Anda di halaman 1dari 22

PENULISAN ILMIAH

TARIKH : 12 APRIL 2021


TEMPAT : IPGK KENINGAU
MASA : 2.00-5.00PTG
SASARAN : PELATIH PDPM
PENULISAN ILMIAH
 Penulisan merupakan tindakan
menyampaikan idea melalui
komunikasi bertulis
 Penulisan merujuk kepada kemahiran
menyusun perkataan secara skripsi
dalam menyampaikan idea agar
idea tersebut mampu difahami oleh
pembaca
 Penulisan sebenarnya tidak susah
PENULISAN ILMIAH

 Penulis perlu peka dengan struktur


atau format penulisan ilmiah
 Penulis perlu mewajarkan penggunaan
bahasa formal dan tatabahasa yang
betul dalam penulisan ilmiah
 Penulisan ilmiah mesti berasaskan
fakta yang sahih dan mesti dibuktikan
PENULISAN ILMIAH
 Penulisan ilmiah memerlukan
penggunaan bahasa yang
mengandungi ayat yang ringkas,
mudah, padat, dan tepat.
 Bahasa penulisan ilmiah, biasanya
memilih kata, istilah, ungkapan dan
ayat yang maknanya bersifat denotasi,
iaitu tepat dan jelas supaya tidak
disalahertikan dengan makna-makna
lain.
PENULISAN ILMIAH

 Penulisan ilmiah memerlukan rujukan


fakta yang telah diperakui dan
diterbitkan oleh pakar-pakar dalam
bidang kajian atau penyelidikan
 Penulisan ilmiah harus bersifat objektif,
jujur dan tepat.
 Penulisan ilmiah perlulah rapi, tersusun
dan tidak subjektif
PENULISAN ILMIAH
 Kebiasaannya, struktur penulisan
ilmiah terdiri daripada tiga bahagian
utama: pendahuluan, perbincangan
/pembahasan/dapatan kajian dan
penutup.
 Dalam setiap bahagian ini, penulis
perlu mempunyai kebolehan mengolah
ayat berdasarkan keutamaan idea.
 Setiap idea perlu fokus kepada
kesinambungan ayat yang betul
PENULISAN ILMIAH
 Fakta dan fakta yang ditulis perlu diterangkan
dengan jelas menggunakan bahasa yang
mudah bagi memberi keyakinan kepada
pembaca.
 Penerangan fakta hendaklah ditulis dalam
bentuk perenggan. Satu perenggan mewakili
satu fakta yang dibina menggunakan ayat-
ayat bagi menyokong pernyataan.
 Setiap perenggan yang dihasilkan tidak terlalu
panjang
PENULISAN ILMIAH

 Kebiasaannya sesebuah perenggan hanya


mengandungi lima hingga enam ayat.
 Perenggan yang pendek dapat menjelaskan
makna penulisan idea yang terang, nyata dan
dapat difahami dengan mudah.
 Penggunaan ayat-ayat tepat, istilah-istilah
yang konkrit, tidak kabur, tidak terlalu umum
dan pemilihan diksi yang sesuai menjadikan
penyusunan idea dalam perenggan tersebut
lebih teratur dan mudah.
PENULISAN ILMIAH

 Setiap fakta baru, mulakan dengan


perenggan baru.
 Semasa menerangkan fakta,
penggunaan ayat-ayat yang boleh
memberikan analogi dan contoh akan
menguatkan lagi hujah
 Setiap perenggan yang ditulis
perlulah menggunakan penanda
wacana yang betul
PENULISAN ILMIAH
 Elakkan kesalahan tatabahasa dalam aspek ejaan,
perkataan, dan ayat.
 Ayat yang tidak rumit
 Tidak menggunakan ayat yang panjang berjela-jela
 Ayat yang ringkas dan tidak berbelit-belit serta
mudah dibaca
 Tidak menggunakan perumpamaan dan bahasa
kiasan yang berlebihan
 Menggunakan kosa kata terkini
 Elak menggunakan bahasa pasar/bahasa
slanga/dialek kenegerian
 Elakkan penggunaan kata singkatan/akronim
ANALISIS KESALAHAN KATA MAJMUK

 Tandakan betul atau salah pada kata majmuk berikut:

Kata majmuk Betul/ Kata majmuk Betul/


Salah Salah
terima kasih tengah hari
antarabangsa kadang kala
tanda tangan jawatankuasa
warga kota kertas kerja
urus setia luarbiasa
jalanraya bandaraya
walaubagaimanapun warganegara
gambarajah
ANALISIS KESALAHAN KATA
MAJMUK
Kata majmuk- merangkaikan dua kata dasar atau
lebih dan membentuk satu kata dengan makna
tertentu. Semua kata majmuk dieja secara
terpisah kecuali yang sudah mantap:
antarabangsa, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan,
kerjasama,olahraga,matahari,beritahu,setiausaha,sukarela,
suruhanjaya,tandatangan,tanggungjawab,warganegara,
pesuruhjaya,peribadi,peribahasa,dinihari,perikemanusiaan,
hulubalang,sukacita,dukacita,daripada,apabila,manakala,
padahal,darihal,barangkali,kadangkala,apakala,walhal,
bagaimana
ANALISIS KESALAHAN IMBUHAN

 Tandakan betul atau salah pada kata terbitan berikut:

Kata majmuk Betul/ Kata majmuk Betul/


Salah Salah
kebanyakkan menyatupadukan
pertunjukkan kepanasan
dicampur aduk menunjukkan
mencat juru wang
mencampuradukkan tata cara
mengambil alih mahaguru
menemubual kecantikkan
Bersatu padu ketidakadilan
ANALISIS KATA HUBUNG

Kesalahan kata yang dianggap sebagai kata hubung: yang


mana/di mana

KATA HUBUNG KATA HUBUNG KATA HUBUNG


dan yang agar
tetapi bahawa semoga
atau kerana jika
serta sekiranya setelah
lalu kalau tatkala
malahan hingga sungguhpun
sambil ketika meskipun
kemudian walaupun supaya
sewaktu untuk apabila
ANALISIS KESALAHAN PEMERI
Kata pemeri adalah dan ialah
Kata pemeri: “adalah” digunakan di hadapan
frasa nama dengan frasa sendi atau frasa
adjektif atau lebih kepada huraian
kata pemeri :“ ialah” di hadapan kata atau
frasa nama atau lebih kepada persamaan
Kesalahan:
Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-
royongakan dimulakan pada bulan hadapan.
Adalah diisytiharkan bahawa hari Raya Puasa
jatuh pada hari Isnin.
KATA SINGKATAN YANG TIDAK
DIBENARKAN
Kata Singkatan Bentuk Penuh
Kependekan Perkataan
mau mahu
dlm dalam
dgn dengan
dr dari
drp daripada
dll dan lain-lain
kpd kepada
pd pada
sbg sebagai
spt seperti
yg yang
ANALISIS KESALAHAN
Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah
ini.Bagi setiap kesalahan jelaskan sebab kesalahan dan
kemudian buat pembetulannya.
Universiti Panca Persada (UPP) adalah universiti berkembar yang
terletak antara bandaraya pintar Cyberjaya dengan Seremban. Kini,
UPP mempunyai lebih kurang 11 000 pelajar di kedua buah kampus,
yang dilengkapi dengan infrastruktur teknologi maklumat yang
bertaraf dunia. Pelajar dan kakitangannya menikmati aplikasi-
aplikasi teknologi tanpa wayar yang pelajar universiti lain tidak dapat
nikmati, antaranya penggunaan kad pintar, pentadbiran tanpa
kertas, sistem pembelajaran multimedia, perpustakaan digital, dan
sebagainya. Universiti ini telah mengadakan kerjasama dan aktiviti-
aktiviti usaha sama secara meluas dengan syarikat-syarikat
tempatan dan multinasional. Dengan adanya tenaga pengajar kelas
pertama dan sokongan padu daripada kakitangan pentadbiran.
Sesungguhnya UPP akan terus meneroka, menyelidik, dan
menawarkan pendidikan berkualiti dan terbaik kepada pelajar.
ANALISIS KESALAHAN
1. Kesalahan : adalah
Sebab:Kata pemeri “adalah” digunakan di hadapan frasa nama dengan frasa sendi atau frasa
adjektif manakala kata pemeri “ ialah” di hadapan kata atau frasa nama
Pembetulan: ialah
2. Kesalahan: antara
Sebab : Kata sendi nama “antara” digunakan untuk menunjukkan perbandingan yang tidak
mempunyai konsep ruang atau jarak
Pembetulan : di antara
3. Kesalahan : bandaraya
Sebab : Kesalahan ejaan kata majmuk “ bandaraya” sepatutnya dijarakkan
Pembetulan: bandar raya
4. Kesalahan : di kedua
Sebab : Kata bilangan yang membawa maksud kumpulan/himpunan perlu digandakan
Pembetulan : di kedua-dua
5. Kesalahan : .........yang pelajar universiti lain tidak dapat nikmati(kesalahan ayat)
Sebab : Kesalahan struktur ayat pasif ganti nama diri ketiga
Pembetulan : .....yang tidak dapat dinikmati oleh pelajar universiti lain
6. Kesalahan : Dengan adanya tenaga pengajar kelas pertama dan sokongan padu daripada
kakitangan pentadbiran,
Sebab : Kesalahan struktur ayat, yakni ayat tergantung kerana tiada subjek atau predikat
Pembetulan : Dengan adanya tanaga pengajar kelas pertama dan sokongan padu daripada
kakitangan pentadbiran UPP akan berjaya.(predikat)
UPP akan berjaya dengan ............(subjek)
ANALISIS KESALAHAN
SINTAKSIS (AYAT)
Penggunaan ayat tergantung dan tidak gramatis(tidak ikut
nahu tatabahasa)
Ayat: tidak ada subjek dan predikat
Ayat: tidak ada makna
Ayat: Tidak bermula dengan kesenyapan dan berakhir
dengan kesenyapan.
Contoh:
1. Oleh sebab mereka datang lambat,mereka tidak
dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan.
2. Sungguhpun badannya letih Ali tetap menghadiri majlis
perkahwinan itu.
3. Demi menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum,
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat ditubuhkan.
ANALISIS KESALAHAN
SINTAKSIS (AYAT)

Kesalahan biasa dalam penulisan ayat:


Ayat Aktif dan Ayat Pasif Ganti Nama Diri 1,2,3
Ali menendang bola di padang.(AAT)
Bola ditendang oleh Ali di padang.(AP)
Saya menendang bola di padang.(AAT)
Bola saya tendang di padang.(AP)
Kami sedang menendang bola di padang.(AAT)
Bola sedang kami tendang di padang(AP)
PENANDA WACANA
Penggunaan penanda wacana yang betul
untuk setiap perenggan yang dihasilkan
Penanda wacana ialah perkataan ataupun
rangkaian perkataan yang berfungsi
merangkai ayat untuk melanjutkan
sesuatu maklumat. Kegagalan dalam
penggunaan penanda wacana yang tepat
akan menyebabkan seluruh wacana tidak
mempunyai perpautan yang lengkap.
Penanda wacana biasanya ditulis paling
PENANDA WACANA
Selain itu,
Di samping itu,
Oleh itu,
Justeru,
Natijahnya,
Kesimpulannya,
Konklusinya,
Akhir kata,
Selaras dengan pandangan,
Oleh hal yang demikian,
Dewasa ini,
Seterusnya,
Sehubungan dengan itu,
Justifikasinya,

Anda mungkin juga menyukai