Anda di halaman 1dari 1

Nama : Saadhana Elangovan

Kelas : 2K2

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral Asas 2


Tarikh : 7 Mei 2021
Unit 6 : Jiran Sepakat Membawa Berkat

Peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat


bermaksud sesuatu yang dilakukan secara bersama akan berhasil apabila
dilakukan secara bergotong-royong. Di dalam kehidupan seharian, pasti
ada banyak cerita atau pengalaman tentang seseorang yang hasil kerjanya
dinilai sebagai cemerlang. Namun ketika berhadapan dengan situasi
dimana kita harus bekerjasama dengan orang lain ternyata ianya kurang
selesa. Bermula dari pembahagian kerja, perdebatan tentang idea siapa
yang harus digunakan, berusaha melakukan segala perkara dengan sendiri
dan banyak lagi. Melakukan sesuatu dengan sendiri mungkin akan
membuatkan kita berasa lebih selesa bagi sesetengah orang. Namun,
melakukan sesuatu kerja dengan bersama-sama dapat membuatkan
pekerjaan yang berat menjadi lebih ringan dan cepat. Kerjasama dapat
memupuk rasa bekerjasama dan mengeratkan hubungan. Bak kata
peribahasa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Anda mungkin juga menyukai