Anda di halaman 1dari 7

SK LUMBA KUDA

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


‘GAYA HIDUP SIHAT’

ANJURAN
GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

TARIKH DAN HARI


15 September 2022 (Khamis)

TEMPAT
Riverside Superbowl/ Riverside Shopping Complex
1. Tujuan
Terapi bowling ini bertujuan untuk melatih pergerakan psikomotor kasar dan halus
murid. Melalui program ini murid boleh membina keyakinan dalam diri murid itu sendiri.
Selain itu juga program terapi bowling ini juga boleh mendidik murid supaya memberi
fokus dan perhatian dalam melakukan sesuatu tindakan. Contohnya, untuk membaling
bola bowling murid perlu melihat ke arah pin bowling dan perlu membaling bola tersebut
dengan cara yang betul barulah pin tersebut akan jatuh.

Selain itu, melalui program seperti ini juga ia mampu memantapkan perkembangan
fizikal dan mampu melembutkan otot dan sendi murid. Selain itu juda ia juga boleh
meningkatkan lagi daya tahan kardivoskular. Keyakinan murid boleh dipupuk dan segala
tindakan perlu dibimbing untuk  rasa jati diri murid. Program pembelajaran luar kelas
seperti ini memberi pendedahan kepada murid agar dapat melihat apa yang berlaku di
sekitar mereka. Melalui terapi bowling seperti ini, potensi murid dapat dicungkil dari segi
fizikal dan kognitif mereka.

2. Matlamat
2.1 Mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar untuk dijadikan sumber dorongan
ke arah perkembangan sikap positif.
2.2 Mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam pengurusan diri bagi pelbagai aspek
terutamanya di luar lingkungan sekolah khasnya dan keluarga amnya.
2.3 Membina hubungan dua hala yang baik di antara warga pendidik dan ibubapa murid
2.4 Memberi peluang kepada semua warga ppki menjalankan aktiviti secara bekerjasama.
2.5 Memberi peluang kepada murid-murid merasai apa yang dinikmati oleh rakan sebaya
mereka yang lain. Ini dapat mengurangkan perasaan rendah diri dan meningkatkan
keyakinan diri apabila bergaul dengan masyarakat luar.

3. Objektif
3.1 Mempertingkatkan kekuatan motor kasar dan motor halus pelajar.
3.2 Mempertingkatkan keyakinan diri pelajar.Mempertingkatkan kemahiran bersosial
dalam kalangan pelajar dan masyarakat sekeliling.
3.3 Menenangkan fikiran pelajar.
3.4 Meningkatkan kekuatan fizikal dan mental di kalangan pelajar.
3.5 Merapatkan hubungan silaturrahim antara guru-guru, PPM, ibu bapa dan murid-murid.
3.6 Mendisiplinkan dan melatih murid menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.
3.7 Memberi pengalaman baru kepada semua peserta yang terlibat di dalam program ini.
3.8 Mewujudkan kerjasama di antara warga pendidik dan ibu bapa.
4. Penyertaan Peserta (Rujuk Lampiran A)

5. Tentatif Program (Rujuk Lampiran B)

6. Laporan :

Program bertemakan Gaya Hidup Sihat melalui aktiviti terapi bowling bersama murid dan
ibu bapa telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Penyertaan daripada ibu bapa dan murid
amat menggalakkan meskipun tidak semua dapat menyertai terapi ini disebabkan kekangan
pekerjaan dan situasi pada murid itu sendiri.

Pada hari pelaksanaan, murid datang ke Superbowl Riverside bersama ibu bapa dan
penjaga masing-masing. Malahan terdapat ahli keluarga yang lain turut menyertai program ini.
Pihak sekolah amatlah bebesar hati dengan kehadiran para ibu bapa dan keluarga murid. Hanya
beberapa orang murid dan ibu bapa yang tidak mempunyai pengangkutan datang bersama guru.

Guru yang bertugas mengambil kehadiran para peserta dan meminta ibu bapa dan murid
untuk berkumpul di kawasan lapang yang terletak di hadapan pintu masuk. Selepas sesi
mengambil kehadiran dan mengambil saiz kasut masing–masing, para peserta mengambil tempat
dan mendengar sedikit taklimat dan pesanan serta penjelasan undang-undang permainan
daripada penolong kanan PPKI. iaitu Encik Dasyiman bin Bujang. Kehadiran Guru besar SK
Lumba Kuda iaitu Encik Richard Kawi bagi merasmikan program terapi bowling menambahkan
lagi kemeriahan terapi bowling pada hari tersebut. Sokongan dan galakkan dari guru besar serta
penolong kanan PPKI telah menaikkan lagi semangat para peserta terapi bowling untuk bermain
dengan bersungguh-sungguh.

Aktiviti pemanasan badan yang diketuai oleh penolong kanan PPKI dilakukan sebelum
memulakan permainan bowling. Murid-murid dan ibu bapa kelihatan sangat teruja dan tidak sabar
untuk bermain. Semasa sesi terapi bowling berlangsung, ibu bapa, guru dan pembantu
pengurusan murid (PPM) bekerjasama bagi mengawal dan membimbing murid untuk bermain
bowling. Murid-murid kelihatan sangat gembira kerana berpeluang untuk memegang dan
membaling bola bowling. Mereka juga memberikan fokus ketika menunggu pin jatuh. Aktiviti ini
juga menerapkan nilai kesabaran dalam diri murid-murid kerana mereka perlu menunggu giliran
bermain.

Kekangan dan cabaran bagi program terapi bowling ini ialah, terdapat sesetengah murid
berkeperluan khas(MBK) hilang tumpuan dan fokus terhadap aktiviti ini setelah pusingan kedua.
Mereka kelihatan gelisah, merayau ke tempat lain dan berusaha untuk berjalan atas laluan bola
bowling, namun kerjasama yang kuat antara pihak sekoah dan ibu bapa mampu mengatasi
masalah dan cabaran ini. Murid mampu menunggu dan bermain sehingga permainan selesai
meskipun mengambil masa agak lama. Pihak pengurusan Superbowl Riverside amat memahami
keadaan murid MBK dan memberikan sedikit masa untuk murid MBK menghabiskan permainan.

Setelah permainan selesai, guru mengumumkan pemenang bagi permainan bowling dan
menyerahkan cenderahati kepada murid-murid yang tidak mendapat tempat. Para peserta
mengambil gambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan dan ibu bapa mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah. Ibu bapa dan penjaga kelihatan sangat berpuas
hati dan berharap pihak sekolah akan menganjurkan aktiviti luar bilik darjah yang lebih banyak
lagi pada masa hadapan. Bahkan mereka memaklumkan bahawa mereka akan berusaha untuk
menyokong serta melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan bagi meningkatkan
kemahiran serta memberi pengalaman sebenar kepada murid MBK.

Tuntasnya, program gaya hidup sihat (terapi bowling) telah mencapai objektif serta
matlamat yang disasarkan. Program seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran
motor kasar dan motor halus murid MBK, bahkan ia juga membantu murid untuk lebih fokus
dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung juga, program ini menggalakkan kerjasama
yang lebih padu dalam kalangan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan pihak sekolah dalam
sesi PdPc luar bilik darjah.

7.0 Laporan perbelanjaan (Rujuk lampiran C)


8.0 Gambar-gambar lawatan

Para peserta mengambil tempat sebelum aktiviti


pemanasan badan
Perasmian bowling oleh Encik Richard
Kawi (Guru Besar)

Ketika permainan sedang berlangsung

Bimbingan dan kerjasama dari pihak


sekolah dan ibu bapa kepada murid

Piala untuk para pemenang dan cenderahati untuk Mencatat nama murid yang
semua murid. mendapat tempat
Barisan Penganjur dan pengelola aktiviti

Penyertaan dari pihak ibu bapa dan murid


Disediakan Oleh : Disemak Oleh:

______________________ _____________________________
( NOREDATUL BINTI GABO ) (DASYIMAN BIN BUJANG)
GURU PPKI PENOLONG KANAN PPKI SK LUMBA KUDA
TARIKH : TARIKH :

Disahkan Oleh :

______________________
(RICHARD KAWI)
GURU BESAR SK LUMBA KUDA
TARIKH :

Anda mungkin juga menyukai