Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU ZAINUN

73000 TAMPIN, N. SEMBILAN

TEMPAT : DEWAN SK TENGKU


ZAINUN

KERTAS
KERJA
TEAM
BUILDING : 202
CERAMAH
MEMBINA
KEJELEKITA
1
N SKTZ
PENCERAMAH OLEH
Tuan Ridzuan b Ahmad
1.0. PENDAHULUAN :
Dengan lafaz Bismillah, istilah kejelekitan atau merujuk kamus DBP online bermaksud
"keeratan" merupakan hubungan yang intim dan sentiasa cuba memahami setiap kehendak
masing-masing. 

Sabda baginda Rasulullah dalam hadisnya:


ِ َ‫ الَ ي ُْؤمِنُ أَحَ ُد ُك ْم حَ َّتى ُيحِبَّ أل‬: ‫ْن مَالِكٍ َخاد ِِم رَ س ُْول هللا عَ نْ ال َّن ِبي َقا َل‬
‫خ ْي ِه مَا ُيحِبُّ لِ َن ْفسِ ِه‬ ِ ‫عَ نْ أَ ِبيْ حَ مْ َز َة أَ َن‬
ِ ‫سب‬

Dari Abu Hamzah Anas bin Malik, khadim (pembantu) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam, dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, Beliau berkata, “Tidaklah seseorang dari
kalian sempurna imannya, sampai ia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang ia cintai untuk
dirinya”.
Team building merupakan salah satu program Latihan Dalam Perkhidmatan berdasarkan
sekolah. Program ini akan dianjurkan oleh Unit Latihan SKTZ. Program ini melibatkan
semua warga sekolah dan merupakan satu program pertama dijalankan pasca PKP 2020.
Oleh hal yang demikian, pihak sekolah menjemput Tuan Ridzuan b Ahmad,

2.0. MATLAMAT :
Melalui program Team Building ini, semua guru sekolah dan staf sokongan dapat
membentuk satu pasukan yang cemerlang bagi menjayakan rancangan sekolah. Program ini
juga dapat menguji kekuatan fizikal guru-guru sekolah dan staf sokongan. Dengan ini juga
dapat meningkatkan semangat bekerja dalam berpasukan.

3.0. OBJEKTIF :
3.1. Melahirkan semangat berpasukan.
3.2. Meningkatkan kerja berpasukan yang cemerlang.
3.3. Menguji kekuatan fizikal.
3.4. Meningkatkan semangat kerjasama dalam pasukan
3.5. Mengeratkan hubungan semua ahli kumpulan.
4.0. Perincian:
31 Mac 2021 (Rabu)
2.00 – 4.00 petang

5.0. Dianjurkan oleh


Unit LDP, SK Tengku Zainun

6.0. Ceramah oleh : Tuan Ridzuan bin Ahmad

7.0. Bilangan Ahli yang Terlibat


Semua warga sekolah

8.0. AKTIVITI YANG DICADANGKAN


Ceramah : Membina kejelekitan SKTZ ‘We Love SKTZ”

9.0. ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Kuantiti RM
1 Cenderahati RM100 100
2 Makan dan minum RM5.00 x50 orang 250
JUMLAH 350

10.0. PENDAPATAN
SUWA Kantin
11.0. PENUTUP
Kemahiran kerja berpasukan digalakkan supaya sesuatu kerja yang berat akan menjadi
ringan. Ada banyak kemahiran kerja berpasukan yang perlu diterokai seperti komunikasi
dalam pasukan, membuat keputusan beramai-ramai, mengendalikan konflik, membina
kreativiti, kepemimpinan, memotivasikan, membuat penilaian, memberi ganjaran, dan
banyak lagi. Kesan positif yang boleh dilihat daripada team-work ini antaranya, akan
melahirkan insan yang saling bantu membantu antara satu sama lain, berpegang dengan etika
kerja, yakin sesuatu perkara yang besar akan dapat diselesaikan sekiranya “TEAM work”
dipegang.
Diharapkan dengan adanya program Team Building seperti yang dirancangkan akan dapat
menerapkan nilai keyakinan diri, berdikari dan kerja berpasukan di kalangan guru-guru
SKTZ. Dengan program ini juga dapat melahirkan kumpulan pelapis yang bakal menjadi
pemimpin pada suatu masa nanti. Semoga segala usaha yang dijalankan akan dapat
membuahkan hasil yang baik dan seterusnya memberikan kesan yang mendalam kepada
setiap peserta yang mengikuti program team building.

Disediakan oleh,

............................................
(NUR SABRINA BT ROSLAN)
Setiausaha

Disahkan oleh,

............................................
(BASRI BIN HAJI YUSOF)
GURU BESAR
SK TENGKU ZAINUN

Anda mungkin juga menyukai