Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

PERLAWANAN BOLING PARA PELAJAR IT-BASE SEMENYIH 2013


TARIKH :

31 JANUARI 2013
TEMPAT :

PUSAT HIBURAN DAN KELUARGA, METROPOINT, KAJANG


PENGANJUR :

IT-BASE SEMENYIH

1.0

PENGENALAN IT-Base Semenyih bakal menganjurkan Kejohanan Bowling 2013 untuk para pelajar yang mengikuti Kursus ICT di IT-Base Semenyih. Kejohanan ini diadakan antara para pelajar yang turut disertai oleh staff IT-Base Semenyih dan bakal diadakan di Pusat Hiburan Keluarga, Metropoint Kajang. Kejohanan ini akan mengeratkan silaturrahim diantara para pelajar dan juga staff. Hubungan di antara para pelajar juga akan lebih erat kerana kelas komputer yang dihadiri mereka berlainan waktu menyebabkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Pemenang kejohanan ini ditentukan dengan siapa yang mendapat markah tertinggi setelah bermain dua set permainan.

2.0

OBJEKTIF 2.0 Untuk mewujudkan komunikasi yang baik diantara staff IT-Base. Melalui kejohanan ini, pelbagai kerja yang perlu diselesaikan. Dengan komunikasi yang baik antara staff, semua urusan dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat. Untuk mengeratkan hubungan di antara staff IT-Base dan pelajar yang mengikuti kursus ICT. Sekiranya hubungan diantara staff dan pelajar semakin erat, suasana yang harmoni akan tercipta. Untuk membina semangat kerjasama dalam kumpulan yang kukuh diantara staff yang akan meningkatkan produktiviti syarikat. Untuk memberi pendedahan kepada staff IT-Base bagaimana mengendalikan sesebuah acara.

2.1

2.2 2.3

3.0

PENGANJUR IT-Base Semenyih

4.0

TARIKH 31 Januari 2013

5.0

TEMPAT Pusat Hiburan Keluarga, Metropoint Kajang.

6.0

SASARAN Para pelajar yang mengikuti Kursus ICT di IT-Base.

7.0

TENTATIF PROGRAM Rujuk Apendiks A

8.0

ANGGARAN KOS Rujuk Apendiks B

9.0

KESIMPULAN Kejohanan bowling ini pasti akan memberi kegembiraan kepada para pelajar yang menyertai pertandingan ini. Mereka akan lebih bermotivasi untuk meneruskan kursus di IT-Base setelah hubungan diantara pelajar dan juga staff semakin erat. Bagi pihak staff IT-Base pula, pertandingan seperti ini akan memberi pendedahan yang lebih mendalam bagaimana caranya untuk menguruskan sesebuah acara syarikat. Dengan itu pada masa hadapan, mereka sudah mempunyai pengalaman. Dalam menjalankan acara ini diharap akan mendapat sokongan daripada semua pihak yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung. Diharap juga agar semua objektif program ini akan tercapai seterusnya menjadikan program ini berjalan dengan lancar. Dengan itu, diharap kertas cadangan ini akan mendapat kelulusan dan juga sokongan daripada pihak pengurusan IT-Base Semenyih agar semua pihak akan merasa terjalinnya ikatan antara staff dan juga pelajar.

APPENDIX A

10.00 pagi

: : : 10.30 pagi : 1.00 petang : : : 1.30 petang : 2 petang

Berkumpul di Ground Floor, MetroPoint, Kajang. Ucapan aluan dan taklimat ringkas Persediaan para peserta Acara bermula Keputusan perlawanan diumumkan Pemberian cenderahati Penyampaian hadiah kepada pemenang Berkumpul di KFC, Kajang untuk acara makan tengah hari : Bersurai

ANGGARAN KOS

Anggaran pendapatan No. Item 1. Yuran (8 pelajar x RM25) 2. Tajaan TOTAL Jumlah RM 200 RM 150 RM 350

Anggaran perbelanjaan No. 1. 2. 3. 4. Item Air mineral Makan tengah hari (KFC) Game (14 orang) Barangan hadiah TOTAL Kuantiti 2 kotak 14 orang 2 pusingan Harga(unit) RM 6.00 RM 6.45 RM 4.50 RM 88.95 Jumlah RM 12.00 RM 95.70 RM 126.00 RM 88.95 RM 322.65

Anda mungkin juga menyukai