Anda di halaman 1dari 12

1

PENGUCAPAN
AWAM

OLEH:

ZAINAL ABIDDIN BIN OSMAN

GURU CEMERLANG
SMK SULTAN ABDULLAH,
CHENDERONG BALAI,
PERAK DARUL RIDZUAN.
2

PENGUCAPAN AWAM DAN


PERSEMBAHAN YANG
BERKESAN

OBJEKTIF KURSUS

Membentuk keyakinan diri dalam kalangan pengucap agar dapat


berucap dalam khalayak dengan baik dan berkesan melalui:

1. Pendedahan prinsip-prinsip dan teknik-teknik komunikasi lisan.


2. Latihan secara praktik dalam menyampaikan beberapa jenis
ucapan.
3. Penganalisisan cara penyampaian ucapan pemidato tempatan dan
luar negeri.

RANGKA KURSUS

1. Mukadimah
2. Teori-teori komunikasi lisan
3. Unsur-unsur ucapan
4. Klasifikasi ucapan mengikut tujuan berucap (jenis-jenis ucapan)
5. Klasifikasi ucapan mengikut cara berucap
6. Sifat-sifat pengucap yang baik
7. Jenis-jenis pengucap yang tidak berkesan
8. Langkah-langkah penyediaan dan persembahan ucapan yang
berkesan
9. Prinsip dan kaedah pengacaraan majlis.

LATIHAN PRAKTIK

1. Meneliti dan membincangkan skrip ucapan contoh


2. Menyediakan skrip ucapan mengikut jenisnya
(individu/kumpulan)
3. Mempersembahkan ucapan (individu/kumpulan).
3

PENILAIAN KURSUS

1. Penilaian latihan amali secara terperinci


2. Senarai semak perancangan dan penyampaian.

ZAO/GC/SMKSACB/07022004: Folder Bahan Ceramah

1.0 MUKADIMAH

1.1 Keadaan minda dan prestasi

Untuk membentuk kehebatan diri, keseronokan dan keghairahan


dalam hidup, kita perlu menangani keadaan minda kita.
 Keadaan minda menentukan pelakuan dan prestasi kita.
 Kita yang bertanggungjawab terhadap keadaan minda kita.

1.2 Penerimaan kendiri dan prestasi

 Bagaimanakah kita menilai diri kita ?


 Apakah label yang diberikan pada diri kita ?
 Label yang kita berikan pada diri akan mempengaruhi
pelakuan dan prestasi kita:

o Ada label yang membantu dan ada label yang


membantutkan kecemerlangan
o Untuk mendorong dan membangunkan diri, kita perlu
ubah label-label yang dikaitkan dengan diri kita
o Label sering mengehadkan atau membatasi potensi dan
keupayaan kita
o Label diri agak susah dipadam kerana sudah terpahat
dalam minda
o Selagi kita tidak dapat mengubah gambaran mental
mengenai diri, selagi itulah kita akan bertindak
mengikut cara lama.
4

OLEH ITU,

 Terima dan sayangilah diri kita sepenuhnya tanpa


syarat
 Ingatkan diri bahawa Tuhan menciptakan diri kita
dengan penuh kesempurnaan dan kehebatan
 Ubah label lama dengan label baru yang lebih
berpengaruh
 Bentuk azam baru
 Cari ilmu untuk mengubah tindakan
 Lakukan perubahan mulai sekarang
 Berdoalah dan bertawakallah.

KEPENTINGAN BERPIDATO – APA PERLUNYA KITA BERUCAPA ?

KENAPA KITA MENGELAK DARIPADA BERUCAP ?

2.0 TEORI-TEORI KOMUNIKASI LISAN

2.1 70% - 80% masa jaga kita, digunakan untuk berhubung dan
sebahagian besarnya secara lisan.
2.2 Penilaian personaliti individu – kesan ‘halo’ dan ‘turning
fork’.
2.3 Kenyataan berbanding keadilan
2.4 Logik berbanding emosi
2.5 Kesan keutamaan (primacy) berbanding dengan kesan
kebaruan (recency)
2.6 Halangan-halangan berkaitan dengan unsur-unsur
komunikasi:
 Sumber ( Pengucap) – kewibawaan (credibility) dan daya
tarikan
 Saluran
 Maklumat / Mesej.

3.0 UNSUR-UNSUR UCAPAN

Terdapat empat unsur yang membina sesebuah ucapan dan sekali


gus membezakan ucapan awam dengan aktiviti komunikasi yang
lain.
3.1 Pengucap
5

3.2 Ucapan
3.3 Khalayak / Audien
3.4 Situasi.
4.0 KLASIFIKASI UCAPAN MENGIKUT TUJUAN

4.1 Pemberitahuan (imformative)


4.2 Pembujukan
4.3 Menghibur
4.4 Ucapan khas

5.0 KLASIFIKASI UCAPAN MENGIKUT CARA

5.1 Impromtu
5.2 Dihafaz
5.3 Dibaca
5.4 Extemporaneous

6.0 SIFAT-SIFAT PENGUCAP YANG BAIK

6.1 Jujur dan ikhlas (ethos)


6.2 Pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang
6.3 Keyakinan dan pengawalan diri
6.4 Kemahiran berucap
6.5 Peka terhadap pendengar
6.6 Peka terhadap suasana ucapan.

7.0 JENIS PENGUCAPAN YANG TIDAK BERKESAN

7.1 Syok sendiri


7.2 Penyajak kabur
7.3 Nenek berleter
7.4 Ucapan kelambu
7.5 Kera luku
7.6 Wayang kulit.

8.0 LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN DAN PERSEMBAHAN


UCAPAN YANG BERKESAN

8.1 Mengawal kegugupan


8.2 Menganalisis diri sendiri, audien (pendengar), majlis / situasi
8.3 Memilih dan memastikan tajuk ucapan
8.4 Menentukan fokus ucapan
6

8.5 Mengumpul bahan ucapan


8.6 Menyusun bahan
8.7 Merancang pengenalan
8.8 Merancang penutup
8.9 Berlatih
8.10 Menilai keseluruhan langkah yang telah dijalankan
8.11 Mempersembahkan ucapan.

Mengawal Kegugupan

a) Punca gugup
b) Simptom kegugupan (fisiologikal dan psikologikal)
c) Teknik mengawal kegugupan sebelum berucap

 Pilih subjek yang diminati (jika berupaya)


 Analisis audien
 Bersedia secukupnya
 Susun idea dengan jelas
 Berlatih secukupnya
 Pujuk diri sendiri
 Lakukan senaman “isometrics”
 Tarik nafas panjang-panjang
 Matlamat ucapan munasabah
 Berangan
 Santaikan mental dan fizikal (relaks)
 Memahami emosi gugup
 Jaga makan dan minum
 Buang tekanan dalaman
 Kaedah batin – baca doa-doa seperti doa Nabi Musa,
doa penggerun, Surah An-Nasyrah, doa penerang hati
dan sebagainya (yang sesuai).

d) Teknik mengawal kegugupan semasa berucap

 Pilih audien yang mesra sebagai tumpuan di awal bicara


 Thomakninah dalam ucapan
 Jangan pentingkan gaya penyampaian
 Bergerak
 Jangan berhenti bercakap walaupun gugup
 Wujudkan dan kekalkan pertembungan mata
 Berlagak seperti yakin walaupun tidak berapa yakin
 Fahami yang audien tidak akan nampak kegugupan kita
7

 Jangan panik apabila tersasul


 Berkubu

Menganalisis Diri, Audien (Pendengar) dan Majlis / Situasi

a) Analisis diri
Tanya diri sendiri sejauh mana:
 Pengetahuan kita tentang topik
 Minat kita pada topik
 Persediaan yang sudah kita buat.

b) Analisis Audien (Pendengar)


 Ciri-ciri demografik
 Ciri-ciri situasi

c) Analisis Majlis / Situasi


Pastikan:
 Tujuan / agenda majlis
 Jangka masa majlis
 Giliran atau waktu kita akan berucap
 Saiz bilik / dewan berbanding saiz audien
 Kemudahan yang sedia ada dan perlu diadakan
 Tempatnya.

Memilih dan Memastikan Tajuk Ucapan

Sesuatu tajuk ucapan boleh dipilih berdasarkan:


 Bidang yang ditetapkan oleh penganjur
 Minat kita / minat audien
 Kepakaran kita
 Pengalaman kita / pengalaman audien
 Isu-isu semasa
 Isu yang penting untuk audien
 Isu yang penting untuk organisasi yang kita wakili
 Isu yang sesuai dengan majlis.

Menentukan Fokus Ucapan

a) Tentukan bilangan isi / idea yang hendak disampaikan


b) Pilih beberapa idea utama
c) Jelaskan tujuan ucapan – secara umum dan secara jelas
8

d) Pastikan isi-isi berkait rapat dengan atau dapat mencapai


objektif yang dirancang.

Mengumpul Bahan Ucapan

a) Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sendiri


b) Temu bual pakar, kawan-kawan dan orang ramai
c) Bahan rujukan tersedia – perpustakaan / pusat sumber.

Menyusun Bahan

a) Bagi ucapan jenis penerangan (informative), formatnya:

i. Pengenalan
 Salam / ucap selamat / penghormatan lazim /
protokol
 Kenyataan untuk menarik perhatian
 Preview
 Prosedur

ii. Badan / Isi


 Penghuraian idea-idea utama yang tersusun
 Maklumat sokongan – data-data dan/atau statistik
yang berkaitan, contoh-contoh yang mudah dan
kompleks, perbandingan, jaminan daripada pihak
yang bertanggungjawab dan sebagainya.

iii. Penutup
 Review
 Kenyataan untuk diingati dan penyudah bicara.

b) Pembahagiannya lebih kurang 15% pengenalan, 75%


badan dan 10% penutup.
c) Tulis rangka ucapan pada kad nota. Satu idea / isi pada
satu kad.
d) Maklumat mesti disusun, sama ada secara susunan masa
(chronological), ruang (spacial), topik (topical), sebab
(causal), masalah penyelesaian, pro- kontra dan
sebagainya.
e) Bilangan isi perlu jelas
f) Peralihan isi perlu jelas
9

g) Bagi ucapan jenis pembujukan, formatnya:

i. Pengenalan – tarik perhatian.


ii. Wujudkan kehendak / keperluan
iii. Berikan cara penyelesaian
iv. Bayangkan keunggulan cara penyelesaiannya
v. Dorong audien untuk menerimanya – penutup.

Merancang Pengenalan

a) Pembuka ucapan harus dapat menarik perhatian pendengar.


b) Konsep “halangan 2 minit / 2 minutes barrier” – kita mesti
dapat menarik perhatian audien dalam dua minit pertama
ucapan kita.
c) Antara kaedah untuk menarik perhatian pendengar
termasuklah:
 Menyatakan sesuatu yang memeranjatkan
 Menanyakan soalan – sama ada soalan yang realistik atau
retorikal.
 Menyatakan sesuatu yang lucu
 Menggunakan kata-kata hikmat – petikan Al-Quran, hadis,
kata-kata cendekiawan.
 Memberikan contoh, ilustrasi dan cerita yang berkaitan
dengan topik.
d) Merujuk kepada majlis
e) Merujuk kepada fakta sejarah
f) Memberi penghormatan / pujian kepada audien
g) Menggunakan gimik (gimmick)
h) Menekankan kepentingan topik / isu yang dibincangkan.

Merancang Penutup Ucapan Yang Menarik

a) Beritahu kita akan berhenti bercakap


b) Ringkaskan idea-idea utama
c) Ulang sebut antara idea utama
d) Kenyataan akhir:
 Wujudkan perasaan yang kita harapkan daripada audien
seperti marah, simpati, insaf, sedih, bersemangat dan
sebagainya.
10

 Membuat pembujukan/pemujukan tambahan


 Membuat komitmen atau janji peribadi
 Membuat rujukan atau tindakan susulan.
Berlatih

a) Berlatih 3 hingga 6 kali


b) Hafaz idea dan bukan ayat-ayat dalam ucapan
c) Berlatih juga secara mental – bayangkan apa yang hendak kita
katakan
d) Rujuk kad nota sekali sekala semasa berlatih. Gunakan nota
yang akan kita gunakan semasa berucap nanti. Jangan buat
nota yang baru untuk persembahan ucapan.
e) Hayati seluruh ucapan
f) Jangan berlatih berlebih-lebihan
g) Tidak terlalu berlatih bahasa untuk mengelakkan
persembahan kaku dan tidak bersahaja.
h) Rakamkan latihan ucapan dengan menggunakan kaset / video
untuk meninjau kecukupan isi, nada suara, urutan isi dan
sebagainya.
i) Buat penilaian
j) BerlAtih menggunakan alat pandang dengar yang akan
digunakan
k) Ukur masa yang akan digunakan semasa berucap

Menilai Keseluruhan Langkah Yang Telah Dijalankan

a) Pastikan setiap langkah dijalankan dengan baik dan rapi


(kemas)
b) Fikirkan kemungkinan timbulnya masalah
c) Ubah suai (jika perlu) berdasarkan maklumat terbaru yang
diterima.

Mempersembahkan Ucapan

a) Gunakan gaya yang tersendiri – jangan meniru-niru gaya


orang lain.
b) Bersedia secara mental dan fizikal sebelum berucap.
c) Tunjukkan keyakinan semasa berdiri untuk berucap.
d) Wujudkan hubungan dengan audien melalui pandangan
sebelum memulakan ucapan.
e) Jangan mulakan ucapan dengan merujuk nota.
11

f) Bercakap dengan BUKAN bercakap kepada audien. Gunakan


kaedah seolah-olah berbual-bual dan banyak menggunakan
perkataan KITA bukan SAYA.
g) Kekalkan konteks mata yang bermakna dengan audien.
h) Elakkan mengeluarkan bunyi-bunyi yang boleh mengganggu
atau membosankan audien seperti bunyi batuk kecil,
berdehem, mengeluh dan sebagainya.
i) Duduk atau berdiri dengan santai (relax) tetapi dengan gaya
atau posisi tubuh yang bersedia (alert).
j) Buat pergerakan badan yang bermakna dan bersahaja.
k) Jangan gelisah.
l) Tunjukkan semangat yang berkobar-kobar dan tonjolkan
keseronokan kita semasa berucap.
m) Gunakan mimik muka untuk mencerminkan perasaan kita
dengan tepat.
n) Sembunyikan kesilapan – jangan minta maaf dan
menonjolkan kesilapan kita.
o) Gunakan alat pandang dengar denganbaik dan meyakinkan.
p) Gunakan suara dengan berkesan – nada, tekanan, kadar masa
sebutan dan sebagainya.
q) Beredar dengan yakin dan sopan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UNTUK RENUNGAN

Pengucapan awam atau berucap dalam khalayak merupakan satu


kemahiran yang boleh dipelajari. Ramai yang beranggapan kebolehan
ini sebagai satu keistimewaan warisan yang diturunkan dari satu
generasi ke satu generasi berikutnya dalam sesebuah keluarga. Kajian
yang dijalankan di negara Barat dan pemerhatian yang dibuat di tanah
air sendiri membuktikan bahawa tanggapan sedemikian tidak tepat.

Sebaliknya, kemahiran berpidato boleh dipupuk melalui proses


pembelajaran, pendedahan dan amalan dengan panduan dan
bimbingan daripada pengucap-pengucap yang terlatih dalam bidang
ini.

Ringkasnya, setiap individu yang normal boleh menjadi pemidato yang


berkesan sekiranya diberi peluang mengenali kemahiran tersebut
secara lebih terperinci dan sistematik.
12

Anda mungkin juga menyukai