Anda di halaman 1dari 7

(kertas kerja dah dihantar ke HEP..

menunggu kelulusan)

KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT,

KERTAS CADANGAN
“SEMINAR PEMANTAPAN SOLAT”

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


AMBILAN JANUARI 2011

TARIKH:
28 MAC 2011 (ISNIN)

ANJURAN:
BIRO AGAMA DAN PENDIDIKAN
KAMPUS SULTAN MIZAN

DENGAN KERJASAMA:
KELAB RAKAN MASJID
KAMPUS SULTAN MIZAN

Telah dibentangkan dalam Mesyuarat M3P


Tarikh
Catatan:
1.Sinopsis

Biro Agama dan Pendidikan IPGMKSM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan
Seminar Pemantapan Solat bagi memantapkan ibadah solat para pelajar. Program ini
adalah buat julung-julung kalinya diadakan dalam tahun ini di IPGM KSM.

Sebelum seminar, ujian diagnostik akan diadakan bertujuan menilai pengetahuan asas
dalam solat. InsyaAllah, penganjuran seminar ini mencerminkan imej IPGMKSM
sebagai sebuah institusi yang sentiasa aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk manfaat
warganya.

2.Objektif

2.1 Mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar semasa solat.


2.2 Memberi pendedahan mengenai cara solat yang betul menurut mazhab Syafii.
2.3 Memberi maklumat-maklumat semasa mengenai permasalahan atau isu-isu
berkaitan solat.
2.4 Mengetahui teknik-teknik dan cara-cara solat semasa sakit dan musafir

3.Matlamat

Program Seminar Pemantapan Solat ini bertujuan untuk melahirkan insan guru yang
soleh dan solehah dengan mentaati segala perintah Allah dan Rasul demi mencapai
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Justeru itu, persoalan dalam ibadat solat yang
seringkali menjadi tanda tanya buat umat Islam khusunya bagi seorang pelajar Muslim
ini, Insyaallah akan dapat dirungkaikan satu persatu dalam setiap pembentangan kertas
kerja. Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT, setiap pelajar yang mengikuti seminar
ini akan mendapat manfaat yang besar, terutamanya dalam kesempurnaan dalam
ibadat solat mereka, dan dapat mengisi kekosongan masa petang pelajar.
4.Anjuran

Exco Agama dan Pendidikan dengan kerjasama Kelab Rakan Masjid IPGMKSM.

5.Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran adalah pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Dengan
Kepujian) Ambilan Januari 2011

6.Butiran Program (Tarikh, Masa dan Tempat)

Tarikh yang dicadangkan ialah pada 28 Mac 2011 bersamaan 23 Rabiulakhir 1432
hijrah. (Isnin)

Tempat yang dicadangkan ialah di Dewan Kuliyah Ibnu Khaldun.

7.Tentatif Program

28 Mac 2011 (Isnin)

2.30 Petang - Majlis bermula dengan bacaan doa


2.45 Petang - Pembentangan kertas kerja 1 (JAPIM/Majlis Agama Besut)
3.35 Petang - Sesi soal jawab
3.45 Petang - Pembentangan kertas kerja 2 (JAPIM/Majlis Agama Besut)
4.35 Petang - Sesi soal jawab
5.00 Petang - Jamuan ringan, Solat dan Bersurai
8.Senarai Jawatankuasa Pelaksana

Penaung : Dr. Hjh. Samsiah binti Mustaffa

Penasihat : Ust. Muhammad Zawawi bin Muhammad Ali

Pengerusi : Che Mohd Rozairi bin Che Mohd Nor

Naib Pengerusi : Muhammad Asyraf bin Al-Pandi

Setiausaha : Siti Roszalia binti Mohamed

Bendahari : Mariyah Farhana binti Ghazali

Ajk Tempat : Muhammad Farhan bin Suria


Muhammad Hafiz Fadly bin Mat Kamar

Ajk Publisiti : Ummu Habibah binti Othman


Aimi Sakinah binti Iskandar

Ajk Cenderamata : Nur Amirah binti Abd. Aziz


Nur Shuhana binti Safruddin

Ajk Jamuan : Lailatuzzakia binti Mat Suji


Nurnadiah binti Mohd Khairi

Ajk Ujian Diagnostik : Nur Sakinah binti Adnan


Nurulaini binti Abd. Rahim
9.Penutup

Sesungguhnya Seminar Pemantapan Solat yang akan dianjurkan ini dapat memberi
faedah kepada para pelajar dalam usaha memantapkan solat. Di samping itu, pengisian
sebegini penting supaya dapat memantapkan solat yang dilakukan.
Ilmu pengetahuan yang diperoleh juga dapat dipelajari dengan lebih mendalam melalui
seminar ini. Seminar yang diadakan adalah bercirikan pemantapan dalam melakukan
solat yang mendatangkan faedah kepada para pelajar.

Selain itu, kebolehan dan keterampilan pelajar dapat diserlahkan melalui penglibatan
mereka dalam mengendalikan sesuatu program. Perkara ini amat penting bagi
menampilkan citra guru yang unggul di samping memiliki daya tahan fizikal yang tinggi
dari segi fizikal, jasmani, rohani dan perkembangan sosial. Diharapkan juga agar
program ini dapat menghimpunkan kesepaduan, keakraban dan kemesraan di kalangan
para pelajar dengan pensyarah Jabatan Pendidikan Islam & Moral Institut Perguruan
Sultan Mizan. Dengan kerjasama daripada semua pihak, maka Seminar Pemantapan
Solat ini dapat diadakan dengan berkesan dan lancar sepertimana yang dirancang dan
ditetapkan.
Disediakan oleh

-------------------------------------------------
SITI ROSZALIA BINTI MOHAMED
Setiausaha
Program Seminar Pemantapan Solat
PISMP Pengajian Islam 1
Ambilan Januari 2011

Disemak oleh

-------------------------------------------------------------------------
USTAZ MUHAMMAD ZAWAWI BIN MUHAMMAD ALI
Pensyarah Penasihat
Program Seminar Pemantapan Solat

Disahkan Oleh

---------------------------------------------------------------
TN. HJ. CHE RAHIM BIN CHE DIN
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan
Diluluskan oleh

----------------------------------------------------
Dr. HAJAH SAMSIAH BT MUSTAFFA ( A.S.K)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan

Dengan ini saya MELULUSKAN / TIDAK MELULUSKAN


Prgoram Seminar Pemantapan Solat ini.

Ulasan : -----------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai