Anda di halaman 1dari 2

Konsep kendiri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap
tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga
menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam
sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan
harga dirinya.

Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi
seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding
dengan orang lain dan persekitarannya.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara
memahami konsep kendiri[1]

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat
konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:

 tanggapan diri seseorang individu


 proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu

Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi
seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran.
Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.

Konsep Kendiri Positif


Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat
yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi
pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif

 Menghargai
 Memuji orang lain
 Puas hati dengan pencapaian
 Murah hati
 Mudah berkawan
 Puas hati dengan dirinya
 Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
 Peramah

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif

 Cenderung untuk merasa salah


 Takut kepada kegagalan
 Sering merasa bimbang
 Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil
 Pencapaian akademik yang rendah
 Tidak gemar kerja mencabar
 Kurang keyakinan pada diri sendiri
 Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas
 Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti

Rujukan[sunting | sunting sumber]
1. Panjat^ "Memahami Konsep Kendiri" Universiti Teknologi Malaysia

https://ms.wikipedia.org/wiki/Konsep_kendiri
22/9

Anda mungkin juga menyukai