Anda di halaman 1dari 2

:: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Budaya

Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan
budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia dari
segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Ia dilahirkan secara
material dan bukan material dalam kehidupan individu dan kelompok iaitu satu fenomena yang
sudah melepasi perbatasan negara. Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam
sesebuah masyarakat atau organisasi. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan adalah
cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah
terlerainya benteng sosio-budaya sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka segala
usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-budaya.
Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi
yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah
sesuatu yang mengejutkan apabila sistem sosio-budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai
sehingga segala nilai tradisi kita sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara. Dalam
keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah
tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat .

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesan-kesan globalisasi
budaya di bawah :

1. Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin popular di
seluruh dunia. Makanan Jepun pun sudah boleh diterima oleh masyarakat Malaysia.
Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola tidak hanya boleh didapati di Barat
malahan di seluruh dunia.

2. Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan fesyen yang
berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti Maybeline, Christian Dior dan jenama
pakaian seperti Versace, Bonia, Padini menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal
harganya (Azhar Hj. Mad Aros et aI, 2000 : 84).

3. Budaya Kerja : Syarikat pengeluaran di era globalisasi juga terdiri daripada berbilang kaum
dari negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Espirit di mana ketua grafiknya dari
Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari Perancis dan Itali.

4. Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta dunia
lakonan dan pembikinan filem cara barat. Di samping itu, masyarakat dunia hari ini lebih
terdedah kepada budaya hidup yang menggunakan produk rokok yang menajakan budaya
hidup barat.
5. Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black metal'
telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan di luar dari
negara Amerika. Contohnya, di Jepun dengan panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di
Marne-La-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland (1992)

6. Budaya Bahasa: Bahasa Inggeris adalah alat perhubungan dan komunikasi terpenting
antarabangsa dan digunakan secara global. Ini menunjukkan kejayaan globalisasi bahasa
yang diterajui oleh Amerika. Terdapat penyebaran budaya konsumer Amerika Syarikat ke
seluruh dunia, satu proses yang disebut sebagai ‘McDonaldisation of Society'.Untuk
mencapai maksud itu, budaya konsumer perlu disebarkan seluas-Iuasnya supaya lahir
penyeragaman budaya dan gaya hidup

Anda mungkin juga menyukai