Anda di halaman 1dari 1

Pendekatan Induktif

Berdasarkan analisis daripada video tersebut, pendekatan yang dapat dikenal pasti telah digunakan
ialah pendekatan induktif. Pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu contoh seterusnya
kepada satu generalisasi. Dalam hal ini, guru akan mengumpulkan contoh-contoh daripada teks,
menunjukkan dan menerangkan fungsi contoh tersebut seterusnya membantu murid-murid untuk
merumuskan satu kesimpulan yang sesuai (Faridah Nazir, 2009)

Menurut Faridah, Faiziah & Amran (2016), terdapat beberapa prinsip dalam pendekatan induktif
iaitu stratergi penyoalan haruslah disediakan supaya guru dapat membantu murid untuk
membentuk konsep-konsep dengan jelas dan mudah seterusnya membuat generaslisasi yang sesuai.
Sebagai contoh, guru dalam video tersebut telah mengemukakan beberapa soalan kepada murid
secara aktif.

Di dalam sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif, guru boleh
mengemukakan beberapa contoh yang khusus misalnya, diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk
membimbing murid-muridnya memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang
terkandung dalam setiap contoh itu. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,guru
tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu. Guru hanya
membimbing murid, melalui aktiviti soal jawab, mentafsir dan membuat kesimpulan daripada
contoh –contoh khusus yang dikemukakan. Misalnya dalam video tersebut, guru bertanya tentang
“Hari ini hari apa” maka murid menjawab hari Isnin dan kemudian guru bertanya lagi bahawa
kelmarin hari apa dan murid menjawab hari Ahad. Guru bersoal jawab dengan murid dengan cara
bertanya semula soalan yang telah diberikan atau “reverse question” untuk menguji tahap
kefahaman murid berdasarkan soalan pertama yang dikemukakan oleh guru itu tadi.

Anda mungkin juga menyukai