Anda di halaman 1dari 7

Provoiz Consultancy &Services (Reg. No.

1497044 -D)
17-1A, Jalan 2/4C, Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel: +6016 - 335 5851 Fax: +603 - 4266 6085

SUARA ADALAH TUBUH BADAN KITA

ENAM PRINSIP ASAS DALAM LATIHAN VOKAL

1. Ia adalah aktiviti yang dilakukan oleh individu itu sendiri


Suara anda. Anda sendiri yang mengawal penyelarasan minda, otot-
otot dan fizikal lalu menjadikan pengeluaran suara itu tidak mustahil
bagi anda.

2. Anda mesti mempunyai keinginan untuk mengeluarkan suara


Satu-satunya perkara terpenting dalam vokal ialah;keinginan untuk
menggunakannya. Ia tidak boleh dibantu oleh orang lain untuk
melakukannya. Tanpa motivasi diri yang kuat, anda akan mendapat sedikit
sahaja kemajuan dan akan mudah luntur semangat serta kecewa.

3. Arahan yang diberi amat bernilai, gunakanlah sebaik mungkin


Nasihat yang berguna daripada mereka yang berpengalaman boleh membantu
bagi membentuk suara anda menjadi lebih tepat dan penyampaian maksud
dengan penuh pewarasan sepertimana yang anda ingini.

4. Tingkatkan sikap ingin tahu anda terhadap bidang vokal


Dengar, lakukan ujikaji, bandingkan serta kemukakan soalan. Ingat! Dalam
mencari apa yang suara anda boleh lakukan, anda perlu menjelaskan idea anda
terhadap apa yang diperlukan dalam bidang vokal pilihan anda.

5. Jangan terburu-buru
Kawal perasaan anda dan bersabar apabila kemajuan tidak diperolehi dalam
masa yang singkat, seperti yang diharapkan. Untuk memperbaiki teknik dan
mutu pengeluaran suara, anda perlu mengubah tabiat, cara berfikir dan
berwawasan

6. Keselesaan bersuara
Salah satu asas yang mudah untuk penghasilan gema suara dengan ton yang
tepat adalah hasil gabungan sensasi fizikal dan emosi

© Provoiz Consultancy and Services 2017


Provoiz Consultancy &Services (Reg. No.1497044 -D)
17-1A, Jalan 2/4C, Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel: +6016 - 335 5851 Fax: +603 - 4266 6085

APA ITU SUARA

Untuk memperbaiki cara nyanyian atau cara bertutur, tiada cara mahupun
formula yang mudah bagi menjamin pemahaman serta kejayaan yang baik serta
mempunyai satu jadual latihan yang penuh disiplin. Serba sedikit pengetahuan tentang
vokal untuk memudahkan perjalanan latihan vokal anda ialah dengan mengetahui apa
itu suara.

Suara ialah satu alat yang unik. Ia juga dalah satu-satunya alat di mana:

1. Kualiti bunyi yang terhasil dan nama bagi alatan itu dikenali dengan perkataan
yang sama.

2. Suara hanya boleh dibina oleh individu itu sendiri. Perkara pertama yang harus
anda tahu ialah bagaimana membentuk struktur alatan vokal. Vokalis todak
boleh menyuruh orang lain untuk membentuk suara mereka kerana mereka
diibaratkan pembuat alatan dan pemain alatan tersebut

3. Suara dalah satu-satunya alat yang tersembunyi dalam tubuh manusia

4. Suara adalah satu-satunya alat yang tersembunyi dalam tubuh manusia.


a. Mekanisme Penyokong Bunyi
b. Mekanisme Pengeluar Bunyi
c. Mekanisme Penghasil Perkataan

5. Suara adalah satu-satunya alat yang berkait rapat dengan otot-otot, rawan dan
tulang

6. Suara juga satu-satunya alat yang boleh mengeluarkan perkataan

7. Suara juga satu-satunya alat di mana otot-ototnya bertindak mengikut keadaan,


suasana sekeliling dan perasaan ketika itu.

8. Suara adalah satu-satunya alat yang boleh berhubung terus ke otak.

9. Suara dengan sendirinya akan menghasilkan bunyi yang sama seperti apa yang
didengar. Secara semulajadi ia bertindakbalas kepada apa saja bunyi lebih-lebih
lagi pada pertuturan dan nyanyian

10. Komponennya mempunyai pelbagai kegunaan yang tidak mempunyai kaitan


dengan nyanyian.

© Provoiz Consultancy and Services 2017


Provoiz Consultancy &Services (Reg. No.1497044 -D)
17-1A, Jalan 2/4C, Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel: +6016 - 335 5851 Fax: +603 - 4266 6085

C. MEKANISMA VOKAL

Dalam proses pembinaan vokal ada tiga bahagian sistem utama badan berfungsi
serentak untuk menghasilkan suara.

1. Mekanisma Penyokong/Sistem Pernafasan

Terdiri daripada paru-paru, seluruh bahagian trokia yang menurun ke bahagian paru-
paru, dada, tulang rusuk, otot-otot diafragma dan otot-otot abdominal.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Menarik nafas - Otot-otot abdominal dan tulang rusuk akan


mengembang

Mengeluarkan Udara - Otot-otot abdominal dan tulang rusuk akan


menolak diafragma ke atas bertentangan dengan
paru-paru dan menyokong udara keluar. Otot-otot
diafragma akan mengecut tetapi tidak kendur.

2. Mekanisma Pengeluar Bunyi

Bahagian yang boleh bergerak dalam mekanisma pengeluar suara ialah larinks, talian
bunyi, otot-otot sekeliling leher, belakang dan pangkal lidah, uvula (anak tekak),
bahagian lelangit dan lelangit lembut. Bahgaianyang tidak boleh bergerak ialah
laringofranks, rongga hidung dan rongga dalam tengkorak.

3. Bagaimana ia berfungsi?

Apabila udara dihembus keluar melalui talain bunyi (voacl cords) maka talian bunyi
kan bergetar lalu menghasilkan bunyi. Jika otot-otot di bahagian atas dan bawah talian
bunyi dalam struktur yang betul maka bunyi yang dihasilkan lebih terbuka dan bebas >
AHHH...

4. Mekanisma Penghasilan Perkataan/Sistem Penyebutan

Ia terdiri daripada bibir, rahang gigi, bahagian hujung, depan dan tengah lidah.
Mekanisma penghasilan perkataan menukar bunyi yang terhasil daripada talian bunyi
(vocal cords) menjadi perkataan.

© Provoiz Consultancy and Services 2017


Provoiz Consultancy &Services (Reg. No.1497044 -D)
17-1A, Jalan 2/4C, Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel: +6016 - 335 5851 Fax: +603 - 4266 6085

5. Bagaimana ia berfungsi?

Bibir, gigi, rahang, bahagian hujung, depan dan tengah idah adalah lebih mengeluarkan
bunyi vowel ataupun konsenent. Bahagian ini juga dengan mudah menukarkan bunyi
terbuka > AH... yang datang daripada mekanisma penampung bunyi kepada perkataan.

D. PERNAFASAN KETIKA MELAKUKAN AKTIVITI VOKAL

Anda boleh lihat bagaimana sistem pernafasan yang betul bekerja, mengembang dan
mengecut dengan perlahan tepat ditengah badan. Ini adalah permulaan pernafasan
sewaktu kita mula dilahirkan, dan ia merupakan prinsip asas pernafasan untuk
menyanyi/bertutur. Pernafasan untuk menyanyi memerlukan lebih kesabaran dan
koordinasi. Pernafasan yang baik mempunyai dua prinsip:

1. Untuk menyokong pengeluaran udara yang berterusan, mengawal ton suara.

2. Untuk menyanyikan rangkaian lagu dengan lebih selesa dan bererti.

Pernafasan bahagian tulang rusuk dan diafragma :

1. Menyedut udara
2. Pengeluar udara – latihan “hissing” menampung dan mengawal udara
3. Latihan “bubbling”
4. Latihan “humming”

E. GEMA DAN LONTARAN

Gema (resonance) ialah bunyi yang yang didengar berulang-ulang. Dalam nyanyian
gema menggambarkan bagaimana bunyi dibuat oleh peti suara boleh terbina. Proses ini
dipanggil menggemakan suara.

Penambahan gema di dalam ton berupaya menghasilkan lontaran suara (voice


projection). Ini membuatkan suara anda dapat mengisi ruang, didengar dengan mudah
serta jelas, bersahaja dan dapat meluahkan ungkapan dengan tepat.

© Provoiz Consultancy and Services 2017


Provoiz Consultancy &Services (Reg. No.1497044 -D)
17-1A, Jalan 2/4C, Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel: +6016 - 335 5851 Fax: +603 - 4266 6085

EKSPERIMEN & LATIHAN-LATIHAN MEKANISME SUARA

MEKANISME PENAMPUNG BUNYI

1. Letakkan tapak tangan diperut dan ibu jari anda dipertemukan tulang rusuk

2. Jarakkan jari anda supaya ia dapat meliputi sebahagian daripada abdominal


anda.

3. Keluarkan suara dengan tidak merasakan sebarang pergerakan di bahagian jari


anda, anda akan mendapati bahawa anda tidak menghasilkan bunyi yang kuat
tanpa bantuan daripada otot-otot abdominal. Bunyi yang kuat hanya boleh
diperolehi dengan mengembangkan otot-otot abdominal bagi membantu
mengeluarkan udara padat dalam masa yang singkat

4. Keadaan seluruh anggota badan haruslah berada dalam keadaan releks

5. Jangan duduk sewaktu berlatih

6. Bernafas dengan tenang; tarik nafas dengan cepat dan padat, keluarkannya
sambil mengeluh; biarkan diri tidak tegang (tension) juga lembik atau kendur.

7. Pastikan andominal anda mengambang dan kuat

8. Pastikan juga bahawa bahu anda tidak menaik sewaktu menyedut udara

PETI SUARA

1. Halkum mestilah menurun ke bawah sewaktu kita menguap

2. Sila duduk dan lihat cermin

3. Tenangkan diri sambil bersandar pada kerusi

4. Otot-otot abdominal tenang dan tidak aktif

5. Sentuh halkum anda dengan menggunakan hujung jari tetapi JANGAN


MENEKANNYA.

6. Menguap. Berikan sepenuh tumpuan dan tunggu sehingga anda betul-betul


menguap

© Provoiz Consultancy and Services 2017


Provoiz Consultancy &Services (Reg. No.1497044 -D)
17-1A, Jalan 2/4C, Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel: +6016 - 335 5851 Fax: +603 - 4266 6085

PERGERAKAN SEPERTI MENGUAP TETAPI BUKAN MENGUAP

1. Duduk dan lihat cermin

2. Bertenang sambil bersandar

3. Otot-otot abdominal haruslah dalam keadaan tidak bekerja

4. Sentuh ataupun lihat halkum anda dalam cermin

5. Tanpa menguap, cuba gerakkan halkum anda ke bawah sama seperti di mana
kedudukannya sama seperti menguap.

6. Bertenang

7. Bergerak (menguap) sambil halkum berada di bawah

8. Bertenang

9. Lakukan latihan 7 dan 8 perlahan-lahan dalam tempoh yang sama berulangkali

MEMPERBETULKAN KEDUDUKAN PANGKAL LIDAH

1. Duduk dan lihat cermin

2. Bertenang sambil bersandar

3. Otot-otot abdominal tdak bergerak

4. Kekalkan keadaan tenang

5. Sentuhkan halkum atau lihat cermin

6. Sentuhkan hujung lidah anda di bahagian bawah gigi anda atau letakkannya di
antara gigi anda

7. Menguap (halkum ke bawah, keadaan hujung lidah mestilah kekal)

8. Bertenang

9. Ulangi latihan 7 hingga 8 berulangkali

© Provoiz Consultancy and Services 2017


Provoiz Consultancy &Services (Reg. No.1497044 -D)
17-1A, Jalan 2/4C, Desa Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel: +6016 - 335 5851 Fax: +603 - 4266 6085

TIPS PENJAGAAN SUARA

MAKANAN
- Makanan yang baik nilai permakanannya ialah makanan seimbang dan
lengkap iaitu yang mengandungi semua zat makanan
- Memakan makanan yang boleh menyebabkan alahan boleh menjejaskan
suara

RIADAH DAN BERSENAM


- Bergantung kepada kemampuan fizikal, mental, masa dan minat.
- Penting untuk kesihatan fizikal minda dan semangat. Otak yang cergas
datang dari tubuh badan yang sihat
- Memberikan stamina dan membantu dalam pengawalan pernafasan

TIDUR
- Tidur yang cukup penting kerana ia merupakan masa bagi sistem
pembaikan dan pemeliharaan (enabolism) tubuh bagi mempersiapkan tubuh
menghadapi aktiviti keesokaan harinya.
- Kurang tidur menyebabkan keletihan fizikal dan tidak berupaya untuk
menumpukan perhatian terhadap
- Elakkan dari mengambil pil tidur kecuali dengan nasihat doktor. Setelah
pengambilan pil tidur selama tiga minggu, ia kana memberi tindak balas
yang negatif contohnya menganggu proses tidur, tidur yang tidak
menyenyakkan dan ketagihan.

© Provoiz Consultancy and Services 2017

Anda mungkin juga menyukai