Anda di halaman 1dari 25

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER
SEPTEMBER / 2012

KOD KURSUS
HBAE 1103

TAJUK KURSUS
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

NAMA :
NAMA TUTOR :
NO KAD PENGENALAN :
MATRIKULASI :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN:
PETALING JAYA LEARNING CENTRE
ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN 3
1.1 Pengenalan 3

2.0 PERKAITAN ASPEK KOGNITIF, ASPEK PSIKOMOTOR,


ASPEK AFEKTIF, ASPEK KREATIVITI DAN
ASPEK SOSIAL DENGAN MATLAMAT DAN
OBJEKTIF KURIKULUM. 6
2.1 Aspek Kognitif. 6
2.2 Aspek Fizikal. 7
2.3 Aspek kreativiti. 7
2.4 Aspek Persepsi. 8
2.5 Aspek sosial dan emosi. 9

2.0 PERKAITAN ORGANISASI KURIKULUM DAN BIDANG


KEGIATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL. 10
3.1 Pemerhatian. 10
3.1.1 Pengetahuan sedia ada murid 11
3.1.2 Benda atau bahan yang konkrit. 11
3.1.3 Minat, kecenderungan dan latar belakang murid 11
3.1.4 Bahan, bunyi, pergerakan dan aksi . 12
3.1.5 Mencetus idea dan imaginasi . 12
3.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan. 12
3.2.1 Penerokaan 13
3.2.2 Penghasilan / membuat. 14
3.3 Apresiasi. 15
3.4 Menghargai nilai. 17

4.0 KAJIAN PERKAITAN ANTARA ORGANISASI KURIKULUM, BIDANG


AKTIVITI DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK. 18
4.1 Kandungan kurikulum. 18
4.1.1 Menggambar. 18
4.1.2 Membuat corak dan rekaan. 20
4.1.3 Membentuk dan membuat binaan. 22
4.1.4 Kraf tradisional. 23

5.0 PENUTUP 24
5.1 Kesimpulan 24

BIBLIOGRARI 25

HBAE 1103 m/s : 2


1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan seni
bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya
individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta
dan peka terhadap ciri estetik. Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya
kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan
rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang
mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana
dan mampumengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan
kehidupan.Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir . Pengetahuan dan
kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi
maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai
perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan
fleksibel.

Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh
dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan
Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata
pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi
catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan
sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya
memenuhi tuntutan dalam masalah ini.

Pendidikan Seni juga selari dengan konsep pembelajaran seumur hidup (learning
through out life) yang dikatakan sebagai salah satu syarat untuk menghadapi dunia abad ke-
21. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang mengaplikasikan ilmu dengan kemahiran.
Pelajar belajar melalui tindakan membuat (learning by doing), yang kemudiannya kelak dapat
dilanjutkan kepada learning to be dan learning to live together, apabila tiba masanya
untuk berada dalam masyarakat dan pasaran kerja. Asas ini dibina dalam pengajaran

HBAE 1103 m/s : 3


Pendidikan Seni terutamanya dalam membentuk pemikiran tinggi. Sebagai contoh awal,
proses mereka bentuk dalam Pendidikan Seni, melibatkan pelajar melalui beberapa proses
berfikir dan bertindak seperti :

• Pengenalpastian masalah

Menentukan keperluan, lakaran situasi atau masalah. Penjelasan tentang perkara


utama dan limitasi serta persolan yang sepatutnya dapat dijelaskan. Kajian dan Penyelidikan
Aspek persekitaran, ergonomik, masa, faktor keselamatan, kekuatan, bentuk, bahan, kos dan
pembuatan serta pelbagai sumber. Idea dan cara penyelesaian dilakukan secara lakaran
beberapa idea dan penyelesaiannya.

• Perkembangan

Memperincikan idea bersama lakaran dan huraian. Bekerja dengan idea yang telah
dikenal pasti bagaimana bahagian-bahagian dipasang (kalau ia model). Mungkin carta aktiviti
atau carta produksi diperlukan pada peringkat ini. Foto atau lakaran visual yang
menampakkan pelbagai persepsi juga boleh membayangkan kegiatan seterusnya menjadi
lebih jelas.

• Proses membuat

Proses dan teknik. Percubaan dan Penilaian Membandingkan spesifikasi asal dengan
senarai fungsi. Mencatat sebarang masalah yang timbul sepanjang kegiatan. Mencuba.
Membuat rumusan. Apabila melihat proses mereka bentuk yang disenaraikan, nyatalah
bahawa Pendidikan Seni mementingkan aplikasi ilmu dengan kemahiran. Dalam proses
tersebut juga, inovasi teknologi yang merangkumi tiga tahap digabungkan. Gabungan tersebut
ialah idea yang kreatif, aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat. Ini
dikaitkan dengan maksud kreatif yang menekankan sesuatu yang unik, baru dan bermakna,
dalam konteks norma kita sendiri.

Melalui informasi teknologi dalam Pendidikan Seni, idea yang banyak dapat
dilahirkan dan pelbagai. Ini akan membantu pelajar menghasilkan ciptaan terbaru dengan
mudah, tepat, cepat, dan menarik. Namun, sebagai suatu disiplin yang mengutamakan daya
imaginasi dan kreativiti ketika pembentukan konsep dalam minda, yang harus dijelmakan
dalam bentuk visual secara manual, pelajar tidaklah diketepikan ilmu untuk mendapatkan
kemahiran tertentu dan sebaliknya hanya menggunakan teknologi moden seperti komputer

HBAE 1103 m/s : 4


melakukan segala-galanya. Komputer, dalam hal ini adalah sebagai tool atau kadang-kadang
sebagai tutee bagi memudahkan cara melaksanakan kegiatan Pendidikan Seni.

Banyak pakar yang berpendapat bahawa pendidikan yang berkesan sepatutnya


dilakukan secara bersepadu, sama ada dengan memenuhi tuntutan pelajar melalui ikutan,
analisis logik, kemahiran mengaplikasi ilmu seni, dan sebagainya. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang mengarah kepada suasana riang dan ria serta mengundang minat pelajar
akan membangkitkan semangat ingin melakukan sebarang kegiatan pembelajaran dengan
baik. Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah yang berkesan dalam Pendidikan Seni
kerana ia bukan sahaja melibatkan tingkah laku ingin tahu pelajar tetapi juga berkait dengan
perasaan pelajar yang menjurus kepada Learning is fun .

Konsep pengajaran bersepadu dalam Pendidikan Seni telah diperjelaskan dalam


Sukatan Pelajaran yang dapat disimpulkan bahawa ia merangkumi domain yang dihasrat
secara bersepadu melalui pendekatan yang terancang. Pendekatan yang terancang dan terarah
ini berteraskan objektif pencapaian iaitu, ekspresi kreatif, penggubahan, penghasilan dan
persembahan, persepsi estetik, pertimbangan estetik, warisan budaya kraf, dan seni
tampak.Justeru, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung hasrat murni di dalamnya
dapat direalisasikan melalui subjek Pendidikan Seni.

Kurikulum Pendidikan Seni telah direncana dan selaras dengan keadaan semasa dan
akan datang bagi mencapai matlamat pendidikan berdasarkan kehendak FPK. Menurut Abd.
Shukor Hashim (1998), (dalam Mohd Johari Ab. Hamid, 2000). Pendidikan Seni sewajarnya
menepati objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan individu,
pembangunan dan intergrasi sosial menyalurkan budaya dan warisan negara. Perpaduan
negara wujud setelah generasi muda dididik dan dibimbing sempurna dari segi perkembangan
JERIS. Melalui aktiviti-aktiviti seni, seseorang pelajar bukan sahaja dididik dan dibimbing
dalam kesempurnaan dari segi JERIS tetapi juga dilatih memperolehi keyakinan diri dalam
berkomunikasi melalui seni, memahami warisan bangsa dan identiti bangsa.

Matlamat dan kepentingan Pendidikan Seni jelas digubah untuk melahirkan individu
yang berbudaya iaitu sekurang-kurangnya dapat mengurus kehidupan harian dengan
sempurna dan menjadi penghayat seni , seterusnya dapat menyumbang ke arah pembangunan
diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dapat kenal pasti punca dapat mendorong dan
merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan

HBAE 1103 m/s : 5


dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang
berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang
tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan
perasaan dalam aktiviti yang dijalankan.

2.0 PERKAITAN ASPEK KOGNITIF, ASPEK PSIKOMOTOR, ASPEK AFEKTIF,


ASPEK KREATIVITI DAN ASPEK SOSIAL DENGAN MATLAMAT DAN
OBJEKTIF KURIKULUM.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang


mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang dihasilkan
berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.
Kepentingan pengajaran mata pelajaran Seni Visual kepada kanak-kanak terbahagi kepada
Aspek Kognitif, Aspek Kreativiti, Aspek Persepsi serta Aspek Sosial dan Emosi.

2.1 Aspek Kognitif.

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka, matlamat pendidikan


Seni Visual adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang harmoni, kritis, kreatif dan
produktif menerusi pengukuhan asas seni visual. Selain itu, pendidikan seni visual juga
diterapkan dalam pendidikan untuk membentuk pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran
dalam seni visual. Ia selaras dengan objektif kurikulum pendidikan seni visual di mana
dengan adanya mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di setiap sekolah, sikap bekerjasama
dapat dijalinkan tidak kira sama ada sesama murid dengan murid mahupun di antara murid
dengan cikgu. Ini adalah kerana, Pendidikan Seni Visual memerlukan banyak tenaga terutama
sekali dalam membuat tugasan yang diarahkan. Melalui tugasan tersebut, murid-murid dapat
bekerjasama antara satu sama lain kerana mereka telah dipupuk bahawa bekerjasama adalah
sangat penting bagi menjayakan sesebuah tugas yang diarahkan.

Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama ada
daripada segi gaya mahu pun kandungan. Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan
terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan
masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Kanak-kanak
melukis apa yang mereka tahu berdasarkan pengalaman yang mereka lihat, daya ingatan, imej
dan kesan konsep ini dilukis di atas kertas.

Perkembangan kognitif kanak-kanak boleh dilihat melalui contengan yang mereka


lakukan iaitu contengan tidak terkawal dan terkawal. Contengan tidak terkawal yang

HBAE 1103 m/s : 6


dihasilkan secara spontan, sembarangan, ringkas dan sekadar membuat garisan pada sebarang
permukaan. Contengan terkawal , pula lebih berorganisasi, berulang, penggunaan tangan
lebih terkawal, boleh melukis dalam permukaan kertas yang disediakan, terdapat variasi
garisan dan mula menunjukkan minat untuk melukis.

2.2 Aspek Fizikal.

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seni
memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psikomotor) dan koordinasi
tangan serta mata, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran tangan,
contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa batasan perkembangan fizikal boleh
dilihat dengan jelas. Bertepatan dengan objektif kurikulum bahawa pendidikan Seni Visual
pada peringkat awal juga akan dapat menghasilkan pelajar yang sentiasa ingin melibatkan diri
dengan kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan. Penglibatan ini
akan dapat memperkembangkan kebolehan dan kemahiran setiap murid. Sementara
kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan
teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi
secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan
perkakasan. Pendidikan Seni Visual juga akan memperkembangkan deria penglihatan yang
melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.

2.3 Aspek kreativiti.

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu muid untuk
mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni lukis
mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Pendidikan Seni Visual juga
merupakan satu bentuk pelajaran yang dapat membuatkan murid-murid untuk mengenali asas
seni reka. Pengenalan kepada asas seni reka merupakan salah satu aspek penting yang perlu
diajar pada peringkat sekolah rendah. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah
kreatif, ekspresif dan aktif.

Oleh itu, Pendidikan Seni Visual memainkan peranan dalam memperkembang sifat-
sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran,
penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual juga dapat membolehkan mereka
untuk menyatakan idea dan ekspresi diri. Setelah murid-murid mengenali asas-asas yang
terdapat dalam Pendidikan Seni Visual ini, secara tidak langsung mereka akan dapat membuat
olahan terhadap sesuatu karya seni serta akan dapat mempraktikkannya dalam proses

HBAE 1103 m/s : 7


pengajaran dan pembelajaran.Sama seperti objektif kurikulum di mana dengan pengenalan
kepada Pendidikan Seni Visual pada peringkat rendah maka murid-murid akan dapat
membiasakan diri utuk melakukan sesuatu kerja dengan teratur, cermat dan selamat.

Pada peringkat awal, murid-murid akan didedahkan kepada asas-asas seni yang
memerlukan mereka untuk membuat sesuatu kerja secara teratur dan berperingkat-peringkat
seperti pengolahan sesuatu idea dalam sesebuah produk seni. Penghasilan sesuatu karya
secara teratur akan menghasilkan satu karya yang kemas dan mempunyai nilai-nilai estetika
yang dapat dihayati oleh audien. Namun setiap murid mestilah menitik beratkan hal-hal
keselamatan semasa menggunakan alatan dan bahan-bahan seni. Dengan itu, segala proses
pembelajaran akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau masalah yang sukar
diselesaikan.

2.4 Aspek Persepsi.

Melalui seni ini, kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan


pancaindera dan deria. Seni menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan
kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang
terdapat di sekeliling mereka dengan menghasilkan lukisan berdasarkan kepada apa yang
mereka fahami berbanding dengan apa yang mereka lihat. Ini menyebabkan lukisan mereka
sukar ditafsir tetapi yang lebih penting ialah mereka mampu melihat dunia menerusi kaca
mata sendiri. Secara khususnya, selari dengan matlamat pendidikan seni visual, ia boleh
diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti
yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya
menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu,
demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.

Seperti mana objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Seni Visual
merupakan satu bentuk pelajaran yang dapat membuatkan murid-murid untuk mengenali asas
seni reka. Pengenalan kepada asas seni reka merupakan salah satu aspek penting yang perlu
diajar pada peringkat sekolah rendah. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah
kreatif, ekspresif dan aktif. Oleh itu, Pendidikan Seni Visual memainkan peranan dalam
memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.
Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual juga dapat
membolehkan mereka untuk menyatakan idea dan ekspresi diri. Setelah murid-murid tealah
mengenali asas-asas yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual ini, secara tidak langsung

HBAE 1103 m/s : 8


mereka akan dapat membuat olahan terhadap sesuatu karya seni serta akan dapat
mempraktikkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Aspek sosial dan emosi.

Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain dapat


meningkatkan keyakinan diri. Seni juga mewujudkan kerjasama antara kumpulan yang
dibentuk. Selain daripada interaksi dan aktiviti kumpulan, emosi kanak-kanak juga
ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil seni mereka. Kanak-kanak melukis
peristiwa yang mereka lalui setiap hari, objek yang mereka sukai atau individu yang mereka
sayangi. Cerita yang ingin disampaikan oleh kanak-kanak diperelokkan melalui penggunaan
warna, saiz, bentuk dan garis yang sesuai akan menambah emosi kepada lukisan mereka.

Perkembangan kanak-kanak tidak boleh dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang


kecil, oleh itu kurikulum kanak-kanak juga tidak boleh dipisahkan secara entity. Kurikulum
kanak-kanak adalah saling berkaitan. Kanak-kanak tidak mudah “tukar saluran” atau
“menukar gear” untuk bergerak daripada matematik kepada kemahiran saintifik. Pengetahuan
dan kemahiran-kemahiran ini tidak tersusun dengan rapi mengikut mata pelajaran tertentu.

Walaupun pemisahan kurikulum ini bagus secara analisis, tetapi kanak-kanak adalah
holistik dan pembelajarannya juga secara holistik. Misalnya mereka menceburi pemikiran
kreatif dan penyelesaian masalah yang boleh merentasi bidang matematik dan sains, seni dan
kajian sosial. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial. Selain
meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat
bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

Usaha utama pendidikan ialah untuk menyediakan seseorang individu memainkan


peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat. Di dalam usaha ini juga, pendidikan
menjadi suatu agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan
kemajuan dan pembangunan semasa. Dalam masyarakat moden ini, pendidikan adalah
penting juga untuk menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan
dan pembaharuan serta membuat pengubahsuaian dari memberikan sumbangan untuk
pembangunan masyarakat itu.

Secara tidak langsung, melalui Pendidikan Seni Visual juga ia dapat meningkatkan
keyakinan diri terhadap setiap murid tersebut. Sifat ini sangat penting adalah disebabkan

HBAE 1103 m/s : 9


melalui keyakinan diri yang terdapat dalam diri murid-murid tersebut, mereka akan berani
untuk membuat projek-projek besar yang ditugaskan tanpa mengira masalah dan cabaran
yang mungkin mereka akan tempuhi.

3.0 PERKAITAN ORGANISASI KURIKULUM DAN BIDANG KEGIATAN


PENDIDIKAN SENI VISUAL.

Kandungan di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolahrendah KBSR


di susun di dalam empat bidang kegiatan. Empat bidang tersebut ialah menggambar,
membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuatbinaan dan mengenal kraf tradisional.
Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi
yang kritis dan kreatif dengan alat bahan-bahan, apresiasiseni visual serta menghargai nilai
murni.Menurut Chapman (1986), terdapat empat aspek utama yang seumpama ini dalam
pelajaran seni iaitu:(i)pemerhatian(ii)penerokaan(iii)penghasilan (pembuatan)(iv)apresiasi
dan perlanjutan.

3.1 Pemerhatian.

Aspek yang pertama yang perlu diberi perhatian oleh guru untuk ditekankandi dalam
pengajaran ialah pemerhatian yang aktif. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi
kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus danterperinci dapat menajamkan persepsi
murid. Selain mengembangkan deriapenglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui
kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi.
Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan
pemerhatian ini.

Pemerhatian yang aktif dapat meningkatkan kreativiti seseorang.Pemerhatian dapat


melatih pengamatan murid pada sesuatu perkara. Melalui pemerhatian itu, murid-murid
diminta membuat pengamatan dengan menggunakan pelbagai deria yang ada seperti
sentuhan, penglihatan dan sebagainya. Guru boleh menyediakan bahan-bahan contoh untuk
menarik minat bagi melihat atau pun menyentuhnya.

Seterusnya perbincangan murid-murid dengan guru dibuat bagi mengolah idea mereka
sebelum memulakan sesuatu aktiviti seni. Melalui deria penglihatan, murid-murid diminta
mengaplikasikan bagaimana hal benda diolah menjadi motif.Aspek pemerhatian yang aktif di
dalam pengajaran guru melibatkansensitiviti deria. Sebelum memulakan pengajaran atau
semasa menyediakan aktiviti, antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru

HBAE 1103 m/s : 10


ialah pengetahuan sedia ada murid, benda yang konkrit, bahan, bunyi, pergerakan dan aksi,
serta mencetus idea dan imaginasi

3.1.1 Pengetahuan sedia ada murid

Guru Pendidikan Seni Visual haruslah peka sebelum memulakanpengajaran berkenaan hal
pengetahuan sedia ada murid. Hal ini pentinguntuk memastikan objektif pengajaran dapat
dicapai apabila murid dapatmelibatkan diri kerana bahan pengajaran guru berkesinambungan
atauberkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka.Sebagai contoh guru
yang hendak mengajar tentang Teknik Mozek kepada murid haruslah memastikan murid
telah mahir atau tahu mengenai Kolaj .Berdasarkan teori kognitif, proses pembelajaran
berlaku apabila seseorang itu menyerapkan atau pun menyesuaikan pengetahuan sediaada di
otak dengan data-data yang diperoleh melalui persekitarannya

3.1.2 Benda atau bahan yang konkrit.

Perkara yang hendak dipelajari oleh murid hendaklah benda yang konkrit pada
peringkat murid-murid sekolah rendah ini. Mengikut Thorndike (1986), tindak balas
seseorang itu adalah berdasarkan rangsangan yang diterima. Oleh itu pada peringkat mereka,
perkara yang berada di persekitaran dan konkrit dapat dibuat dan bukan di dalam imaginasi
atau maya. Sebagai contoh, apabila mengajar bidang kegiatan membentuk dan membuat
binaan- topeng, guru haruslah menggunakan benda yang konkrit seperti watak haiwan, kartun
dan bukannya imaginasi seperti dewa ataupun alam khayalan.

3.1.3 Minat, kecenderungan dan latar belakang murid

Perkara ini haruslah diambil berat oleh guru. Minat dan kecenderungan murid yang
berbeza perlu dipertimbangkan kerana ianya amat mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran. Begitu juga dengan latar belakang murid, sama ada datangnya dari keluarga
miskin, sederhana ataupun mewah. Minat dan kecenderungan yang lebih menjurus kepada
kecerdasan yang pelbagai ini seandainya dikesan oleh guru akan dapat melahirkan kreativiti
melalui pengamatan dan tanggapan dalam mengaplikasikanpembelajaran bagi membantu
murid-murid membina kemahiran seterusnya memperoleh ilmu dan mengamalkannya.
Aktiviti dalam pendidikan seni visual boleh dijalankan dengan memanfaatkan kepelbagaian
minat dan kecenderungan yang terdapat pada murid-murid dalam aktiviti berkumpulan atau
pun aktiviti individu.

HBAE 1103 m/s : 11


3.1.4 Bahan, bunyi, pergerakan dan aksi .

Melalui pemilihan bahan yang melibatkan deria, guru dapat menentukan rangsangan
yang didedahkan kepada murid-murid dan kesannya terhadap gerak balas yang dihasilkan.
Perkara yang melibatkan pergerakan, bunyi dan aksi akan mampu menarik perhatian murid
seperti nyanyian lagu ‘Burung Kakatua’ dan boneka burung akan mampu meningkatkan
minat murid untuk menjalankan aktiviti menggambar menggunakan teknik catan cat air.
Media pengajaran yang digunakan adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan
penglihatan dan/atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran termasuk juga
proses pengalaman,persediaan dan perasaan (Ngui Kuan Sang, 1989). Ini bermakna ia adalah
satu proses pengalaman yang total.

3.1.5 Mencetus idea dan imaginasi .

Hasil daripada pemerhatian yang aktif, murid-murid akan dilatih membuat


pemerhatian terhadap objek alam dan buatan manusia. Murid akan dapat merasai secara
konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus
menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan
pemikiran abstrak. Justeru itu cetusan idea dan imaginasi dapat dihasilkan untuk murid
menghasilkan karya yang kreatif melalui pemerhatian yang aktif ini. Pemerhatian yang aktif
ini dapat ditajamkan apabila guru peka terhadap persekitaran pembelajaran murid. Sebagai
guru pendidikan seni visual yang berkesan, guru harus memastikan murid-muridnya bersedia
untuk belajar.Keadaan kelas yang tidak terurus dengan sampah sarap dan meja tidak tersusun
akan mengganggu pemerhatian murid terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan.

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam


mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan
manipulasi alat dan bahan serta terknik-teknik mudah.Semasa berinteraksi dengan alat dan
bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang
dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid
belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yangmereka boleh

HBAE 1103 m/s : 12


lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. Aspek interaksi yang kritis dan kreatif
dengan bahan melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan.

3.2.1 Penerokaan

Melalui aktiviti penerokaan ini, murid-murid akan dapat mendalami sesuatu perkara
dan mencari penemuan baru. Penerokaan ini boleh berlaku sama ada dalam bilik darjah
ataupun di luar bilik darjah.Pelbagai bahan boleh digabungkan sehingga mewujudkan hasil
seni yang unik dan menarik. Hasil daripada aktiviti penerokaan adalah penemuan yang akan
dapat memberikan rangsangan kepada murid-murid menjadi lebih kreatif. Dalam usaha
menemukan sesuatu yang baharu, murid-murid perlu berusaha mencari sesuatu kelainan yang
bakal diperoleh hasil daripada penerokaan, pemerhatian dan percubaan.

Apabila wujudnya percubaan melibatkan eksperimentasi murid-murid, tindakan


spontan dan kesalahan semasa pembelajaran akan berlaku. Percubaan membuat sesuatu dapat
memberi pengalaman estetika semasa menghasilkan produk. Ini penting kerana melalui
pengalaman itu, murid akan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada yang
sebelumnya. Secara tidak langsung melalui percubaan demi percubaan dapat mendidik
seseorang murid itu erti kesabaran.

Antara aspek yang berkaitan dengan penerokaan ini yang seharusnya guru prihatin
bersesuaian dengan empat bidang yang disusun itu ialah :

• Aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid adalah aktiviti yang kecil,mudah difahami
dan ringkas perlaksanaannya.

• Murid amat digalakkan untuk cuba mencuba dan berusaha agar dapat suaikenal
dengan bahan yang disediakan oleh guru.

• Penemuan di dalam pembelajaran adalah oleh murid sendiri, dan guru sebagai
pemudah cara dan murid juga digalakkan untuk uji menguji dengan menggunakan
pelbagai teknik. Misalannya dalam memberikan pendedahan kepada murid-murid
tentang asas mewarna, guru boleh menyarankan murid menggunakan pelbagai
medium seperti kertas tisu, kertas tandas, kertas kadbod dan pelbagai jenis kertas yang
memberikan kesan yang berlainan apabila dibubuh warna air.

• Mencari alternatif di dalam menjalankan aktiviti mewarna, variasi yang pelbagai dan
kemungkinan lain. Contohnya penggunaan bahan untuk capan boleh dipelbagai selain

HBAE 1103 m/s : 13


daripada flora boleh juga digunakan bahan buangan seperti ronyokan kertas, plastik
dan seumpamanya.

• Bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencubadan pastikan guru
menggalakkan murid menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada
peraturan asal sekiranya ianya masih tidak menyalahi tajuk dan objektif pembelajaran.
Sebagai contoh dalam memperkenalkan dan membuat kraf tradisional, anyaman-
murid yang tidak mempunyai bahan gantian kertas warna boleh menggunakan kertas
surat khabar berwarna selagi bahan itu boleh membentuk anyaman apabila dijalinkan.

3.2.2 Penghasilan / membuat.

Dalam penghasilan dan membuat aktiviti, kepekaan pada persekitaran perlu


digalakkan kepada murid-murid. Contohnya murid-murid perlu peka pada persekitaran
mereka supaya dapat memanipulasikan objek-objek di sekeliling mereka menjadi sudut hasil
seni. Murid-murid secara kreatif boleh memanipulasi bahan, ruang, cahaya dan sebagainya
untuk diaplikasikan dalam karya mereka. Guru juga boleh memberi peluang kepada murid
memberi idea bersama-sama bagi mengembangkan bakat murid itu sendiri.

Melalui pendidikan seni visual juga guru dapat menjana minda murid-murid untuk
berfikir secara logik. Secara tidak langsung bahan yang terbuang boleh digunakan semula dan
ini dapat mengelakkan pembaziran dan berlaku pencemaran alam sekitar secara berleluasa.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara murid-murid dan guru
memainkan peranan penting bagi menjamin kefahaman murid-murid pada pengajaran yang
disampaikan oleh guru. Suasana pembelajaran juga banyak dipengaruhi oleh hubungan dua
hala yang menekankan pendekatan kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan pelbagai
aktiviti gerak kerja, peranan rangsangan dan gerak balas memainkan peranan yang penting
bagi menjana proses pembelajaran murid-murid.

Semasa aktiviti dijalankan, guru haruslah memberi kepercayaan penuh kepada murid-
murid menonjolkan minat masing-masing dengan pelbagai kaedah pembelajaran sambil
bermain tetapi dalam suasana yang mampu dikawal oleh guru. Ini bertujuan mewujudkan
suasana ceria dan harmonis dan tidak mengongkong murid-murid itu. Di dalam penghasilan
dan membuat gerak kerja ini, murid-murid haruslah diberi perhatian terutamanya berkaitan
dengan :

HBAE 1103 m/s : 14


• Penggunaan alat, bahan dan teknik yang dipilih haruslah bersesuaian dengan bidang
yang hendak diajar oleh guru. Sebagai contoh bagi murid Tahun 1, bahan yang
digunakan untuk capan mestilah bersesuaian seperti batang pisang atau keratan rentas
bawang merah. Mengukir kentang untuk mengecap pastinya tidak sesuai kerana
psikomotor mereka belum mahir melakukannya.

• Tatacara, langkah dan proses membuat seharusnya diterangkan dan dibimbing dengan
baik oleh guru pendidikan seni visual. Ini untuk memastikan murid yang kita ajar akan
dapat mengikuti dan tidak ketinggalan sehingga mampu menimbulkan suasana yang
menyeronokkan. Apabila proses pembelajaran yang dijalankan oleh guru tidak dapat
diikuti dengan baik oleh murid maka aktiviti itu tidak berulang kerana menimbulkan
implikasi negatif kepada diri murid dan seterusnya membantutkan proses
pembelajaran mereka.

• Amalan tatatertib kerja dan keselamatan semasa bekerja perlulah dititk beratkan oleh
guru untuk memastikan aktiviti pembelajaran murid berjalan denegan lancar tanpa
sebarang masalah atau musibah seperti kecederaan ataupun gangguanemosi.

• Penyampaian kandungan subjek, idea dan hal benda dengan bentuk hasil hendaklah
saling berkaitan.

3.3 Apresiasi.

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek


pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi
keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang
dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat
dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Antara
objektif pengajaran seni visual ini ialah menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui
kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan dan kraf, justeru itu aspek apresiasi ini
tidak boleh diabaikan oleh guru apabila mengajar. Selain itu melalui kegiatan ini, murid-
murid dapat mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan. Di dalam teori
pembelajaran anjuran teori behaviorisme, guru harus beri ganjaran pada respons pelajar yang
betul atau yang berani memberikan respons. Dalam sessi apresiasi ganjaran dalam bentuk
penghargaan iaitu menampalkan karya seni murid di sudut seni atau papan kenyataan dapat
meningkatkan harga diri murid dan memberikan keyakinan kepada mereka akan kebolehan
mereka. Pujian kepada respons yang betul akan memberangsangkan minat murid-murid

HBAE 1103 m/s : 15


supaya melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peneguhan
positif yang diberikan kepada murid atas hasil yang menarik atau tingkah laku yang terpuji
akan membantu murid mengamalkannya sebagai pengulangan.

Melalui aktiviti apresiasi pendidikan seni visual ini, murid diperkenalkan tokoh-tokoh
seni dan menghargai sumbangan mereka. Aspek ini melibatkan pernyataan dan unsur afektif.
Terdapat dua jenis utama aktiviti apresiasi. Aspek pertama ialah yang dirancang khas untuk
projek apresiasi dan aspek kedua ialah aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap
pelajaran. Apresiasi diri satu aspek yang penting dijalankan setelah murid-murid menyiapkan
kerja mereka. Slot ini penting agar murid tahu kekuatan dan kelemahan hasil seni mereka.
Mereka sudah tentulah akan memperbaiki hasil kerja mereka pada sesi lain.

Dalam sessi apresiasi seni , guru boleh menanyakan bagaimana murid-murid dapat
hasilkan karyanya sebegitu, misalnya cara mewarna, bahan yang digunakan, bagaimana
proses membuatnya berjalan atau kekanganyang boleh dimanipulasikan.Guru juga boleh
memberi motivasi dengan menggunakan perkataan yang dapat memberi semangat kepada
muridsupaya mereka meningkatkan keyakinan dan minat mereka terhadap matapelajaran
PSV. Dalam sesi ini, guru perlu memberikan perhatian kepada perkara berikut,

• Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna,
ton, rupa bentuk dan bentuk. Ini seharusnya dikuasai oleh murid bagi memastikan
pengukuhan dan guru perlulah membimbing murid memahami unsur seni yang
dipelajari.

• Aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda seperti nilai, kaitan
dengan pelajaran lain atau perkaitannyadengan pengalaman hidup seharian.

• Penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya. Ini boleh dibantu oleh guru
dengan menampalkan hasil seni yang menarik di sudut tertentu agar timbul perasaan
penghargaan diri pada jiwa pembuat dan semangat berlumba atau cabaran pda diri
murid lain.

• Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitandengan kandungan isi


pelajaran.

• Aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik yang
digunakan sewaktu menjalankan aktiviti seni bersama rakan-rakan.

HBAE 1103 m/s : 16


• Perasaan, penghargaan dan refleksi diri. Konsep ini penting dan guru boleh meminta
murid menyatakannya atau memikirkannya berpandukan soalan-soalan terbimbing
dan dirancang.

3.4 Menghargai nilai.

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga
dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan
kehidupan mereka. Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme,
nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Sebagai contoh dalam aktiviti membuat
kolaj, murid di didik supaya menggunakan bahan terbuang supaya dapat menanamkan
semangat mencintai alam kehidupan. Begitu juga apabila tiba bulan kemerdekaan, murid
digalakkan membuat poster yang bertemakan cinta pada tanah air.

Antara perkara yang berkait rapat dengan menghargai nilai ini ialah yang perlu disepadukan
oleh guru semasa menjalankan aktiviti dan kesan selepas itu ialah :

• nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di dalam kegiatan
seni dijalankan di dalam bilik darjah iaitu pada masa dan hari yang lain semasa
menjalankan kegiatan pembelajaran subjek berlainan.

• nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di luar kegiatan
dalam kehidupan seharian seperti dengan keluarga dan masyarakat. Sebagai contoh,
apabila murid sudah mahir mengenal warna dan jenis-jenisnya, dia boleh
mengaplikasikan pengetahuannya itu dengan menolong bapanya memilih warna cat
yang bersesuaian mengikut tona.

• mencintai alam kehidupan seperti mencintai sungai dan keindahannya, hutan dan
khazanahnya dan alam sekitar bersama flora dan fauna yang terkandung di dalamnya.

• nilai patriotisme dan nilai murni lain seperti semangat cintakan negara atau semangat
bermasyarakat dan seumpamanya dapat diamalkan dan diterapkan secara bersepadu
melalui aktiviti pembelajaran yang berkesan. Selain itu murid diharapkan dapat
mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan,
kebersihan dan mengutamakan keselamatan.

HBAE 1103 m/s : 17


• kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan perkembangan persepsi yang
terkandung dalam 4 aspek.

• kritikan seni; huraian, analisis, interprestasi dan penilaian

4.0 KAJIAN PERKAITAN ANTARA ORGANISASI KURIKULUM, BIDANG


AKTIVITI DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.

4.1 Kandungan kurikulum.

Sukatan pelajaran PSV sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal
kraf tradisional. Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara
aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta
menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

4.1.1 Menggambar.

Dalam kegiatan mengambar, menekankan perkembangan persepsi dan kemahiran


serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan
pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.
Antara kegiatan yang dijalankan dalam kelas ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan,
resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek dan poster. Aktiviti menggambar
menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid melalui penerokaan
kesan seni yang mana murid akan mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan. Selain itu,
melalui kegiatan menggambar, guru -guru PSV akan memperkenalkan pelbagai kemahiran
asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran turut
menjadi fokus dalam kegiatan menggambar.

Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap
asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Oleh itu, murid dapat
menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini dilakukan
dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Pembelajaran
bidang mengambar Tahap 1 bermula dengan asas mengambar, menggambar dan meneroka
teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Manakala Tahap 2, murid akan

HBAE 1103 m/s : 18


mempelajari pengunaan asas seni reka dalam mengambar melalui imaginasi, tema,
pengalaman dan fantasi pelajar serta pengunaan komputer.

CONTOH PROSES-PROSES MENGGAMBAR.

• Bidang A : Menggambar .
• Aktiviti : Melukis – alam semulajadi.
• Alatan/ bahan : kertas lukisan , pensel dan daun kering ( unik bentuknya)
media : kering

HBAE 1103 m/s : 19


4.1.2 Membuat corak dan rekaan.

Bagi membuat corak dan rekaan, murid akan mempelajari cara membuat corak,
mereka corak dan didedahkan beberapa teknik yang berbeza dalam membuat corak bagi
Tahap 1. Pada tahap 2 mereka akan mempelajari asas seni reka dalam membuat corak dan
rekaan, dan menggunakan imaginasi serta mengaplikasi penghasilan corak dan rekaan dengan
menggunakan komputer. Oleh itu, murid akan diberi peluang memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan
boleh dipadankan kepada pelbagai hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya.

Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara sama ada corak tidak terancang atau
corak terancang. Contoh hasilan corak tidak terancang ialah pualaman tiupan, titisan, ikatan
dan celupan, renjisan dan percikan. Manakala contoh corak terancang ialah lukisan, catan,
cetakan, capan, lipatan, resis, kolaj dan kaligrafi. Hasil pembelajaran membuat corak dan
rekaan membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan
kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk
menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini juga memberi peluang kepada murid
membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan
teknik yang telah dinyatakan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses
pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan
dan lakonan.

CONTOH PROSES-PROSES MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

• Bidang B : Membuat corak dan rekaan.


• Aktiviti : Renjisan dan percikan.

Langkah 1
• Bancuhkan warna air atau tempera alam palet.
• Buat bancuhan warna primer dan sekunder.

HBAE 1103 m/s : 20


• Sediakan sekeping kertas lukisan.

• Sediakan motif seperti yang diinginkan ( daun )

Langkah 2

• Susun daun di atas kertas lukisan

Langkah 3

• Sapukan warna pada berus gigi dan percikan


warna pada permukaan kertas dengan
menggunakan sikat atau jari.

Langkah 4

• Ulangi langkah 3 menggunakan warna yang


berbeza

Langkah 5

• Setelah siap alihkan daun daripada kertas lukisan


dan jemur hingga kering.

HBAE 1103 m/s : 21


Apresiasi Seni

• Murid mempamerkan hasil kerja.


• Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.

4.1.3 Membentuk dan membuat binaan.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan persepsi murid


terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Kesannya
murid dapat memahami dengan lebih jelas apabila mereka membentuk dan membina sesuatu
model. Guru akan mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik
penghasilan. Oleh itu, murid berpeluang berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,
semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat
binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti arca timbul, asemblaj, mobail, strabail, model,
diorama, boneka, topeng dan origami.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat
rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan
kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu
proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan,
puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Murid Tahap 1 akan mempelajari asas membentuk dan
membuat binaan, membentuk dan membuat binaan dengan menggunakan pelbagai bahan dan
meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam membentuk dan membuat binaan. Murid
Tahap 2 pula pada akhir pembelajaran akan mengetahui cara menggunakan asas seni reka
dalam membentuk dan membuat binaan da membentuk dan membuat binaan secara manual
dan berbantukan komputer berdasarkan imaginasi murid.

• Bidang : C . Mebentuk dan Membina


Aktiviti : Membuat Kereta daripada bahan bercetak
Alatan/ Bahan : Kertas bercetak, kad manila ( cetakan nipis memerlukan lapisan
tebal ), gam dan gunting.

4.1.4 Kraf tradisional.

HBAE 1103 m/s : 22


Kraf tradisional ialah perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan
yang memerlukan daya cipta oleh sesuatu masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di
sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional dalam seni alat domestik, alat
permainan, ala pertahanan diri, perhiasan diri, perhiasan diri (ornament), batik, tekat,
ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar. Oleh itu, murid sejak di peringkat awal telah
diperkenalkan kraf tradisional negara dengan mempelajari fungsi, proses dan teknik
membuat, alat dan bahan, motif, corak .

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang
merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang
kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi,
lakonan, nyanyian dan cerita. Di akhir pembelajaran kegiatan tradisional murid akan
mengenali kraf tradisional dan motif dalam penghasilan kraf tradisional serta tatacara dan
disiplin kerja semasa di akhir Tahap 1. Murid Tahap 2 pula akan mengenali pengunaan alat,
bahan, teknik dan proses dalam kraf tradisional, membuat kraftangan seperti batik, ukiran,
tenunan, tembikar dan ayaman serta didedahkan guru untuk membentuk dan membuat binaan
secara manual menggunakan komputer berdasarkan imaginasi murid.

• Bidang : D. Mengenal Kraf Tradisional


Aktiviti : Anyaman ( kelarai Bunga Mempalas )
Alatan/ bahan : Tapak anyaman ( kertas A4 bergambar ) , kertas warna, gam dan
gunting

5.0 PENUTUP

HBAE 1103 m/s : 23


5.1 Kesimpulan

Seni secara umumnya agak luas seperti seni tari, seni muzik, seni lakonan, seni silat,
seni ukir,seni lukis, seni kraft, seni penulisan dan sebagainya. Kesenian ini sebenarnya ada
kategorinya yang tersendiri umpamanya seni persembahan yang meliputi seni lakonan, seni
suara, seni tari dan sebagainya. Seni penulisan kreatif seperti penulisan cerpen , puisi skrip
drama dan sebagainya. Manakala seni visual / tampak meliputi seni kraf, seni lukis, seni ukir,
seni bina dan sebagainya.Visual atau tampak secara termologinya bermaksud boleh dilihat
atau disentuh. Untuk itu, yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah
catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya.

Ia bukan setakat dillihat tetapi perlu difahami maknanya atau setidak-tidaknya teknik
membuatnya, siapa yang membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa rujukannya,
apa ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi poula di mana proses
pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis. Proses apresiasi ini pula
melibatkan penggunaan laras bahasa tampak tertentu seperti unsur-unsur seni iaitu garisan,
rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Juga melibatkan prinsip rekaan yang terdiri diri
daripada harmoni, kepelbagaian, kontra, imbangan, penegasan,pergerakan /irama dan
kesatuan . Juga termasuk bahan dan alat, teknik dan gayaan, termologi dan symbol.
Komunikasi ini akan menjadi lebih berkesan jika laras bahasa ini dikuasai sepenuhnya oleh
individu atau masyarakat.

Seni visual adalah satu bidang yang sangat penting yang dianggap remeh oleh
sebahagian masyarakat. Masyarakat melihat seni sebagai satu bidang tempelan dalam
pembentukan diri manusia. Ini dapat diperhatikan pada sebilangan masyarakat yang hanya
mementingkan pendidikan anak-anak dalam mata pelajaran yang hanya terdapat di dalam
peperiksaan awam sahaja. Pandangan ini sangat dangkal sekali kerana pada dasarnya seni
terutamanya seni visual sangat luas penggunaannya bagi kehidupan kita. Sebahagian besar
aspek kehidupan terbabit dalam bidang seni. Bermula dari pembentukan lambang kanak-
kanak, pra-tulisan, pembinaan tulisan cantik, melukis peta dan gambar-gambar dalam semua
mata pelajaran sehingga membawa keseluruh kehidupan, manusia memerlukan kemahiran
yang ada dalam seni. Sesuatu harus dilakukan untuk memartabatkan seni lebih jauh lagi di
mata masyarakat.

BIBLIOGRARI

HBAE 1103 m/s : 24


Rujukan daripada buku :

Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali. 2004.Teks Lengkap Pendidikan Seni
Visual.Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohamed Ali Abdul Rahman. 1991.Sejarah Seni Dunia.BIROTEKS (BiroPenyediaan Teks).


Shah Alam : Institut Teknologi MARA

Mulyadi Mahamood. 1995.Seni Lukis Dalam Peristiwa.Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Mulyadi Mahamood. 2000.Sejarah Seni Zaman Pertengahan hingga Abad Ke 20.


Kuala Lumpur : Univision Press Sdn. Bhd..

Muliyadi Mahamood. 2001.Seni Lukis Moden Malaysia.Kuala Lumpur : Utusan Publication


And Distributors Sdn. Bhd.

Rahmat Salihon. 2008.Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual.Shah Alam :Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Zailani Yaacob, azimah A. Samah. 2006.Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM. Shah
Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zakaria Ali. 1989.Seni Dan Seniman.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rujukan daripada internet :

http://shydatulhushna.blogspot.com/ Tarikh muat turun : 1 Nov 2012

http://wareyzseni.blogspot.com/2008/11/4-bidang-psv-kbsr.html Tarikh muat turun : 2 Nov


2012
http://psv-kbsr.blogspot.com/ tarikh muat turun : 4 Nov 2012

http://rolda73-panitiapsv.blogspot.com/2011/03/kssr.html tarikh muat turun : 5 Nov 2012

http://psvisual.wordpress.com/2010/03/28/organisasi-kurikulum/ Tarikh muat turun : 10 Nov


2012

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/bab-5-kurikulum.html Tarikh muat turun : 12


Nov 2012

http://muhazirpsv.blogspot.com/ tarikh muat turun : 14 Nov 2012

HBAE 1103 m/s : 25

Anda mungkin juga menyukai