Anda di halaman 1dari 2

Isu Keruntuhan Moral

Penulis juga telah mengkritik isu keruntuhan moral telah digambarkan dalam novel ini menerusi
watak Tuminah yang menjual dirinya sebagai pelacur demi mencari sumber pendapatan. Tuminah
merupakan seorang janda yang tidak mempunyai anak tetapi mempunyai seorang adik lelaki yang
berusia 8 tahun yang tinggal bersamanya. Dia terpaksa mempergunakan jejaka sekampung
dengannya, Basir untuk memberikan dia makanan. Basir sanggup buat sahaja untuk Tuminah
walaupun terpaksa menyeludup ke gudang makanan sojar Jepun asalkan niatnya untuk menjamah
tubuh Tuminah tercapai. Penulis juga mengkritik perbuatan Tuminah dan Basir ini telah melanggar
hukum halal dan haram dalam agama Islam pegangan yang menjadi kehidupan orang Melayu.
Perbuatan Tuminah yang menyerah tubuhnya bagi mendapatkan makanan menunjukkan
keruntuhan moral kerana telah melanggar nilai dan ajaran agamanya. Keadaan Tuminah yang
menjual diri sebagai pelacur dapat digambarkan melalui petikan di bawah,

Semalam dia terpaksa menjumpai Basir untuk mendapatkan satu


tin susu. “Boleh aku beri susu ni,” kata Basir yang bermuka bujur
telur penuh jerawat itu. “Tapi…kau mesti ganti dengan susu tu.”
Orang sudah tidak memberi kerana kemanusiaan, fikir Tuminah.
Sejak dia menjadi janda enam bulan dahulu, dia banyak kenal
tentang kebinatangan lelaki. Setiap yang dihulur minta diganti.
Dalam masa perang-perang begitu, Tuminah tidak ada jalan lain.

(A. Samad Said.1966.ms 8)


Petikan di atas jelas menunjukkan situasi Tuminah yang sanggup menukarkan maruah dirinya
dengan satu tin susu kepada Basir. Penulis mengkritik perbuatan Tuminah ini jelas menunjukkan isu
kejatuhan moral kerana tidak lagi mementingkan nilai kehormatan diri yang sanggup membiarkan
tubuh badannya dijadikan sebagai tempat memuaskan nafsu lelaki. Perbuatan ini telah
mengetepikan kepentingan moral yang seharusnya menjadi panduan tingkah laku dalam kehidupan.

Kesan dan Pengaruh

Setelah membaca dan menghayati novel Sungai Mengalir Lesu, didapati novel ini berupaya
memberi implikasi kepada pembaca. Pembaca berasa sangat sedih dengan nasib hidup penduduk
kampung penuh tragedi, penyeksaan dan kebuluran. Bagi meneruskan hidup, penduduk kampung
perlu berusaha. Desakan untuk hidup membuatkan anak-anak mencari rezeki di dalam sungai yang
kotor, orang muda menjadi penyamun dan gadis-gadis menjadi pelacur.  

Melalui watak-watak seperti Mulyadi dan Irwan khalayak pembaca dapat mempelajari nilai
kesyukuran. Khalayak pembaca dapat mempelajari nilai kesyukuran yang perlu ada dalam diri setiap
manusia apabila memiliki kesenangan dalam kehidupan. Nilai kesyukuran ini ditunjukkan dengan
jelas melalui situasi penduduk kampung yang berjuang untuk mendapatkan makanan dalam
keterpaksaan menghadapi situasi perang demi meneruskan kehidupan dengan pelbagai cara,
walaupun dengan mengambil sisa dari sungai. Perang yang melanda Singapura pada Ketika itu telah
membawakan masalah bekalan makanan dan kebuluran. Justeru sungai bagi penduduk kampung itu
adalah sumber rezeki.

“Di antara lecak lumpur, di celah-celah rangka tongkang dan


golekkan balak, mereka menjengah mencari-cari kalau-kalau ada
ayam atau itik yang mati, kalau-kalau ada kulit nanas atau ubi
yang tersadai. Mata mereka selalu ke tengah sungai
memerhatikan setiap sampah-sarap yang mengalir lesu,
mengharapkan juga kalau-kalau di tengah-tengah sampah-sarap
itu ada makanan-makanan busuk yang masih boleh dimakan.”

(A. Samad Said.1966.ms 15, 16)


“Dengungan B4 dan B29 sekali lagi semakin mendekat, masing-
masing membisu, mendengarkan deruman kapal terbang maut
itu dengan sungguh-sungguh. Kemudian terdengar siulan bom
jatuh bertubi-tubi.”

(A.Samad Said.1966.ms 11)

Berdasarkan petikan-petikan di atas, pengarang mengkritik suasana kehidupan penduduk kampung


yang dilanda dengan kebuluran dan penderitaan. Hal ini secara tidak langsung telah memberi kesan
kepada khalayak pembaca iaitu menimbulkan perasaan bersyukur. Hal ini kerana khalayak pembaca
tidak melalu situasi yang sama dengan watak-watak yang digambarkan seperti di dalam novel.
Dalam novel ini, penduduk kampung terpaksa mencari makan di di sungai yang penuh lumpur
walaupun makanan yang mereka dapat hanyalah makanan kotor dan busuk sekalipun. Pengarang
mengkritik kesusahan penduduk kampung yang bersusah payah mencari sumber makanan yang
bersih dan mencukupi jelas menggambarkan penderitaan penduduk kampung. Khalayak pembaca
seharusnya berasa cukup dan mensyukuri nikmat Tuhan dengan keadaan negara yang bebas
daripada cengkaman penjajah. Hal ini menunjukkan kesan positif yang boleh didapati menerusi
pembacaan novel Sungai Mengalir Lesu.

Anda mungkin juga menyukai