Anda di halaman 1dari 1

Selain aspek sosio ekonomi , sektor Pendidikan di negara kita juga turut terjejas dan menerima

tamparan hebat lantaran wujudnya penyakit pandemic covid-19 ini . Berikutan penularan virus ini ,
seperti yang kita semua sedia maklum semua sekolah dan institusi pengajian tinggi ditutup bagi
mengurangkan penularan dan memutuskan rantaian penyakit covid-19 . Apabila pusat pengajian
ditutup pelajar-pelajar dan murid-murid telah diperkenalkan dengan sistem pembelajaran norma
baru iaitu pembelajaran atas talian Pembelajaran secara atas talian ini merupakan satu cabaran
yang cukup berat yang perlu digalas oleh para pendidik . Platform google meet , google classroom
dan zoom merupakan platform yang digunakan bagi pembelajaran atas talian ini . Terdapat
beberapa aspek yang menyukarkan pembelajaran secara atas talian ini iaitu rangkaian internet ,
kemahiran IT dan pembelajaran yang tidak efektif . Baru-baru ini tular seorang pelajar bermalam
diatas pokok demi menduduki peperiksaan ini cukup membuktikan bahawa tidak semua Kawasan
terutamanya Kawasan pedalaman mempunyai capaian atau rangkaian internet yang stabil dan ini
sudah pastinya menjejaskan prestasi pelajar dalam pelajaran . Seterusnya , aplikasi atas talian yang
digunakan memerlukan kita untuk mempunyai kemahiran IT untuk menggunakannya . Para pendidik
yang telah berumur sering kali menghadapi kesukaran dalam menggunakan aplikasi dalam talian
untuk pembelajaran kerana kurangnya pengetahuan dalam bidang IT . Selain itu , pembelajaran atas
talian ini tidaklah sebaik pembelajaran secara bersemuka . Hal ini kerana subjek atau kursus tertentu
seperti Pendidikan jasmani memerlukan pelajar dan pensyarah untuk melakukan aktiviti amali
secara bersemuka . Bukan itu sahaja , ada pelajar yang masuk ke dalam platform google meet untuk
menunjukkan kehadiran namun pada hakikatnya mereka tidur semasa kelas

Anda mungkin juga menyukai