Anda di halaman 1dari 2

Kisah BENAR Penjualan Hartanah

————————————
Jenis : Apartment Kos Sederhana Rendah
Pegangan : Pajakan
Geran : Hakmilik Strata telah dikeluarkan
Pemilikan : Nama pemilik telah didaftarkan
Cagaran : Dicagar pada bank
Jenis sekuriti bank : Gadaian Borang 16A
Sekatan: Kebenaran pindahmilik diperlukan
Lokasi : Bangi, Selangor.
Harga : RM 230,000
Step 1
———
Mencari pembeli. Beberapa calon minat membeli. Tetapi beberapa orang tak lepas
loan. Satu pembeli berminat. Loan hanya 60%. Baki bayar tunai. Loan lulus.
Tempoh menunggu dari hari pertama iklankan dan dengan bantuan agen ialah hampir 3
bulan.
Step 2
———
Tandatangan Perjanjian Jualbeli. Bayar deposit 10%. Peguam pegang 6.82%. Agensi
hartanah pegang 3.18%
Bayar Yuran Guaman sebagaimana tertera di bil guaman, termasuk Duti Setem.
Step 3
———
Mohon kebenaran pindahmilik dari Lembaga Perumahan Hartanah Selangor. Banyak
dokumen diperlukan dari Pembeli untuk proses kelayakan membeli rumah kos sederhana
rendah.
Perlu dapatkan LONO ( Letter of No Objection) dari bank penjual terlebih dahulu
yang menyatakan bank tiada bantahan terhadap penjualan. Bank ada SOP sendiri
sebelum setuju keluar surat LONO.
Tempoh kumpul dokumen : 2-4 minggu
Tempoh dapat kelulusan : 2 bulan lebih sikit.
Step 3
———
Mohon kebenaran pindahmilik dari pejabat tanah. Surat kelulusan LPHS perlu
disertakan sekali.
Ada lagi dokumen2 yang perlu dilampirkan. Cukai tanah dan cukai pintu kena up to
date bayarannya.
Tempoh menunggu : 3-6 minggu.
Peluang lulus : Cerah jika penjualan bumi ke bumi
Step 4
———
Dapat kelulusan.
Hartanah dihantar untuk adjudikasi ke LHDN untuk dapatkan notis duti setem yang
kena dibayar.
Nilai ikut harga dalam Perjanjian atau nilai pasaran, mana yang lebih tinggi.
Mohon penyata baki hutang dengan bank untuk tahu berapa baki hutang.
Wang deposit 6.18% dilepaskan pada Penjual.
Wang deposit 3.18% boleh digunapakai oleh agensi sebagai komisen.
Tempoh dapat notis : 2-4 minggu
Tempoh dapat penyata : 2-4 minggu
Step 5
———
Masukkan kaveat bagi pihak bank Pembeli.
Bank Pembeli bayar hutang bank Penjual. Bank pembeli ada SOP tersendiri sebelum
keluarkan wang.
Maintenance perlu up to date. Mahu lihat “fire insurance”, surat2 akujanji Peguam
dan bank penjual perlu menepati kehendak bank Pembeli.
Tempoh 2-3 minggu.
Step 6
———
Duit tebus hutang keluar. Bayar pada bank penjual.
Tunggu bank penjual pulang segala dokumen yang perlu termasuk borang melepaskan
gadaian dan gadaian pendua serta geran strata original.
Tempoh : 2-3 minggu
Step 7
———
Bayar duti setem pindahmilik dan borang lepaskan gadaian.
Peguam bank daftar pindahmilik, melepaskan gadaian dan gadaian baru serta geran
asal dengan kebenaran pindahmilik. Cukai tanah dan pintu mesti up to date.
Selepas dapat resit pendaftaran, Peguam bank keluar surat nasihat kan bank bahawa
baki pinjaman sudah boleh dikeluarkan untuk bayar baki pinjaman.
Tempoh : Jika tiada masalah2 berbangkit dan terjungkit yang lain, dalam 3-7 hari
bekerja.
Step 8
———
Bayar duit baki pada Penjual. Minta kunci dan serah rumah pada Pembeli.
Step 9
———
Minta Pembeli buat tukar nama di TNB, Syabas, Majlis ( untuk cukai pintu).
Maklumkan juga pada JMB tentang penjualan
Step 10
———
Tunggu geran siap di pejabat tanah. Pastikan nama dan ic betul dan nama bank
dimasukkan sebagai pemegang gadaian.
Geran asal dan dokumen sekuriti pinjaman dikembalikan pada bank. Salinan kepada
Pembeli dan salinan geran pada Penjual.
————————————————————
Step- step di atas adalah tugas dan proses secara umum. Urusan secara detail cukup
untuk buat 5 bab dalam sebuah buku.😅
Boleh SHARE|LIKE|FOLLOW jika mahu, untuk manfaat dan panduan asas kepada umum.
NAZRI MUSTAFA
#naibsp
#hartaguam
#prosesjualbeli

Anda mungkin juga menyukai