Anda di halaman 1dari 16

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KANDUNGAN MUKA SURAT

Rukun Negara 2

Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3

Kata Pengantar 4

Matlamat dan Objektif Mata Pelajaran Sejarah 5

Panduan pelaksanaan 6-9

Contoh Pelaksanaan Kajian Kes 10-23

1
RUKUN NEGARA

Bahawasanya negara kita Malaysia, mendukung cita-cita hendak


mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang
liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-
bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh


tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

3
KATA PENGANTAR

( )
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

4
Matlamat 4. Menanam sikap tanggungjawab terhadap

Kajian kes merupakan pembelajaran melalui diri, masyarakat dan negara.

penerokaan yang melibatkan pengetahuan, 5. Memberi kesedaran sikap

penglibatan diri, kemahiran kreativiti dan bertanggungjawab terhadap pemuliharaan

pengaplikasian metodologi Sejarah. Kajian kes juga warisan sejarah negara kita

bertujuan melatih murid tentang kemahiran dalam


ilmu sejarah.

Objektif :

Kajian Kes membolehkan murid:

1. Memahami perkembangan peristiwa


sejarah terdahulu.
2. Mengaplikasikan disilplin ilmu sejarah
dalam kehidupan seharian
3. Mendapat pengalaman secara langsung
dalam menjalankan kajian.

5
PELAKSANAAN 1) Penyataan Masalah

LANGKAH PELAKSANAAN KAJIAN KES

Pelaksanaan kajian kes ini melibatkan beberapa Proses pernyataan masalah iaitu membentuk
langkah yang membabitkan kajian dan penilaian persoalan mengenai tajuk atau peristiwa yang
data yang berkaitan isu atau peristiwa sejarah berkaitan dengan bidang kajian yang akan
yang timbul seperti gambar rajah di bawah : dilaksanakan.Pernyataan masalah merupakan
isu atau masalah yang ingin dikaji dalam
penyelidikan. Pernyataan masalah kajian boleh
berbentuk soalan-soalan terbuka seperti
pernyataan idea atau masalah.

Pernyataan masalah merupakan peringkat


KAJIAN permulaan rancangan penyelidikan dan
KES
digunakan sebagai tujuan penyelidikan yang
akan dilaksanakan.

6
2) Kajian Literatur 4) Rujukan Sumber

Kajian literatur menerangkan kajian terdahulu Sumber merupakan unsur yang penting dalam
berkenaan aspek yang sama atau hampir sama membuat penyelidikan sejarah kerana sumber
dengan kajian yang bakal dijalankan. Murid memberikan maklumat dan bukti yang benar
diberikan pendedahan cara mengenal sumber tentang sesuatu peristiwa. Sumber dibahagikan
dengan tujuan untuk mendidik murid bagi kepada dua iaitu sumber pertama (primer) dan
mengumpul maklumat mengenai tajuk kajian. sumber kedua (sekunder).

Sumber primer ialah sumber yang belum


ditafsirkan dan diolah yang terdiri daripada
3) Objektif Kajian
pelbagai bentuk seperti kertas, fosil, artifak,
dokumen dan manuskrip.
Objektif kajian merujuk kepada apa yang hendak
dicapai dan bagaimana hendak mencapainya.
Sumber sekunder adalah terdiri daripada bahan
Objektif kajian juga hendaklah jelas dan
yang dikaji melalui sumber pertama. Sumber
konsisten serta boleh dikenal pasti. Selain itu
sekunder merupakan hasil penulisan seperti
objektif kajian juga menjelaskan tujuan sesuatu
buku, majalah, artikel atau rencana surat khabar,
kajian itu dijalankan.
dan latihan ilmiah.

7
Kaedah Kajian

5) Analisis Data

Kaedah kajian menjelaskan tatacara bagaimana Data atau bahan yang diperoleh hendaklah
memperolehi bahan kajian atau mengumpul dianalisis untuk menjawab pernyataan masalah
maklumat untuk memenuhi matlamat objektif dalam kajiannya. Murid dibimbing untuk
kajian. Antara perkara penting ialah menentukan mengenal pasti sumber yang tepat dan asli yang
kaedah mendapat sumber rujukan. Dalam boleh dipastikan kebenarannya.
pelaksanaan kajian kes, guru perlu membimbing
Dalam membuat analisis, guru perlu
murid bagi menentukan kaedah kajian. Pelbagai
membimbing murid untuk membuat perancangan
kaedah kajian boleh digunakan bagi membuat
penyelesaian. Rancangan penyelesaian ini boleh
penyelidikan sejarah atau peristiwa sejarah untuk
terdiri daripada penetapan tempoh masa dan
memperoleh maklumat. Antara kaedah yang
strategi penyelesaian masalah kepada murid.
boleh digunakan seperti berikut:

a) Kaedah temubual
b) Kaedah pemerhatian
6) Laporan Kajian

c) Kaedah kajian perpustakaan


Laporan kajian merupakan hasil kerja murid
secara berkumpulan. Hasil kajian ini boleh
d) Kaedah media
berbentuklaporan bertulis atau secara lisan

8
(pembentangan). Cadangan laporan juga boleh ii) Guru Sebagai Pembimbing
dibuat dalam bentuk persembahan grafik seperti
garis masa, jadual, buku skrap, slaid, powerpoint, • Guru mengenal pasti tema atau tajuk

rencana atau bentuk-bentuk lain yang mudah kajian yang ingin dilaksanakan. Tajuk

difahami. Guru harus memberi panduan kepada yang diberikan merupakan satu cadangan

murid terhadap format penulisan hasil kajian. sahaja.

• Guru boleh mengambil kira tajuk yang


diutarakan oleh murid dan mengikut
PELAKSANAAN
keupayaan murid.

i) Rancangan penyelesaian
• Guru perlu membimbing murid untuk
Rancangan penyelesaian merupakan menentukan skop kajian dan membina
perancangan murid untuk melaksanakan soalantentang tajuk yang dikaji.
kajian kes yang diberikan mengikut tempoh
yang ditetapkan oleh guru. Murid juga diajar • Guru membantu murid dalam membuat
untuk membentuk kumpulan, membahagikan perancangan dan menyusun atur proses
tugasan dan bagaimana hasil kajian yang kerja berdasarkan senarai semak yang
mereka ingin lakukan. disediakan.

9
• Guru juga perlu membuat tindakan
• Guru membahagikan murid kepada susulan bagi memantau hasil kerja murid.
beberapa kumpulan dan memastikan
setiap ahli dalam kumpulan mempunyai • Guru perlu memastikan murid
peranannya. menyediakan laporan seperti format yang
ditetapkan.
• Guru sebagai pemudahcara untuk
membantu murid menyelesaikan kajian
kes

10
MODUL CONTOH PELAKSANAAN KAJIAN KES

11
CONTOH PELAKSANAAN

a. Pemilihan tajuk ( Kajian Peristiwa)

TAJUK 1: MARI BELAJAR SEJARAH


Standard Kandungan Standard Pembelajaran

12
1.1 Mengetahui dan memahami 1.3.1 Menyatakan nama dan alamat sekolah dengan lengkap.
sejarah sekolah. 1.3.2 Mengenal pasti lokasi sekolah.
1.3.3 Menceritakan sejarah penubuhan sekolah.
1.3.4 Menyatakan cogan kata, visi dan misi sekolah.
1.3.5 Menyatakan maksud warna dan simbol pada lencana dan bendera
sekolah.
1.3.6 Menyatakan struktur organisasi pentadbiran sekolah.

K1.3.7 Menjelaskan tanggungjawab diri sebagai warga sekolah.


K1.3.8 Mengenal pasti usaha-usaha untuk mengekalkan kebersihan dan
keindahan sekolah.
K1.3.9 Menyatakan sekolah sebagai sesebuah institusi pendidikan yang
perlu dibanggakan.

b. Mengenalpasti masalah dan membina hipotesis

Gambar sekolah

TAJUK KAJIAN KES:

Sekolah saya merupakan sebuah institusi pendidikan yang boleh dibanggakan.


Buktikan pernyataan tersebut. 13
Arahan:
Persoalan lain yang boleh ditimbulkan oleh guru untuk membantu murid mengembangkan idea.

1. Bilakah sekolah anda ditubuhkan?

2. Siapakah Guru besar sekolah anda sekarang?

3. Senaraikan nama Guru besar yang pernah berkhidmat di sekolah sekolah anda?

4. Nyatakan kejayaan sekolah anda yang boleh dibanggakan dari aspek Kurikulum dan Kokurikulum

5. Siapakah tokoh-tokoh yang pernah belajar di sekolah anda

6. Bagaimanakah anda melahirkan perasaan rasa bangga terhadap sekolah

CONTOH
PELAKSANAAN KAJIAN PROSES PELAKSANAAN
KES

LANGKAH 1: PENYATAAN MASALAH

14
CONTOH
PELAKSANAAN KAJIAN PROSES PELAKSANAAN
KES

Guru mengenal pasti tajuk / tema

1.3.3 Sejarah sekolah saya

LANGKAH 2: OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid:

1. Menyatakan sejarah penubuhan sekolah.

2. Mengenalpasti Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah anda

3. Menyenaraikan kejayaan yang pernah dicapai oleh sekolah anda dalam bidang
akademik dan kokurikulum

4. Mengaplikasi kemahiran meneroka bukti bagi menjana pemikiran kritis dan kreatif.

PERANCANGAN GURU
• Menetapkan tempoh kajian
• Pembentukan kumpulan(jika perlu)
• Memberi tugasan-berikan beberapa soalan perbincangan bagi mencungkil pendapat murid
• Menentukan kaedah kajian yang ingin dilakukan:-
- Kaedah kajian perpustakaan
- Kaedah temubual
Menentukan bentuk laporan-buku skrap/persembahan/ pembentangan

LANGKAH 3: RUJUKAN SUMBER

15
CONTOH
PELAKSANAAN KAJIAN PROSES PELAKSANAAN
KES

• Majalah/buku
• Orang sumber
• Dokumen/Jurnal
• Surat khabar
• Laman sesawang
• Muzium/Arkib/Agensi berkaitan

LANGKAH 4: ANALISIS DATA

Banding beza hasil dapatan daripada pelbagai sumber rujukan.

LANGKAH 5: LAPORAN KAJIAN

Laporan: Pembentangan/laporan bertulis/ buku skrap


Hasil Laporan :
• Mengandungi 1 – 5 halaman

• Merangkumi Tajuk Kajian, Pendahuluan, Perbincangan( Hasil Kajian), Kesimpulan dan


Rujukan.

16

Anda mungkin juga menyukai