Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 2 : Esei 2

Dalam era globalisasi yang semakin canggih dan maju ini, dalam kehidupan
seharian masyarakat Malaysia semakin kurang berkomunikasi dan bergaul dengan
orang lain secara bermuka. Dengan ini, pengenalan masyarakat terhadap konsep
kesantunan berbahasa terhad yang menyebabkan seseorang itu tidak mengamalkan
nilai-nilai kesantunan seperti sopan santun. Kesantunan merupakan aturan perilaku
yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga
menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. Oleh sebab itu, kesantunan
ini biasa disebut “tatakrama”. Kesantunan dapat dilihat dari berbagai-bagai segi
dalam kehidupan seharian, termasuklah sikap dan perbuatan.

Bahasa pula merupakan satu medium komunikasi antara individu dengan


individu lain. Bahasa yang baik dan berilmu akan menjadi bahasa pengantar, bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan seperti bahasa Melayu kepada sesebuah negara
seperti Malaysia. Oleh itu, Bahasa Melayu adalah satu-satunya bahasa kebangsaan
yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Manakala, Malaysia merupakan
negara yang berbilang kaum, jadi terdapat pelbagai bahasa digunakan antara kaum
termasuklah dialek seperti Hokkien, Hakka dan lain-lain. “Bahasa Menunjukkan
Bangsa” menyatakan kita sebagai pengguna bahasa, kita perlu memandang tinggi
kepada bahasa ibunda kami kerana bahasa menunjukkan dan melambangkan satu
bangsa. Begitu juga bahasa memainkan peranan penting dalam mengeratkan
perpaduan kaum.

Selepas mengenali konsep kesantunan dan konsep bahasa, biarlah kita


mengenal apa itu kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa diinterprestasikan
sebagai perlakuan, tutur kata yang mampu mengurangkan rasa tidak selesa dalam
interaksi dua orang yang digelar penutut dan pendengar. Kesantunan berbahasa
amat penting dalam mengekalkan situasi semasa komunikasi itu adalah harmorni
dan tanpa konflik ataupun perselisihan faham. Oleh sebab itu, kesantunan
berbahasa dapat mengekalkan pengiktirafan diri seseorang dalam interaksi sosial.
Namun begitu, kesantunan berbahasa di negara kita semakin berluntur. Berikut
adalah antara isu-isi hangat yang berkaitan dengan kesantunan berbahasa.

Salah satu isu tentang kesantunan berbahasa secara lisan yang berlaku di
kalangan pegawai dalam parlimen. Sebagai seorang ahli parlimen patut
menggunakan perbahasan yang sopan, terutama di Dewan Rakyat kerana ia boleh
menjadi contoh baik kepada masyarakat terutamanya generasi muda. Tajuk laporan
ini ialah “Tidak perlu bahasa kasar di Parlimen” yang dipaparkan di Utusan Online.
Laporan ini melaporkan tentang beberapa Ahli Parlimen yang mengambil bahagian
dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat baru-baru ini dengan menggunakan
bahasa kasar dan `kurang manis' ketika membangkitkan isu tertentu. Katanya,
bahasa yang kasar apatah lagi dalam Dewan Rakyat tidak harus digunakan kerana
ia bertentangan dengan nilai budaya orang Melayu. Secara ringkas, wakil rakyat
bukan sahaja menjadi model kepada masyarakat malah sebenarnya sebagai
pencipta `acuan' kepada generasi muda.

Selain daripada itu, isu kesantunan bahasa di kalangan remaja juga diperhatikan
oleh masyarakat. Bersopan santun dalam kalangan remaja merupakan aspek yang
menarik untuk dikaji dari pelbagai pespektif. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau
peraturan yang wujud dalam berbahasa dan dapat dilihat dalam interaksi antara dua
atau lebih pihak yang berkomunikasi. Sebagai contoh, “WEII.. apalah korang ni.. Aku
dah tunggu korang lama ‘giler’..Nenek aku pun lagi laju daripada korang lah. Ingat
mak bapak korang bayar aku untuk tunggu korang ke?" Contoh ini telah menyatakan
bahasa yang mereka gunakan begitu kasar dan tidak mencerminkan budaya orang
Timur. Kadangkala mereka tidak menyedari bahasa yang mereka gunakan dalam
percakapan seharian yang menggambarkan identiti atau penampilan diri remaja
secarab tidak sengaja. Kesimpulannya, “yang indah itu bahasa” bahasa bukan
setakat alat untuk menyampaikan maklumat semata-mata, tetapi turut berperanan
dalam menyampaikan perasaan penuturnya. Melalui bahasa, kita dapat
menyembunyikan dan mengungkapkan pemikiran kita.

Di samping itu, isu kesantunan bahasa semasa di jalan raya. Kejadian sering
berlaku di jalan raya. Sebagai contoh, seseorang pemandu yang cuai itu terlanggar
seorang penunggang motosikal, tetapi pemandu itu tidak meminta maaf dan
mengambil berat terhadap kecerdaraan orang malah memarah penunggang
motosikal itu “buta” serta meminta pampasan. Hal yang seperti ini juga sering
berlaku di kawasan sekolah. Seseorang pelajar itu memain telefon bimbitnya lalu
terlanggar pelajar lain dan fon dia terjatuh dekat lantai. Selepas itu, dia bercakap
kasar serta meminta pampasan dari pelajar yang dilanggar olehnya. Oleh sebab itu,
kesantunan bahasa seseorang yang kasar itu boleh meninggung perasaan secara
tidak sengaja.

Kesantunan berbahasa secara bertulisan merupakan salah satu kesantunan


tidak verbal. Isu ini dapat kita lihat dari media social seperti, Whatsapp, Facebook,
Twitter, Youtube dan lain-lain. Kemudahan ‘jalur lebar’ tanpa batasan adalah punca
berlakunya masalah sosial yang semakin menjadi-jadi belakangan ini. Kecanggihan
media elektronik terutama telefon bimbit dari semasa ke semasa menyebabkan
segelintir masyarakat muda masa kini cuai dan telah menyalahgunakan kemudahan
dan kelebihan yang ada untuk tujuan keseronokan diri. Mereka sebenarnya terlupa
perbuatan mereka akan menjatuhkan maruah keluarganya dan akan dikutuk oleh
masyarakat sekeliling sehingga memburukkan nama baik keluarga. Seperti satu
“post” yang saya layari dari Facebook yang mengutuk orang itu bodoh. Post ini
kemudian mungkin jatuh ke tangan orang lain dan disebarkan di laman sesawang
untuk tontonan ramai.Hal ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi “orang
popular” di Facebook.

Secara keseluruhannya, isu-isu negatif mengenai kesantunan berbahasa ini


tidak hanya tertumpu pada satu-satu pihak malah pada semua pihak bahkan
pemimpin politik sendiri. Isu-isu seperti ini perlulah dibendung dengan segera melalui
pelbagai cara menangani yang tidaklah sesusah mana kerana Wawasan 2020
semakin hampir. Kesantunan berbahasaa ini merupakan teras jika melihat kepada
sembilan cabaran utama untuk mencapai Wawasan 2020. Tamsilannya, cabaran
keempat adalah mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. " Budi
Bahasa, Budaya Kita".

Anda mungkin juga menyukai