Anda di halaman 1dari 3

Akak tu main telefon' - Muka pecah akibat guna telefon ketika memandu

ISNIN, APRIL 16, 2018

Adakalanya amat sukar untuk menegur golongan pemandu yang tidak bertanggungjawab ini.
Sudah banyak iklan pesanan khidmat masyarakat ini dikeluarkan, namun masih ramai yang tidak
mengendahkan amarannya. Apabila sudah ditimpa musibah, barulah nak sedar dan berhenti.

Dalam kejadian yang dikongsikan oleh Khairul Ahmad, seorang pemandu wanita pecah mulut dan
mengalami kecederaan dan pendarahan teruk di bahagian mukanya akibat dihentak dengan telefon
bimbit dek letusan airbag, impak dari kemalangan yang berlaku.

Difahamkan, tiga batang gigi depan mangsa juga hilang akibat dari kemalangan yang sepatutnya
dapat dielakkan sekiranya mangsa fokus pada pemanduannya. Bukannya memandu sambil
menggunakan telefon bimbit.

Kisah akak "pecah muka" ketika main handphone.

Ini kejadian berlaku pada petang semalam ketika saya pulang dari kerja. Waktu puncak, kenderaan
bertali arus. Sekejap bergerak sekejap berhenti. Tiba-tiba dengar hon bertalu-talu. Jenguk cermin
belakang, nampak ada mat motor sedang bagi jari tengah pada sebuah kereta selang sebuah di
belakang saya.

Saya terus memandu dan jalan sesak kembali di hadapan. Saya berhenti, kereta belakang pun
berhenti. Mat motor tadi lalu melewati saya dengan muka tak puas hati.

Tiba-tiba, 'BAMMMM!' bunyi dentuman kuat di belakang. Usai saya pandang sahaja cermin
belakang, 'BAMMMM!' bunyi kali kedua kedengaran apabila kereta saya pula dihentam.

Allah. Allah.

Saya ke tepi dan berhenti, lalu keluar. Kereta di belakang saya juga ke tepi dan keluar sambil
bergegas membuka pintu belakang. Nampak beliau sedang mengeluarkan anaknya. Saya terus ke
kereta beliau dan bertanya semuanya okay tak, takut apa-apa terjadi pada anak perempuan beliau
yang berusia sekitar 5 tahun.

"Ok bang, takde apa, terkejut jer ni" jawab lelaki tersebut.

Mujur anaknya duduk dalam carseat. Selamat beb, kalau jenis berdiri melompat-lompat itu memang
nahaslah. Bahagian belakang kereta dia remuk teruk. Memang kuat gila bunyi berlanggar tu. Saya
lantas pergi ke kereta yang melanggar kami, masih di tengah jalan. Bahagian depan remuk teruk,
berasap, air menitis dan memancut.

Nampak seorang akak sedang kaku. Saya buka pintu nak tengok keadaan beliau. Allahuakbar! Darah
penuh muka, hidung dan mulut. Baju turut lencun dengan darah. Badannnya menggeletar akibat
terkejut.

Aktiviti 1

Berdasarkan poster di bawah, bincang dan keluarkan maklumat yang anda perolehi dengan
melengkapkan peta grafik yang diberikan.
_________ Tip __________
penggunaan telefon semasa
memandu

Anda mungkin juga menyukai