Anda di halaman 1dari 22

PPG PJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015

KRB 3063 PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

HIKAYAT RAJA-
RAJA-RAJA PASAI

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

ER NIAN SHEW D20102044184

PUSAT PEMBELAJARAN : EL – 11

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. MOHD RASHID BIN MD IDRIS

TARIKH SERAH : 21 NOVEMBER 2014


KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN ....................................................... 3
1.0 Pengenalan ........................................................ 4
2.0 Falsafah ............................................................. 6
3.0 Pandangan Hidup .............................................. 9
4.0 Nilai Ilmu .......................................................... 12
5.0 Teknik Bercerita ............................................... 15
6.0 Teknik Main Peranan ....................................... 17
8.0 Kesimpulan ...................................................... 20
9.0 Rujukan............................................................ 21

2
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

PENGHARGAAN
Saya merakamkan ucapan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kepada, Dr.
Mohd Rashid Bin Md Idris yang begitu gigih memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat
sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini . Tanpa nasihat dan cadangan beliau,
saya pasti menghadapi kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini. Kesabaran dan
motivasi Encik memberikan keyakinan pada saya untuk meneruskan kajian ini. Saya
doakan semoga Encik selalu sihat dan terus memberi nasihat dan bimbingan kepada
para penuntut pada masa-masa yang akan datang.
Penghargaan juga saya rakamkan kepada Pn.Tee Chai Lan iaitu Ketua Panitia
Bahasa Melayu yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan tugasan saya . Tidak
lupa juga saya ucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan sejawat
saya atas dorongan dan sokongan yang tak terkata. Penghargaan ini juga saya tujukan
khas kepada ibu dan ayah tersayang saya atas pengorbanan dan sokongan yang telah
diberikan sepanjang saya menyiapkan projek penyelidikan ini. Semoga ilmu yang kita
terokai ini dapat dinikmati oleh semua pihak.

ER NIAN SHEW
Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris

3
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

1.0 Pengenalan
Hikayat Raja Pasai merupakan sebuah karya ayung tentang sejarah negara Pasai
dan mencerminkan periodisasi yang terawal dalam historiografi Melayu Islam. Hikayat
ini dijangka mencakupi jangka waktu kira-kira dari tahun 1280 hingga 1400 masihi atau
kira-kira dari tahun 680 hingga 800 hijrah.
Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan kisah raja-raja di negera Islam yang
pertama di Asia Tenggaran kini yang bernama Pasai. Hikayat ini dianggap sebagai hasil
kesusasteraan Melayu yang mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan
Bahasa Melayu (tulisan jawi). Hikayat Raja-Raja Pasai tergolong dalam genre sastera
sejarah juga disebut sekarang sebagai karya agong. Karya sastera sejarah biasanya
menceritakan pembukaan negeri, corak organisasi pentadbiran , keadaan sosial budaya
dan corak politiknya. Cerita ini termasuklah kewujudan sesebuah negeri, perkembangan
zaman keemasan , zaman kekalahan dan keruntuhan. Jadi Hikayat Raja-Raja Pasai
bukanlah sebuah buku teks sejarah yang murni. Sebaliknya telah dibumbui dengan
unsur-unsur sejarah. Unsur mitos dan legenda diterapkan dalam bahan sejarah yang
memerlukan interpretasi yang mendalam untuk mengetahui objektif dan tujuan
pengarang istana ini.
Hikayat Raja-Raja Pasai dibahagikan kepada 3 peralihan cerita. Bahagian
pertama, mengenai pembukaan negeri Samudera-Pasai dan kisah pengislamannya.
Kisahnya mengaitkan keturunan raja-raja Pasai yang bernama Raja Ahmad dan Raja
Muhammad. Ketika berburu, Raja Ahmad menjumpai budak perempuan daripada buluh
betung. Mereka berkahwin lalu mendapat seorang puteri bernama Puteri Betong. Puteri
Betong pula dikahwinkan dengan Merah Gajah dan mereka mendapat dua orang putera
iaitu Merah Silu dengan Merah Hasum. Setelah dewasa, Merah Silu telah membuka
Pasai Samudera sempena seekor semut besar. Kisah pengislaman Pasai pula dikaitkan
dengan Merah Silu yang bermimpi bertemu dengan Rasulluah dan menukar namanya
kepada Sultan Malikul Saleh.
Bahagian kedua Hikayat Raja-Raja Pasai mengenai kisah Tun Brahim Bapa. Tun
Brahim Bapa merupakan tokoh yang menjadi kebanggaan kerajaan Pasai. Kegagalan
Tun Beraim Bapa (anak Sultan Ahmad) digambarkan seperti Hang Tuah. Beliau juga
amat dikenali oleh rakyat kerana prihatin kepada kehidupan rakyat.
Bahagian akhir cerita pula mengenai kisah penaklukan Pasai oleh Majapahit.
Kisah ini disebabkan bermula akibat daripada sifat dengki pembesar Pasai kepada Tun
Brahim Bapa. Mereka menfitnah Tun Brahim Bapa kononnya ia telah menceroboh

4
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

gundik kesayangan raja lalu dijatuhkan hukuman dengan meminum racun. Setelah
kematian Tun Brahim, kekuasaan Pasai menjadi lemah dan mudah ditakluki oleh
Majapahit. Akhirnya, Pasai dapat dikalahkan oleh Raja Aceh iaitu Sultan Iskanar Muda
Mahkota Alam.
Secara umumnya,diketahui bahawa Hikayat Raja-Raja Pasai ini digolongkan
dalam genre sejarah yang banyak menceritakan tentang kisah Raja Pasai yang telah
memeluk agama islam. Ia meliputi kisah pembukaan negeri, corak pentadbiran, politik,
sosial seawal sejak dari kewujudan, perkembangan, zaman keemasan, kekalahan
hinggalah zaman keruntuhannya.

5
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

2.0 Falsafah
Menurut Zaini Abdullah (2001), falsafah adalah mengenai pertimbangan asas
dan andaian mengenai pertimbangan tersebut. Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip
realiti ilmu dan nilai. Falsafah juga merupakan pendekatan rasional terhadap sesuatu
masalah dan persoalan, di samping merupakan suatu penyiasatan yang komprehensif
dan logik mengenai asas-asas pemikiran semua aktiviti manusia.
Dalam hikayat ini, terdapat falsafah-falsafah yang ingin disampaikan oleh penulis
kepada pembaca. Antara falsafah yang terdapat dalamnya ialah falsafah adat. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) pula, adat bermaksud peraturan yang sudah
diamalkan turun-temurun di dalam sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum
dan peraturan yang harus dipatuhi). Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak
turun-temurun. Adat perlu dipatuhi. Dalam hikayat ini terdapat banyak adat Melayu yang
diamalkan oleh golongan diraja dan golongan rakyat. Ada antaranya masih digunapakai
dan ada juga di antaranya diubahsuai supaya sesuai dengan peredaran masa. Terdapat
dua jenis adat yang terdapat dalam Sulalat al-Salatin, iaitu adat yang melibatkan
hukuman dan adat yang tidak melibatkan hukuman. Adat yang melibatkan hukuman
terbahagi kepada dua, iaitu undang-undang dan larangan Diraja. Antara undang-undang
yang terdapat dalam Sulalat al-Salatin ialah derhaka, menggunakan hak raja tanpa izin,
merancang untuk merampas kuasa atau seumpamanya, tidak mengadap raja pada hari-
hari tertentu, biadab kepada raja atau wakil, mencuri, membuat fitnah dan mengambil
isteri orang. Dalam Hikayat Raja-Raja Pasai ini, ia merangkumi adat melibatkan
hukuman. Contohnya, apabila Raja Muhammad mengetahui anaknya Puteri Betung
meninggal dunia disebabkan oleh Merah Gajah, beliau sangan marah dan membunuh
Merah Gajah. Apabila Raja Ahmad mengetahui bahawa anaknya dibunuh oleh Raja
Muhammad, baginda terus melancarkan perang terhadap Raja Muhammad. Akhirnya,
kedua-dua raja tersebut menemui ajal dalam peperangan tersebut.
Selain itu, falsafah kedua yang ditunjukkan adalah falsafah kekuasaan. Hikayat
ini terlalu banyak menceritakan kekuasaan raja. Di bawahnya terdiri daripada kerabat
diraja bergelar yang berhak, mengikut giliran, mewarisi takhta kerajaan apabila raja atau
sultan mangkat. Seterusnya terdapat pembesar-pembesar yang memegang portfolio
tertentu iaitu penasihat raja dalam semua aspek pentadbiran negeri. Raja atau sultan
mempunyai hak keistimewaan dan kuasanya diperkukuhkan melalui konsep daulat dan
derhaka. Dalam hikayat ini, apabila Sultan Malikul Mahmud mangkat, takhta kerajaan
jatuh ke tangan puteranya, Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Sultan Ahmad dirajakan

6
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

oleh Sultan Malikul Saleh itu sendiri di Pasai. Ini telah menunjukkan kekuasan raja
tersebut masih dikekalkan kerana anak putera Sultan Malikul Mahmud mewarisi takhta
kerajaan apabila ayahnya mangkat.
Tambahan pula, raja sangat berpengaruh dari segala sudut. Raja berkuasa
menitahkan apa sahaja kepada rakyat da rakyat perlu menunaikannya jika tidak mahu
dihukum. Kandungan hikayat ini mempamerkan sikap raja yang kejam dan sanggup
berbuat apa sahaja demi mendapatkan sesuatu. Raja pada zaman dahulu terlalu
berkuasa sehingga bertindak zalim di luar batas kemanusiaan. Raja Ahmad kerana
cemburu akan Tun Beraim Bapa oleh itu baginda telah menghantar makanan beracun
kepada Tun Beraim Bapa. Tun Beraim Bapa memberikan makanan tersebut kepada
anjing lalu anjing itu pun mati. Baginda memberikan pula kepada ayam, ayam tersebut
juga mati. Oleh sebab Tun Beraim Bapa tidak mahu menderhaka, maka dia juga turut
memakan makanan itu. Lalu gatal-gatal seluruh tubuhnya. Adik-adik perempuannya juga
meninggal dunia kerana memakan makanan itu. Akhirnya, Tun Beraim Bapa mati dan
dikuburkan di Bukit Fudul Allah. Kisah ini telah menunjukkan kezaliman Raja Ahmad.
Falsafah bersumberkan Islam juga terdapat dalam Hikayat Raja-Raja Pasai.
Dalam Yayasan Karyawan (2000), telah menyatakan tiga faktor yang penting terhasilnya
karya agung Melayu antaranya terdapat pengaruh Islam. Hal ini dapat dilihat dalam
hikayat ini apabila Nabi Muhammad berwasiat kepada para sahabat supaya berdakwah
di negeri Samudera setelah baginda wafat. Bawa sebuah kapal dan alat kelengkapan
dan ambil seorang fakir di negeri Mengiri untuk mengislamkan seluruh negeri Samudera.
Syeikh Ismail meminta menghimpunkan segala huluhalang dan segala rakyat. Selepas
itu, Syeikh Ismail mengajar mereka mengucapkan dua kalimah syahadah. Rakyat-rakyat
yang hadir rela mengucapkan dua kalimah dengan tulus ikhlas serta yakin hati mereka.
Hal ini membuktikan bahawa Islam dan falsafahnya memberikan seratus peratus
keyakinan kepada penganut agamanya. Hal ini juga menyebabkan masyarakat Melayu-
Islam sejak dahulu sangat yakin akan kebaikan menurut ajaran seperti yang dinyatakan
dalam agamanya. Agama Islam menyarankan seseorang rakyat untuk mentaati
pemerintahnya selagi pemerintah tersebut tidak berlaku zalim. Kesetiaan seorang rakyat
kepada sultan ini dibuktikan melalui penghasilan karya Hikayat Raja-Raja Pasai ini.
Selain itu, falsafah kepimpinan juga dapat dilihat dalam karya Hikayat Raja-Raja
Pasai. Dalam karya agung tersebut telah mewujud kelompok sastera sejarah, undang-
undang, keagamaan dan lipur lara dalam perkembangan era kesusasteraan Melayu
juga telah wujud sastera epik iaitu karya yang mengagungkan kepahlawanan seseorang.

7
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

Masyarakat dahulu menganggap bahawa keagungan pahlawan biasanya dapat dilihat


melalui kegagahannya serta kehebatan yang luar daripada kebiasaan. Selain itu,
kepahlawanan juga dapat dinilai melalui kepimpinan seseorang dalam memerintah
sesebuah kerajaan.

8
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

3.0 Pandangan Hidup


Hikayat Raja-Raja Pasai ini merupakan sebuah cerita mitos yang menceritakan
asal usul pembukaan negeri Pasai yang dikatakan bermula dari peristiwa di mana
seorang raja pasai bernama Merah Silu yang ketika itu sedang berburu di dalam hutan
bersama seekor anjing buruan yang bernama Si Pasai.Ketika sedang berburu,si Pasai
menyalak kepada seekor pelanduk putih.Anjing Malikulsalleh itu dikejar oleh pelanduk
yang disalakkannya.Anjingnya mati disitu lalu dikuburkan dan tempat itu dinamakan
Pasai. Pembukaan Pasai dikaitkan dengan peristiwa anjing Sultan Maliku’s Salleh yang
bernama Si Pasai menyalak di suatu kawasan tanah tinggi. Negeri yang baru dibuka
oleh Sultan Maliku’s Salleh itu diambil sempena nama anjingnya, Si Pasai. Kisah
pembukaan negeri Pasai ada diceritakan dalam Sulalatus Salatin pada halaman ke-59.
Setelah berapa lamanya Sultan Maliku’t Tahir dan Sultan Maliku’l Mansur pun
besarlah, dan negeri Perlak pun alah oleh musuh dari seberang, dan orang
Perlak pun pindahlah ke negeri Semundra. Maka Sultan Maliku’s Salleh pun
berfikir dalam hatinya hendak berbuat negeri akan tempat anakanda baginda,
maka titah Sultan Maliku’s Salleh pada segala Orang Besar-besar , “ Esok hari
kita pergi berburu”. Setelah pagi-pagi hari maka Sultan Maliku’s Salleh pun
naiklah gajah yang bernama Permadewan itu, lalu berangkatlah ke seberang.
Datang ke pantai, maka anjing yang bernama Si Pasai itu pun menyalak , maka
Sultan Maliku’s Salleh pun segera mendapatkan anjingnya itu menyalak tanah
tinggi, sekira-kira luas tempat istana, dengan kelengkapannya terlalu amat baik,
seperti ditempa rupanya. Maka Sultan Maliku’s Salleh disuruhnya tebas.
Setelah sudah maka diperbuatnya negeri, pada tempat tanah tinggi itu dibuatnya
istana, lalu dinamainya negeri itu ‘Pasai’, menurut nama anjingnya itu.
Pada zaman Samudera-Pasai ini, bentuk awal kesusasteraan Melayu berunsur
Islam yang terhasil adalah cerita-cerita berbentuk lisan mengenai kisah Nabi
Muhammad oleh itu berdasarkan pandangan hidup dalam Hikayat Raja-Raja Pasai ini
bercorak pengaruh agama Islam yang kuat. Kepimpinan Raja-Raja Pasai bercirikan
ajaran Agama Islam iaitu berkisar kepada melakukan kebaikan dengan meninggalkan
kemungkaran dan menyuruh orang berbuat kebajikan dan melarang daripada berbuat
kejahatan..Pembesar negeri dan Raja-Raja Pasai hendaklah menjalankan pemerintahan
menurut undang-undang Islam seperti yang difirman Allah swt. di dalam Al-Quran.

9
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

Sesebuah karya seharusnya memiliki falsafah, pemikiran dan persoalan yang


agung dan penting. Hal inilah yang disebutkan oleh tokoh pengkritik karya sastera,
Greek Dionysus Cassius Longinus. Hal ini membuktikan bahawa sesebuah karya
sastera, terutamanya karya agung pasti memiliki ciri pemikiran tertentu yang juga
disebut sebagai idealisme. Seterusnya, idealisme yang akan dibincangkan dalam karya
agung Melayu adalah idealisme karya yang bersumberkan alam. Perbincangan
berdasarkan idealisme yang bersumberkan alam ini dapat dikategorikan kepada
beberapa pecahan, misalnya berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan, angkasa, sosialisasi
dan sebagainya. Kehidupan manusia tidak lari daripada alam, malah banyak perkara
yang berlaku dalam kehidupan sebagai seorang manusia sering dikaitkan dan
diumpamakan dengan alam ciptaan Tuhan, tidak kira dari segi tumbuhan, haiwan,
angkasa, lautan mahupun hubungan antara masyarakat, iaitu sosialisasi. Oleh itu,
dalam karya agung Hikayat Raja-Raja Pasai , kisahnya dimulakan dengan Raja
Muhammad telah menemui seorang kanak-kanak perempuan dari sebuah pokok buluh.
Lalu dia mengambil kanak-kanak itu, dan menjadikannya sebagai anaknya sendiri.
Kanak-kanak itu dinamakan Puteri Betung. Raja Ahmad pula mendapat seorang anak
lelaki yang dijaga oleh seekor gajah. Anak lelaki itu dinamakan Merah Gajah.
Satu perkara yang tidak boleh dinafikan dalam karya Hikayat Raja-Raja Pasai
ialah raja diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Keagungan raja dan negara diangkat
menjadi konsep utama dalam karya-karya kesusasteraan. Oleh itu, raja di diberikan
gambaran-gambaran hebat termasuklah diwarnai dengan unsur-unsur dongeng dan
mitos. Selain itu, keagungan raja juga digambarkan oleh pengarang-pengarang sastera
Melayu tradisional melalui peristiwa yang dianggap penting. Dalam Hikayat Raja-raja
Pasai misalnya, terdapat peristiwa-peristiwa ajaib tentang proses pengislaman raja-
rajanya. Misalnya, mereka bermimpi bertemu Nabi Muhammad, diludahi mulut mereka
oleh Baginda dan tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah syahadat dan juga kejadian
brrkhatan melalui mimpi.
Kedatangan pengaruh agama dan budaya Islam ke alam Melayu telah
mencorakkan satu bentuk sistem kepercayaan dan kebudayaan baru di kalangan
masyarakat Islam sebagai agama yang menyeluruh telah tersebar begitu pesat sekali
sehinggakan dalam tempoh tidak sampai satu abad, hampir seluruh alam Melayu telah
diislamkan. Kejayaan ini banyak bergantung pada strategi penyebaraan dan pendekatan
yang digunakan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam yang datang khususnya dari
benua Arab dan India.

10
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

Karya agung Hikayat Raja-Raja Pasai ini telah melambangkan keunggulan daya
cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan
idealisme, nilai, pandangan hidup adat, kesedaran moral dan sebagainya melalui bentuk
sastera dan seni yang tinggi nilainya. Hikayat Raja-Raja Pasai berkisar pada tema al-
amr bi’l ma’ruf wa ‘l-nahy ‘an-munkar (melakukan kebaikan dengan meninggalkan
kemungkaran). Bagi mempraktikkan konsep ini hendakklah jangan tamak keduniaan
kerana dunia itu fana sifatnya, banyak daripada pekerjaan di dunia ini tidak memberi
manfaat kepada kehidupan di akhirat dan jangan lalai daripada melakukan pekerjaan
kebajikan dan meninggalkan pekerjaan kejahatan. Selain itu, ia juga menyeru orang
berbuat kebajikan dan melarang orang daripada berbuat kejahatan.

11
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

4.0 Nilai Ilmu


Dari segi istilah, ilmu merupakan pengetahuan, kepandaian atau kajian tentang
sesuatu perkara (mampu menafsir, menganalisa, mengolah maksud yang tersirat dan
tersurat disebalik maklumat serta berupaya mengemukakan maklumat baru). Maksud
maklumat dari segi istilah ialah pemberitahuan, makluman, keterangan atau
pengumuman(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Nilai ilmu dan maklumat ini adalah
sama mengikut bahasa Arab. Menurut bahasa Arab, perkataan ilmu adalah sama
dengan maklumat iaitu Alima bererti mengetahui manakala Al-ilmu bererti pengetahuan.
Melalui penggabungan kedua-dua perkataan ini, dalam bahasa Melayu ia disebut
sebagai ilmu pengetahuan.
Dalam Hikayat Raja-Raja Pasai ini, terdapat ilmu firasat. Menurut Kamus Dewan
(2008), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada
muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Tilikan atau
ramalan ahli nujum itu berkaitan dengan ilmu firasat. Menurut Sulastin Sutrisno, orang
yang mempunyai ilmu itu dapat merasa, melihat atau mengetahui lebih dahulu segala
sesuatu yang akan berlaku. Melalui ilmu firasat juga seseorang itu dapat mengetahui
kelemahan atau kekuatan orang lain, antaranya berdasarkan nama, haru atau ketika.
Hal ini penting terutama dalam kalangan pahlawan-pahlawan kerana dengan itu ia boleh
membantu mereka menewaskan musuh. Ilmu firasat juga dilakukan terhadap binatang.
Hal ini disebutkan dalam hikayat Melayu iaitu Hikayat Raja Pasai. Berikutan itu, anjing
diberikan penghormatan oleh Raja-raja Melayu zaman terdahulu. Anjing memainkan
peranan penting sehingga tertubuhnya sesebuah negeri. Dalam Hikayat Raja Pasai,
penemuan negeri Pasai juga dikaitkan dengan anjing perburuan Merah Silu (sesudah
memeluk Islam, bergelar Sultan Malikul Saleh). Anjing perburuan itu telah menyalak di
sebuah tanah tinggi tanpa henti. Sultan Malikul Saleh kemudian berasakan bahawa
tempat itu sesuai dibuat negeri lalu dinamakan tempat itu Pasai, sempena nama anjing
perburuan tadi. Contoh petikannya ialah :
Maka tersebutlah perkataan Merah Silau di Rimba Jerana itu. Sekali persetua
pada suatu hari Merah Silau pergi berburu. Maka ada seekor anjing dibawanya
akan perburuan Merah Silau itu bernama Si Pasai. Maka dilepaskannya anjing
itu, lalu ia menyalak di atas tanah tinggi itu. Maka dilihatnya ada seekor semut
besarnya seperti kucing. Maka ditangkapnya oleh Merah Silau maka lalu
dimakannya. Maka tanah tinggi itu pun disuruh Merah Silau tebasi pada segala
orang yang sertanya itu. Maka setelah itu diperbuatnya akan istananya ...

12
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

Dalam Hikayat Raja-Raja Pasai ini, kita dapat melihat nilai ilmu yang
menunjukkan kebijaksanaan manusia untuk membina sebuah negara yang beragama
Islam. Keberadaan Islam di rantau Alam Melayu yang terdiri dari daratan dan kepulauan
yang banyak jumlahnya telah berjaya membina satu imej baru kepada masyarakat
rantau Melayu. Alam Melayu berjaya menampilkan sebuah tamadun yang gemilang
terutama setelah kedatangan Islam ke rantau ini. Umat Melayu berjaya membina
kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai bidang yang dimulai dengan
keagungan pemerintahan, pelaksanaan undang-undang dan sebagainya. Tamadun
Melayu adalah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa Melayu
berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam di seluruh rantau
Alam Melayu. Pemahaman terhadap Tamadun Melayu sebagai satu tamadun bangsa di
rantau Alam Melayu amat bersandar kepada pemahaman terhadap Tamadun Islam. Ini
kerana kemunculan Tamadun Melayu bertitik tolak dari penerimaan Islam oleh
masyarakat rantau Alam Melayu secara keseluruhannya. Pengajaran akidah Islam oleh
para mubaligh Islam di seluruh rantau Alam Melayu secara bertahap-tahap telah
membina asas Tamadun Melayu. Situasi ini bertambah mantap apabila para mubaligh
berjaya menarik minat pemerintah Melayu. Sedikit demi sedikit pemerintah Melayu
beralih kepada kepercayaan Islam. Penerimaan ini memberi kesan yang amat besar
kepada pembinaan Tamadun Melayu sebagai satu tamadun yang menghubungjalin
suku kaum Melayu yang pelbagai. Sebagai contohnya, Merah Silu di Pasai, Sumatera
telah menerima akidah Islam.
Hikayat Raja-Raja Pasai adalah karya satera kesejahteraan Melayu-Islam tertua
di Nusantara. Hikayat ini ditulis dengan aksara Jawi , ia menyorot peristiwa-peristiwa
sejarah dalam lingkup kerajaan Pasai. Hikayat ini menyatupadukan ciri-ciri historis dan
mitologis. Struktur komposisinya yang cukup rapi didasari oleh etika negara yang telah
mendarah daging pada masyaratak Melayu tradisional. Konsep etika negara ini didasari
oleh kepercayaan pada keselarasan dan keseimbangan seisi alam semesta yang dijaga
dan dipelihara oleh seorang raja. Paham ini berasal dari kepercayaan pra-Islam yang
berkembang dalam zaman animisme dan Hindu-Buddha, tetapi baru semasa Islam yang
menjadimkukuh dan memperoleh bentuknya yang lengkap serta mendapat pengesahan
sebagai konsep peraturan negara yang sempurna.
Dalam lingkup pembicaraan tentang kesusasteraan Melayu tradisional, Hikayat
Raja-Raja Pasai dapat diklasifikasikan sebagai karya sastera kesejahteraan. Braginsky
(1998) menyatakan bahawa Hikayat Raja-Raja Pasai merupakan genre campuran yang

13
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

menggabungkan antara kronik sejarah dengan epos kepahlawanan. Epos


kepahlawanan terlihat pada bahagian yang menceritakan tentang Tun Beraim Bapa
(anak Sultan Ahmad) mengalami konflik antara kesetiaan seorang kawula dan anak
dengan kezaliman raja.
Hikayat Raja-Raja Pasai mengajukan gagasan tentang kebenaran subjektif dan
kebenaran objektif. Semakin dekati peristiwa yang diceritakan dengan masa hidup
penggubah dan pengalaman peribadinya, maka penggubah cenderung akan semakin
objektif. Hikayat Raja-Raja Pasai juga memasukkan pula unsur-unsur legenda atau
dogeng. Hikayat ini dimulai dengan kemunculan seorang puteri dari sebatang rebung
betung, seekor gajah yang memandikan seorang lelaki, cacing gelang yang berubah
menjadi emas dan perak setelah direbus.
Di bawah pengaruh Islam juga muncul istilah daulat, yang merujuk kepada
kekuasaan sultan yang diperoleh secara ilahiah. Konsep lain yang berkaitan dengan
konsep ini ialah derhaka yang merujuk pada tindakan pemberontakan atau
pembangkangan terhadap raja. Bahkan setiap tindakan yang tidak disetujui oleh sultan
adalah dianggap sebagai tindakan derhaka. Dalam hikayat ini, Tun Beraim Bapa
terpaksa menculik kedua-dua adiknya agar tidak menjadi korban tindakan asusila Sultan
Ahmad. Tindakan ini telah dianggap membuat derhaka terhadap Sultan Ahmad. Namun
Sultan Ahmad sendiri juga melakukan tindakan derhaka iaitu terhadap kedaulatannya
sendiri. Akibat kederhakaannya itu, Pasai telah diserang dan diruntuh oleh Majapahit.

(Bilangan perkataan : 2346 patah perkataan)

14
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

5.0 Teknik Bercerita


Guru Bahasa Melayu mestilah mempunyai pengetahuan tentang kesusasteraan
Melayu, di samping bersedia dengan segala perancangan, mental dan fizikal untuk
melaksanakan tanggungjawab pengajaran di kelas. Tanpa persediaan yang betul oleh
guru, kemungkinan objektif pengajarannya tidak tercapai sepenuhnya, lebih-lebih lagi
untuk diaplikasikan dalam konteks yang sebenar dan pelbagai.
Menurut Edward M. Anthony (2000) mendefinisikan teknik adalah satu muslihat
atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut
Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997) dalam bukunya Pengajian
Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif.
Dalam proses penerapan Hikayat Raja-Raja Pasai ke dalam pengajaran dan
pembelajaran, saya telah memilih teknik bercerita. Berdasarkan Trencher (1991) teknik
bercerita merupakan suatu teknik yang paling berkesan bagi menyemai kemahiran
berkomunikasi kepada kanak-kanak. Hal ini kerana murid-murid dapat mencipta ‘dunia’
dan membina organisasi acara, pengalaman dan fakta mereka sendiri. Selain itu, cerita-
cerita yang menarik dapat menimbulkan keyakinan dan menyemai minat dalam
kalangan murid-murid bercerita kembali kepada guru mereka.Semasa melakukan teknik
bercerita, guru perlu memastikan perkembangan cerita diberi perhatian agar ada
peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Guru perlu menekankan aspek
teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan
yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan
kebosanan.
Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid.
Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa
terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang menggunakan
teknik ini boleh menggalakkan murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan,
nada, intonasi dan ekspresi atau mimik muka mereka.
Disebabkan hikayat ini dibahagikan kepada 3 peralihan cerita oleh itu guru
bercerita berdasarkan peralihan cerita tersebut. Sebelum memulakan bercerita, guru
boleh menyedikan alat bantu seperti gambar, objek atau kad-kad perkataan yang
berkaitan untuk membantu proses bercerita berjalan dengan lancar. Dalam bahagian

15
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

pertama, mengenai pembukaan negeri Samudera-Pasai dan kisah pengislamannya.


Guru boleh menunjukkan peta kepada murid dan memberitahu mereka kedudukan
negeri Pasai untuk memberikan konsep awalan kepada murid. Selepas itu, guru boleh
mempamerkan gambar-gambar dengan menggunakan komputer untuk membantu murid
memahami kisah Raja Ahmad dan Raja Muhammad mendapat anak. Semasa
menceritakan peperangan antara kedua-dua raja tersebut, guru perlu memberikan
penekanan dalam suara dan gerak laku supaya mewujudkan satu suasana yang cemas
untuk murd-murid.
Pada masa yang sama, pastikan perkataan dan ayat yang digunakan untuk
bercerita boleh difahami oleh murid. Tujuan bercerita ialah untuk menyampaikan isinya
dan bukan mengajar murid perkataan-perkataan yang sukar.Selain itu, isi cerita harus
disampaikan kepada murid dengan gerak-geri secara semula jadi. Aktiviti berlakon guru
perlu dielakkan. Guru menyampaikan isi cerita secara spontan dan murid-murid akan
mendengar segala penerangan guru.
Selain itu, sebelum sesi bercerita, guru perlu menghafaz isi-isi penting yang
terkandung dalam cerita tersebut. Guru perlu menghafaz isi-isi penting untuk
mengelakkan sesi bercerita menjadi bosan. Guru perlu memahami jalan cerita dan
mengenalpasti setiap watak-watak yang terdapat di dalam cerita tersebut. Hal ini dapat
mengelakkan daripada guru melakukan rujukan semasa melakukan penceritaan. Sesi
bercerita adalah melibatkan penyampaian isi-isi penting sahaja. Hal ini akan
memudahkan pemahaman murid-murid terhadap cerita yang disampaikan oleh guru.
Oleh itu dalam bahagian kedua mengenai Tun Beraim Bapa, guru boleh menceritakan
kepahlawanan tokoh tersebut manakala bahagian terakhir guru menceritakan kezalima
Sulta Ahmad yang menyebabkan Pasai diserang oleh Majapahit dan ahkirnya Pasai
menjadi runtuh.
Akhir sekali, selepas bercerita aktiviti susulan harus diadakan, misalnya aktiviti
soal jawab tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita itu. Selepas
menceritak Hikayat Raja-Raja Pasai, guru boleh menyediakan beberapa soalan dan
meminta murid menjawab. Guru boleh menunjukkan soalan-soalan tersebut dan
membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk membuat perbincangan.
Selepas itu,guru boleh meminta murid membentangkan jawapan mereka di depan murid.

16
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

6.0 Teknik Main Peranan


Main peranan ialah aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada
murid untuk membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi
tertentu. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif
murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam
kelas dan murid-murid yang mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak yang
dibayangkan.
Menurut Shaftel (1967) main peranan menyediakan peluang penerokaan di
mana individu dilatih menjadi lebih peka terhadap perasaan orang lain melalui respons
spontan bersama perbincangan berpandu dan ianya wujud dalam situasi berkumpulan.
Murid-murid main peranan dengan mencurahkan perasaan sebenar tanpa risiko tentang
seorang yang lain berfikir, merasa dan bertindak balas seperti orang lain melalui dialog.
Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan
berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan
tertentu. Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang
sebenar, para murid hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat
yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau membuat
rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru boleh juga menyediakan
maklumat tersebut mengikut keperluan.
Main peranan merupakan salah satu alternative yang dapat ditempuh.
Keputusan penyelidikan dan percubaan yang dilakukan oleh para ahli menunjukkan
bahawa bermain peranan merupakan salah satu model yang boleh digunakan secara
efektif dalam pembelajaran. Ia mempunyai banyak kelebihan iaitu ia memberikan
peluang kepada pelajar supaya aktif melibatkan diri dalam aktiviti lakonan dan
perbincangan. Selain itu ia melatih mereka untuk melakonkan pelbagai watak dan
mengalami sendiri pengalaman semasa berada dalam situasi tersebut. Melalui aktiviti ini
mereka akan memahami tingkah laku orang lain disamping dapat mempelajari dan
menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa,
sebutan dan cara penyampaian.
Setelah menjalankan aktiviti bercerita Hikayat Raja-Raja Pasai, guru boleh
menggunakan teknik bermain peranan ini supaya memberi peluang kepada murid
berlakan manakala guru juga boleh mengetahui tahap penguasaan pemahaman murid
terhadap karya agung tersebut. Oleh sebab murid-murid sekolah rendah memerlukan
bantuan yang lebih banyak , guru boleh membahagikan murid kepada 3 kumpulan

17
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

berdasarkan peralihan cerita tersebut. Setiap kumpulan bertanggungjawab berlakon


setiap peralihan cerita yang ditentukan.
Main peranan ialah satu kaedah yang memerlukan persediaan yang minimal.
Cadangan-cadangan berikut akan membantu guru dalam proses merancang main
peranan. Sebelum memulakan berlakon, guru menerangkan sinopsis karya agung
tersebut kepada murid dan meminta mereka mencatat isi-isi yang penting. Guru juga
perlu mempamerkan watak-watak yang dalam setiap peralihan cerita tersebut. Guru
membantu murid mengenal pasti ciri-ciri watak mereka. Guru juga boleh meminta murid
mumbuat topeng muka untuk mewakili watak masing-masing. Selain, membuat topeng
muka, guru juga boleh meminta murid membuat alat bantu yang sesuai untuk membantu
mereka berlakon. Skrip yang ditulis oleh murid-murid mesti menggunakan perkataan
yang mudah difahami. Semasa setiap kumpulan dalam berlakon, guru hendak meminta
murid memberi perhatian dalam lakonan murid-murid tersebut dengan mencatatkan isi-
isi penting yang dilakonkan oleh murid-murid. Setelah selesai berlakon, guru boleh
mengadakan perbincangan dengan semua murid. Strategi ini menggalakkan murid
bertukar pendapat, idea atau maklumat secara berkesan bersama guru dan di kalangan
murid. Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak murid-murid
menyatakan kelebihan dan kelemahan tentang lakonan mereka.
Melalui kaedah main peranan ini, proses pengajaran berlaku apabila murid-murid
diberi peluang untuk berbincang, berkomunikasi secara dua hala untuk memberi
pandangan, pendapat dan idea masing-masing berkenaan perkara yang dibincangkan.
Dari dimensi peribadi pula model ini berusaha membantu pelajar menemukan makna
dari sesuatu yang bermanfaat bagi dirinya. Juga melalui model ini pelajar dididik untuk
belajar menyelesaikan masalah peribadi yang sedang dihadapinya dengan bantuan
kumpulan yang dianggotai teman-teman sekelas. Main peranan merupakan kaedah
secara berkumpulan yang berorientasikan proses, iaitu pelajar berlakon atau
mengsimulasikan situasi dalam kehidupan sebenar. Ia merupakan suatu situasi yang
melibatkan pelajar memegang suatu peranan samada sebagai dirinya sendiri ataupun
menjadi individu yang lain. Melalui situasi ini, pelajar berpeluang untuk beraksi
sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah diarahkan.
Dalam kaedah main peranan, pelajar perlu memainkan peranannya seperti yang
telah diarahkan. Setiap pelajar perlu menonjolkan diri mereka untuk memainkan
peranan menjiwai sebagai watak tersebut dan kebiasaannya ia tidak ada masalah yang
perlu diselesaikan. Dalam kaedah main peranan ini, ia memberi penekanan kepada

18
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

kepada kuailiti dan mutu aksi yang ditunjukkan oleh setiap pelajar dan kepekaan pelajar
itu pada keperluan peranannya. Aktiviti main peranan boleh dijalankan di dalam bilik
darjah dengan melibatkan kesemua pelajar atau sebahagian pelajar sahaja didalam
kelas tersebut. Manakala pelajar yang tidak terlibat dalam melakokan watak boleh
menjadi pemerhati kepada situasi yang akan dilakonkan.

(Bilangan perkataan : 1339 patah perkataan)

19
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

8.0 Kesimpulan
Masyarakat Melayu sangat terkenal dan juga kaya dengan nilai-nilai serta budi
bahasanya yang indah. Hal ini bukan sahaja dapat dibuktikan melalui pertuturannya,
tingkah laku dan personalitinya, malahan dapat dilihat dalam hasil-hasil kesusasteraan
Melayunya. Misalnya karya-karya agung yang dihasilkan oleh beberapa tokoh Melayu.
Setiap bangsa di dunia memiliki karya agung dan kesusasteraan tersendiri. Masyarakat
Melayu amat menitikberatkan elemen-elemen keindahan atau estetika dalam setiap
karyanya. Tidak ketinggalan nilai-nilai kemelayuan itu sendiri. Dalam salah satu kitab
karya agung yang telah dikaji, banyak nilai-nilai kemelayuan yang dapat dikenal pasti
telah wujud dan dimasukkan dalam karya penulisan tesebut.
Setiap karya atau penulisan pastinya mempunyai idealisme dan falsafahnya
yang tersendiri. Hal ini berkait rapat dengan diri seseorang penulis itu sendiri. Setiap
penulis mempunyai kecenderungan tersendiri untuk mengaitkan penulisannya dengan
falsafah dan pemikiran tertentu, misalnya berkaitan dengan idealisme bersumberkan
alam, falsafah bersumberkan Islam, falsafah bersumberkan Melayu mahu pun falsafah
bahasa.
Guru perlu memberi penekanan dalam aspek penerapan karya agung dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu untuk penerapan teks
sastera di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah suatu
aktiviti yang benar-benar menarik minat murid-murid harus diketengahkan. Guru juga
seharusnya bijak mengawal atau mengetahui keadaan serta keperluan semasa pelajar
agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dilaksanakan dalam keadaan
bosan. Guru seharusnya menggunakan kemudahan teknologi agar murid tidak merasa
bosan dan supaya mereka berasa seronok. penggunaan alat teknologi ini sedikit
sebanyak dapat membantu pelajar untuk berfikir lebih kreatif dan mengasah bakat
mereka untuk berkarya lebih dinamik dan tidak terikat dengan teknik atau hasil yang
sama. Kesimpulannya, para guru seharusnya mengaplikasikan setiap teknik,
pendekatan, kaedah mahupun strategi yang terkini dan berkesan untuk memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan demi mencapai
matlamat yang terkandung dalam dasar pendidikan negara.

20
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

9.0 Rujukan
A. Samad Ahmad,(2003). Edisi Pelajar Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah bin Abdul Kadir munsyi (diperkenalkan oleh Kassim Ahmad), (2004). Hikayat
Abdullah. Selangor Darul Ehsan: Utusan Printcorp Sdn. Bhd.

Hamzah Hamdani dan Siti Aisah Murad, (2004). Kesusasteraan Melayu Moden (1920-
1940). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haron Daud, (1989). Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan
Budaya. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Selangor.

Harun Mat Piah, (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbincangan Genre dan
Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Hj. Musa, (1994). Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Jihaty Abadi, Azran Rahman & Amida Abdulhamid, (1979). Sari Sejarah Kesusasteraan
Melayu-Indonesia (Tradisi & Moden). Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn.Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana ,(1996). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohd Rashid Md Idris (2012). Teori Falsafah Bahasa (Teori Rashid). Perak:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mortimer Jerome Adler, (2007). Sebuah Leksikon Pemikiran Barat Gagasan Agung.
Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Raja Ali Haji (Dikaji dan Diperkenalkan Oleh: Hashim Musa), (2010). Kitab Pengetahuan
Bahas Yayasan Karyawan: Kuala Lumpur

Siti Hawa Haji Salleh (Penyelenggara), (1992). Bustan Al-Salatin. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Syair Ken Tambuhan.Dikaji Oleh: Nuruddin Alraniri.Noriah Mohamed Et.Al:Kuala


Lumpur: Yayasan Karyawan Dan Dewan Bhasa Pustaka

Ungku Abdul Aziz Ungku Abd Hamid.(2011). Pantun Dan Kebijaksanaan Akal Budi
Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.

21
KRB 3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

W. G Shellbear, (1975). Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zahir bin Ahmad, Mohd Taufik bin Mohd Balwi, Madiawati binti Mustaffa (2007). Wacana
Persuratan Melayu. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Definisi Ilmu Pengasih. Diperoleh pada 25 Oktober 2014 daripada


http://ms.wikipedia.org/wiki/Ayat_pengasih.

Munsyi Abdullah. Diperoleh pada 23 Mac 2013 daripada


http://www.scribd.com/doc/94638450/LATAR-BELAKANG-DAN-SEJARAH-MUNSYI-
ABDULLAH.

22

Anda mungkin juga menyukai