Anda di halaman 1dari 2

8 Jun 2021

YBrs. Dr. Rusmini bt. Ku Ahmad


Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya

YBrs. Dr.,
SESI JR.NBA 2021 COACHES ACADEMY ONLINE UNTUK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA – 25 JUN 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas.

2. Kami memahami bahawa pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada sekolah dan komuniti,
bagaimana kesan pandemik ini telah mengubah keadaan semasa menjadi norma baru dengan SOP baru
untuk mematuhi virus Covid-19.

3. Selama masa yang mencabar ini, pihak NBA telah melancarkan "NBA Together"; satu kempen komuniti
global dan sosial yang bertujuan untuk menyokong, melibatkan, mendidik dan memberi inspirasi kepada
belia, keluarga, dan peminat bola keranjang sebagai tindak balas terhadap pandemik Covid-19 ini. Sebagai
lanjutan dari program “NBA Together” dan juga kelanjutan kolaborasi latihan kami, program Jr.NBA ingin
melaksanakan sessi Jr.NBA Coach Academy Online untuk semua para pensyarah dan guru pelatih dari
kampus Insitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

4. Sesi Jr.NBA Coach Academy Online ini adalah program dalam talian yang akan dilakukan
menggunakan platform Zoom Meeting dan akan dijalankan untuk semua warga IPGM. Sesi online ini akan
berlangsung sekitar 120 minit, dimana program ini terdiri daripada: Bahan kurikulum Jr.NBA yang telah
dikemaskini oleh jurulatih Jr.NBA, video Perancangan, latihan dan video Latihan dan video @home
kandungan.
5. Berikut adalah Latihan sesi Jr.NBA Coach Academy Online seperti berikut:

Program : Sesi Jr. NBA Coaches Academy Online


Tarikh : 25 Jun 2021, Jumaat
Masa : 9.00pagi – 11.00 pagi (120 minit)

7. Pendaftran untuk menyertai sesi ini adalah PERCUMA di laman


https://www.jrnbaasia.com/en/register-now. Setiap peserta akan dianugerahkan E-Sijil Penyertaan
selepas menyertai sesi online ini.

6. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon jasa baik pihak YBrs. Dr. untuk mengeluarkan surat
jemputan kepada semua warga kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk menyertai sesi ini yang akan menarik dan menyeronokkan.

5. Jika pihak YBrs. Dr. mempunyai sebarang pertanyaan tentang sesi Jr.NBA Coaches Academy
Online, sila hubungi Cik Corrine Ho di talian +6017-812 6771, emel corrine@eplusglobal.com.

6. Kerjasama dan sokongan pihak YBrs. Dr. amat kami hargai.

Sekian, terima kasih..

Yang Benar

Jim Wong
Pengarah Kanan, Marketing Partnerships, NBA Asia Limited

Anda mungkin juga menyukai