Anda di halaman 1dari 10

MODUL PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6

NAMA MURID :
----------------------------------------------
KELAS :
-------------------------------------------
NAMA GURU :
-----------------------------------------------

TEMPOH PELAKSANAAN : SATU MINGGU

Modul hadis tahun 6Page 1


PASTIKAN
1. Setiap murid mendapat modul yang mengandungi bahan pembelajaran yang perlu
disiapkan dalam tempoh seminggu.

2. Murid dan pendamping dikehendaki membaca nota dan memahaminya sebelum


membuat aktiviti.
3. Modul ini mengandungi 3 aktiviti. Fahami arahan dalam setiap aktiviti.

4. Lakukan aktiviti 1 bersama pendamping atau baca secara kuat bersendirian dan tanda
mengikut tahap kebolehan anda.

5. Lengkapkan peta i-think pada aktiviti 2.

6. Jawab soalan pada aktiviti 3 berdasarkan situasi yang diberikan.

7. Untuk mengetahui tahap kemahiran membaca, anda boleh rujuk instrument 1.

8. Setelah aktiviti 2 dan 3 disiapkan, instrument 2 digunakan untuk mengetahui kefahaman


terhadap topik selain kemahiran menghubungkait topik dengan situasi sebenar.

9. Sekiranya aktiviti 1,2, dan 3 telah siap serta instrument 1 dan 2 telah siap. Murid boleh
menghantar tugasan tersebut kepada guru dan mendapatkan modul yang seterusnya.

Modul hadis tahun 6Page 2


Tahun Enam

Tempoh Pelaksanaan Satu minggu ( 9 hingga 13 Oktober 2020)

Bidang Hadis

Tajuk Hindari rasuah

Ringkasan Kandungan Modul ini berkaitan tentang konsep rasuah, punca,akibat,


dan kepentingan menjauhinya di dalam kehidupan
seharian. Melalui aktiviti di dalam modul ini,murid dapat
memahami konsep sebenar rasuah dan akan sentiasa
berusaha untuk menghidarinya demi kesejahteraan
diri,masyarakan, dan negara.

Standard Kandungan 2. Membaca, merumus dan menghayati hadis.

Standard Pembelajaran Asas 2.1 Membaca hadis dan terjemahannya.

2.2 Menerangkan initipati hadis.

2.3 Menghuraikan pengajaran hadis larangan rasuah.

2.6 Menginsafi keburukan amalan rasuah dan berusaha


menjauhinya dalam kehidupan seharian.

Standard Pembelajaran Tambahan

2.4 menganalisis sebab dan kesan berlaku rasuah.

2.5 membincangkan kebaikan menghindari rasuah.

Objektif pembelajaran 1.Murid dapat membaca hadis dan terjemahannya


dengan betul.

2.Murid dapat menyatakan sebab dan akibat rasuah


dengan betul setelah melengkapkan peta i-think.

Modul hadis tahun 6Page 3


3.Murid dapat menghurai pengajaran hadis dan
mengaitkannya dengan kepentingan menjauhi rasuah
dalam kehidupan seharian berdasarkan situasi yang
diberi.

NOTA

HADIS

َ َ‫عَن َع ْب ِدهللا بِن َع ْمرُوْ ق‬


: ‫ال‬

َ ‫صلّى هللا َعلَ ْي ِه َو َسلّم الرَّاشي وال ُمرْ ت‬


‫َشي‬ َ ِ ‫لَ َعنَ َرسُو ُل هَّللا‬

ُّ‫َر َواهُ َالتِّرْ مذي‬

MAKSUDNYA

Daripada Abdullah bin Amru telah berkata : Rasulullah SAW melaknat pemberi dan penerima
rasuah.

INTIPATI HADIS

Modul hadis tahun 6Page 4


1. Rasuah ialah suatu pemberian yang diberikan kepada seseorang untuk membenarkan
sesuatu yang salah atau membatalkan sesuatu yang benar.

2. Contoh : Seorang pekerja telah menghulurkan RM5000 kepada majikannya agar


dinaikkan pangkat dengan segera.

3. Hukumnya : Haram. Pemberi dan penerima rasuah akan dilaknat(dihina) oleh Allah.

4. Punca- punca berlakunya rasuah :-

a) Kurang didikan agama.


b) Kelemahan pemimpin dalam sesebuah organisasi.
c) Sifat tamak.
d) Mengutamakan kehendak diri daripada keredhaan Allah.

5. Kesan-kesan rasuah pada individu,masyarakat, dan negara ialah :-

a) Menjatuhkan maruah diri.

b) Menimbulkan permusuhan.

c) Sifat amanah dan tanggungjawab akan terabai.

d) Kestabilan sesuatu organisasi akan tergugat.

e) Mendapat kemurkaan dan laknat Allah.

f) Hidup tidak diberkati Allah.

5. Sebagai umat Islam,kita diwajibkan menjauhi rasuah kerana :-

Modul hadis tahun 6Page 5


a) Masyarakat hidup bersatu padu.

b) Sesuatu organisasi akan stabil.

c) Ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara dapat dikukuhkan.

d) Jauh daripada kemurkaan Allah.

1
2
Kita hendaklah Pengajaran
menjauhi rasuah daripada hadis Pemberi dan
penerima rasuah
dilaknat Allah.

4
3
Negara mundur
Masyarakat dan
berpecah-belah kucar -kacir

Modul hadis tahun 6Page 6


Rujuan tambahan :

Link : https://youtu.be/b6Aqf7Za_x0

Buku teks: muka surat 44-48

AKTIVITI 1

1.Sila baca hadis dan terjemahannya.( 10 minit)

: ‫عَن َع ْب ِدهللا بِن َع ْمرُوْ قَا َل‬

‫صلّى هللا َعلَ ْي ِه َو َسلّم الرَّاشي وال ُمرْ تَش َي‬


َ ِ ‫لَ َعنَ َرسُو ُل هَّللا‬

ُّ‫َر َواهُ َالتِّرْ مذي‬

Maksudnya:

Daripada Abdullah bin Amru telah berkata : Rasulullah SAW melaknat pemberi dan penerima
rasuah.

2. Tandakan √ tahap bacaan anda. (boleh di isi sendiri atau pendamping).

Perkara Pencapaian bacaan

Membaca terjemahan sahaja dengan betul.

Modul hadis tahun 6Page 7


Membaca hadis sahaja dengan betul.

Membaca hadis dan terjemahannya dengan


betul.

AKTIVITI 2.

1.Lengkapkan peta pelbagai alir tersebut. ( 30 minit )

SEBAB KESAN

RASUAH

Modul hadis tahun 6Page 8


Aktiviti 3

Jawab soalan berdasarkan gambar rajah di bawah. (20 minit)

Tahniah Hisham.
kamu memang
Terima kasih layak dinaikkan
tuan. pangkat.

1. Adakah kamu bersetuju dengan sikap Hisham? Kenapa?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Modul hadis tahun 6Page 9


2. Sekiranya kamu sebagai majikan Hisham, bagaimanakah tindakan yang sepatutnya anda
lakukan?

____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________
3. Apakah kepentingan kita menghindari rasuah?

______________________________________________________________________________

Modul hadis tahun 6Page 10

Anda mungkin juga menyukai