Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN CONTOH 5- LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI KRAF

TANGAN DI MALAYSIA

Industri kraf tangan mempunyai potensi yang besar di negara kita meskipun menghadapi
pelbagai masalah.
Apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk memajukan industri ini?

Jelaskan.

Industri kraf tangan ialah kerja-kerja penghasilan barangan kraf tradisional. Industri ini
merupakan satu industri yang berpetensi besar untuk membantu meningkatkan tahap
kehidupan masyarakat terutama masyarakat desa. Oleh itu, wujud pelbagai tindakan yang
boleh dilakukan untuk memajukan industri ini ke tahap yang lebih baik lagi.

Tindakan yang paling logik untuk memajukan industri ini adalah dengan membina
lebih banyak pusat kraf tangan di negara. Penubuhan lebih banyak pusat kraf sebegini
sudah pasti menjadikan lebih banyak produk yang boleh dipamerkan dan mudah untuk
diperoleh oleh pelancong terutama dari luar. Dalam masa yang sama pusat ini juga boleh
dijadikan sebagai tempat melatih lebih banyak penggiat industri ini pula.

Kerajaan juga harus menjalankan usaha untuk meningkatkan produktiviti industri ini.
Pengenalan teknologi dan reka bentuk yang unik sudah pasti mampu meninggikan lagi
keluaran industri ini supaya kos menjadi lebih murah dan harga yang dikenakan kepada
pembeli boleh dikurangkan sehingga ke tahap minima. Produktiviti yang tinggi juga
menjadikan industri ini lebih berdaya saing dan kreatif untuk memastikan produk mereka
terus mendapat tempat dalam hati pelancong.

Kempen kesedaran yang meluas harus dilaksanakan terutama dalam kalangan


generasi muda. Sudah ada remaja yang tidak lagi mengenali hasil kraf tangan negara
kerana mereka tidak menggunakan produk itu sebaliknya lebih suka menggunakan sesuatu
yang bercorak moden atau berteknologi tinggi. Kempen yang meluas juga mampu
mengiklan dan meninggikan imej hasil kraf tangan pada masa yang sama.

Produk kraf tangan ini juga perlulah menggunakan hasil semula jadi yang wujud di
Malaysia. Usaha mengeksploitasikan sumber semula jadi negara untuk dijadikan kraf tangan
mampu memberikan sentuhan unik terhadap produk tersebut lalu meninggikan
permintaannya pada masyarakat luar. Bukankah kraf tangan harus menggunakan sumber
semula jadi tempatan?

Konklusinya, industri ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Semua
negara menghargai hasil kraf tangan mereka dan menjadi tugas kita untuk memastikan hasil
ini terus hidup subur dalam negara ini. Kegagalan kita mengekalkan kraf tangan seolah-olah
menjadi buktik betapa teruknya pandangan masyarakat terhadap industri kraf tangan
sendiri.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

Anda mungkin juga menyukai