Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1

i. Aktiviti yang pertama boleh dilakukan ialah lari setempat. Aktiviti ini dapat
meningkatkan kecergasan fizikal di rumah dan ia juga sangat mudah untuk dilakukan.

Aktiviti kedua ialah aerobik dan Zumba. Aktiviti ini boleh dilakukan sama ada di luar
rumah ataupun di dalam rumah. Aktiviti ini juga boleh menigkatkan kecergasan fizikal.

ii. Kita boleh menghilangkan stress di sepanjang pkp di rumah dengan cara membuat
aktiviti bersama keluarga. Contohnya seperti beriadah bersama keluarga, membuat
permainan kecil bersama kerja dan banyak lagi aktiviti yang lain. Dengan cara ini kita
bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh untuk kesihatan kita tetapi kita juga sekali gus
dapat meningkatkan silaturahim antara keluarga kita. Kita juga dapat menghilangkan
stress sewaktu pkp di rumah dengan cara membuat aktiviti yang mendatangkan manfaat
seperti bercucuk tanam dapat membuatkan kita menghirup udara yang segar jika
banyak tanaman yang ditanam.

Soalan 2

Sebagai seorang jurulatih bagi acara lari pecut, saya perlu mengenalpasti beberapa kompenen
yang penting yang perlu ada pada seorang individu untuk dipilih. Kompenan utama ialah
kelajuan. Kompenan ini sangat penting untuk ada bagi acara lari pecut kerana acara lari pecut
adalah acara yang berintensiti tinggi. Komponen yang seterusnya yang perlu ada dalam acara lari
pecut ialah masa reaksi. Komponen ini juga merupakan komponen yang penting kerana
komponen ini ialah keupayaan reaksi kaki bergerak dengan cepat ke arah yang betul mengikut
rangsangan yang diberikan. Seterusnya saya juga akan melihat berdasarkan kecergasan fizikal
berasaskan kesihatan iaitu seperti daya tahan kardiovaskular. Komponen ini menjadi titik ukur
kepada seorang atlet acara lari pecut kerana ia acara ini sangat berintensiti tinggi yang
memerlukan pernafasan yang baik. Sontohnya dalam acara lari pecut 200 meter. Atlet perlu
berlari dengan laju dalam jangka masa yang pendek oleh itu atlet perlu mempunyai daya tahan
kardiovaskular yang tinggi

Soalan 3

BMI ( 90kg bahagi dengan (1.75m x 1.75m) ). Jumlah BMI Firdaus ialah 30.25. firdaus memiliki
kadar BMI yang obeses. Hal ini akan menyebabkan kesihatan firdausb akan terjejas jika dia tidak
melakukan apa. Antara kesan kepada kesehitan firdaus ialah firdaus akan mudah penat kerana
lemak yang ada pada tubuhnya. Hal ini akan menyebabkan firdaus menjadi malas untuk
bersukan. Selain itu firdaus juga akan senang mendapat menyakit contohnya seperti sakit
jantung. Sakit jantung adalah penyakit yang sering terjadi kepada individu yang mengalami
obeses. Hal ini kerana bahagian didalam tubuh badan firdaus tidak dapat berfungsi dengan baik
kerana terlalu banyak lemak ataupun kalori yang menyebabkan proses diddalam tubuh badan
tidak dapat berfungsi dengan baik sperti system pencernaan yang tidak baik dan banyak lagi.
Acara sukan yang sesuai untuk dilakukan oleh firdaus salah satunya ialah bermain tali skipping.
Tali skipping dapat membakar lemak secara efisien dan berkesan dengan baik. Firdaus perlu
melakukan secara berperingkat bermula secara perlahan lahan kemudian meningkat kepada
tahap yang lebih susah jika tubuhnya sudah boleh mengadaptasi dengan baik. Selain itu juga,
firdaus boleh mengikut Zumba atau senam aoerobik. Hal ini kerana firdaus sentiasa melakukan
pergerakan yang boleh mengeluarkan peluh dengan banyak. Akhir sekali firdaus perlu berjoging
minimum 3 kali seminggu untuk membakar lemak dan kalorinya

soalan 4

dua perbezaan yang ketara antara lelaki dan permpuan ialah ialah pertama dari segi kekuatan
tenaga ataupun kekuatan otot. Kekuatan tenaga ini ialah perbezaan yang sangat ketara antara
lelaki dengan perempuan. Ini kita dapat lihat dalam aktiviti seharian seperti melakukan kerja
yang berat seharian, perempuan akan lebih cepat penat berbanding dengan lelaki misalnya
mengangkat benda yang berat seperti tong gas. Selain itu,di dalam sukan pula juga sama. Kita
dapat melihat perbezaan pasukan lelaki dan pasukan perempuan mempunyai perbezaan yang
ketara dari segi tenaga. Contohnya seorang jurulatih hoki perempuan membuat perlawanan
persahabatan dengan pasukan hoki lelaki bagi menilai prestasi pasukannya. Kita dapat lihat
kebiasaanya pasukan wanita akan kalah dari segi kekuatan walaupun bermain sukan yang sama
dan berlatih dengan latihan yang sama.

Perbezaan yang kedua ialah wanita mempunyai fleksebliti yang baik secara semula jadi
berbanding lelaki. Kita dapat lihat ramai wanita yang boleh melakukan regangan otot yang baik
berbanding lelaki. Perbezaan ini juga kita dapat lihat ketika wanita menari dengan lelaki, kita kan
mendapati bahawa wanita lebih lembut berbanding dengan lelaki

Soalan 5

i. Penuaan terhadap kardiovaskular ialah pernafasan yang mudah penat dan semput. Ini
akan menyebabkan kita tidak boleh melakukan aktiviti yang berat. Kesan yang kedua ia
akan menyebabkan jantung kita menjadi lemah. Oleh itu, kita akan senang untuk
mendapatkan penyakit yang berkaitan dengan jantung.
ii. Aktiviti yang sesuai dijalankan ialah berkebun ataupun sentiasa melakukan aktivit yang
membuat tubuh badan bergerak sperti bercucuk tanam, melakukan senaman ringan
setiap pagi, dan berjoging secara perlahan.

Anda mungkin juga menyukai