ َ َ ُ ََ َ َ َ ُ َ ََ َ َ
‫ واۡلؤ َم َنين‬،‫ات‬
َ ‫ و َلسا َئ َر اۡلس َل َمين واۡلس َلم‬،‫هذا وأستغ َفر هللا الع َظيم َلي ولكم‬
َ ۤ‫َ ََ َ َ َ ه‬ َ ُ َ َ ََ ُ ُ َ َ َ ُ َ
. ‫ فاستغ َفروه فيا فوزاۡلستغ َف َرين ويا نجاة التا َئ َبين‬،‫ات‬ َ ‫واۡلؤ َمن‬

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬

Anda mungkin juga menyukai