Anda di halaman 1dari 12

BAB SINOPSIS

1 Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi daripada isterinya Mak


Temah. Kegelisahannya itu dapat dikesan oleh anak saudaranya
Zahar yang sedang menggergaji kayu di bengkel kayu milik Pak
Yusuf.  Mak temah datang membawa dulang berisi air kopi dan
dua pinggan bihun. Mak temah meminta maaf daripada Zahar
kerana lewat menghantar sarapan dan Zahar menyatakan Mak
Temah perlu meminta maaf kepada Pak Yusuf kerana dari tadi
menunggu air kopi yang merupakan minuman kegemarannya
setiap pagi. Mak Temah berlalu dengan pesanan daripada Pak
Yusuf supaya menyediakan makan tengah hari dan juga
mempelawa anak buahnya Zahar makan tengah hari bersama
mereka. Zahar mencadangkan supaya rak kasut yang sedang
mereka buat ini di siapkan lebih awal supaya masalah ketiadaan
tempat meletak kasut di surau dapat diatasi. Pak Imam pasti
sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Yusuf
kerana menyiapkan rak kasut lebih awal daripada yang di minta.
Pak Yusuf bukanlah tukang kayu yang berkelulusan tinggi, dia
hanya belajar sendiri untuk menjadi tukang kayu yang mahir. Hasil
tukangannya dapat dijual dengan harga yang murah dan berkualiti.
Pak Yusuf bertanyakan Zahar mengenai permohonan ke IKM
namun Zahar masih lagi menunggu keputusan yang dijangka
keluar minggu hadapan. Zahar menyatakan jika suatu hari dia
menjadi seorang tukang kayu yang mahir dia akan memberitahu
orang yang pendorong utama dia berjaya dalam bidang ini adalah
bapa saudaranya Pak Yusuf.

2 Mak Kiah tersenyum melihat kepulangan Zahar terus bertanya


kenapa Zahar tidak pulang makan tengah hari di rumah. Zahar
makan di rumah Pak Yusuf kerana tidak sampai hati menolak
pelawaan bapa saudaranya itu. Mak Kiah menunjukkan sekeping
surat yang dihantar Posmen pagi tadi. Dari fizikal surat tersebut
Zahar dapat mengagak surat tersebut daripada IKM dan setelah
dibuka Zahar tersenyum kerana telah ditawarkan mengikuti kursus
pertukangan perabut di IKM Sungai Petani.  Setelah selesai solat
magrib, Zahar, Bakar dan Rahim duduk di bangku luar masjid.
Bakar mengusahakan kedai peninggalan arwah ayahnya dan
sedang berusaha mengembangkan perniagaannya. Zahar
memberitahu rakannya bahawa dia telah ditawarkan untuk ke IKM
dan rakanya mengucapkan tahniah kepada zahar. Bakar mengusik
Zahar tentang hubungannya dengan suhaili yang merupakan rakan
rapat Zahar sewaktu di bangku sekolah. Suhaili kini melanjutkan
pelajaran di ITM dan sudah berada tiga dan menunggu keputusan
peperiksaan akhir. Zahar membaca semula surat tawaran
memasuki IKM yang terletak di atas meja. Surat itu dengan pantas
mengembalikan ingatanya ke alam persekolahan yang telah
ditinggalkannya lebih tiga tahun lalu. Namun Zahar cepat sedar
bahawa pelajaran yang akan diikutinya nanti amat jauh berbeza
dengan pelajaran yang pernah diikutinya semasa di sekolah
menengah dulu.
3 Zahar gelisah mencari jalan untuk berhubung dengan suhaili.
Kebetulan pada waktu itu jaringan telefon telah di pasang di
kampung mereka. Orang yang berkemampuan seperti Pak Karim
iaitu ayah kepada Suhaili telah memasang telefon di rumah
mereka. Zahar berjaya menghubungi Suhaili dengan bantuan
Rahim. Zahar dan Suhaili berjanji untuk berjumpa pada keesokan
hari di City Point Alor Setar. Zahar terimbas kembali kenangan
sewaktu berada di bangku sekolah. Suhaili seorang pelajar yang
pandai tetapi pendiam. Sukar untuk pelajar lain terutama pelajar
lelaki untuk dekat dengannya kecuali Zahar. Mereka berdua sering
diusik oleh rakan-rakan sekelas. Zahar dicabar oleh Suhaili untuk
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
Beberapa hari sebelum peperiksaan Zahar demam dan semasa
peperiksaan berlangsung Zahar masih kurang sihat. Dia tidak
mampu menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Zahar
membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan
melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.

4 Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa dengan Suhaili dengan


menaiki bas. Zahar sengaja datang awal untuk duduk-duduk
sambil minum di sebuah warung. Mereka sengaja berjumpa di Alor
Setar supaya tidak di ketahui oleh orang kampung dan tidak mahu
perjumpaan mereka boleh menimbulkan cerita yang kurang enak.
Zahar mundar-mandir di ruang legar tingkat bawah City Point
sementara menuggu kehadiran Suhaili. Ketika Zahar berdiri di tepi
tangga menghadap jalan, kelihatan Suhaili sedang melintas jalan
dan datang ke arahnya. Suhaili yang berpakaian skirt berwarna
merah jambu, kembang berkedut dan baju juga berkedut di
bahagian hadapan cukup menarik hati Zahar. Mereka ke Restoran
KFC yang terletak di sebelah kompleks MPKS. Selepas duduk
membuat pesanan mereka bertanya khabar. Sambil menikmati
hidangan Zahar menyatakan tujuannya berjumpa dengan Suhaili.
Zahar memberitahu yang dia telah mendapat tawaran untuk
melanjutkan pelajaran ke IKM. Suhaili memandang rendah dan
mempersoalkan cabaran yang pernah dilontarkannya kepada
Zahar ketika di bangku sekolah dahulu. Zahar menjelaskan yang
dia tidak pernah melupakan cabaran yang  pernah dibuat oleh
Suhaili tetapi memberikan alasan bahawa ibunya tidak mampu
untuk menampung pengajiannya. Zahar juga menyatakan
walaupun gagal menyahut cabaran Suhaili dia tetap ingin
membuktikan bahawa masih ada jalan lain untuk berjaya dalam
hidup. Suhaili tetap dengan pendiriannya dan memperlekehkan
hasrat Zahar. Suhaili tergesa-gesa membuat bayaran dan terus
meninggalkan Zahar. Zahar berasa curiga dan mengikori Suhaili
tampa pengetahuannya dan mendapati Suhaili menaiki kereta
yang dipandu oleh seorang lelaki tampan yang berusia lingkungan
tiga puluhan dan terus meninggalkan tempat tersebut.

5 Pak Yusuf menegur sikap zahar yang dari pagi kelihatan muram.
Pak Yusuf cuba bertanya tentang masalah Zahar yang
menyebabkan dia bersikap demikian. Zahar menyembunyikan
sebab sebenar dan memberikan alasan yang lain. Mak Temah
bertanya Zahar kemana Zahar pergi semalam dan tidak kelihatan.
Zahar menyatakan yang dia ke Alor Setar untuk membeli barang
keperluan sebagai persediaan ke IKM. Pak Yusuf mempelawa
Zahar untuk makan tengah hari di rumahnya.

6 Zahar ditemani Pak Yusuf pergi ke Sungai Petani dengan menaiki


teksi kepunyaan Pak Usin untuk mendaftar di IKM. Teksi tersebut
juga dinaiki oleh Tauke Lim yang mempunyai hal mustahak di
Sungai Petani. Dalam perjalanan mereka bersembang mengenai
masa depan pelajar lulusan ITM dan IKM. Peluang kerja bagi
pelajar lepasan ITM dan IKM dikatakan mempunyai  peluang kerja
yang baik dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Ingatan Zahar
terimbas kejadian Suhaili dan pemuda kacak di Alor Setar tempoh
hari. Sesampainya di IKM Zahar terus menuju ke tempat
pendaftaran. Setelah selesai mendaftar Zahar kembali
mendapatkan Pak Yusuf. Kelihatan Pak Yusuf sedang duduk di
bangku simen dengan seorang lelaki separuh umur, berbadan
tegap dan bersongkok. Pak Yusuf memperkenalkan Zahar kepada
Pak Cik Kamil yang sama-sama datang mendaftarkan anak
perempuanya yang bernama Norimi. Ketika Norimi datang kepada
mereka Pak Cik Kamil memperkenalkan Norimi kepada Zahar dan
Pak Yusuf. Mereka berbual seketika dan seterusnya beredar ke
asrama. Setelah mendapatkan kunci bilik Zahar dan Pak Yusuf
bergerak ke asrama. Mereka tertarik dengan beberapa orang
pelajar yang sedang berkerumun di hadapan papan kenyataan.
Zahar membaca poster berkenaan minggu suai kenal pelajar baru
yang perlu berkumpul di padang pada jam 230 petang. Zahar
kembali melangkah di ikuti pak Yusuf dengan persoalan yang
bermain di fikirannya mengenai minggu suai kenal tersebut.
7 Bermulanya kehidupan Zahar sebagai pelajar IKM. Pada waktu
petang selepas pendaftaran bermula program oriantasi pelajar
baharu IKM. Pelajar senior mengarahkan semua pelajar baru
berkumpul di padang untuk tujuan gotong royong. Zahar bersama
rakan-rakan baharunya membersihkan kawasan belakang IKM
yang akan didirikan bangunan asrama baharu. Pelajar-pelajar
dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang di ketuai oleh
seorang pelajar senior. Pelajar perempuan ditugaskan untuk
mengangkat rumput yang telah ditebas untuk dibawa ke tempat
pembakaran.  Selepas selesai gotong royong mereka diarahkan ke
dewan makan untuk minum petang. Setelah selesai minum pelajar
diberi masa untuk berehat dan menguruskan diri. Program
disambung pada sebelah malamnya.

8 Minggu suai kenal sudah berakhir. Semua pelatih baru telah


ditempatkan dalam kelas mengikut bidang kursus masing-masing.
Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas dengan
memberi peluang kepada pelatih-pelatihnya untuk berkenal-
kenalan dengan lebih dekat. Seterusnya cikgu Baharum
memberikan penerangan ringkas latihan Pertukangan Perabut.
Zahar berasa kagum melihat peralatan yang serba lengkap di
dalam bengkel. Cikgu Baharum membawa semua pelatihnya ke
stor menyimpan  pelbagai jenis kayu dan papan bermacam-macam
ukuran. Zahar dan pelatih-pelatih lain tertarik melihat deretan
mesin yang terletak di sebelah stor itu. Pada akhir kelas, Cikgu
Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan yang perlu
kepada pelatih-pelatihnya. Cikgu Baharum menyampaikan sedikit
nasihat kepada semua pelatih. Zahar berjanji pada dirinya untuk
berusaha bersungguh-sungguh menjadi seorang pelatih yang
berjaya dan membuktikan anggapan sesetengah orang yang
memandang rendah terhadap lulusan IKM itu tidak benar. Selepas
minum petan, Zahar berjumpa dengan Norimi untuk kali pertama
sejak selesainya minggu suai kenal. Mereka berbual-bual sambil
ditemani oleh Ramli dan Habsah. Mereka merancang untuk keluar
ke Sungai Petani untuk membeli alat-alat lukisan untuk kegunaan
Norimi dan Habsah.

9 Zahar pulang ke kampung pada pagi hari sabtu setelah beberapa


minggu berada di IKM.  Zahar berasa pelik dengan suasana
kampung setelah mula melangkah masuk ke kampungnya. Dua
tiga orang laju berbasikal  menuju ke rumah Pak Karim. Di sudut
halaman rumah Pak Karim yang luas itu kelihatan orang sedang
memasak menggunakan kawah yang besar dan suasana agak riuh
rendah. Zahar terfikir bermacam-macam perkara walaupun pada
hakikatnya dia tidak mahu memikirkan hal keluarga Pak Karim.
Zahar terus melangkah pulang ke rumahnya. Adiknya Zakri
memaklumkan bahawa abang dan emaknya pergi ke rumah pak
karim makan kenduri. Zahar menyalin pakaian dan terus turun
untuk ke rumah Pak Yusuf. Rumah Pak Yusuf lenggan kerana Pak
Yusuf dan isnterinya ke rumah Pak Karim. Zahar masuk kebangsal
pertukangan Pak Yusuf melihat keadaan sekeliling yang tidak
banyak berubah. Terdapat sebuah almari pakaian yang sudah
berdiri tegak. Dia teringat akan pesanan Cikgu Baharum bahawa
perabut yang bermutu tinggi bukan terletak pada ukiran yang unik
tetapi juga pada kerja yang cermat, teliti, halus dan berseni. Zahir
terbayang suasana kenduri di rumah Pak Karim. Zahar di sapa
oleh Pak Yusuf yang baharu saja tiba di rumah. Pak Yusuf
bertanyakan zahar bilakah dia sampai dan adakah dia pergi ke
majlis kenduri di rumah Pak Karim. Zahar mengatakan yang dia
baru sahaja tiba dan segan untuk ke majlis tersebut. Zahar
terbayang bengkel baru yang lebih maju beroperasi di rumah Pak
Yusuf. Lamunan Zahar putus dan dia melihat Mak Temah berjalan
menuju ke arahnya. Mak Temah mengusik Zahar dan bertanyakan
soal Suhaili. Mak Temah mengajak Zahar untuk makan nasi
kenduri yang dibawa pulang dari rumah Pak Karim.

10 Setiap awal bulan, suasana di pejabat IKM agak sibuk. Zahar dan
pelatih-pelatih berbaris menunggu giliran untuk mengambil wang
imbuhan masing-masing. Setelah menandatanggani baucar, wang
imbuhan sebanyak RM 200 yang diterimanya dengan perasaan
gembira dan bersyukur. Dengan wang itulah dia menampung
perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil imbuhan, Zahar
segera keluar menuju ke tempat surat. Kelihatan Norimi dan
Habsah sedang melihat sampul-sampul surat yang hampir
memenuhi rak. Habsah menyatakan ada surat untuk Zahar. Norimi
bertanyakan daripada siapa surat tersebut dan Zahar menjelaskan
bahawa surat ini datangnya daripada adiknya di kampung. Norimi
tidak berpuas hati dan merampas surat itu daripada Zahar untuk
melihat sampulnya. Norimi menyatakan surat itu bercop posnya di
Shah Alam dan tulisan orang perempuan sambil melirik senyuman
kelat kepada Zahar. Zahar meminta semula surat itu daripada
Norimi dan menafikan dakwaan Norimi itu. Perbualan mereka
terhenti apabila pengetua keluar dari pejabat dan Zahar melangkah
pantas menuju ke kelasnya. Zahar membelok ke tandas dan
menatap sampul surat di tanganya. Dengan tidak sabar dia terus
membuka sampul surat dan membacanya. Rupa-rupanya surat itu
dikirim oleh suhaili. Isi surat tersebut menyatakan hasrat Suhaili
untuk meleraikan ikatan hati kerana masing-masing memilih haluan
yang berbeza. Suhaili juga menyatakan rasa hampa dengan jalan
yang dipilih oleh Zahar dan beranggapan haluan yang dipilih oleh
Zahar tiada masa depan. Niatnya untuk membuang air kecil
terbantut disitu sahaja dan terus bergegas keluar dan berlajan
pantas masuk semula ke kelasnya. Zahar meneruskan kerjanya
menyiapkan sebuah kerusi. Sementara menunggu cikgu Baharum
datang untuk melihat hasil kerjanya, fikirannya terbawa kembali
pada surat yang diterimanya. Surat itu tidak akan mematahkan
semangat, sebaliknya terus menguatkan tekadnya untuk mencapai
cita-citanya .Zahar berazam untuk membuktikan bahawa dia boleh
menjadi manusia yang berjaya dalam hidup yang penuh pancaroba
ini.

11 Norimi dan Zahar bertengkar mengenai surat yang diterima Zahar


tempoh hari. Dengan rasa tidak puas hati Zahar memberikan surat
tersebut untuk di baca oleh Norimi. Setelah selesai membaca
barulah Norimi tahu perkara sebenar yang di hadapi Zahar. Norimi
datang menghampiri Zahar yang ketika itu sedang berdiri
menghadap padang memerhatikan rakannya bermain bola sepak.
Zahar tidak menghiraukan Norimi. Norimi meminta maaf atas
sikapnya yang suka mengusik Zahar mengenai surat tersebut.
Zahar berharap agar Norimi berpuas hati dengan ini kandungan
surat tersebut dan meminta Norimi menjadi penawar luka hatinya.
Ramli menjerit memanggil Zahar dari tengah padang dan Maarof
berlari-lari anak menghampiri zahar dan mengajak Zahar dan
mengajaknya berlatih bersama kerana kekurangan pemain.
12 Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan
penyokong-penyokongnya bergerak meninggalkan perkarangan
IKM Alor Setar. Maarof sebagai ketua pasukan memuji Zahar
kerana menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan persahabatan
tersebut dan meminta rakan-rakan memberikan tepukan kepada
Zahar.  Zahar dengan rasa rendah diri menyatakan kejayaan
pasukannya bukan hanya bergantung kepada dirinya seorang
tetapi kerjasama semua pemain dan penyokong-penyokong.
Maarof juga meminta semua pemain turun berlatih untuk
memperkemaskan permainan bagi menghadapi perlawanan akan
datang.
13 Perlawanan timbal balik pertandingan bola sepak di antara
pasukan bola IKM Alor Setar dan pasukan IKM Sungai Petani
berlangsung sengit. Namun pasukan bola sepak IKM Sungai
Petani memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0.
Kemenangan mereka dibantu oleh ketangkasan Redzuan menjaga
gawang dan sokongan pelatih dan tenaga pengajar yang
memberikan sokongan di tepi padang. Pasukan bola sepak Sungai
Petani tidak begitu meraikan kejayaan kerana menghormati
pasukan lawan sehingga mereka pulang. Mereka merancang untuk
mengadakan perlawanan persahabatan dengan pihak luar untuk
mengeratkan perhubungan.
14 Sebelum bermulanya peperiksaan, semua kegiatan luar
ditangguhkan sementara waktu. Semua pelatih gigih membuat
persediaan untuk peperiksaan. Pelatih-pelatih baharu akan
mengambil peperiksaan asas.  Zahar awal-awal lagi berazam
untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Tiba hari peperiksaan
semua pelatih awal-awal lagi sudah berada di dalam bengkel.
Tanpa melupakan pesanan Cikgu Baharum, Zahar memulakan
peperiksaan dengan tenang. Hari pertama peperiksaan berakhir, 
Zahar berasa cukup puas hati dengan hasil kerjanya. Bila
peperiksaan di sambung keesokan harinya, Zahar semakin yakin
dengan kebolehan dirinya. Dua minggu selepas peperiksaan,
semua pelatih bercuti semester selama tiga minggu. Cuti adalah
peluang yang dinantikan oleh Zahar untuk mempraktikkan
kemahiran yang ditimbanya di IKM bagi membantu Pak Yusuf di
bengkelnya.
15 Kesempatan bercuti di kampung memang menggembirakan Zahar.
Apatah lagi keadaan ibunya sihat dan dapat bekerja dengan baik.
Cuma mengusik hatinya apabila terpaksa melintasi rumah Suhaili
untuk sampai ke rumahnya.Walaupun hatinya terusik, pada masa
yang sama usikan itu menguatkan lagi awamnya untuk mengorak
langkah hingga ke mercu kejayaan. Selepas sarapan pagi, Zahar
terus ke rumah Pak Yusuf. Pak Yusuf terkejut dengan kepulangan
Zahar dan mereka berbual-bual dengan mesra. Kemunculan Mak
Temah membantutkan perbualan mereka. Mak Temah juga
terkejut dengan kedatangan Zahar pada pagi itu. Pada masa yang
sama gembira kerana Zahar dapat membantu Pak Yusuf yang
akhir-akhir ini banyak mendapat tempahan membuat perabot.
16 Setelah tiga bulan menunggu denga penuh debaran, keputusan
peperiksaan yang di nanti-nantipun diumumkan. Zahar telah lulus
dengan cemerlang. Cikgu Baharum juga tersenyum girang kerana
hanya seorang sahaja pelatihnya gagal dan dikehendaki
mengulang semula peperiksaan. Cikgu Baharum memberi nasihat
kepada semua pelatihnya agar tidak lalai dan berpuas hati dengan
kejayaan yang dicapai. Suasana gembira dengan keputusan
peperiksaan bukan sahaja tercetus dalam kalangan pelatih-pelatih
Pertukangan Perabut tetapi juga semua pelatih yang mengambil
peperiksaan asas. Norimi juga mendapat keputusan yang
cemerlang.
17 Enam bulan yang dilalui terasa cukup singkat. Pelatih-pelatih perlu
bekerja keras menjalani latihan yang lebih intensif kerana akan
menduduki dua peperiksaan dalam masa yang singkat. Zahar tidak
menghadapi sebarang masalah. Doa restu daripada ibu dan
dorongan daripada Pak Yusuf membuatkan fikirannya sentiasa
tenteram dan bersemangat untuk berjaya dalam peperiksaan
berikutnya. Dalam masa yang sama, ingatannya pada Suhaili kian
luput. Pengalaman pertama semasa menduduki peperiksaan asas,
bayak membantu Zahar dan rakan-rakannya ketika menduduki
peperiksaan peringkat pertengahan. Peperiksaan akhir  sijil IKM
pula diadakan selepas tiga minggu peperiksaan peringkat
pertengahan. Zahar dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan
itu dengan lebih yakin. Seminggu sebelum bermulanya cuti
semester ketiga, pelatih-pelatih di maklumkan mengenai latihan di
dalam loji yang diwajibkan kepada mereka. Zahar yang tidak
banyak kerenah dan sanggup di hantar kemana sahaja, menerima
dengan senang hati tawaran latihan di dalam loji di sebuah kilang
perabot di Kemunting, Perak. Begitu juga dengan Ramli, Habsah,
dan Norimi yang mendapat tempat latihan dalam loji pilihan
masing-masing. Satu majlis perpisahan telah diadakan secara
sederhana sahaja. Pengetua berucap memberikan kata-kata
nasihat kepada pelatih-pelatih yang telah tamat kursus mereka.
Majlis peperiksaan yang diatur secara tidak formal pada malam itu
berlangsung dalam suasana yang mengharukan kerana
mengenagkan kemesraan yang terjalin selama ini akan berakhir
dengan peperiksaan.
18 Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan
kerjanya. Setelah seminggu membantu ibunya, barulah zahar
berpeluang pak Yusuf pula. Selepas menghabiskan cuti, Zahar ke
Taiping untuk menjalani latihan dalam loji di kilang perabot Usaha
Bersatu Sendirian Berhad. Ketua Unit Personel menyambut
ketibaan Zahar dengan mesra. Seterusnya Zahar diperkenalkan
kepada Encik Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran. Zahar di bawa ke
blok pengeluaran untuk melihat operasi pengeluaran perabot. Pada
waktu rehat tengah hari, Zahar berpeluang berkenalan dan
beramah mesra dengan pekerja kilang.  Di situlah Zahar
berkenalan dengan Razali yang mengajaknya tinggal bersama-
sama.
19 Suhaili gelisah apabila terpandang Zahar dari dalam pejabatnya.
Suasana pejabat yang dingin ibarat haba pada waktu itu. Perasaan
Suhaili bercampur baur dan dia berasa tidak bersemangat untuk
meneruskan kerjanya.  Suhaili  berjalan ke bahagian Personel
yang terletak tidak jauh dari bahagian pemasaran untuk berjumpa
Miss Ooi, Ketua Unit Personel  bertanyakan tentang Zahar.
20 Setelah dua minggu mengikuti latihan, Zahar sudah dapat
menyesuaikan diri sepenuhnya dengan suasana kerja di kilang.
Dia mudah didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan sekerja
begitu mesra walaupun baru dua minggu bertegur sapa.  Zahar
bertuah dapat berkawan dengan Razali yang rajin dan tidak
banyak kerenah. Zahar yang ditugaskan di bahagian pemasangan,
bekerja dengan tekun. Zahar dikejutkan oleh kedatangan Encik
Manaf yang memaklumkan Ketua Unit Pemasaran ingin berjumpa
dengannya. Zahar terus ke bahagian pemasaran dengan perasaan
berdebar dan tertanya-tanya. Zahar amat terkejut kerana orang
yang ingin berjumpanya ialah kawan lamanya, Suhaili. Zahar
serius dalam perbualan mereka namun Suhaili kelihatan cuba
untuk senyum dan berbaik-baik. Kerana berselisih pendapat Zahar
dan Suhaili bertengkar sehingga menyebabkan Zahar bangun
meninggalkan bilik dengan tergesa-gesa.
21 Zahar duduk di meja ruang tamu menghirup kopi setelah pulang
dari kerja. Dia teringat rakan-rakannya di kampung  dan juga
Norimi yang merupakan kawannya di IKM. Surat tidak sempat
untuk di hantar kerana dia tidak  ada perasan untuk menulis surat.
Ketika mula menulis, Razali tiba dengan membawa bungkusan
plastik berisi kuih. Zahar berhenti menulis dan  menikmati minum
petang bersama Razali. Ketika minum bersama, razali bertanyakn
Zahar yang kelihatan muram setelah berjumpa dengan Penolong
Ketua Unit Pemasaran. Pada mulanya Razali ingin merahsiakan
hal tersebut tetapi akhirnya terpaksa menceritakan perkara yang
sebenar kepada Razali.
22 Setelah berbulan bulan menjalani latihan, Zahar menerima berita
gembira yang dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
pertengahan tahun dengan mendapat pangkat satu. Zahar sedar
Suhaili cuba berbaik semula dengannya tetapi dia masih mampu
mengelak daripada berselisih dengan Suhaili. Dia juga tahu Suhaili
masih berhasrat untuk menemuinya. Bukan dia tidak mahu
menemui Suhaili, tetapi bagi Zahar tiada gunanya dia menemui
Suhaili untuk berbual kosong kerana hal tersebut hanya akan
mengembalikan kenangan lama. Kenangan lama akan tetap di
padamkan dengan apa jua cara. Dia lebih senang berehat selepas
pulang dari kerja. Jika tidak berjoging atau ke bandar Taiping untuk
membeli keperluan, masanya dihabiskan dengan menulis dan
membalas surat kawan-kawannya. Zahar lebih tertarik membaca
surat daripada Norimi yang penuh dengan kata-kata puitis  dan ada
persoalan yang sukar untuk dijawab. Pengalaman telah
mengajarnya supaya tidak terlalu emosional. Dia tidak mahu
terperangkap dalam sangkar rasa yang boleh menggoyahkan cita-
cita yang belum tercapai. Tempoh enam bulan menemui
kesudahannya. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kenangan
manis dan pahit sepanjang menjalani latihan di dalam loji. Zahar
terharu apabila diraikan dalam satu majlis ringkas yang di adakan
untuknya. Selepas majlis itu berakhir, dia sempat bertemu dengan
Suhaili.
23 Setelah berfikir masak-masak Zahar membuat keputusan bahawa
bengkel perabot yang akan didirikannya mestilah terletak atas
tanah milik ibunya sendiri. Zahar bersyukur dengan pembangunan
kampungnya dan berasa rugi jika pembangunan yang di salurkan
oleh kerajaan tidak di manfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat
setempat. Ibunya cukup gembira mendengar perancangannya
untuk membina bengkel perabot di halaman rumah mereka dan
Pak Yusuf tidak membantah. Zahar berasa dirinya cukup bernasib
baik kerana pinjaman yang dimohonnya lulus dalam masa yang
singkat. Sumbangan Pak Yusuf dan wang elaun serta saguhati
semasa menjalani latihan di dalam loji dahulu membolehkannya
membina sebuah bengkel lengkap dengan mesin utama.
Masyarakat kampung bekerjasama mendirikan bengkel tersebut
dan disajikan dengan jamuan makan tengah hari.
24 Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai setelah
tersiarnya rencana “Kejar Kejayaan Selepas Dihina Kekasih”.
Zahar memilih nama “Meniti Impian” kerana nama itulah paling
sesuai bagi mendukung makna yang besar dan tersendiri pada
dirinya. Perniagaanya semakin maju, malah Zahar juga
menawarkan tiga tempat di bengkelnya kepada pelatih
Pertukangan Perabot yang terlibat dengan latihan di dalam loji. Pak
Yusuf memainkan peranan penting dalam membantu Zahar
memasarkan perabutnya. Zahar sendiri juga berusaha untuk
mendapatkan pasaran luar bagi mengembangkan lagi
perniagaannya. Pihak mara juga cuba membantu untuk
memasarkan barangan pengusaha-pengusaha perabut
bumiputera. Ketika berehat di ruang tamu bersama Pak Yusuf
selepas makan tengah hari, posmen tiba dan menghulurkan dua
pucuk surat kepada zahar. Zahar mendapat dua pucuk surat
daripada Suhaili dan Norimi. Pak Yusuf dan Mak Kiah bertanyakan
Zahar dari mana datangnya surat tersebut. Zahar menyatakan
surat tersebut daripada Norimi yang mengatakan akan datang
pada hari penyampaian sijil di IKM bersama ayahnya nanti.
SINOPSIS Mengisahkan kegigihan seorang remaja, Zahar yang menjadi
KESELURUHAN pelatih di IKM dalam bidang pembuatan perabot. Zahar merupakan
seorang remaja yang amat yakin dengan pegangan hidupnya dan
ingin berdikari untuk mencapai cita-citanya. Perjalanan hidupnya
dipenuhi pelbagai konflik tetapi dia terus berusaha memastikan
konflik yang dialami tidak menghalang cita-citanya.  Kehadiran
Suhaili dan Norimi dalam hidupnya mempertemukannya dengan
konflik cinta, cemburu dan semacam dendam. Suhaili merupakan
sahabat baiknya ketika di bangku sekolah seperti menghinanya
kerana menyambung pelajaran di IKM dan meninggalkannya.
Norimi pula cuba memahami keadaannya dan bersimpati tetapi
agak cemburu. Dengan keyakinan yang tinggi dan usaha yang
bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan
pihak MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel
perabutnya sendiri.
TEMA Kegigihan seorang remaja dalam mengejar cita-citanya untuk
menjadi seorang usahawan.
  Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dalam bidang pertukangan
kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan
perabot yang cemerlang.
  Kegigihan juga dapat digambarkan melalui usahanya membantu

bengkel Pak Yusuf dalam menyiapkan tempahan setiapa kali


pulang bercuti di kampung.
PERSOALAN 1. Usaha yang membawa kejayaan
  Zahar sangat tekun berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani

latihan dalam loji yang akhirnya berjaya mempunyai bengkel


perabotnya sendiri.
2. Minat dan kebolehan diri
  Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara kecil-kecilan
walaupun dia tidak mempunyai sijil kemahiran dalam bidang
tersebut.
  Zahar sangat meminati bidang pertukangan dan banyak belajar

daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi pelajar


cemerlang di IKM
3. Konflik percintaan dalam kalangan remaja
  Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi Suhaili tidak

menyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka berbeza.


  Norimi menaruh perasaan kepada Zahar tetapi amat cemburu.

4. Keharmonian hidup di kampung


  Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak Karim

dihadiri oleh semua orang kampung yang membantu dalam


menyediakan hidangan untuk majlis tersebut.
  Orang kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk
mendirikan bengkel perabotnya dan Zahar menjamu mereka
dengan hidangan tengah hari.
5. Persahabatan yang ikhlas
  Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani latihan

dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya.


  Zahar dan rakan-rakan di IKM serta di kampung saling memberi

sokongan antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai