Anda di halaman 1dari 11

1|PANDUAN IBUBAPA(EN.

FAIRUSSHAMIZAR DAN PN HASLINDA)


FARIS NAJMI BIN FAIRUSSHAMIZAR (UPSR 2017)

📌 Kepada ibu bapa yg ada anak nak menghadapi peperiksaan 2017, amalkan zikir
ini.📌 *Kekuatannya dari Asmaul Husna* Ustazah Norhafizah Musa

Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam


Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati (Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat
menjawab dengan baik. 1x)

Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau
Maha Menampakkan 1x

Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak
segala jawapan yang betul. 1x

Allahumma 1x
Ya Baari'. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan
sebaik2nya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari
jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yaqin hanya kuasaMu shj Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.
Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan ank2 sedang menjawab
dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk masa nak
pergi sekolah. Kalau batal takpe.mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..

Dalam Al-Quran surah Al A' Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang
Asmaul Husna...
2|PANDUAN IBUBAPA(EN.FAIRUSSHAMIZAR DAN PN HASLINDA)
FARIS NAJMI BIN FAIRUSSHAMIZAR (UPSR 2017)

DOA ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Untuk anak2/ cucu2 yg bakal menduduki SPM /SMA/ PT3/ UPSR/ PSRA, semoga
berjaya dgn cemerlang. 😊😊

KELUAR ASRAMA/RUMAH :
BISMILLAHHI TAWAKALTU ALA ALLAH

PERJALANAN 🚶 :
YA ZAL JALA LIWAL IKRAM
MASUK DEWAN PERIKSA :
SALAMUN KAULAM MIRRABIR RAHIM
DUDUK :
IYA KANAQ BUDU WAIYA KANASTAIN
BUKA KERTAS SOALAN :
IH DINAS SIRA TAL MUSTAKIM
JAWAB SOALAN :
IN NALLAH HAKANA ALIMAN HAKIMA

SOALAN SUSAH ⚠ :
WAKANA ZALIKA ALAALLAHI YASIRAN

CHECK JAWAPAN ❌ :
INNALLAH HABIKUL LISYAIN ALIMA
HANTAR :
WAKAFA BILLAHI WALIYAU WAKAFA BILLAHI YASIRAN
ٰ
3|PANDUAN IBUBAPA(EN.FAIRUSSHAMIZAR DAN PN HASLINDA)
FARIS NAJMI BIN FAIRUSSHAMIZAR (UPSR 2017)

UNTUK IBUBAPA YANG MEMPUNYAI ANAK YANG AKAN MENDUDUKI


PEPERIKSAAN.

Perkongsian daripada Ust. Zahazan Mohamed


1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hajat, sahur, puasa & doakan utk mereka &
sekalian org Islam sepanjang puasa.
2. Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang.
3. Beri anak minum air zam2 atau air masak banyak.
4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi.
5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea,
kefahaman & kelancaran dlm menjawab.
6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yag terbaik, pesan mereka
untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran
& petua2 yang lain.
7. Ingat ! Jangan sekali2 menjadikan anak stres dengan permintaan2 yang luarbiasa,
memadailah kata2 berisi doa, motivasi & peniup semangat untuk mereka.
Antara surah yg digalakkan utk baca,
1. Surah Alam Nasyrah
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman 1-13

Niatkan semasa membaca surah2 ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dgn
cemerlang ...

DOA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN


SURAH AL FATIHAH 7 KALI
SELAWAT 7 KALI
SUBHANALLAH 44 KALI
ALHAMDULILLAH 44 KALI
ALLAHUAKBAR 44 KALI
YA HAYYAU YA QAYYUM 21 KALI
4|PANDUAN IBUBAPA(EN.FAIRUSSHAMIZAR DAN PN HASLINDA)
FARIS NAJMI BIN FAIRUSSHAMIZAR (UPSR 2017)

LANGKAH-LANGKAH PERJUANGAN ANAK-ANAK UNTUK MENGHADAPI

PEPERIKSAAN.

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. pada bulan/tahun ini anak2 kami dan anak2 saudara

kami yang amat kami kasihi akan berjuang menghadapi peperiksaan SPM/ UPSR dan

peperiksaan akhir tahun. Oleh itu, Ya Allah kau bukakanlah hati2 mereka dan

tenangkanlah fikiran mereka untuk dpt menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Ya Allah Yang Maha Esa.. permudahkanlah, bukakanlah seluas-luas pintu ilham kpd

mereka untuk menjawab soalan dengan tepat dan sempurna. Kau lapangkanlah dada

mereka untuk menggunakan segala ilmu yang telah diajar oleh guru2 kpd mereka. Kau

kurniakanlah mereka keputusan yang cemerlang untuk bekalan dunia dan akhirat.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa...

Pelbagai usaha telah dilakukan utk kejayaan mereka. Kau berilah balasan yg setimpal

atas segala usaha, kegigihan, kesungguhan dan pengorbanan anak2 ini, ibu bapa dan

guru2. Kau senangkanlah hati2 kami, murahkan rezeki kami dan tingkatkanlah darjat

kami dgn kejayaan anak2 kami.

Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Aamiin... Aamiin ya rabbalalaamiin.

Jom doakan setiap hari....


5|PANDUAN IBUBAPA(EN.FAIRUSSHAMIZAR DAN PN HASLINDA)
FARIS NAJMI BIN FAIRUSSHAMIZAR (UPSR 2017)

ANAK
Sekadar renungan utk kita sebagai ibu dan bapa...
Anak-anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan antara mereka. Yang pandai
jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

Anak yg baik, anak yg cerdik, cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand atau tidak,
letak syarat atau tidak, kerja kuat atau tidak, sabar atau tidak.

Anak-anak yg biasa-biasa, tak berapa pandai, itu hadiah ALLAH. Di mata manusia
mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga. Tak
perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak
menjaja bangga.

Anak-anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya dan
rencahnya. Jangan lukai hati anak-anak kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan
redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana-mana. Maaf dan
ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

Anak-anak kita mentah, jiwa mereka rapuh. Yang salah adalah kita, terlebih
menghukum daripada membina. Terlebih menyumpah daripada membimbing. Terlebih
marah daripada nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.

Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat.
Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana
ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa. Belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang
sebegitu hebat tidak pernah membeza-bezakan hambaNya tetapi kenapa kita seorang
hamba sangat suka beza-membeza..?

Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tak beri penuh
perhatian sekarang tetapi dialah yg akan ingat kita sampai tua dan akan mendoakan
kita hingga ke syurga.

Jangan berhenti untuk menjadi ibu bapa yang berilmu dan cemerlang.!

selamat menduduki peperiksaan anak2ku" UPKK / UPSR / SDEA / DK / SMRA / PT3 /


SMA / SPM / STAM / STPM
6|PANDUAN IBUBAPA(EN.FAIRUSSHAMIZAR DAN PN HASLINDA)
FARIS NAJMI BIN FAIRUSSHAMIZAR (UPSR 2017)

CARA EFEKTIF UNTUK KEJUT ANAK BANGUN PAGI.

✅ Beri anak-anak makan malam awal sedikit sekitar pukul 7 malam.

✅ Kurangkan aktiviti yang aktif sebelah malam. Kalau boleh pukul 9 tu dah tutup

televisyen. Boleh baca buku atau siapkan kerja sekolah.

✅ Masuk tidur awal. Pukul 10 saya dah ajak anak-anak masuk tidur.

✅Jadikan ini sebagai rutin. Jangan biarkan anak tidur tak tentu masa.

Sebelum tidur tu pesan pada anak supaya esok dapat bangun dengan mudah bila kita

kejutkan.

✅ Peluk dan cium sebelum mereka tidur. Mereka akan rasa happy dan bersemangat.

✅ Pastikan mereka tidak tidur petang terlalu lewat dan terlalu lama. Kalau anak-anak

biasa tidur petang, biarkan mereka tidur dalam sejam antara pukul 2-5 petang.

✅ Kalau dah kejut tapi taknak bangun juga, beritahu mereka yang hari ni ada aktiviti

menarik di sekolah. Mereka akan lebih teruja untuk ke sekolah. Ataupun boleh cakap

yang Si A (kawan baik anak) sedang menunggu dia di sekolah.

Apabila ada hari yang anak anda senang bangun, puji sikap dia yang baik tu.

✅ Selalu berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan kita.


7|PANDUAN IBUBAPA(EN.FAIRUSSHAMIZAR DAN PN HASLINDA)
FARIS NAJMI BIN FAIRUSSHAMIZAR (UPSR 2017)

PETUA CEMERLANG UPSR 2017

1. Gunakan pensel 2B sebenar, dan bukan pensil mekanikal untuk menjawab soalan.
Kalau boleh, sediakan pensel 2B yang berkualiti terbaik, atau exam grade. Kadang
tulisan tak berapa jelas dan akan menyukar pegawai pemeriksa kertas.

2. Haramkan terus penggunaan pensel mekanikal, kerana penggunaan pensel ini


akan buang masa anak-anak ketika menjawab soalan. Apabila mata pensel mekanikal
habis, ia akan bazirkan masa jawab peperiksaan semata-mata untuk masukkan isi
dakwat pensil mekanikal tersebut.

3. Latih pelajar untuk menulis dengan tulisan yang jelas dan terang. Jika tulisan tidak
cantik, sukar dibaca, tidak terang dan tunggang-langgang, kesannya akan
menyebabkan pemeriksa sukar nak baca jawapan yang ditulis. Jika pemeriksa tidak
faham, kemungkinan pelajar akan kehilangan markah yang berharga.
4. Untuk kertas I Sains
i. Baca dan fahami soalan
ii.Gariskan kata kunci pada soalan
iii.Buang atau potong jawapan penganggu/jawapan yang salah
iv.Pilih jawapan yang paling tepat
v. Pindahkan dan hitam jawapan yang betul ke dalam kertas jawapan - OMR

Untuk kertas II Sains, ada kata kunci tertentu yang memberikan markah. Pastikan anak-
anak berlatih menjawab soalan sains menggunakan kata kunci ini, dan menulisnya
dengan baik.

5. Gunakan pemadam yang berkualiti terbaik, kerana ada pelajar yang memadam
satu-satu kesalahan sehingga mengoyakkan kertas. Cara padam yang tidak betul juga
akan membuatkan kertas jawapan jadi comot. Pemeriksa kertas soalan/jawapan juga
seorang manusia, dan pastinya mereka lebih senang memeriksa kertas yang kemas
dan tidak comot.

6. Pelajar-pelajar atau calon UPSR perlu dilengkapkan dengan set alat tulis yang
lengkap. Sila semak set kelengkapan ini setiap hari sebelum masuk ke dewan
peperiksaan.
7. Latih anak-anak untuk melihat masa. Masa adalah 'killer'. Latih anak-anak untuk
menjawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Kata cikgu sekolah, ramai pelajar
yang tidak tahu membahagi masa menjawab soalan lalu menyebabkan banyak soalan
tidak terjawab di dalam masa yang ditetapkan.
8|PANDUAN IBUBAPA(EN.FAIRUSSHAMIZAR DAN PN HASLINDA)
FARIS NAJMI BIN FAIRUSSHAMIZAR (UPSR 2017)

8. Mengikut info yang diberikan oleh cikgu, turutan soalan adalah berkaitan antara
satu sama lain. Maka, anak-anak perlu faham soalan dengan baik. Soalan kedua dan
seterusnya akan mudah dijawab andai soalan pertama dijawab dengan betul dan tepat
(dalam set soalan yang diberikan).

9. Sila hadir ke sekolah setiap hari tanpa ponteng. Setiap hari akan ada maklumat
dan tips penting mengenai peperiksaan UPSR yang dikongsikan oleh rakan-rakan guru
seluruh Malaysia.

10. Dalam peperiksaan Bahasa Malaysia, pelajar perlu pastikan bahawa tanda-tanda
seperti noktah, sengkang, tanda seruan, tanda soal dan sebagainya ditulis dengan
terang dan jelas. Tanda-tanda ini penting bagi memastikan jawapan yang diberikan itu
betul, tepat, jelas maksudnya.
11. Untuk soalan Matematik, pelajar perlu menggunakan daya penyelesaian masalah.
Jangan berfikir terlalu lama untuk mendapatkan penyelesaian. Lihat pada kata kunci
soalan, contohnya - bakinya, perbezaannya, cari jumlahnya, berapa puratanya, untung,
rugi, diskaun. Fikirkan jalan penyelesaian untuk masalah tersebut.

12. Pastikan pelajar menggunakan tanda, titik perpuluhan, dengan betul. Tulis dengan
jelas dan terang. Kesilapan tertinggal titik perpuluhan boleh menyebabkan jawapan
yang diberikan adalah salah, walaupun cara kira adalah betul!

13. Untuk soalan matematik yang melibatkan unit seperti kg, gram, meter, centimeter,
minit, jam dan sebagainya; pastikan ia ditukar kepada unit yang dimahukan dalam
soalan. Jangan lupa meletakkan unit-unit ini dalam jalan kira-kira penyelesaian masalah
serta paling penting, ia mesti diletakkan pada jawapan akhir.

14. Tulis jawapan dengan jarak perkataan atau nombor yang sesuai. Jika terlalu jarak,
ia akan menyebabkan ruang untuk menjawab soalan tidak cukup. Apabila ini berlaku,
kemungkinan jawapan diberikan tidak berapa jelas di mata pemeriksa. Pelajar mungkin
diberikan markah kosong atau markah penuh jawapan akan dipotong kerana masalah
ini.

15. Sebelum peperiksaan, ketatkan jadual ulang kaji. Hindarkan segala gangguan
terutama gajet atau akses ke internet. Benda-benda ini akan mengurangkan daya
ingatan mereka terhadap segala persiapan dan ulang kaji.

16. Buat ibu bapa, kurangkan aktiviti yang tiada kaitan dengan peperiksaan UPSR
anak; contohnya pergi bercuti, melancong dan sebagainya. Kalau terpaksa, minta anak-
anak membawa buku ulang kaji.
9|PANDUAN IBUBAPA(EN.FAIRUSSHAMIZAR DAN PN HASLINDA)
FARIS NAJMI BIN FAIRUSSHAMIZAR (UPSR 2017)

17. Pastikan kesihatan anak-anak sentiasa baik, lebih-lebih lagi menjelang dan semasa

peperiksaan.

18. Berikan makanan terbaik yang bagus untuk minda dan kecerdasan. Makanan

seperti kismis, buah kurma patut dijadikan menu pagi harian.

19. Elakkan anak-anak dari makan dan minum makanan ringan serta minuman bergas

20. Elakkan makan kepala ikan. Lebihkan pada sayuran dan buah-buahan segar.

21. Tidur dan dapatkan rehat yang secukupnya. Badan perlu rehat supaya dapat

bekerja dengan baik. Otak yang telah digunakan semaksima ketika ulangkaji perlu

disegarkan dengan tidur yang cukup.

22. Solat lima waktu perlu dijaga. Bukan sahaja oleh anak-anak yang bakal ambil

peperiksaan UPSR tetapi juga ibu bapa.

23. Buat solat sunat hajat dan sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT supaya diberikan

kemudahan, kesihatan, daya pemikiran yang baik.

24. Mohon ampun maaf pada guru dan ibubapa serta berdoa sebelum masuk dewan

peperiksaan. Ucapkan alhamdulillah, selesai menjawab soalan peperiksaan.


10 | P A N D U A N I B U B A P A ( E N . F A I R U S S H A M I Z A R D A N P N H A S L I N D A )
FARIS NAJMI BIN FAIRUSSHAMIZAR (UPSR 2017)

4 TAHAP BAGAIMANA MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH


SAW

🌸 TAHAP 1 : 0 - 6 Tahun

Pada masa ini, Rasulullah saw menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan
menyayangi anak dengan KASIH SAYANG yg tidak berbatas dan bersikap adil
terhadap setiap anak sama ada sulung mahupun bongsu.

Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk
mendidik. Pakar psikologi juga mengatakan bahawa dilarang memarahi dan memukul
anak yang berusia 3 tahun dan kebawah.

🌻 Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan terasa disayangi dan
dilindungi.

🌸 TAHAP 2 : 7 - 14 Tahun

Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada
anak-anak. Menurut hadith Abu Daud,

“Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh


tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh
tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan)".

Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka.
Cara memukul yang diajar Islam adalah dengan memukul di bahagian lutut dan ke
bawah dan sebaiknya adalah tapak kaki.

🌻 Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama


dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam membentuk sahsiah dan
akhlak anak-anak mengikut acuan Islam.
11 | P A N D U A N I B U B A P A ( E N . F A I R U S S H A M I Z A R D A N P N H A S L I N D A )
FARIS NAJMI BIN FAIRUSSHAMIZAR (UPSR 2017)

🌸 TAHAP 3 : 15- 21 Tahun

Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya
mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan
berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi.

Elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain
tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.

Tunjukkan kepada mereka bahawa mereka disayangi dan keluarga mengambil berat
tentang mereka. Ini kerana di peringkat umur begini, anak2 sering merasakan kawan2
mereka lebih menyayangi dan memahami mereka lebih dari keluarga lakukan.

🌻 Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai
tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk
keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan
keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

🌸 TAHAP 4 : 21 Tahun dan Keatas

Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada
anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri.

Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang
diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar
di luar rumah.

🌻 Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup
menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan pernah penat untuk menasihati
mereka walaupun sudah berjuta kali dinasihati. ✌️

Anda mungkin juga menyukai